Kawan

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Setiap manusia di atas muka bumi ini memerlukan kawan. Kawan boleh melakukan apa sahaja untuk menjadi kawan yang sejati. Tetapi kadangkala, ada juga makhluk ‘lain’ yang mahu menjadikan kita sebagai kawan. Caranya sama, cuma yang membezakan adalah kaedah yang dilakukan. Ada yang sekadar datang bergurau-gurau dan ada juga yang menyerupai manusia. Kali ini saya kongsikan kisah “Kawan”.

Seperti biasa, pelajar akan memenuhi kawasan hostel untuk memulakan semester baru bagi pelajar yang tinggal jauh.

“Ana! Ni Nasya, Fiqa ngan Sha tak mai lagi depa kata. Ni depa Whatsapp aku ni.”
“Yaka… ermm takpala macam tu kira tinggai kita jelah.”
“Lagi kelia tak hingaq sangat. Hahaha!” Ida ketawa.
“Yang hang ni, tiba-tiba salam apa tak bagi, main terjah ja noh?”
“Hahaha! Biasalah, aku kan?”Ida tersenyum. Mereka berdua memasuki bilik dan membersihkan setelah lama meninggalkan bilik tersebut kerana bercuti panjang. Mereka membuka pintu dan semua tingkap untuk memberi pengudaraan. Setelah berpenat lelah membersihkan bilik mereka berehat dan tertidur hingga tidak sedar hari semakin gelap.

“Uish, pukoi berapa dah ni? Wei, bangun wei! Hanglah boleh lena tak ingat dunia!” Ana membebel dalam loghat utaranya. Ida bangun dan mengosok-gosok mata. Masing-masing masih lagi dalam keadaan separa sedar. Bilik mereka sangat gelap hanya diterangi oleh cahaya dari luar sahaja. Ana meneliti jam pada handphone “Tu dia aih! Pukoi 9:30 dah! Lena sungguh kita ni,” pada ketika itu Ana terperasan ada seperti pergerakan di bawah selimut di atas katil Nasya, Fiqa dan Sha.
“Ida, hang kata depa ni tak mai. Tu berselimut dok lena atas katil tu,” Ana menunjuk ke arah rakan mereka.
“Wei, mana nak taulah. Tadi depa Whatsapp aku dah kata tak mai. Takpala mai pun. Nak pi buka lampu sat aih sembang dalam gelap apa cerita,” Ida bangun dan buka lampu. Bilik mereka cerah diterangi lampu.
“Jom mandi wei, gerak depa tu!” Ida menyuruh.
Ana mengejutkan seorang demi seorang rakan-rakannya. Mereka tidur berselimut sehingga menutup seluruh badan mereka. “Ni bangun. Jom pi mandi. Satgi sambung lena lain,” gesa Ana.
Nasya menjawab dari dalam selimut “Takpalah, kau pergi je… aku tak boleh wei. Cuti! Hehehe.”
“Yalah. Memanjang ja hang tu. Fiqa, bangun wei! Jom mandi,” Ana menggerakkan Fiqa pula.
Fiqa menarik sedikit selimutnya hingga paras dagu, “aku mandi dah, tadi takpa, pi ja.”
“Erh… okay,” Ana mencebik.
“Ana, jom teman aku mandi. Takutlah. Jom, cepat… kau buat apa lagi tu?!” Sha menengking sambil keluar dari selimut.

Mereka ke tandas untuk mandi. Ana berdiri di singki dan Sha mandi di shower. Ana memicit pencuci muka dan bersembang-sembang bersama Sha.

