Kampung Pusaka 2: Cerita aku dan keluarga

Hai semua pembaca FS. Thanks admin sebab siarkan cerita saya. Nama aku Amy. Entry kali ni aku nak cerita pasal misteri tiang seri kampung aku. Maaf kalau ada termasuk cerita lain sebab cerita pasal tiang seri ni takdelah panjang mana jadi aku akan selitkan cerita lain untuk korang baca, hope enjoy 🙂

Setelah lama duduk di kampung, tiba-tiba satu hari ibu perasan dalam gambar selfie kitaorang sekeluarga bawah rumah, ada satu kain berwarna merah yang dah lusuh pun diikat pada salah satu tiang di bawah rumah. Rumah kampung biasanya ada ruang kat bawah. Rasanya semua orang boleh bayangkan. Kitaorang pun pelik, sejak bila ada kain, and mengapa. At first semua macam buat don’t know je. Malas nak fikir apa apa sebab selama ni duduk kampung elok je takde apa apa gangguan pun. Tapi tetiba pakcik aku bukak cerita, dia kata biasanya orang dulu2 ada buat perjanjian dengan makhluk ghaib tu untuk menjaga rumah, atau kelestarian sesuatu benda.

Bila dikaji, kain tu elok je terikat dekat tiang yang yang bercantum dengan tiang atas rumah iaitu tiang seri. Benda ni menimbulkan pelbagai persoalan kat kitaorang sepenghuni untuk mengkaji kisah disebalik kain tu. Tapi malangnya takde siapa tahu cerita. Aku ada Tanya pakcik makcik aku, apa seram sangat tiang seri tu? Yelah biasanya aku lepak situ sorang2 takde apa pun. Takdelah mintak benda buruk jadi, tapi kenapa aku takpernah alami apa2? Start tulah pakcik aku bukak cerita yang sebenarnya banyak kisah dah jadi kat tiang seri tu dulu, walaupun sekarang dah tiada gangguan tapi keseraman tu masih ada bagi sesiapa yang pernah alami.

Cerita pertama dialami pakcik aku, katanya masa tu senja, waktu maghrib, biasalah waktu begini memang benda tu suka merayap. Nak dijadikan cerita, masa tu rumah tingkat atas gelap tak berlampu sebab takde siapa naik atas lagi masa tu jadi dari siang takde yang bukak lampu jadi gelap lah. Pakcik aku naik nak bukak lampu biar terang, tengah dia nak on kan suis lampu tu, elok je lampu tu berkelip-kelip. Dalam kesamaran cahaya kelip-kelip lampu kalimantang tu, dia nampak sekujur tubuh jenazah yang siap dikafankan elok terbaring sebelah tiang seri rumah menghadap ke pintu beranda. Sedaya upaya dia cuba cerna apa yang dia nampak.

Memang sah pocong sedang terbaring. Bila lampu tu menyala,terus ‘benda’ tu hilang. Pakcik aku pun pergi tanya arwah nenek aku dialognya lebih kurang begini “mak, ada ke orang letak jenazah dekat tiang seri rumah” dia pun tanya keudukan kepala dan badan jenazah tersebut kat nenek. Apa yang mengejutkan nenek kata memang ada orang tumpang letak jenazah kat tiang seri atas, dan memang ya kedudukan nya seperti yang dinyatakan pakcik aku tadi. Ini boleh dikatakan badi orang meninggal masih tersisa di rumah tu sebab tiada yang tolong ‘pulihkan’ rumah tu lepas jenazah tu dibawa pergi.

