Assalamualaikum. Hye pembaca2 FS! Aku pernah hantar kisah aku kat sini tapi admin tak approve ;( mungkin admin pun pening sebab banyak sangat kot kisah yang diterima heheh. Ok berbalik pada kisah yang ingin aku sampaikan. Nama aku Mar. Kisah ni berlaku masa aku masih di sekolah menengah. Maaf cerita aku panjang heheh. Okay lets begin.
*kawan aku yang creepy*
Masa ni aku form 2. Aku tengah syok berkumpul ramai2 satu dorm waktu tu dok bercerita itu ini. Sempat lagi mengumpat cikgu2 yang kitorang tak berkenan. Hahaha yelah student kan mestilah ada jee tak suka cikgu tu tak suka cikgu ni.. Haihh la bila teringat balik sebab ni kot aku tak dapat straight A masa PMR dgn SPM dulu hahahahah. Allahu maaf cikgu2. Hehhe. Ok masa tu hujung minggu. Dah nak masuk maghrib tak silap aku pastu senior kitorang yang masa tu form 4 namanya kak Amy (bukan nama sebenar. Intor sikit. Kak Amy ni memang suka menakut2 kan kitorang nak2 lagi pasal nenek bongkok. Faham2 jela ye siapa tu) cakaplah ‘dah2 bersurai anak2. Jom siap2 turun maghrib kat bawah nanti siapa lambat nenek datang’.
Perghh apalagi lintang pukang kami semua bangun siap pi toilet basuh muka amik wudhuk semua siap2 sebab kalau dah sampai surau baru terkial2 nak amik wudhuk memang alamatnya solat sendiri lah. Memang ramai amik wudhuk kat surau sebab takut nanti terbatal kalau amik wudhuk awal2. Masa kat toilet tu aku perasan kawan aku ni namanya Ira (bukan nama sebenar) diam je dari tadi. Daripada kitorang tengah berkumpul lagi dia diam je. Kalau senior2 buat lawak dia senyum je. Pastu aku tegur lah dia tanya dia ada masalah ke dari tadi asyik diam je. Ringkas je jawapannya ‘tak’. Aku pun buat tak tahu je lah. Then masa kat surau aku tengok dia duduk sorang2 je. Aku pi dekat dengan dia. Lebih kurang macam ni la perbualan aku dengan dia.
Aku: Ira, kau ok ke? Nape dari tadi kau diam je? Kau ada masalah? Cite le kat aku mana tahu aku boleh tolong.
Ira: Hmmm takde apa. Ok je.
Aku: kau sure? Kau demam ke (sambil rasa dahinya)
Ira: Aku ok lah-dengan nada marah
Lepastu aku terus diam tak bercakap satu pun dengan dia. Yelah mana taknya kau tanya elok2 pastu dia jawab macam tu.
Macam biasa kalau hujung minggu je lepas solat isyak tu kitorang semua boleh balik dorm sebab takde prep tapi siapa yang nak prep jugak silakan asalkan tak lebih pukul 12 kena balik dorm. Lepas dah naik dorm tu aku tengok si Ira ni dah sampai dorm awal. Aku pun buat macam biasa jee. Tegur dia tanya tak amik makanan ke kat dewan makan. ‘Tak. Malas.’ Itu je jawapannya. Lepas dia jawab macam tu aku pun duduk la atas katil aku yang berhadapan dengan katil dia. Kalau nak tahu, aku dengan Ira ni kawan dari sekolah rendah kelas pun sama. Masuk je asrama aku dengan dia sama dorm dari form 1 sampailah form 2. Yang buatkan aku ni rapat sikit dengan dia sebab ayah aku dengan ayah dia ni kawan dari kecik. Haaaa kecik je kan dunia ni sebenarnya. Balik pada cerita aku. Tiba2 Ira turun dari katil dia duduk depan katil kitorang. Dia panggil aku duduk dengan dia. Aku pun macam biasa duduk lah dengan dia kat atas lantai borak2.
Ira: Mar, kau boleh nampakkan? Kau nampak tak apa2 sekarang?