“Hampa ni macam mana tadi berialah kata tak mai, siap Whatsapp ingat tak mai sungguh dah.”
“Aku ada Whatsapp kau ke? Eh, ‘hampa?” Sha menjawab soalan Ana dengan pelik.
“Apa yang ‘eh’? Awat hang pelik?” Ana terus mencuci mukanya.
Selesai mandi, Sha mengajak Ana pulang ke bilik, “takpa Sha, hang nak balik dulu. Takpa aku nak tunggu Ida sat.”
“Ida? Ana, kita datang berdua kot. Mana ada Ida?” Sha membuat reaksi hairan.
“Tadi dia mai dulu, hang tadi lena lagi,” Ana menerangkan.
“Oh, okay… Tapi, wei… ermmm… Takpalah. Wei, aku gerak dulu. Lepas mandi ni rasa sejuk peliklah, kan? Bye Ana, hati-hati. Hehehe,” Sha tersenyum sinis meniggalkan Ana.
“Ida! Lambat lagi ke?”
“Kejap… nak lap-lap ni. Dah siap dah,” Ida keluar dan mereka berjalan balik bersama-sama.
“Wow! bau apa ni? Macam sedap ja,” Ana masuk ke dalam bilik dan melihat ada makanan yang terhidang.
“Marilah makan. Aku masak dekat rumah tadi ni,” Sha mempelawa.
“Tapi takpalah hang makan ja. Aku dah gosok gigi dah. Malaslah wei. Lagipun aku nak tidoq dahla ngantok sangat dah ni” Ana menolak.
“Ermmm… takpala aku makan dulu. Tapi kejap! Kau cakap kau teman Ida tadi mana dia?” Ana menoleh ke belakang, tapi tak ada langsung kelibat Ida. Dia sendiri tidak perasan ketika bila Ida menghilang. Ana menjadi seram sejuk. Dia berlari terus ke dalam bilik dan mengunci pintu. Ana berlari terus dan mendapatkan Sha yang sedang makan.
“Sha aku takut Sha. Serius tadi dia jalan balik dengan aku Sha. Tadi siapa pergi tandas dengan aku wei?” Ana terketar-ketar ketakutan.
Sha meletakkan mangkuk makanannya, “Ana, sebab itu aku tanya kau tadi kau tunggu siapa tadi. Satu hal lagi, pasal Whatsapp, bila kau cakap Ida bagitau pasal tak datang tu aku lagi pelik. Lagi aku seram kau tau. Tapi takpa kau ada aku sekarangkan? Dah, dah, jangan takut,” serentak itu juga mereka terlihat seorang perempuan sedang berdiri di tepi tingkap sambil memerhatikan mereka dan tersenyum. Ana berpaling dari melihat dia terus memeluk erat Sha. Sha memerhatikan perempuan tersebut dengan tajam sehingga makhluk tersebut pergi.

“Dah, dah, dia dah pergi dah. Dia tak boleh kacau kita lagi. Ana, lebih baik kau tidur dulu. Kau mesti letih, kan? Lupakan apa yang kau nampak. Anggap tu semua halusinasi kau”. Sha cuba menenangkan Ana. Ana pun terlena keletihan. Sha menghabiskan sisa makanannya yang berbaki sebelum naik ke atas katil untuk tidur. Katil Sha berada di atas Ana kerana katil mereka ialah katil double decker.

“Zurtttt…zurtttt…” Bunyi getaran handphone Ana dari bawah bantal. Keadaan bilik sangat gelap. Hanya kedengaran bunyi kipas siling sahaja. Ana terjaga, nombor yang terpapar ialah nombor Sha.
“Asal perempuan ni aku duduk bawah pun nak call ke? Hish, tertekanlah tu!” Ana terus mematikan panggilan tersebut.
“Zurtttt…zurtttt…” Sekali lagi handphone Ana berbunyi. “Sha… awat dok terdail nombor aku ni”. Ana terus memanggil Sha sambil mengetuk-ngetuk papan katil Sha.
“Apa Ana? aku nak tidurlah… janganlah kacau” Sha menjawab.
“Sorrylah… fon hang ni. Sambung-sambung lena tu,” Ana berhenti dari mengganggu tidur Sha.
“Alang-alang tak boleh tidoq ni, baik main fon sat,” data phone dibuka. Semua notification dari Whatsapp dan Instagram semuanya terpapar pada skrin.

Satu notification baru terpapar di skrin phone Ana. Ianya datang daripada Sha.