Cerita kedua pulak dialami oleh pakcik aku jugak. Aku panggil paklang. Sama jugak dekat tiang seri yang sama cuma lain versinya. Versi paklang aku begini. Usai solat maghrib, dia berhajat nak lepak kat atas, tengok tv. Dulu tv letak kat atas sebab nak meramaikan orang kat atas tu agar tak sunyi dan tak berpenghuni. Dia pun ready nak tengok tv, sandar kat tiang seri, tengah syok tengok tv, dia rasa macam ada orang tengah tendang tiang seri yang dia tengah sandar. Dia pun jauhkan diri sikit. Lepas dah hilang bunyi tu, dia sandar balik, tak lama lepastu dia rasa balik gegaran tu, kalini lebih kuat dan lama, pakcik aku pun toleh kebelakang. Dia nampak lembaga hitam besar berbulu dan sangat tinggi. Katanya hantu raya tengah peluk tiang tu, dengan lidahnya terjelir dan air liur dia meleleh leleh membasahi tiang tu. Pakcik aku pun beranikan diri membaca ayat suci alquran dan alhamdulillah benda tu hilang.

Cerita ketiga masa pakcik dan makcik aku mula berkahwin, dulu masa malam selepas dorang nikah, dorang tidur kat atas, sebab atas ni jarang orang naik, ramai tak berani selepas cerita pakcik aku nampak pocong tu. Jadi arwah atuk aku suruh dorang tidur dekat atas. Tanpa sebarang keraguan dorang pun setuju. Keesokan pagi, apabila fajar menyinsing, dorang bangun, dan sangat terkejut bila mendapati, terdapat kesan cakaran pada tubuh makcik aku, lebam di kaki kiri dan kanan. Pakcik aku pulak terbukak butang bajunya lalu ada kesan lebam di bahagian belakang badannya. Kata mereka, itu mungkin amaran dari ‘benda’ tu untuk tak mengganggu habitat dorang. Namun, pakcik aku taknak cabar benda tu jadi dia pun keesokannya tidur di hotel berhampiran and alhamdulillah seminggu lepastu mengandung makcik aku HAHAHAAHA.

Cerita seterusnya ni tak ada kaitan dengan tiang seri dah, sebab versi cerita tiang seri ni hampir serupa, semuanya gangguan di tiang seri. Pun begitu, gangguan sudah beransur pulih setelah kami semua mula meriuhkan tingkat atas rumah. Dan kami sudah memanggil ustaz ‘pulihkan’ ruang atas rumah termasuk pada tiang seri tu. Dan semua penghuni rumah gunakan ruang atas untuk solat,tidur dan beriadah.

Cerita seterusnya dialami oleh aku sendiri, sedara mara biasalah tidur bersepah, masa tu aku maybe form 1. Tak ingat dah. aku memang jenis yang suka tidur lambat jadi masa tu dah pukul 3 pagi dan hanya aku sorang je belum tidur. Nak dijadikan cerita, sebab dah terlalu bosan dan takde coverage maka aku ambil keputusan nak tidur je. Elok je aku pejamkan mata, tak sampai pun 10 minit, aku dengar tapak kaki berjalan ke arah aku, ada lebih kurang sepuluh langkah. Aku diam je, sebab aku fikir maybe ada yang belum tidur nak lepak tengok tv kat atas. So aku buat dek je. Bunyi tu pun hilang. Lepastu selang beberapa saat aku dengar lagi, makin banyak bunyi tapak dia, naik jadi lebih 10 langkah, lama betul bunyinya. Aku dah mula pelik, takkan dari tadi jalan tak sampai-sampai kut.

Padahal ruang atas tak besar mana pun. Aku pun cuba lah bukak mata, “aik takde apa”. Aku tahu tu bukan orang sebab lepas je aku bukak mata lagi kuat tapak tu berbunyi. Aku gagahkan untuk baca ayat kursi dan cuba untuk lelap dan akhirnya berjaya. Esoknya aku tanya sepupu aku dorang takde dengar apa apa ke? Lepastu sebenarnya sepupu pun ada terkena gangguan lain, ada orang bagi salam suruh bangun, tengok jam baru pukul 4.30. aku beruntung sebab tak disapa macam yang sepupu aku kena kalau tak tumpo weiii hehehe.

