Kampung Pusaka

Hai, Asalamualaikum para pembaca. Thanks admin siarkan cerita saya ni. Harini aku nak ceritakan pengalaman keluarga aku kena kacau dekat kawan sekitar perkampungan aku termasuklah dalam rumah kampung aku sendiri. Maaf aku gunakan ‘aku’ untuk memudahkan penyampaian.

Rumah kampung aku tu terletak di Perak. Sebenarnya rumah tu rumah pusaka peninggalan arwah atuk dan nenek aku untuk makcik bongsu aku. Makcik bongsu aku agak rapat dengan mak aku dari kecil. Disebabkan itulah kalau nak balik sana je makcik aku wajib ajak family aku untuk memeriah kan lagi suasana rumah agam tu. Rumah kampung biasalah, boleh dikatakan 85 peratus daripada binaanya adalah dari kayu. Dan memang sewajibnya ada ‘tiang seri’.

Cerita pertama ni adalah pengalaman bapak aku sendiri. Semasa bapak dan mak aku baru je bernikah, dorang tinggal sekejap kat kampung tu sebab masa tu arwah nenek dan atuk masih hidup. Nak dijadikan cerita, time tu bapak aku tidur dekat sofa kat tingkat atas berdekatan dengan tiang seri rumah. Bila teringat cerita ni agak seram sebab sampai sekarang sofa tu masih ada dirumah tu setelah.

21 usia perkahwinan dorang. Tambah lagi sofa tu wujud sebelum mak ayah aku kenal lagi. Lama kan? Dan itu menjadi ‘port’ aku tidur kalau balik kesana. Huhuhu. Back to the story, bapak aku pun tidur, pastu dia terjaga dalam waktu maghrib macam tu, baru bangun biasalah mamai, mata pun terkedip-kedip je. Then bila dia buka je mata dia nampak ada something, macam lembaga hitam, tapi berupa macam manusia, benda pandang je bapak aku lama-lama. Jarak muka dorang maybe hanya 10cm. sangatlah dekat. Benda tu tenung bapak aku macam bila orang buat facial treatment, consultant tu ada kat kepala camtu lah lebih kurang tapi dia tengok dari sisi bahu bapak aku. Bila bapak aku bangun dari baring dia, benda tu terus lari menghilangkan diri. Bapak aku kata, benda tu maybe nak tengok penghuni baru rumah kampung tu. Yelah bapak aku kira orang luar, datang tidur, tu yang benda tu pelik agaknya. Tapi cerita ni tak seram lagi.

Cerita kedua pulak dialami oleh abang saudara aku, aku panggil dia abang zaini. Satu malam tu, dia baru balik dari pekan Kuala Kangsar, biasalah muda-muda melepak malam baru tahu nak balik rumah. Tambahan pula pekan tu meriah malam –malam jadi memang dia suka pergi sana dengan kawan-kawan tiap-tiap minggu. Masa on the way balik tu, dia bawak kereta, jalan kampung biasalah memang sangat-sangat gelap. Lampu jalan pun takde lagi masa tu.(sampai sekarang pun). Jadi memang hanya bergantung dekat lampu spotlight kereta je. Sampai je masa, dia kat satu jalan yang sunyi naik naik bukit, bila dia naik je, dia nampak ‘cong’ melintas. Melompat dari seberang jalan ke seberang lagi satu. Terus dia bawak kereta dengan high speed.bila sampai je rumah, terus dia demam seminggu.

Ni aku nak bagitahu sebenarnya, bukit tu memang ramai orang kena kacau. Ramai juga orang kampung kongsi cerita dorang. Dan orang seterusnya yang kena ganggu adalah sekali lagi bapak aku. Ceritanya begini, malam tu dia nak ke pekan kecil kampung. Dia pinjam motor sedara aku. Tapi macam biasa jalan gelap. Tapi bapak aku ni berani. Jadi dia gagah kan jugak untuk pergi. Aku tak ingat apa tujuan sebenar dia pergi ke pekan tu tapi kalau tak silap nak beli something yang penting.

