Kisah sebelum ini:
Kawan Aku Psiko
Kawan Aku Psiko 2
Kawan Aku Psiko 3
#FazAhmad
#KAWANAKUPSIKO4
“Ingatkan ustaz kesayangan korang tu. Jangan berlagak pandai semua benda dia tahu. Jaga diri dia dulu sebelum sibuk nak jaga orang lain yang takde kena mengena dengan diri dia. Korang ingat eh, bukan ni je aku mampu buat tau…..”
Throwback pertengahan tahun 2016
“Aku ajak dia pindah masuk sini. Kau okay je kan Faz?”
Katanya mengakhiri perbualan kami petang itu. Oh budak Mika tu? Okay sangat. Bukannya aku tak kenal dia. Satu department lagi pun. Aku sangat okay. Sebaris senyuman dihadiahkan untuk aku. Masa ni kira “syurga” jugaklah sebab bahagia je ketawa mengusik menyakat antara satu sama lain.
Housemate gila gila masuk air. Masa ni sumpah best sebab tak lama macam tu sorang sorang check in rumah sewa ni. Maka bertambah huru hara lah keadaan dalam rumah tu. Tapi aku suka. Sumpah aku rindu awal awal perkenalan kitaorang kat rumah sewa tu.
Aku rindu semua. Aku rindu gelagat housemate aku yang gila gila. Aku rindu Adam. Aku rindu Mikael. Aku rindu Hassan. Aku rindu Anep. Aku rindu Ijam. Jauh di lubuk hati aku, memang aku rindu kat Rashid jugak. Mungkin sebab dia tak cari hal dengan aku pada mulanya dan hanya mengusik yang lain.
Dan bukan sebab tu je aku rindu dia. Antara sebab lain dia tu macam susah sikit aku nak jelaskan. Korang kena bercakap lepak serumah bergaul dengan dia baru kau tahu macam mana. Tapi itu masa awal awal perkenalan kitaorang.
Ya dalam pada masa yang sama ada diantara kawan kawan kitaorang yang lain nampak kitaorang happy gelak gelak gurau senda apa semua tu macam takde benda yang berlaku, jujur aku cakap.
Benda tu hanyalah untuk sedapkan hati je. Walhal hanya tuhan je yang tahu perasaan aku dan yang lain bila hadap benda ni. Terkesan sangat. Satu kenangan buruk yang tak akan dapat dilupakan kami semua.
….
(SKIP BAHAGIAN INI UNTUK TERUSKAN PEMBACAAAN. BAHAGIAN INI HANYALAH UNTUK MENJELASKAN SITUASI SELAMA KETIADAAN AKU DI FIKSYEN SHASHA.)
Bissmilahhiramannirahim
Tergantung. Hampir setahun kata para pembaca yang setia menunggu sambungan KAP ni. Macam macam hal yang berlaku. Niat nak sambung sentiasa ada cuma kalau korang kat tempat aku memang akan terganggu dengan semua ni. Alhamdullilah aku berjaya jugak tamatkan KAP ni. Tanda tanya pasal siapa aku dan kawan kawan aku yang tergantung dan tentang kewujudan aku.
Di sini aku akan terangkan siapa yang korang petik fatin tu aku lah apa benda semua tu. Like I said before, aku tak ada FACEBOOK. Yes Fatin tu kawan aku. Dia ada FACEBOOK. Tak facebook Mika, facebook dia aku guna baca kat FB Fiksyen Shasha. Aku tak bagi dia kasi tahu kat semua yg dia kenal aku. Dia rajin balas komen semua kat FB tu. Kitaorang memang rapat. Dan dia jugak yang tolong aku ubah suai sikit penulisan aku ni.
Mungkin opismate dia ke yang ternampak dia guna email aku untuk reply comment korang. Silapnya kat situ sebab dia guna email aku untuk acah acah reply komen kat KAP2. Dia reply kepada soalan2 yang menanyakan bila aku akan sambung. That’s all. Yang borak borak suka semua tu semuanya datang dari aku.
One more thing, siapa yang fitnah aku ni orang yang sama dengan kawan kawan aku yang lain tu pernah nampak ke? Dan perlu ke untuk aku reveal diri aku yang sebenarnya? Entahlah aku datang untuk berkongsi cerita aku dengan semua tapi lain pula jadinya.
Kenapa suka pertikaikan kami ni orang yang sama? Sumpah aku tak faham. Dan yang cakap aku aka fatin katanya yang buat cerita rekaan ni adakah kau nampak si FATIN ni karang depan kau atau kau sorok sorok jengah FATIN ni tengah karang cerita ni? Well takpe.Gigih pulak aku kan nak jadi ramai orang mengomen kat website Fiksyen Shasha tu? Too funny.
Ramai je yang berlagak bagus tahu itu ini mengalahkan dorang pernah ada pengalaman macam ni. Macam someone tu cakap tak semua yang suka kita mesti ada seorang dua paling2 pun yang suka tengok kita kena hentam teruk macam ni. Yang tak pernah jumpa aku semua tu mengalahkan tahu aku ni orang yang sama? Seriously? What’s wrong with you?
Bila beberapa orang backup aku, kau cop orang tu menyamar, kau kata aku yang taip semua tu. Semuanya aku. Orang lain yang komen korang kata aku yang buat. Yang betul semua kat korang. Yang tak betul yang menipu semua kat aku. Hah baguslah. Fitnah selagi boleh. Korang kan bijak pandai? Hahaha okay. Aku penat tau dengan geng korang yang tak habis habis fake baik komen backup aku apa semua tu, padahal korang sekampung ni PERLI aku. Tak semua lah ye. Yang terasa tu dialah.
Lepastu bawak masuk komen yang takde kena mengena dengan cerita. Aku pelik. Aku taip cerita ni kat rumah then macam mana ada yang cakap si FATIN ni yang taip? Mustahil betul. So kalau ada yang nak bercakap yang bukan bukan pasal aku, yang nak memfitnah aku lagi aku terpulanglah. Korang tak kenal kitaorang dan aku maafkan. Walaupun sakit hati aku baca komen komen korang yang berlagak pandai bak detektif mengata aku ni fake. Kalau tak jelas lagi mintak hadam baik baik.
Pasal geng yang suka mengarut terlebih bijak nak cari identiti aku ni lah punca aku tarik diri kejap dari teruskan kisah aku ni. Yang kondem aku tu korang tak nak pulak cakap aku yang menyamar? Too funny. Asal backup je kau cakap tu aku? Tak ke benda tu buat kau sakit hati bila kena tuduh macam tu? Macam aku cakap tadi gigih pulak aku menyamar nak jadi ramai orang kan.