Hmm cerita next ni pulak jadi masa family besar aku ada buat makan-makan dekat satu restoran yang aku dah tak ingat apa nama dia. Kitaorang pergi lepas isyak. Lepas dah selesai solat semua, kitaorang pun gerak pi restoran tu. Aku naik kereta makcik aku, abang aku naik kereta makcik sorang lagi. Cerita bermula bila adik sepupu aku tak berhenti-henti nangis. Waktu tu umur dia mungkin 2 ke 3 tahun. Dari mula kitaorang sampai, sampai tengah makan, hingga lah dah habis makan. Menangis tak henti-henti. Jadi bapak budak ni(pakcik aku) pun amik keputusan nak pujuk dia dengan cara bawak dia jenjalan tengok keindahan alam kat situ plus situ ada tasik, maka tu je lah market yang pakcik aku boleh try. Kat tasik tu ada macam sampan yang boleh disewa. Ini apa yang pakcik aku cerita lah sebab aku tiada disana semasa dia sedang memujuk anaknya.hehe. Maka pakcik aku berdialog
“Danish nak sampan mana? Nanti boleh naik dengan mama dengan kak Tasha”(kak tasha ialah kakak si Danish)

“Pa kalau kita bawak lagi sorang kakak boleh tak pa? Danish suka kawan dengan dia”

“boleh je Danish nanti kita naik sesame”

Elok je lepas tu memang diam adik sedara aku. Sebelum balik, kitaorang ada sesi bergambar, tangkap lah gambar dengan backgroundnya gelap terpaksa bukak flash. Setelah puas menangkap gambar, semua dah ready nak balik dengan hati yang senang sebab dah kenyang. So semua masuk kereta masing2 sama macam masa datang tadi. Kitaorang datang 3 kereta. Kereta makcik aku yang aku naik, bersebelahan dengan kereta makcik aku yang abang aku naik. Masa dah masuk kereta, aku lambai abang aku kat kereta sebelah suruh snap gambar aku sebelum gerak. Tapi dari dalam kereta jelah. Aku pun posing lepas tu ‘tupp’ cahaya flash memancar. Pastu aku tunjuk ‘good’ kat abang aku suruh dia simpan gambar tu nanti aku nak tengok.

Sampai rumah, semua orang kecoh… aku pun pelik apa ni kecoh2. rupanya bila tengah tengok gambar2 tadi, abang aku tersnap gambar benda tu dengan sangat jelas masa dia snap muka aku tadi. Hmm muka aku tak nampak ‘benda’ tu yang nampak. Jelas nampak baju yang sangat lusuh ada tompokan merah. Masih jelas dalam ingatan aku, bersanggul kuning rambut panjang serabai, badannya menghala ke hadapan. Mak aku tak percaya tu hantu sebab dia kata tu si Tasha tu yang interframe sebab dia duduk atas riba abang aku masa tu. So maybe tersnap pic dia lak bukan aku. Tambahan pulak sebelum kitaorang bertolak ma kaku buat dandan kat rambut sis tasha tu, kebetulan getah rambutnya sama kuning.

Tapi semua orang selain mak aku tahu, tu bukan Tasha. Dipendekkan cerita, bapak aku suruh abang aku cerita A-Z apa jadi. Time tu semu orang duduk dalam rumah, tak berani keluar, bapak aku six senth dia boleh nampak dan rasa. Dia pesan jangan keluar selagi belum reda. Sebab katanya benda tu ikut balik rumah. Dia ‘maybe’ nak suruh delete gambar dia yang abang aku tersnap tu. Tapi abang aku ni lembab pi keluar, dia pi kat kereta yang dia naik tu pastu dia pun duk buat isyarat tangan nak tunjuk mana tempat dia tersnap ‘benda’ tu iaitu kat cermin seat paling belakang. Dengan tak sengaja dia hayun tangan tu terkena kat badan ‘benda’ tu.

