KAU MAKHLUK AKU PUN MAKHLUK

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sanggup baca pengalaman seram saya ni. Pertama kali mohon maaf jika pengalaman saya tidak dapat meremangkan bulu roma atau menghiburkan anda, fiksyen shasha adalah medium saya untuk memantapkan penulisan saya atau lebih tepat penaipan, mana tahu ada rezeki dari Allah untuk lebih mengembangkan bakat ini, amin.

Untuk pengetahuan pembaca, cerita kali ini berkisar tentang pengalaman saya menuntut di sebuah sekolah madrasah tahfiz berdekatan kuari di daerah hulu langat, Selangor. Untuk memudahkan anda membaca kisah saya, setiap pengalaman saya akan diceritakan berdasarkan nombor:

1. MENUMPANG DI POKOK TUMPANG
Alkisah bermula apabila rakan saya yang memang terkenal kuat bangun awal untuk amalan sunat di awal pagi, melakukan rutin hariannya seperti biasa, cuma pada suatu pagi dia memilih untuk mengulang bacaan pelajaran barunya di bilik azan. Untuk pengetahuan semua, bilik azan itu berhadapan dengan serumpun pohon buluh dan disebelahnya ada satu pokok tumpang. Entah macam mana pandangan rakan saya tertancap di pokok tumpang tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepasang kaki wanita tanpa badan menggeselkan kedua kaki nya. Dia pada mulanya buat tak endah tapi perlahan lahan dia mula beredar dari situ apabila benda tersebut mula mengacaunya secara dekat dengan lantunan lagu “kudaku lari gagah berani” serta balingan batu ke dinding bilik azan.

2. BERSETUBUH DENGAN SYAITAN
Ustaz kami melarang kami meniarap di dalam kelas kami, kerana memang kelakuan tersebut dilihat tidak beradab, ditambah pula tempat kami menghafaz al quran juga adalah musolla, jadi untuk lebih menakut nakutkan kami yang rata rata masih kanak-kanak, beliau memberitahu sesiapa yang meniarap di kawasan kelas seolah bersetubuh dengan syaitan. Nak dijadikan cerita pada suatu hari salah seorang rakan saya meniarap di kelas, usai ditegur beliau mula menunjukkan perangai nakal beliau dengan membuat perilaku seolah bersetubuh. Apa yang terjadi kemudian amat menakutkan, dalam seminggu berturut turut beliau akan klimaks di mana-mana, tidak kisah ketika makan, berbual mahupun beriadah. Akhirnya selepas seminggu, beliau bermimpi didatangi seorang wanita yang hodoh sebelah mukanya sambil membawa ramai bayi yang persis wajah manusia, nak tahu apa yang wanita tu cakap? INILAH ANAK AWAK!!!!

3. RUKUK DI DALAM ASRAMA
Masih dalam isu meniarap, seorang pelajar yang tidur meniarap di dalam asrama saya menceritakan di mana ketika beliau sedang tidur dalam keadaan meniarap, punggungnya ditampar dengan kuat. Apabila beliau terjaga, beliau melihat satu lembaga yang sangat tinggi hingga lembaga tersebut berada dalam posisi rukuk menegur pelajar tersebut untuk tidur mengikut sunnah, baik jugak kan mereka ni? Haha.

4. DARK WATER
Untuk menjimatkan kos pengurusan madrasah, sumber air kami diperoleh secara terus dari bukit berdekatan, jadi kolah air tempat kami mandi agak keruh airnya akibat pasir dan habuk dari saluran paip, tetapi air untuk keperluan minuman kami telah ditapis jadi jangan kecam ye, hehe. Sebagai tukang masak, terkadang menjadi perkara biasa dalam rutin harian mereka yang berkhidmat untuk memasakkan kami makanan untuk bangun awal pagi dan bersiap untuk tugas memasak sarapan. Salah seorang tukang masak kami menceritakan kisah beliau dikala hujung minggu ketika beliau sibuk dengan urusan di dapur, beliau terlihat sosok seorang lelaki dalam samar samar kabus bercekak pinggang diatas tangki.

Bimbang mungkin ada penceroboh cuba membuat onar di kawasan itu, beliau bergegas dengan parang pendek ke arah tangki, tapi malangnya kelibat lembaga itu hilang begitu sahaja apabila beliau sampai, dan yang membuatnya terkejut, satu sosok kepala timbul di dalam kolah keruh tempat kami mandi itu dan memandang tepat ke arah tukang masak itu. Setelah lama bertentang mata, tukang masak itu menuding jari ke arah sosok kepala tersebut sambil berkata, “kau makhluk aku pun makhluk” kemudian beredar kembali meneruskan kerjanya. Kalau saya di tempat dia rasanya bahagian pengakhiran cerita mungkin bukan seperti ini kot, hahaha.

Sekian pengalaman yang inigin diceritakan oleh saya buat masa ini, banyak lagi yang ingin diceritakan oleh saya tapi tangan tak mengizinkan, lenguh sangat ni walaupun ambil diploma office management, insya Allah jika diizinkan olehNya saya akan cuba menulis (menaip) sambungan dari pengalaman saya, semoga bertemu lagi…..

#lelakiini

6 thoughts on “KAU MAKHLUK AKU PUN MAKHLUK”

  1. boleh la..cuma aku tergelak dalam hati bila baca

    apabila benda tersebut mula mengacaunya secara dekat dengan lantunan lagu “kudaku lari gagah berani” serta balingan batu ke dinding bilik azan.

    haha,apa benda ler hantu nyanyi lagu tu…kah kah

    Reply

Leave a Comment