“Kau ni apsal? Aku call tak nak angkat reject terus. Phone kau letak mana orang lain Whatsapp semua tak berbalas. Semua orang risau okay. Kau duduk sana dengan siapa je, dah aku tak ada? Harap kau bacalah ya. Jangan tengok saja pulak”.
Ana tergelak kecil, lalu membalas chat tersebut.
“Wei… tadi masa aku tanya hang, hang punyalah marah tak bagi kacau nak lena dah, padahal hang yang call aku. Ni siap Whatsapp lagi. Aduhhh…”
Sha tidak membalas chat tersebut. Satu panggilan video dibuat oleh Sha. “Dah pasai apa perempuan ni dalam gelap pun nak video call? Haish, layan jelah,” Ana menjawab panggilan tersebut. Earphone disumbat ketelinga untuk mendengar lebih jelas. Alangkah terkejutnya bila video tersebut menunjukkan Sha berada di kedai makan. Ana tidak berkata apa-apa. Dia tergamam dengan siatuasi tersebut.

“Ana… kau okay ke tu? Aku serba salah sebenarnya ni. Aku tak minta kau cerita… aku harap kau tenang, baca apa yang patut. Kuat semangat wei,” Sha dapat melihat wajah Ana yang pucat lesi dan air mata mula mengalir keluar. Dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu untuk menenangkan Ana sahaja.

“Bateri fon kau tu ada lagi ke? Kalau tak ada, aku nak bagi power bank ni ha. Naaak?” Suara itu datang dari katil atas. Suara itu sama seperti suara Sha.
“Takk… ttt…paa… bbe..be teri ada banyak lagi fu..llll…” Ana cuba menjawab dengan tenang, namun terketar-ketar.  Sha yang sebenar mendengar suara tersebut mula berasa seram sejuk. Panggilan tersebut dimatikan bergitu juga dengan handphone. Ana membuat keputusan untuk tidur di sebelah Nasya. Tanpa menoleh untuk melihat apa yang ada di katil atasnya dia berlari terus ke katil Nasya. “Nasya, Nasya malam ni aku tidoq sebelah hang nah”
“Ha… mai la dok dekat sikit,” Nasya menjawab.
“Aku tidoq tengah la wei, boleh dak?”
“Suka hatilah” Ana tidur di tengah antara Nasya dan Fiqa.
Setelah beberapa minit, Ana akhirnya terlena.

Keesokan paginya, “Ana…Ana…Ana…bangun wei bangun,” Sha mengejut Ana dari tidur.
“Eh, Sha? Kau dah… ermmm. Sha yang betul dah datang dah…”  Ana menguap sekuat hatinya.
“Aku risau gila dekat kau semalam. Tup-tup, kau letak terus phone kau. Haish… Ana, kau okay, kan? Sha membuat muka risau sambil membetul-betulkan rambut Ana.
“Aku okaylah… Aku bukan tidoq sorang ni depa ni…aik! oohhh… bangun pi mandi dah la ni.” “Assalamualaikum,” kedengaran Suara Fiqa dan Nasya.
“Hah! Tu depa dah bal…” Ana kelihatan bingung. Ayatnya terhenti.
“Ana, kami semua risau pasal kau, wei. Sebab kami tahu kau sorang-sorang. Whatsapp langsung kau tak usha-usha. Kau nak datang sini awal pun tak ada cakap. Tolonglah, lepas ni jangan buat macam ni dah, okay?” Nasya dan Fiqa menasihati Ana.

Sha tahu apa yang Ana tengah fikirkan. Dia masih trauma dan keliru. Walaupun tidak terucap, dari mimik muka Ana, Sha dapat meneka. Sha memeluk Ana dan berkata, “takpalah Ana, benda ni semua nak berkawan. Dia tau kata kau ni sorang-sorang semalam. Takpa wei, kami ada. Kami kawan kau sampai bila-bila wei,” mereka memeluk Ana beramai-ramai untuk menenangkannya. Ana menangis memikirkan hal yang terjadi.

Disudut bangunan, mereka memerhatikan gelagat yang terjadi di dalam bilik tersebut. “nampaknya, dia ada kawan dah hari ni. Sedih betullah kita ni. Nak berkawan, tapi tak ada yang nak.”
Sha palsu menjawab, “takpalah… tahun-tahun akan datang mesti ada ramai student yang best. Kau tu suka bagi kantoi! Haish, tak apalah. Kita cuba tahun depan. Hahahahahaha!”