Part 3 yang sepatutnya menjadi penamat kesudahan kisah aku dan kawan kawan aku ni tak kesampaian bila mana aku tersalah submit cerita yang sepatutnya aku save as draft. My bad. I’m sorry. Tapi ya memang aku hangin masa tu sebab aku tak submit langsung pun cerita sekerat tu, sebabnya aku tengah copy paste semuanya kat draft tersebut. Masalah technical maybe?
Okay tak ape. Mana aku tak hangin dah lah aku berjanji dengan korang aku nak tamatkan semua ni sekali separuh jalan je. Sumpah aku menyirap masa tu. Again. Im so sorry. Well ada banyak perkara yang tak berapa jelas dan sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Dalam setahun dua aku menghilang macam macam benda berlaku. Dan semasa aku masih aktif di Fiksyen Shasha pada awal kemunculan cerita aku ni, aku terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kaki aku patah. After a few month semuanya kembali okay. Tak berapa nak okay sangatlah sebenarnya.
RASHID.
Di mana dia dan apa agaknya yang dia lakukan sekarang ya dalam hidup dia? Kitaorang pernah sekali berjanji takkan masuk campur perihal Rashid even ambil tahu pasal dia dekat family dia. Tapi ada benda yang kitaorang terpaksa lupakan dan membuatkan kami semua terpaksa menggunakan sumber terdekat dan boleh dipercayai untuk bertemu dengan keluarga Rashid.
Setelah perginya Rashid dari “kehidupan” kitaorang semua, aku dan yang lain tidak bersorak gembira malahan terlebih berhati hati dengan keadaan sekeliling dan nasib diri masing masing.
“Orang psiko jangan dibuat musuh.”
Kata kata keramat ni memang betul menusuk ke dalam otak aku. Memang kami semua dalam keadaan berjaga jaga tak kira ke mana sahaja kami semua menapak.
“Laila tu takat tu je ke kau kenal dia Mika?”
Pertanyaan dari Ijam untuk Mika. Mika acuh tak acuh sahaja dengan pertanyaan dari Ijam. Masing masing yang ada kat situ aku agak dah gementar tak kepalang menunggu ulahnya si Mika.
“Ye. Takat tu jelah mana ada hina dia ke apa. Aku tak sampai tahap macam tu lagi. Awek kot takkanlah aku nak hina dia.”
Mika kalau dia kata “satu” maka satu tu jelah maksudnya. Dia takkannya nak tokok tambah atau menipu. Aku kenal Mika tu orangnya macam mana weh. Jadi pada pendapat kami semua memang ada yang tak kena diantara Rashid,Mika dan Laila ni.
Maka kami pun…
(PENANG)
Cadangan dari Mika disambut baik oleh kami berempatYang tak ikut serta masa ni cumalah si Hassan. Katanya Mika dia nak tahu sangat siapa Rashid tu yang sebenar-benarnya maka kami pun bersetuju untuk ke kampung halaman si Rashid.
Setelah beberapa jam merentas jalan dan bertukar giliran memandu kami berempat pun selamat sampai ke Penang. Ya kampung halaman Rashid. Rashid asalnya dari Penang ya para pembaca semua. Huhu. Masani aku rasa macam dah dekat sangat dah aku dengan Rashid. Acap kali mata aku melilau mencari kot kot ternampak kelibatnya si Rashid. Nampak tak punyalah seram sejuk aku masani.
Dipendekkan cerita tak lama je kitaorang bersusah payah mencari alamat rumah mak ayah Rashid ni dan akhirnya…
“Assalammualaikum. Tumpang tanya pakcik. Ini rumahnya Haji Talib ke?”
Seorang tua dalam lingkungan 60 tahun menyambut ramah kedatangan kami berempat. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pakcik Othman.
“Haji Talib tadi pakcik nampak sejam yang lalu dia keluar. Ada pun di rumah itu isteri dan anak perempuannya saja.”
Jawapan yang diberi amat membantu kitaorang masatu. Dekat setengah jam jugak kitaorang merayau mencari rumah Haji Talib. Kami pun bersependapat untuk melepak sebentar di warung kopi berdekatan. Tak susah nak cari warung yang berdekatan sebab kawasan rumah yang kitaorang pergi ni betul betul dalam kawasan kampung. Cantik dan begitu banyak kemudahan dekat sini.
“Kau rasa betul ke apa yang kita buat ni?”
Ijam memulakan perbualan setelah duduk mendapatkan kerusi bersebelahan dengan Mika. Matanya tertumpu kepada Mika yang sedang ralit membalas Whatsapp entah sape sape.
“Bukan buat apa pun cuma nak tahu pasal dia. Korang takkan taknak tahu pasal sejarah hidup dia?.”
Ada betul apa yang Mika katakan tu. Walaupun dalam masa yang sama berdebor debor hati aku ni dibuatnya. Macam tengah buat kesalahan besar dia punya berdebor tu. Kalah aku punya berdebor masa nak usha Maisarah anak acik Zaitun yang akhirnya… huhu tak mengapalah sedih bila aku mengenangkannya.
“Dibuatnya mak ayah dia pun sebijik macam dia macam mana? Hah aku risau dah ni. Buatnya dijemput kita ke dalam rumah lepastu bila tahu yang kita ada kena mengena dengan anak dia, lagi lagi kau Mika hah aku tak tahu buatnya mak ayah dia aim kau letak racun dalam minuman kau. Aduh aku tak dapat bayangkan doh!”
Ijam dia punya overthinking guys… Dengan aku aku sekali dah fikir jauh dari apa yang dia fikir. Ijam dia sangat paranoid masa ni. Nampaklah dia lagi takut kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku masih boleh berlagak okay lagi dan berlagak dari segala hal termasuk berlagak handsome.
“Relax Jam, kita datang cuma nak siasat hal sebenar je pasal Rashid tu. Kita nak lebih berhati hati je dengan dia lepasni mana tau kot mak ayah dia boleh bantu kita. Mestilah dorang tahu Rashid tu macam mana. Benda ni semua untuk keselamatan diri kita jugak. Kau tak ingat ke last Rashid pesan apa kat kita semua? Kau tak rasa sesuatu ke?”
…
(Flashback beberapa hari selepas Rashid get out dari rumah….)
Ingatkah kalian semua kali terakhir Rashid di rumah sewa kami ketika kejadian yang menggelikan anak tekak kami semua? Masih ingatkah kalian?! Ini aku nak kenang kembali kenangan pahit itu. Walaupun aku masih trauma dengan kejadian meloyakan itu, aku terpaksa guys cerita balik kat sini untuk fahamkan korang cerita aku ni huhu.
Lepas je Rashid kata dia akan berambus sendiri tanpa perlu kami susah payah nak halau beliau, dan dia dengan rela hatinya keluar sehelai pinggang macam tu je malam tu kami memang dah tahu dan siap sedia yang bila bila masa je dia akan datang balik untuk angkut segala barang barang dia. Dan ternyata itu benar benar berlaku. Takkanlah dia baik hati nak sedekahkan segalanya kat kitaorang yang aku rasa dia dah anggap kami ni semua musuh dia. Takkanlah kan? Huhu.