Berderau jantung aku bila dia tanya macam tu. Dah kenapa lak dia niii adehhhh!!
Aku: Hmm takde apa pun sekarang. Kenapa? – yelah sebab aku ni bukan sentiasa je boleh nampak. Ada masa2 je. Abistu dah kalau ‘dia’ taknak tunjuk diri takkan aku nak seru pulak. Taknak akuu sekali dia tunjuk depan2 dengan mata terjenggil, gigi panjang bertaring haaa mahu tak kaku aku. Haihhh.
Ira: Taklah. Aku saje tanya. Ni aku nak cerita something kat kau. Kau jangan lak takut.
Pulak dahhhh apalagii ni weh kau nampak. Dalam hati aku berdebar lah jugak. Dahlah kitorang berdua je kat dalam dorm sebab yang lain still kat bawah dalam dewan makan tengah tengok latihan dikir barat sekolah.
Aku: Kau jangan macam2 weh. Kang ada aku tinggai kau sorang kat sinii (dengan berdebar aku jawab)
Ira: (senyum) takde lah. Aku nak cerita je pun. Sebenarnya aku ada saka. Harimau.
Aku: (terlopong, kaku, tergamam semua ada)… Jangan cakap saka kau ada sekarang. Jangan macam2 kau Ira. Tak tidur aku malam nii (dengan muka yang merah sebab terkejut)
Ira: Hahahah kau nii relax ah. Hmm ada tu haa kat bawah katil kau dia duduk. Tengah pandang aku. Tapi ok dia tak kacau orang. Kalau dia kacau aku marah diaa. Heheh
Bapok!!! Kuang hajau. Aku memang dah tak berani nak toleh belakang sebab aku duduk membelakangkan katil aku time tu. Kang tak pasal2 aku pandang dia menyeringai kat aku pulak.
Ira: tadi masa korang tengah bercerita2 tu dia marah sebab korang cerita hantu la apa lah. Tapi aku halang dia daripada kacau korang. Taknak korang kena apa2. Tu yang aku diam je. Tapi kau takyah takut. Aku ada. Dia takut aku. Walaupun aku pandang je dia. Dia tak berani buat hal. Nanti aku mengamuk baru dia tahu.
Aku: kau tak try buang ke? Ke kau memang nak? Bahaya lah weh. Saka2 ni takleh buat main (sambil aku dok jeling2 belakang takut2 dia marah lak aku suruh tuan dia buang dia)
Ira: Dah try. Banyak kali tapi dia datang balik.
Aku: Pulak dah. Hmmm asalkan dia tak jadi ‘kau’ , tak kacau aku sudah lah. Dia kalau nak dok bawah katil aku tu dok lah. Cakap dengan dia jangan kacau aku sudah. Aku datang sini nak belajar. Takde masa aku nak layan dia (lancar je aku cakap padahal dalam hati Allah je tahu berdegup macam nak terkeluar jantung ni).
Ira: Hahahha kau jangan takut lah. Dia tak berani. Aku dah warning awal2.
Fuhhh!! Nasib. Kalau tak memang tak lah aku nak tidur kat katil aku tu sanggup tidur dengan sepupu aku (sebelah katil Ira)
Malam tu kitorang macam biasa tidur lambat. Pastu sepupu aku ni nak pulak bukak cerita pasal hantu2 ni dia boleh tanya aku ‘kau takde nampak apa2 ke Mar kat sini?’ Aku time tu dah jeling dia sempat aku pandang Ira. ‘Kau ni Cha. Dah2 lah. Nak dok dengan aku jangan cakap bukan2. Klau tak kau pi mana2 sorang2. Taknak teman kau’ Cha sengih je macam kerang busuk. Lepas dah penat plus mengantuk cerita2. Kitorang decide nak tido sebab dah pukul 12 lebih waktu tu. Kak Amy ni pulak cakap “weh budak2. Susun selipar. Siapa tak susun kena kira nanti. Habislah korang.”