Mereka berlima tersenyum dan ketawa sambil merenung tajam berlima yang ada di dalam bilik itu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

130 comments

  1. nape lakk pendek2 citer kt FS sekarang ni….

    hurmmm.. geng sajat kalau pendek2 ni tak bape sukeee.

    kita suka yg panjang2. baru best.

    1. geng sajat kemain uolss nak yang panjang2 je.. pendek2 tak mau.. kak mami dua2 pon okay.. pendek kalau padat best jugak.. panjang2 kalau hambar merapu anti klimaks pon tak best.. hahaha

        1. Xde la seram mana pun cite ni..

          **mewmew pun sama ye..kalo nk sembang kecam ke pape sila pegi ke kopehalnaksebok.forum.net ye..xperlu nk kecam2 kt sini.. (baca dalam nada sopan)

          #takmarah
          #cakapje

        2. Mewmew….. kalau rasa tak nak spoil mood pi baca FS dekat FB sana. FS ni untuk semua umat manusia yg nak baca cerita dekat sini. Depa ni nak bersembang ke ape ke.. tak kacau hang pun.. kalau rasa tak nak spoil mood jangan baca komen diorang ni. Hang skip je komen dorang tu tak susah kan??

          Aku pun tak pernah rajin nak baca komen depa ni walaupun sepupu aku ada dalam top commentor tu. Dan disebabkan dialah aku terjebak dengan FS ni.

          1. Yeahh..setujuuu..Ok..yg pasti ni bukan sepupu aku..sepupu aku xde cakap loghat utara..haha..sepupu sape ni oii..baik ngaku cepat..???

          2. aik… sape makan cili terasa la pedas nya…. apa susah susah? SKIP jela komen mewmew. kalau orang lain kecam geng korang tak boleh ye.. yang korang geng ramai ramai kecam aku boleh? BACA KAT FB kalau xnak kena kecam. HAHA. tengok cermin sebelum nasihat orang ye

          3. yang ko sibuk nak mengecam jugak kenapa saitonirrojimmmmm.. benci lah aku manusia suka buat onar mcm kau ni.. kalau ko bestt sgt p kecam kat fb sana.. sini geng2 nak bermesra je.. org mcm kau la buat kitorang jd pengecam.. kau elok kitorang layan elok la.. ptuik!

          4. So..xperlu la start buat kecaman..org nak borak ke..nak gosip ke..biaq pi laaa..asalkan x ganggu hidup ko kan..kalo nk komen2 ngn kitorg meh la join..kitorg x kisah pun..lg ramai lagi bagus..huhuhu

          1. maira otak dia yg kuning teringat s%# je cakap org sangap.. kak mami lau sangap pon ada laki takyah luah kat sini mcm mewmew otak karat.. pegi brieckfield sana kalo sangap.. menyampah la!!

          2. Dah habis acah acah suci ke smpai nak tunjuk aku tempat berzina? ? Like i said.. sape makan cili dia la terasa pedasnya. mohon SKIP KOMEN kahkah

          3. awak salah faham ni maksud kak mami. mungkin awak kot yg berfikir jauh. saya baca elok je. takdelah pikir lucah ke apa. kalau awak pikir mcm lucah, lucah lah jadinya. cuba baca dgn fikiran terbuka. tak payahlah kecam2

            ~JURIFS sila masuk. aku takut kena kecam. huhu

          4. hahahahaha. singkong pulak dah wasiatkan aku suruh tengok2 kan ko kalau tak muncul 3 4 hari. risau katanya. hahaha

          5. Oh macam tu ya. Terima kasih la ya buat susah susah je explain. Saya pelik kenapa saya terima kecaman maha hebat dari rakan rakan awak. Sentap sangat ke?

          6. ehhh tak susahh. sy taip je. sentaplah. disebabkan kata2 awak. cuba awak baca balik kata2 awak. tak ke angin?? awak yg berfikiran jauh sgt.

            ingin sy tekan kan sekali lagi. kalau tak suka, jgn komen or baca komen. scroll laju2. awak tak sakit hati. yang lain2 pon tak sakit hati.

          7. Tapi skg ni awak tak berkaitan pun dgn komen sy. Sy tuju kat dua orang. Kenapa orang lain nak sentap? Betul ke tak betul?