8PM
Sedang je aku asyik mendengarkan Anep yang tengah syok test vocal dia kat bilik air, aku hanya berseorangan tanpa ditemani sesiapa di ruang tamu ketika itu.
“Lady, won’t you save me? My heart belongs to you. Lady, can you forgive me…!”
Suara Anep yang mulanya aku agak macam boleh pergi jauh je budak ni tapi tiba je part yang kena tarik tu telinga aku sikit lagi nak kena kanser telinga.
Pintu utama biasanya aku rengangkan sikit malam malam macam ni kononnya nak dapatkan angin dari luar yang sepoi sepoi bahasa. Sofa yang aku duduk betul betul menghadap ke luar pintu utama ni. Aku kuatkan volume tv untuk melenyapkan seketika suara tak sedap si Anep tu dan kembali melayan radio di tv. Aku bukak hitz fm masa ni. Saje bagi tahu walaupun takde kena mengena.
Tengah sedap je aku relax sambil menggoyangkan kaki, aku terperasan macam ada orang datang rumah. Yelah dah ada kereta betul betul park depan pagar rumah kau lepastu macam sengaja bagi lampu tinggi untuk menerangkan halaman rumah macam nak buat konsert lak.
“Sape lak hanat ni. Silau lau jimbet mata aku.”
Anep finally keluar dari bilik air setelah penat memerah anak tekaknya. Memang kena lah masa Anep keluar tu dia terus pergi kat depan pintu untuk jenguk siapakah gerangan tuan hamba yang cam sakai sangat pasang lampu tinggi tinggi ni kan. Aku apa lagi terus kembali kepada pembaringan dan menunggu saja si Anep menyelesaikan akan “kes” ini.
“Faz Asal doh? Tuala kau nak terlucut tu Nep. Beragak lah ye pun nak freeshow kat awek kau. Awek kau datang kan? Peh tak beragak nak tunjuk sixpack! Kahkah.”
Mika yang datang dari kamar beradunya mendapatkan aku dengan Anep. Dengar je Mika cakap macam tu kat Anep aku pun bantai gelak kawkaw dengan Mika. Ikutkan hati masatu aku nak je lucut towel budak Anep tu.
Anep hempas pintu. Dia membelakangkan pintu dan muka dia boleh tahan pucat jugak masani. Tak tahu lah pucat sebab kesejukan lepas mandi lepastu kena pulak angin malam kan. Aku dan Mika tak jadi nak bantai gelak lama lama sebab terkejut punya pasal Anep hempas pintu. Beliau marah ke dengan aku dan Mika? Ish Anep bukan begitu orangnya.
“Kau dah kenapa?”
Mika serius dah masani. Dia bangun dari sofa dan datang dekat dengan Anep. Mika pandang aku sambil buat isyarat bahu. Anep dia macam kaku jap masani. Macam baru nampak hantu. Macam muka dia nak cakap yang dia macam tak percaya dengan apa yang dia nampak tadi.
“Lah kau ni apesal? Tepi!”
Bila Mika cuba nak bukak pintu untuk jenguk apebenda ada kat luar tu, Anep menepis dan tahan Mika dari bukak pintu tu. Aku pun macam pelik lah dengan si Anep ni. Aku mula berkira kira yang Anep ni nampak takut sangat ni sebab dia nampak Encik Chong ke?
“Ra..ra…ra..”
Tergagap si Anep. Sumpah kelakar muka dia masa ni. Aku patutnya record siap siap untuk hiburan hati aku di kala duka huhu. Malangnya aku tak bersedia untuk itu.
“Rara..Rara..Rara apa!”
Hah amek kau terkejut besar Anep bila Mika gertak dia sampai terkeluar nama yang buat kitaorang meremang segala bulu yang ada kat badan ni. Aura dia lain macam weh. Maksud aku sebut je nama tu aura dia aku tak dapat nak gambarkan macam mana.
“RASHID!”
Aku apa lagi mencicit lari pergi bilik Hassan. Aku sumpah weh aku punya takut dah level yang takde level macam aku rasa elok aku jumpa hantu depan depan dari aku jumpa orang psiko macam dia ni. Hantu ni kalau dia muncul depan kita je paling paling pun kita baca baca je zuppp terus hilang. Orang psiko? Berhuhu jelah kau.
Ya semua aku memang penakut.
Aku tak gentleman langsung macam Mika. Aku mengaku. Dalam hal ni aku tak boleh berlagak gentleman. Aku surrender awal boh. Mika macam biasa dia macam hero dan penyelamat kitaorang. Kedua yang paling berani Hassan. Bila aku bagi tahu yang Rashid ada kat luar dia dah meluru kedepan. Aku pun terpaksa ikut serta ke ruang tamu untuk menyaksikan pertemuan yang tidak diingini ini.
Budak budak ni buat diri aku terasa kerdil sangat~
“Amacam hidup korang selama aku takde dengan korang? Aman sentosa? Makan pulak macam mana? Tak rindu masakan dari aku?”
Selamba badak je dia masuk sambil buat muka senyum macam takde rasa bersalah langsung. Sempat dia lalu sambil tu dia senyum sinis pandang Mika. Mika dah genggam penumbuk.
Aku cakap kat korang lah kan si Rashid ni kalau dia senyum memang semacam. Aku macam kalau tengok dia senyum kan aku macam nak tarbiah dia ; kau tak payahlah senyum Shid, kau helok dah dengan muka kau serius macam tu pun kau dah handsome teruk. Lebih kurang macam ni lah aku nak tarbiah dia. Tapi tak terluah lauh huhu.
Dengan jacket kulit hitamnya, dengan sangat kurang ajarnya dan dengan sengajanya masuk pakai boot ke dalam rumah kitaorang.
“Firaun punya Ra-Shit!”
Kata Anep. Panggilan nama Rashid yang last tu sengaja Anep tekankan untuk menggambarkan betapa dia meluat dengan Rashid. Anep hanya mampu berbisik perlahan di sebelah aku bimbang didengari Rashid barangkali.
Tak sorang pun nak tegur dia atau balas apa yang dia cakap kat kitaorang. Masing masing berkumpul kat ruang tamu memerhatikan si Rashid memunggah segala barang peribadi dia keluar masuk bilik 4/5 kali.
“Okaylah aku dah bereskan semua. Satu kenangan dari aku pun aku tak tinggalkan. Ingatkan ustaz kesayangan korang tu. Jangan berlagak pandai semua benda dia tahu. Jaga diri dia dulu sebelum sibuk nak jaga orang lain yang takde kena mengena dengan diri dia. Korang ingat eh, bukan ni je aku mampu buat tau…..”