Dia pun bawak motor sampai ke pekan. Masa nak pergi, okay je takde apa-apa gangguan pun. Semua macam normal, tapi biasalah rasa seram tu semestinya ada. Gangguan tu bermula masa dia on the way nak balik. Dia bawak motor cam biasa, sampailah dekat satu bukit ni.(bukit yang sama abang zaini kena tu.) Lepas je dari bukit tu, bapak aku dikejar oleh bebola api yang besar. Kata bapak aku macam ada dua benda yang kejar dia, satu macam cik pon satu lagi bebola api tu. Masa tu memang bapak aku agak takut sebab makin lama benda tu makin dekat. Dia pun pulas motor tu selaju mungkin dan dia macam dah niat dalam hati lebih kurang macam ni “Lepas daripada rumah pak man tu, kalau apa-apa nak jadi, aku redha ya Allah” bapak aku kata dia memang dah tawakal habis sebab memang lama benda tu mengekori dia. Pekan dan rumah agak jauh ye walaupun hanya pekan kecil. Tapi nasib bapak aku baik, selepas dari simpang rumah pak man tu, benda tu terus hilang dan bapak aku sampai kat rumah kampung dengan selamat.

Cerita ketiga pulak, terjadi kepada abang aku, dan abang sedara aku(angah). Dorang masa tu dalam perjalanan balik ke rumah kampung kami dari pekan Ipoh. Masa tu abang aku teman angah balik rumah dia kejap kat Ipoh sebab nak amik motor. Dorang naik satu motor masa pergi, dua motor masa balik. Dijadikan cerita dorang sampai kat satu jalan yang kiri kanan adalah ladang kelapa sawit. Ye dan semestinya gelap gelita pukul 2 ke 3 pagi macamtu. Dengan takde kereta sebijik pun time tu. Dorang pun memang sengaja balik lewat sebab pegi melepak dulu. Tu jelah kerja dorang.

Sambung, tiba-tiba tengah dorang bawak motor tu, dorang nampak sorang pakcik tua bawak moto slow depan dorang. Angah ni pun macam geram lah sebab lembab, dah malam dia nak cepat lah kononnya. Maka dia pun memotong moto tersebut, diikuti abang aku dibelakang.

Lepas je dorang potong pakcik tu, tiba-tiba datang bau wangi yang sangat wangi. Angah toleh belakang, pakcik tu dah takde. Dia ingat pakcik tu dah masuk mana-mana simpang lah kan. First dia chill dulu bau wangi, tiba-tiba bau tu hilang. So dorang ingat bau tu memang kebetulan kut sebab kat jalan tadi je ada. Tak sampai 10 meter kedepan, bau tu ada balik, abang aku ingat bau tu datang dari helmet angah yang dia sedang pinjam sebab angah ni memang suka jaga helmet dia agar tak berbau so dia diam jelah. Tapi angah tahu benda ni bukan kebetulan, maka dia pun bawak motor RR dia tu dengan lajunya meninggalkan abang aku yang naik Honda 150 je dibelakang.

Abang aku pun penakut dia pun ikut bawak laju walaupun dia sedar motor dia tak pegi. Hahaha. Sampai je rumah dorang duduk dekat beranda rumah, tak masuk, aku tegur dorang sebab masa tu aku nak ambik barang kat kereta. Aku Tanya ‘asal tak masuk dalam?’ angah cakap “takpe japlagi kitaorang masuk, jalan jauh tadi”. Aku faham apa maksud dia. Lagipun dalam rumah tu ramai budak kecik jadi angah dan abang duduk luar dulu dalam lebih kurang sejam sebelum masuk rumah.

Itu adalah antara cerita yang betul-betul jadi pada family aku. Pada diri aku pun ada juga kisahnya tapi aku akan ceritakan pada entry seterusnya inshaAllah jika diberi peluang. Aku stop dulu sampai sini memandangkan dah panjang sangat dah aku taip. So kita jumpa lagi di Kampung Pusaka part 2. Bye, Asalamualaikum dan terima kasih :).

.

Amy
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.