            Bila awak nak nasihat kawan kawan awak yg lain? Knp awak nk suruh sy jgn komen/scroll? Licik nya awak ni

          8. bukan sentap. sy cakap je. kenapa pulak sy nk nasihat kawan2 sy yg lain? dorang takde buat apa2. awak yg mula dulu. kan? kalau awak tak komen mcm tu, dorang tak kan balas mcm tu.

          9. Baca blk komen sy. Sy tuju kat dua orang je. Knp mcm meriah sgt kecam mewmew. Medicakk pun sama. Mmg mcm ni ke group fs?

          10. aku takdelah acah suci.. nak tengok tak? SILA PERGI MAMPUS SANA.. jap mana ko tau brickfield gn susur tu tempat berzina? aku tak mention pape pon? biasa pergi eh.. hehe (ketawa tutup mulut) bye

          11. maroh parok cu mami ni erk…chisin betol si mew mew ni..jgn sampai nek hempok ko guna penyapu cu..

          12. nek..gelak cikbambam baca komen nenek ni..chisin terus nenek bagi..hahaha..

            ~persidangan da abes la nek..nenek lambat sampai..penyapu rosak ke nek??hahaha

        3. Rileks la mewmew..ni kan ruangan komen..mood seram citer nie abes kat citer atas tu je la..jgn la dibaca komen2 kalau taknak spoilkan mood tu..sabar ye..sabar itu kan indah..

          1. Kalo tak salah aku mungkin sb org slalu ckp seTUJU(7) so si RC nie nak menunjukkan yg dia more than agreed la kot..so seLAPAN la..haha.. am i right RC?

          2. Haha..mcm ni la baru chillax..?

            guys, please stop deceiving each other feelings with ur comment.. aku rasa takde sapa pun yg bukak FS nie dgn nawaitu nak brtekak dkat comment section kan..

            PpalangS : kalau ada yg nawaitu mcm tu silalah tulis cerita pasal diri sendiri and publish kat FS ni.. dengan tajuk ” FS Psycho” ..mana tahu anda sebenarnya seorang penulis berbakat??

          3. Haha..selapan pun bolehlah.. mewmew chill ok? Mungkin maksud mewmew nie lain tapi ada yang tersentap dgn cara komennya..maybe harini badday dia..siapa tahu..everyone had their hardtime right? ?

          4. Takdak hal..yg lain pun mgkin not in their mood at that time..so tu yg masing2 cepat je nak menaip something yg sebenarnya bkn melambangkan diri yg sebenar..takde sape pun yg saja suka cari pasal kan..just a reminder to ME and everyone, pikir sebelum komen dan baca balik komen while thinking adakah komen tu akan mengguris someone else feelings or ego..dan perlu atau tidak komen tu..

            Mood~ taip sambil muhasabah diri?

          5. ni last aku layan ko budak jenis otak kuning pk serong je.. pasni aku tak nampak kau. kau serius cani baik p join misi2 keamanan dari buang masa kat sini. aku lain. aku mmg jenis suka buang masa. ptuik

          6. Saya pun bukan baik mane kak mami..hehe sy komen2 ni pun sb ada masa time2 cuti nie..bkn slalu..haha

            Maaf ye kak mami kalau sy ada trkasar bahasa..tak ada niat nak sakitkan hati sesapa..semoga semua kita sentiasa dalam lindungan rahmatNya..?

          7. kak mami tak marah bob.. tapi mewmew tu dia yang dok hadam kuning statement kak mami pastu dia yang salah orang.. orang camni pon ada ke? ?

          8. kisah pulak aku.. haha ada ke aku suruh reply? kesian pulak aku dengan ko ni… mencarut sorg sorg..syok sendiri

          9. kak mami kan mmg tak pandai adegan pujuk memujuk.. anak melalak pon pandai2 la benti.. ni kan mewmew ni buat onar takde makne aku nak baik2.. sape yg tau kisah kak mami tau lah nape kak mami laser.. dia ni mcm baling batu sembunyi tangan.. dia start pastu nak blame orang.. busuk betul perangai.. kak mami harap dalam dunia maya jelah dia cani.. real life ko jangan buat.. aku pijak tengkuk ko hidup2

          1. takda lah kak mami kecam el.. el kan gudboy.. aduh kak mami da jadi pengecam kat fs.. kena tuko watak ni.. haha

      1. miszmujahidah kakak mami parents org kelantan.. kak mami lahir selangor.. loghat kelantan n cakap key ell je pandai.. yang lain pa dia pon tak taww..