Korang cuba hadamkan baik baik ayat keramat yang menusuk kalbu khas dari Rashid tu. Apa korang rasa kalau ayat tu dituju khas untuk korang? Gila tak menggelupur kau bila dengar dia cakap macam tu. Sambil tu sempat beliau tenung muka kami sorang demi sorang sebelum beliau chow membawak segala kain buruk beliau.
TAMAT.
Sambung kat bawah ni lah.
“Apa hajat kamu kesini anak muda?”
Haji Talib mempelawa kami menikmati kopi o panas petang tu. Aku tunggu je yang lain bukak mulut untuk jawab apa yang ditanya oleh Haji Talib. Malangnya aku pulak yang disiku ye. Faham faham jelah apa maksudnya kan. Memang jimbet punya Ijam.
“Nama saya Faz. Niat kami datang ni nak tanya pasal anak pakcik, Rashid.”
Punya lah berani aku masatu sampaikan aku rasa aku hero dah bila petik nama Rashid. Dalam berani aku jugak ada jugak rasa takutnya. Mana lah tahu buatnya aku petik nama Rashid tak pasal pasal keluar betul dia lalu beliau mencekik aku dari arah belakang. Over gila kan imaginasi aku? Satu lagi kami masih tak tahu keberadaan terkini si Rashid. Tetapi menurut kata Pak Othman tadi kat rumah Haji Talib ni cuma ada anak perempuan dan isterinya sahaja. Maka peratus untuk Rashid tiada di sini 0 interest.
“Rashid dah bertahun tak balik sini! Kenapa kamu datang kemari dan tanya tentang dia pada aku!”
Jerkahan dari Haji Talib betul betul buat kami tersentak habis. Kalut betul masa ni dibuatnya. Hajah Halimah yang berada berdekatan datang untuk menenangkan Haji Talib. Hajah Halimah matanya dah kebasahan. Aku dah mula gementar yang lain pun haruslah ikut gementar jugak macam aku kan? Aduh apa aku dah buat ni. Rasa bersalah mula menerpa dalam diri aku.
“Bila kali terakhir kamu jumpa Rashid?”
Tak lama tu Haji Talib mula bersuara kembali setelah berdiam diri untuk berapa ketika. Riak wajah beliau terpancar kekecewaan akan hal ini.
Beberapa bulan yang lepas…
Di suatu malam yang sunyi sepi pi pi tinggal lah aku, Hassan, Ijam, dan Anep di dalam rumah yang majoritinya penakut berbanding seorang sahaja yang berani macam Mika iatu Hassan. Mika standby kat plant sebab masatu kat plant kami tengah busy outage. Masa ketiadaan Mika masa ni jugaklah benda yang tak best jadi kat kitaorang.
“Wahai Ijam. Kain burok ko tak reti reti nak angkat ke kat luar tu? Bio muka burok perangai jangan ikut burok sekali Jam.”
Padu sekali ayat yang diberikan oleh Anep untuk Ijam. Ish tapi takdelah buruk manapun si Ijam tu kalau nak dibandingkan dengan muka Anep. Lebih kurang je sebenarnya mereka beliau berdua ni. Dan ketika ini jam dalam pukul 11 lebih malam. Anep kalau korang nak tahu dia ni kaki bahan orang tau. Dia punya bahan kau boleh sentap sampai boleh mintak putus saudara lah kalau sape tak boleh tahan dengan bahan gurauan dia. Bisa habis.
Makanya kalau kau rasa nak bahan si Anep ni balik dan bahan macam mana pun, macam tak menjadi je nanti sebab dia akan tembak kau balik kaw kaw. Maka Ijam mengambil pendekatan untuk tidak balas kerana dia tahu dia pasti kalah punya dengan Anep walaupun aku tahu dalam hati Ijam geram je nak balas balik. Ijam dengan sengaja mempamerkan muka yang ada senyum untuk Anep.
“Memang kalau aku tak tegur kau memang sampai kesudah ke jimbet kau tak akan amek kain baju kau tu. Aku bukan apa. Boxer kau tu memalukan lah. Malu anak dara sebelah rumah tengok boxer kekuningan di tengah tengah itu. Herm.”
Aku dengan Hassan dah berdekak dah masani. Anep dia memang terus terang punya orang. Benda macam ni dah biasa pada kitaorang. Kalau aku yang kena bahan dengan Anep pun aku tak akan amek hati punya walaupun peratus untuk membahan Anep balik tu sangat menebal di hati. Dan maka Ijam pun berlalu ke luar rumah dengan perasaan yang redho dengan apa yang berlaku.
“San!! Kau sini jap!!”
Teriakan dari luar memanggil hero kita pada malam itu. Dah lah si Hasan tengah pening melayan karenah aweknya. Siap videocall sebelah aku motif nak bagi kitaorang yang single ni jealous barangkali?
“Iye sayang. Iye iye I tahu. You okay tak tu? You jangan lupa cakap kat ibu and ayah you I nak masuk minang you nanti. I bukan apa kan I datang buat surprise nak minang you dihalaunya pulak I. Tapi itu memang hajat I nak buat suprise kat you. Tapi takpelah I surprise benda lain jelah masa malam pertama kita nanti.”
Aku kat sebelah yang mendengarkannya macam…..
“MUHAMMAD HASSAN BIN HAJI ABDUL RAZAK!!!”
Teriakan kali kedua dari luar setelah teriakan pertama sebentar tadi diabaikan dengan sengaja oleh Hassan. Kali ini teriakan tersebut datang dengan tuan badan sekali ke dalam rumah.
“Weh korang! Korang tolong ikut aku pergi kat depan pagor rumah sekarang jugak. Hassan tu korang tolong lah tarik sekali! San, jangan sampai ke semak handphone kau tu San!”
Muka Ijam dah menggelupur habis masani. Aku tertanya tanya apabenda pulak yang jadi lagi ni? Firasat aku kuat mengatakan macam ada benda tak best je tengah jadi kat luar tu. Serta merta segala bulu naik mencanak dengan jayanya.
“Apa benda pulak ni kau nampak Encik Chong lagi ke kat luar tu? Atau nampak Cik Pon? Ke kau nampak dua dua sekali?”
Anep punya mulut guys..Boleh tahan guys mulut puaka dia guys…
Serta merta Anep kena luku dengan aku. Dia ni ketiga paling berani dan satu tu jelah tak best mulut dia puaka betul tak reti nak jaga adab langsung. Memang kalau travel jauh jauh dengan dia, kau kena siap siap bawak sellotape untuk keselamatan diri masing masing. Dasyat sangat kalau bawak tenuk sekor ni.
“Barbie lahanat haram jadah punya Rashid!! Nak mampus cepat ke si**! Barua punya jantan!!”