Abang aku dapat rasa badan ‘benda’ tu. Terus dia menggigil. Bapak aku cakap dia nampak ‘benda’ tu lari dari cermin seat belakang tu pusing ke cermin seat belakang sebelah. Dari cermin kanan ke cermin kiri. Tapi benda ni tak ganggu kitaorg pun. Maybe betul dia Cuma nak suruh delete gambar dia sebab tak sengaja ‘menampakkan diri dia’.

Dipendekkan cerita, ayah, dan pakcik aku tadi plan nak hantar benda tu kat satu pokok besar dekat dengan satu kuil hindu. Tempat dia selayaknya. Nak hantar ke restoran tadi dah terlalu jauh, jadi alternatifnya itu je. Pakcik aku dah ready jadi driver, bapak aku pulak suruh bukakkan pintu belakang suruh benda tu masuk. Dia akur. Pakcik aku kata dia dapat rasa yang kereta dia tu ada benda naik, macam selalu orang naik pun kita boleh rasa kan, lebih kurang camtu la. Sampai kat temoat dituju bapak aku bukak pintu suruh benda tu turun. Bapak aku suruh jangan kacau kami lagi, cakap baik-baik dengan dia, sebab dia pun tak berkasar dengan kami. Jadi bapak aku pun berlembut lah.

Bagi siapa yang rasa tak logic hantu boleh naik kereta, sebenarnya memang ada, kalau ikut cara islam pun, biasanya ustaz2 gunakan bas untuk bawa benda2 ni ke tempat lain. Kadang2 sampai dua buah bas digunakan. Sambung… lepas dah settle dorang balik. Paklong aku buat pendinding rumah, alhamdulillah tiada gangguan selepas itu dah. Masa nak balik kl pun kami tak ikut jalan kuil tu sebab takut benda tu ikut lagi. Sepupu aku cerita, benda tu pernah datang semula menyamar sebagai wanita India, tak ingat sebab apa. Tapi semuanya dah berakhir alhamdulillah. Hanya kepada Allah kami mohon pertolongan agar terus dilindung dari gangguan makhluk2 ghaib ini.

Maaf jika perkongsian aku ni tak seram, tak menarik, bosan, aku Cuma nak berkongsi pengalaman aku dengan pembaca tegar FS. inshaaAllah jika diberi peluang, aku akan kongsi lagi pengalaman lain. Terima kasih sudi membaca entry aku kali ni. 🙂
-amy-

7 thoughts on “Kampung Pusaka 2: Cerita aku dan keluarga”

  1. Citer ok… best TAPI blur sikit part ni…

    Namun, pakcik aku taknak cabar benda tu jadi dia pun keesokannya tidur di hotel berhampiran and alhamdulillah seminggu lepastu mengandung makcik aku HAHAHAAHA.

    * ko bior betolll…. SEMINGGU je…. baru lps kawin… merepekkkkk!!!

    Reply
  2. bodo ape seminggu kawen da bleh tau ngandung.. akak tiga dah anak.. lepas 4minggu baru perasan ngandung.. tu pon sbb bdn sakit2 makan memual je.. seminggu kawen da tau mengandung tu sory cakap da projek awal la tu.. huhuhu

    Reply
  3. “biasanya ustaz2 gunakan bas untuk bawa benda2 ni ke tempat lain. Kadang2 sampai dua buah bas digunakan.” Nak tanya ni ustaz mana yg angkut benda tu guna bas?

    Reply
  4. Citer kau best Amy. Kau buat rilek je lah org nak kecam2 pasal ngandung tu. Suka hati je fitnah kata buat projek awal.

    Share lah lg 😀

    Reply
  5. mintak penjelasan, ustaz dari perubatan mana guna bas ni. sbb sblum ni kan popular kisah arwah ustaz haron din transfer makhluk2 halus pakai bas (dengar kata cerita tipu).

    Reply

Leave a Comment