    1. geng sajat ckp psl vc kak mami penah kena masa keje klia dok kt flat nilai yg krbanyakannya haunted tu.. cite dia panjang tapi kak mami pendekkan.. ada satu hari dia mengacau kaw2 tahap gaban.. kak mami balik keje dia kacau.. memula kak mami baring jap godeh fon.. masa tu zaman blackberry.. da nampak da ada org ulang alik dpn pintu bilik.. padahal takda housemate kak mami ms tu.. then wt bodo kak mami mandi.. pas mandi ni la kak mami menjerit mcm nak gila.. kak mami capai fon tengok da menyala ada gambo kak mami pakai baju yg baru pas mandi ni baring atas katil.. kak mami campak fon.. lari kua uma.. bawak kete mengigil2 balik shah alam dengan wallet ic semua takda.. sampai tol mintak tolong org tol cal parents kak mami amik n bayar tol.. seminggu weh lemah je.. trauma.. byk dia kacau tu paling havoc.. kak mami tak pakai selipar pon masa tu takut sangat uma sewa pon bia telopong tak kunci..

      1. Kini baru akk sedar yg kena kaco natang lg menakotkan dr rumah dimasok perompak sbb kuor x tutup pintu…

        Mesti natang tu laki ekk…
        Gateeiiii berkenan bebenoorr ngan mami smpi die snap gambor…
        Heheheheheh…

        1. aku agak laki kak yulie.. aku tros benti 24jam.. pindah balik uma parents.. seram kak.. aku nyarid nak kencing lam sua masa tu.. tapi tak lepas.. haha

          1. angker dik.. housemate pon penah kena.. tapi diam je.. dia kena masa tengah masak.. rasa ad benda begoyang2 sebelah dia.. bila tengok takda.. tapi kalau pkai hujung mata tengok ada.. dahla sesuka je amik fon kak mami menyamar jadi kak mami amik gambo sendiri.. fon tu pon kak mami jual.. geli nak pakai bekas antu pegang.. hehe

        1. harus dik.. kak mami rasa kalau kita kena bedua lari berjemaah bekaki ayam dari nilai ke shah alam.. nasib kunci kete sempat amik.. lau tak berlari je lah balik uma parents.. hehe

  2. huishhhh seram weiiii ~ Boleh pulak depa 5 yang palsu tu klon kan depan yang sebenar? Allahu. Nasib baik diaorang nak berkawan je tak kacau yang lebih teruk lagi. hihihi

    Kesian nya diaorang nak berkawan dengan manusia tapi tak dapat. Hm.

    Try again next year ok? hihihihihihi

    ~~~ Medi mana medi???????????

  3. di awal pagi yang hening ni.. otak cek x brapa nak betui lagi.. so ada beberapa part yg otak cek jammed masa baca.. dr starting point tu cek da tau da.. feel yg kawan dia tu bukan kawan dia mmg da dpt rasa..

    6/10 kipidap writer

  4. hahahahaha…..siap berdialog lagi erk hantu tu di pengakhiran cerita….amboi..nak berkawan dgn manusia je yerk…jgn nnt dia kata nak jd cucu nenek sudah….pengsan nenek nnt….