Ye betul tu. Tak lain tak bukan memang kerja si Rashid. Macam jahat sangat ke kami kerana menuduh melulu tanpa usul periksa terlebih dahulu? Tuan puan sekalian, ternyata sekali memang itulah kerja si Rashid kerana terdapat….Berat sangat untuk aku luahkan apa yang telah terjadi. Tapi tak mengapalah dah terlanjur bercerita aku buat buat okay jelah sambil membayangkan benda tersebut yang sampai sekarang payah betul bayangan tersebut nak hilang dari kepala otak aku. Kepala lahanat betul.
“Asal kau bengap sangat malam ni sampai tak kunci kereta kau?? Ye pun nak jadi bengap jangan ketara sangat bengap tu. Melampau sangat bengap kau ni San.”
Marah Anep kepada Hasan yang sedang pening memikirkan tentang nasib kereta beliau yang tak ubah macam loji sampah sarap. Loji sampah sarap guys. Mana tak marahnya si Anep memang betul sekali apa yang dikatakan olehnya. Korang nak tahu apa yang tengah berlaku? Korang tekalah. Okay cukup semua yang korang teka tu semuanya salah. Eh eh pandai pulak sorang dua ni meneka.
Ya betul tu tuan puan sekalian. Terdapat beberapa bangkai cicak yang tersangatlah banyak bersama dengan bangkai tikus digaul sebati dengan sang lipas yang langsung tak bersalah. Tak cukup tu tau tuan puan semua, bangkai d***h tikus barangkali merata rata kat dalam tempat duduk belakang termasuk sekali dengan…
Ya tepat sekali! Tempat duduk pemandu pun tidak diberi muka sama sekali!
“%#!$¥\>$?\+=]${#-(/*=¥\#|<]!!”
Carut Hassan dengan jayanya bila tengok keadaan kereta dia yang sangat menyedihkan.
“Tu….tu… Ko…Korang tengok balik pokok tu…”
Masing masing yang ada kat situ dah bukak langkah seribu dengan aku aku sekali semestinya ke dalam rumah. Tapi masani sumpah kelakar bila ingat balik. Berterabur kitaorang berlari sampai ada yang terhentak kat pintu grill, ada yang tarik boxer sesama sendiri sampai ada yang dah terlucut. Dan last kali jatuh kena hempap sama sama hahahah bapak kelakar bila ingat balik.
Yang Encik Chong tu kali ni giliran aku pulak yang ternampak kelibat Encik tu betul betul dekat belakang pokok dekat depan luar pagar rumah kami. Pokok tu tepi dia ada pangkin. Tak jauh mana pun dari tempat mana si Hasan park kereta dia. Aku sumpah weh aku terus kaku seram sejuk yang teramat bila aku nampak Encik Chong tu pandang tepat kat arah aku. Cilakak betul ini semua salah mulut puaka si Anep! Anep kau memang puaka!
Sebelum ni aku pernah cakap besar kalau nak dibandingkan jumpa hantu dengan jumpa si Rashid tu adalah baik kalau aku jumpa hantu depan depan dari aku jumpa Rashid. Dan tadaaa impian aku terkabul jua. Tapi macam tak terkabul mana sebab kejap je Encik Chong muncul tak lama tu tuan dia pulak yang muncul guys. Maka aku pun berhuhu jelah.
“Apa masalah kau ni si**? Apabenda yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Kau kalau teringin sangat nak jadi barbie sebab dah penat nak jadi manusia, then you should kill urself!”
Dengan langkah penuh beraninya Hassan pergi mendapatkan Rashid yang tengah elok je berdiri kat belakang pokok yang mana Encik Chong menapak tadi. Aku tak tahu dia dapat kekuatan untuk berdepan Rashid macam mana tapi yang aku yakin kekuatan tersebut dia dapat adalah dari kegeraman yang melanda kereta dia. Fuh ni baru jadi kat Hasan. Buatnya jadi kat kat si Mika? Aku tak dapat bayangkan.
Aku dan yang lain pun keluar melangkah mendapatkan Hassan. Takkan lah doh kitaorang nak jadi lembik sangat duduk dalam memerhatikan segalanya. Tu satu hal kalau buatnya diapa apakan si Hassan tu. Ya Allah aku tak dapat lah sia bayangkan benda macam ni jadi.
“Bukan ni je aku mampu buat tau. Ini amaran dari aku untuk kau San. Kau cuba contact dengan Mawar lagi kau siaplah.”
XXXX
“Siapa lak Mawar tu?”
Anep mengajukan soalan dari pihak kami yang tertanya tanya asbab utama Rashid attack Hassan. Masani Mika pun dah pulang ke rumah. Memang dia terkejut beruk lah tengok keadaan kereta Hassan.
“Jahanam betul! Lepas satu satu hal dia buat. Apabenda lagi lepasni dia nak jahanamkan?!”
Dan diselang seli dengan makian yang berlipat kali ganda dari Mika. Tak pasal pasal aku jadi rindu kat Adam tiba tiba. Rindu yang tak dapat aku nak ungkapkan. Aku harap kawan aku tu baik baik aje hendaknya walaupun tiap hari tak pernah lepas mengingatkan aku dan yang lain tentang solat. Allahu aku jadi sebak sekejap.
Dekat pukul 4 pagi jugaklah kami tak tidur tidur mendengarkan cerita dari Hassan. Lepas je Rashid sound Hassan dia dengan muka selamba badak dia berlalu pergi macam tu je dan hilang dalam kegelapan malam. Kitaorang tak tahu kat mana si bangkai ni park kereta dia tapi apa yang kitaorang tahu si bangkai ni memang genius.
Sebab apa aku kata dia genius? Sebab dia akan tahu punya yang kereta dia pasti akan jadi mangsa hentakan bertubi tubi dari Hassan. Genius sekali kan bekas kawan aku itu? Aku jadi bangga tiba tiba. Hassan pun cakaplah dia memang rasa nak tumbuk je si Rashid tu terus tapi bila dia dengar je Rashid sebut nama “Mawar” tu dia terus jadi kaku tiba tiba. Maka dia pun hanya membiarkan sahajalah si bangkai tu pergi macam tu je.
“Awek kau bukan Lisa ke? Kau ada berapa awek ni? Mawar ni yang keberapa?”.
“Amendelah kau ni Jam. Lisa tu jelah gf aku. Mawar tu sepupu Rashid. Last aku contact dia kat Facebook kot tu pun dah lama weh. Takkanlah Mawar bagi tahu pasal aku kat Rashid kot?”
“Apesal tiba tiba kau boleh kenal sepupu dia pulak ni? Ke kau dah lama kenal Mawar tu?”
“Ish dia budak intern department aku lah. Ala korang takkan tak perasan budaknya kecik kecik pakai spek besar tu. Kalau korang perasan kadang dia selalu ikut aku pergi site.”
“Apesal aku tak tahu ek?”
“Benda takde kena mengena memang kau tak penting pun untuk tahu.”
“Dah tu kenapa pulak dia warning kau dengan si Mawar tu?”