Biasalah kak Amy memang macam tu. Lepas takde respon daripada ktorang semua dia cakap lagi “korang memang taknak susun ke? Kang aku nyanyii. Haaa katil satu dah tido….. Katil dua..”
“Hoi kak Amy kuang hajau laa. Stop laa. Nak susb la niiii” kitorang ramai2 marah kak Amy sebab main2 tiru macam mana nenek bongkok tu nyanyi. Semua yang dah naik katil semua berdebas-debus turun katil pi lari susun selipar. Kak Amy gelak sakan tengok kitorang kelam-kabut keluar dorm susun selipar.
Malam tu waktu semua dah tido, aku terkejut dalam pukul 2 atau 3 pagi macam tu. Mata ni pandang lah bawah sebab macam perasan ada orang tengah duduk kat lantai. Ya Allah……. Terkejut aku tengok si Ira ni tengah duduk bersila main2 rambut kat bawah. Dalam hati aku terdetik ‘apa lah pompuan ni buat. Jangan la creepy sangat’. Mata ni terus2 perhati je apa dia buat. Bila badan dia bergerak je aku cepat2 tutup mata takut dia perasan aku tengah tengok dia. Dalam hati aku berdoa je lah jangan la aku nampak ‘Rimau’ dia tu. Aku pun tak perasan aku tertidur pukul berapa.
Bangun subuh tu aku tengok dia dah ada atas katil dia tengah tidur. Pukul berapa agaknya dia tidur. Dalam kepala otak aku ni terfikir2 lagi apa agaknya dia buat malam tadi. Dia bercakap dengan ‘benda’ tu ke. Ah lantak lah. Aku kejut dia bangun solat subuh. Sekali kejut je dia bangun pastu tak bercakap apa dengan aku terus je turun katil pi toilet amik wudhuk. Tengahari tu turun makan dengan dia aku tak tanya dia apa2 pun sampailah dia bukak mulut sendiri cerita kat aku.
Ira: malam tadi dia marah.
Aku: pulak. Marah apa? Kitorang takde pun bercerita apa2.
Ira:……….
Aku: sukahati kau lah nak cerita ke tak (terdetik juga ‘dia marah aku ke sebab suruh si Ira ni buang dia’. Tapi cepat2 aku buang perasaan takut tu. Allah kan ada)
Masa dah habis makan semua aku dengan Ira lepak kat pangkin depan asrama dekat dengan surau.
Dia bagitahu aku pasal ‘benda’ tu.
Ira: malam tadi aku tengah tido, aku terdengar macam benda mendengus. Aku bukak mata tengok dia tengah pandang sorang2 dalam keadaan marah. Cepat2 aku turun katil suruh dia duduk diam. Pastu dia duduk bawah katil. Sebab aku marah dia.
Ahhh sudahhhh. Si Ira ni pulak bukan nak cerita sebab apa ‘benda’ tu marah. Aku dari tadi diam je tak cakap apa2. Dalam hati aku setiap kali nak masuk dorm tu semenjak si Ira cerita pasal dia ada saka tu aku tak henti2 doa semoga aku tak terserempak dengan si ‘rimau’ tu. Taubat2. Taknak sekali pun aku nampak dia. Lepas daripada form 2 tu aku tak sama dorm dah dengan dia. Tapi aku dengan dia still rapat and still contact sampai sekarang.
Tu je kisah aku pasal kawan aku bernama Ira. Maaf jika tak seram. Nanti aku cerita lagi ye kisah aku yang lain. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kompem ke die mmg ade pendamping tu…???
Ke die just buat2 utk tarik perhatian…???
Curiga gak nih…
Marah sebab apa ni? Tak fham lh.
Alahaiii..kenapa citer tak abiss..marah pasal apa ??tertanya-tanya nie…hmmm
Curious kenapa marah..? Hush seram lah ada kawan yg macam tu…hopelh dia dpt buang saka dia tu. Kesianlah sbb buang tapi dtg balik…
Anyway just tnya…ada saka, org tu solat jg erk?
BEST!🤗
Teruskan berkarya!
Waalaikumussalam
Best