    nice story cu..teringat zaman nenek kat uni dlu…semua pakat2 balik tinggal nenek sorang2…maklum laa, nak balik kg jauh…huhu..uni kat utara, kg plak kat selatan…mlm2 tdo bunyi paip air mandi tu terbukak la, bunyi org main guli laaa…

    penah satu malam tu, nenek rasa benda pelik berlaku..Assignment buat last minit mmg da biasa la kan dikalangan pelajar..satu hari tu nenek ke bilik kawan nenek kat tingkat 2..bilik nenek plak kat tingkat 4, pling atas…siap assignment lebih kurang pukul 1.30…nenek pon nak naik bilik la memandangkan mata pon da ngantuk..bila nek kluar drp bilik kwn nk ni, nek tgk suasana masih meriah lagi, masih hingar bingar dengan suara dari bdk2 pompuan yg bergelak ketawa, bunyi radio terpasang… bila nenek jengak ke atas budak2 pompuan masih lagi dok bersidai dpn koridor borak2…nek pon naik laa ke bilik nek…sampai je depan pintu, nenek pon jengak laa kebawah…eh, mana pegi suara diorg borak2 td, bunyi radio, yg bersidai kat koridor pun xde????!!! gelap semua….m**i erk…kelam kabut nenek masuk bilik, cuci kaki n terus lompat tdo katil atas…hahahah… tu laa antara pengalaman nenek dlu masa mula2 duduk hostel..

    1. wahh…kirenye dorang tu saje tak nak bagi nenek rase x best masa nak naik. tu yg depa memasing tunjukkan keharmonian & keprihatinan dengan tak mewujudkan diri mereka yg sebenar. Syabas nenek sebab berjaya menghadapi depa semua.. hahahahahaha

      1. diorg nak teman kan nenek la tu kot….kalau sunyi je koridor tu, mmg kompem laa nenek takut nak naik atas….huhu…kalau dia tunjuk wajah sebenar, lagi la kan…terus nenek [pengsan di tengah2 koridor itu…gitewww…

  5. Alolooorrr…
    Ni namenye Seram-Kesian…
    Bersungguh deme tu menyamar sbb nk sgt berkawan, siap teman lagi tolong kemas bilik bagai…
    Tp tulah…
    Nak berlakon tu skrip bior same…
    Idokler saling kantoi mengantoi…
    Usaha lg tahun depan ekk…

    1. Mau deme menyesaaalll sbb mmg akk soh deme kemas rumah, masak, cuci baju, sapu laman, buang sampah, mandikan kucing, lap habuk, urut kaki, antar anak sek, p****g rumput, siang ikan, cat rumah jiran tetangga…
      Hehehehehehe…

      1. hahahahaha.. jahat gila kerah tenaga.. tu kalau dia ngadu kat tempat keje aku mau kena saman kak yulie.. dah la mengerah tak bayor gaji.. siap paksa cat uma jiran lagi.. see u in labour court kate nya..

        1. Ko ingt sng nk bg natang tu beribu sesalan???
          Puas tau pikir nk soh buat tugasan ape…
          Aduuhhh…
          Penatnya berpikir…

    2. ini tak plan nak mengacau tu takda skrip.. tak sempat.. kalo aku kena kak yulie.. sekali lagi aku balik uma parents bekaki ayam je.. ingat drama seram melayu nak tunggu2.. aku kucing jatuh kat awning tingkap aku pon aku meloncat.. haha

  6. “Mereka berlima tersenyum dan ketawa sambil merenung tajam berlima yang ada di dalam bilik itu.”

    Kejap, bila Ida muncul balik lepas dia menghilang masa nak balik ke bilik? Sha, Nasha, dan Fiqa yang sebenar muncul pagi tu, Ida?

  7. yang tak faham lograt utagha tu kena slalu dok bercampur dengan bebudak lain-lain negeri baru boleh faham apa yang writer ni cerita. Selalu orang utagha depa cakap utara je. Susah sket kalau diaorang cakap KL macam tak ngan cite tu.

    sila jangan pening

  8. cita ni mmg pendek tp best gak la layan nooo…takdak la sehari semalam ceq baca…hee…tp tang seram tu mmg seram gak la…cuba kita kena lagu tu…tentu teriak weyy…gila apa semalaman dengan makhluk haluih ni….nasib depa mau berkawan2 jah…kalau depa bawak pi masuk alam depa…tak ka kalut….tak dpt keluaq lagi ke alam nyata….

  9. Ape benda la berjela2 merepek komen.

    “Sila tinggalkan komen berkaitan dgn cerita”

    Aku nk bc komen before baca story sbb nk tau review pembaca. Berjela kena scroll kebawah cari review org psl cite ni. Adeh, pls la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.