“Sebab. Aku… Aku tanya Mawar pasal Rashid orangnya macam mana sebenarnya. Pastu aku tanya Mawae dia kenal ke budak nama Laila. Mawar macam tak tahu apa apa pun pasal Rashid. Tapi dia tahu pasal Laila. Mawar tanya aku balik kenapa tanya pasal abang Rashid dan Laila. Pastu dia tanya aku kenal Laila macam mana. Tapi tulah aku dah pesan kat dia jangan cakap kat Rashid yang aku tanya pasal ni. Dia macam okay je simpan rahsia. Tup tup harini pulak dia…”
……
“Rashid tu bijak orangnya. Baik dan berbudi bahasa jika orang luar mengenali dirinya dari luaran. Rashid tu memang nampak normal macam orang biasa. Tapi dia ada sifat memendam akan sesuatu perkara hingga dia obses akan hal itu. Maksud pakcik kat sini dia tak akan slow and steady je kalau nak melunaskan dendam dia. Dia rancang elok macam dia rancang rapi dendam dia kat makcik dia, arwah makcik dia adik perempuan pakcik. Dendam yang tak berpenghujung tu telah menyebabkan arwah makciknya menderita teruk sebelum meninggal dunia. Semuanya datang dari Rashid.
Pakcik dah puas cakap nak sampaikan pakcik terpaksa halau dia keluar dari rumah, pakcik sampai cakap yang pakcik haramkan dia untuk jejak kaki ke rumah ni. Pakcik tak mengaku dia anak pakcik selagi dia tak bertaubat dan mintak ampun dariNya. Pakcik malu sangat orang kampung semua sedia maklum tentang apa yang Rashid dah buat pada makcik dia sendiri. Itu sahaja yang pakcik dapat ceritakan pada kamu semua nak. Bertahun kami tak dengar khabar berita dari dia. Walaupun begitu dia tetap tak lupa kirimkan wang bulanan gajinya kepada kami setiap bulan. Kami satu keluarga serta sanak saudara yang lain tahu punca dia melakukan semua tu cuma pakcik tak dapat menerima hakikat dengan cara dia melunaskan dendam dia. Oh ya Faz apa yang kamu semua buat sampaikan Rashid bertindak sebegitu rupa?”
Dan sekali lagi aku kena siku dengan teman teman tak berguna ini.
“Panjang ceritanya pakcik. Tapi sebelum tu kami nak tahu pasal Laila. Laila tu anak perempuan pakcik? Hassan ni ada bertanya pasal ni kat Mawar. Mawar ni kenal Hassan dia praktikal kat tempat kitaorang.”
“Ya Laila anak bongsu pakcik. Pakcik ada empat orang anak dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Sekarang Laila berada di Selangor. Laila….”
Maka ketahuilah kami sesiapa sebenarnya Laila kepada Rashid. Patutlah Rashid seboleh akal melindungi Laila tapi tindakan yang dia ambil tu salah sama sekali kalau ye pun dia nak berdendam dengan Mika, pulak tu dia guna cara kotor untuk kenakan Mika.
“Laila dia memang rapat sekali dengan Rashid. Mereka selalu melekat bersama kemana sahaja. Rashid memang sayang sungguh dekat Laila. Laila dia ada panick attack tapi benda tu dia dah semakin pulih. Mereka berdua ni senang cerita seseorang yang kamu boleh gelar sebagai introvert. Takut dan malu untuk berada dalam kumpulan lebih lebih lagi Laila. Pakcik sedih nak cerita tentang ni. Laila tu acap kali didera emosi dan mental oleh arwah makciknya sedari dia meningkat remaja lagi. Keyakinan dia merudum dengan teruk sekali. Ini semua salah kami kerana pakcik terlalu sibuk bekerja waktu itu sehingga mengabaikan Laila yang ketika itu berada dalam jagaan arwah makciknya. Laila mengalami depresi yang sangat teruk sehingga membawa ke alam universiti dia. Laila… Laila kerap kali ditemui cuba m******h diri. Tapi syukur ada yang sempat menyelamatkan dia.”
XXXX
Dan maafkan aku kalau aku macam mengarut dan masuk segala dialog sebab aku cuma nak mudahkan korang faham akan jalan cerita aku. Aku tak reti nak cerita bagi habis terus nanti macam hambar aku jugak yang korang kecam huhu. Untuk yang menanti dengan penuh sabar aku hadiahkan cerita yang masih tergantung ini untuk kalian semua. Semoga terlepaslah kerinduan kalian terhadapku huhu. Untuk yang mengecam dan menfitnah aku, aku dah lama maafkan korang huhu.
Korang nak aku flashback balik tidak sambungan yang tak menjadi dan yang tergendala dari #kawanakupsiko 3 yang sepatutnya jadi pengakhiran tu? Yang part ni tuan puan semua aku cuma nak jelaskan apa yang terjadi semasa kehilangan aku untuk setahun dua ini. Aku rasa macam banyak je benda lain yang aku tak jelaskan dengan terperinci. Ye aku confirm kena kecam lepasni huhu.
Dengan lafaz assalammualaikum kita berjumpa lagi dan aku harap penerangan aku tentang Laila tu dan cukup untuk buat penantian korang selama ni berbalaoi.
Jumpa lagi korang!
Yeahh…u’re back Faz.Im glad u start balik menulis.Tggu u pnye cerita mcm tggu crush balik cinta I.Klu u ade masa.Baca la kisah Syazt.Kwn i yg psiko pon nama dia rashidi.Hope u can read my story
Apa tajuknya?
Tergilakan kwn baik aku.Tajuk cite sye
Thanks
Aduhai..xtaula knpe rse in luv la dgn faz ahmad.Jom kita berkenalan.ahaks
ade lagi ke smbungan citer ni ? nak tahu jugak mcm mna dgn si bangkai tu ..hahhahaakkkss
Yeayyy dah sambung, berbaloi buat noti by email, nampak je tajuk Kawan Aku Psiko terus baca dan2 tu jgak 😂Tak sabar nak tau kisah seterusnya
blom hbis lagi ker citer ni ? cepat2 laa smbung , nk tahu mcm mna pengakhiran citer ni
Ya Allah, kau jadikanlah si Faz ni rajin nak tamatkan cerita ni ya Allah..kalau dia malas Kau pancitkan lah kereta dia ya Allah..
Hahaja..its funny. Aameen….
Ya Allah finally!! Berzaman doh aku tunggu cerita ni!! The best lah faz untuk akhir tahun baru ko comeback kan!! Aku xkisah bersambung ke apa yg penting ko dah kembali and aku nk tahu pasal laila tu jekk.. satu lg kalau ko rajin faz citer lah balik pasal rashid yg dulu2 dgn citer adam berubat kat kg tu.. sbb aku suke gilee dgn cara penulisan kau… keep it up!!
Thank you for coming back fazzz!!! May Allah protect u and ur friends always! Amin
Rasa mcm tergantung sikit neyh..ape jd dekat rasit tu skrg
Finalllyyyyyy!!!
Thank god yu are back. Terpikir jugak ra-shit ni buat something kat yu ke apa. Tapi nasib baik, continue ye nnt.
👍🏽👍🏽
Finally! Dengan penuh setianya menunggu sambungan cerita ni
Aku tunggu cerita ni dari zaman belajar sekarang dah kahwin tengah alah2 dah tunggu cita faz ni hahaha.. faz cepat habiskan cerita ni xsabar nk baca lg🙊
1st time tegerak hati nk bg komen kat ruangan nie..serius meremang bulu roma bila baca start ‘kwn aku saiko 1’.
Rs crita nie x hbis lg nie..tergantung..hrp Faz dpt hbiskan cerita nie..
“Ya Laila anak bongsu pakcik. Pakcik ada empat orang anak dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Sekarang Laila berada di Selangor. Laila….”
Aku syak yang “laila” & “mawar” ni org yg sama…. enmmm…teka ja.. rumah rashid kat peneng tu agak2 kat mana ya… cikmook dok peneng & asal peneng…. cepat sambung ya faz…. ✌🏻✌🏻✌🏻
mika kan keje same dgn dorang kat plant tu.. mustahil lah mika x perasan budak pempuan tu…
AKHIRNYAAA… lama tunggu sambungan cite ni.. 🙂
lama tnggu kemunculan sambungan KAP nih … alaa jangan lelama nak sambung lgii..panasaran nih hahaha
hye faz! nama kte sama 🙂 cepat sambung cerita ni ye.x sabar nak tunggu.hihi.
Fazz!!! Jom laa borak² mcm kat KAP3 dlu.Wehhh fazz jom laa ajak skli hsan n mika borak skli.Rindulaa nk blas² comment mcm dlu.Merajuk sgt ni en faz ahmad kita ni😪😪😪
Tak sabar nak tunggu sambungannya..harap korang semua dalam keadaan baik2 je..dan harap x de la kisah yg menyedihkan sbb dah libatkan ilmu hitam…btw sedap la nama kawan faz tu..mikael a.k.a mika
Best best. Dah terjebak la pulak.. Bila episod seterusnya cik Faz? hehehe. Good storyline and saya suka dengan storytelling yang santai macam ni. Keep up the good work 🙂
You’re back! Nak menjerit kegirangan bila tengok kat noti ada kap4…faz..adam mcm mana
Handsome mcm mana la rupa si Rashid tu. Hehe. Sambung lah lagi, thanks!
1) tolong explain ape yg jadi yg menyebabkan ko ‘berehat’ faz. sampai patah kaki bagai tu…
2) status laila yg skrg. n ape yg makcik laila buat kat laila.
3) ape dendam yg rashid ada kat arwah makcik dia.
4) kenape arwah makcik laila dera emosi laila smpai laila jadi mcm tu
5) mcm mane rashid boleh mcm tu
akhirnya.. jenuh akk tunggu sambungan cite nie.. berbaloi la menunggu dan terus menunggu.. 🙂
sembang kencang
yang kau nak heran sgt dgn budak2 tu bt ape
kau tak kenal dorang, dorang tak kenal kau
lantak dorang la nak cakap ape kat kau dulu
yang kau nak sentap sangat pehal
Kalau kau dah dituduh sebagai penulis penipu siapa yang tak sentap?
Kau bukan di tempat aku jadi kau tak faham situasi aku menerima kecaman macam ni. Aku ni manusia biasa bukan semua orang boleh jadi macam kau yang kemungkinan besar kalau kau di tempat aku kau mungkin akan berlagak biasa.
Ya aku masih tak matang ketika itu yang menyebabkan aku cepat sentap dengan kata kata dorang. Tapi benda tu yang buat aku hilang mood seolah pengalaman yang aku kongsikan ni jadi bahan gelak dorang. Aku bersusah payah membahagi masa antara kerja dan jadual harian aku semata mata untuk menghabiskan setiap pengalaman yang aku kongsikan, aku cuba berbaik dan membalas semua komen komen korang dekat website FS tapi takpelah.
Dan sekarang salahkah kalau aku cuba nak terangkan semuanya kat pembaca antara penyebab utama aku menghilangkan diri? Dan sebenarnya penerangan tersebut lebih kepada pengecam tersebut.Asaalammualaikum.
biarkan jelah diorg tu.. abaikan
hehh..tengok tu..sentap lagi
cakap sikit sentap..cakap banyak lagi sentap
mak esah cakap je..yg awok nk sentap2 ni knp
hahaha..terhibur mak esah..
biasa la dunia writer2 ni penuh dgn kecaman
mak esah writer jugak..kalau tak dikecam bukan dunia writer la
semoga incik cepat matang dan tahan kecaman lepas ni ye
lelaki kotttt..keras la sikit hati tu..hati tisu ni sesuai untuk gegirl mcm mak esah ni je
kalau taknak kene kecam post je kat fb sendiri..sape kecam block je die..
kan senang..tu pun mak esah nk kene ajar ke..ermm..
ALAHAI MAK ESAH NI..HATI DIA KAN..SUKA HATI DIA LA NK RASA MCM MANA..HATI ORG LAIN2 KAN..KAU BUKAN KAT TEMPAT DIA DAN DIA BUKAN KAT TEMPAT KAU..
SALAH KE KALAU DIA NK MELUAH PERASAAN..SUSAH LAH KALAU SEJENIS YG NK KENA IKUT KATA JEA MCM KAU NI..
KENA FAHAM YA, KALAUPUN KAU BOLEH TERIMA KRITIKAN ORG DGN SENANG HATI TAK SEMESTINYA ENCIK FAZ NI PERLU TERIMA KRITIKAN ORG DENGAN HATI TERBUKA JUGAK.
KALAU AKU PUN AKU SENTAP, BERIA AMBIK MASA BAHAGIKAN MASA UNTUK CERITA PENGALAMAN SENDIRI TUP2 ORANG KATA PENIPU..
ORANG TAK KAN FAHAM SELAGIMANA TAK RASA..
SEKIAN.
lek faz… wa sayang lu.. marin beday wa… mohon nyanyi serangkap dua~… tengkiukkk~~
Please! Let me know the whole story. About ustaz adam, your friends and of course apa yang jadi kat awak. Your experience.. Sangat menarik dan memberi pengajaran kat kita semua. Even ada yg mengata awak menipulah karutlah cerita awak ni awak tk tahan dengan kecaman orang and so on but still ada yang minat dengan story awak. Ada yang menanti penulisan dari awak. So keep going!! All the best for you #FazAhmad
Assalamualaikum Cucu Nenek..tak ada sambungan ke cerita ni..nenek ternanti2.. atok ko sampai da meninggal dunia menantikan sambungan cerita ko cu…uhuk3..nenek pon da xbape sihat ni..harap dpt baca cerita ko sebelom nenek pergi…zassssss!
‘next tak de ke bro…nk masuk 2023 dah ni hihi
apa kesudahan cerita ni?? Ra-shit tu aku bayangkan mcm Fatah Amin pulak. BIJAN betul!!
tq faz…finally ada gak sambungan..yq3..jgn serik untuk menulis lagi
tq faz…finally ada gak sambungan..tq3..jgn serik untuk menulis lagi
Srs cerita faz ahmad ni best.. punya la lama aku tunggu finally keluar jugak.. tq faz
yeayy akhirnya bersambung juga cerita. aku ingatkan kau takkan sambung lagi dah. Thanks.. seronok sgt baca, ada kelakar dan kejutan. bestttt
Hi Faz..x sabar nk tggu sambungan yg seterusnya..abaikan orang suka kecam tu.. (pesan kat orang senanglahkan?kena kat batang hidung aku?hehe!) Sabar k.. 🙂
Sambung lagi please.
Ignore je manusia2 yang suka mengecam tu. Tu memang dah sebati dalam diri orang.
Tak faham jugak dengan orang yg rasa diri dorang je betul.
Thanks sudi tulis penat2 untuk share pengalaman.
keep qowiy writer. sentiasa amalkan selawat tafrijiyyah dan penghulu istighfar. banyakkan berdoa. semoga ujian lebih dekatkan diri kau dan kawan2 degan Allah. Rajin2 la menulis, aku da lama tunggu kau punya cerita nii.
Pada pendapat aku lah kan, kau tak perlu kot nak explain panjang macam tu. Kau nie sentap macam perempuan je. Ke memang betul kau ni perempuan?????? Perempuan je suka explain panjang macam ni. kikiki
asal pempuan je explain panjang2 la?? huhu kelako ko ni. maybe mmg cara dia nak explain mcm tu utk xkelirukan keadaan.. aku rase x salah dia nak explain panjang2 since ramai yg tunggu citer dia.. xknlah pempuan je yg boleh explain panjang2? kat mane lg dia nak explain kalau bukan dkt citer dia..ko ni mesti salah sorang yg kaki kecam dia kan sbb tu nickname ko bubuh nama tu..
Tak sabar nak baca ending. Bertahun tunggu, akhirnya dapat juga baca sambungan. Semoga Faz dah kawan-kawan sentiasa selamat dibawah jagaan Allah. Please sambung part 5 ya. =)
Suka baca cita faz Ahmad…menyeramkan Dan terhibur…semoga muncul balik siri yg ke 5.terima kasih faz
Masing masing yang ada kat situ dah bukak langkah seribu dengan aku aku sekali semestinya ke dalam rumah. Tapi masani sumpah kelakar bila ingat balik. Berterabur kitaorang berlari sampai ada yang terhentak kat pintu grill, ada yang tarik boxer sesama sendiri sampai ada yang dah terlucut. Dan last kali jatuh kena hempap sama sama hahahah bapak kelakar bila ingat balik.
Aku punye gelak smpai org kt kedai mkn tngok aku lain mcm wei😂
Bertahun aku tunggu kau fazzzzzz! Huhuhu
Oppa!!
Oppaa…
Oppa tak rindu Geng Sajat ke. Oppa dah lama tak muncul sampai Geng Sajat pun dah terlupa langsung kat oppa (maklumlah orang kuat melacur ni khenn mana ler nak lekat ke satu jantan) tetiba dalam semarak COVID19 ni Geng Sajat buka FS baca cerita-ceritak kat sini lepas tu tergerak hati nak search nama oppa jadinya terjumpalah artikel ni. Geng Sajat rindu kat oppa. Geng Sajat rindu memori kita dulu. Kalau oppa pun rindu kat Geng Sajat oppa bagilah hint takpun utuskan doa ke, telepati ke takpun bagi present ke. Tiberr. Macam mana nak contact oppa. Oppa… Geng Sajat pun rindu kat abang Mika. Abang Mika apa khabar. Rindunya nak ponsex ngan abang Mika ;(
Geng Sajat dah jarang buka FS ni. Geng Sajat rindu FS yang dulu sesama Kak Yulie si Ratu Nyi Roro Kidul, dengan oppa EL dengan lain-lain tu ;(
Cepat la faz nak tawu kesudahan nya…. Xpernah aku baca cerita mcm ni sampai abis..
dari mula baca smpai skrg..mmg best dn seram… tq sebb kongsi, abaikan je yg mne yg komen x elok tuh sbb diorg kata xsuka lah itu la ini la tpi tetp baca juga story….biasalah bnde tuh.. bnde simple je sbrnya klaw minat baca..xminat xyh bace..kan?.. mybe diorg cri bahan nk puaskn bosan diorg.. anggp je mcm tuh,.. xsabar tggu story lgi dri faz..
Disebabkan rmo. Ak baca semua ni dri jam 2-6 pagi… Tup tup.. Bersambung.. Thanks bro.. Thanks.. Aku tengah senyum mcm rashittt kalau takde sambungan
Yay! Dah agak dah faz akan balik! 😄 Biasala tu faz klau jadi writer memang akan ada org kecam.. Sakitnya kena kecam tu fuhh aku tahu rasa diaa.. aku pun pernah kena jugak masa hntr cerita kat fs dulu…Aku komen sikit pun dh kena kecam gak hahaha Ni lah salah satu dugaan yg kita writers kena hadapi so faz stay strong! Nak cakap abaikan org yg kecam tu mcm cliche lak kan? Hahaha keep up the good work faz! Takpe kot kau ambik masa nak buat cerita ni.. Aku faham.. ☺ Pape pun ziarah2 lah slalu fs ek?
Hhmmm apeniii…aku baca dari awal lah story ni (dalam 1hari, 02.04.2020)
dari pagi hingga lah ke mlm,,,tak putus.
Rehat mandi,makan ade lah.
Sangka kan ini terakhir,
Tapi tak ape….lanjut banyak2 yee..
Betul lar apa yang fazz cakap..dia pon ada hati and perasaan jugak mak esah..bukan perempuan aje k..nie pon bukan masalah sembang kencang atau sentap..masalanya adalah soal hati and perasaan..bukannya bile bercinta jer gune hati dan perasaan..perasaan orang kite tak tahu..jadi lebih baik diam aje dari banyak bunyi..selama nie si Faz tu terguris hati nge orang lain..tetiber kau pulakk..
Kalau dah tua takyah lerr komen sini..kitorang tau mulut orang tua nie jenis macam tu..tapi takyah lah main perasaan untuk pompuan je makcik oii..kitorang bukan tak ade adab untuk hormat orang tua..tapi bile kene macam nie menyakitkan jugak lar hati orang…hati orang lain² sis..oppss,makcik..kalau hati mak esah kental tapi takyah lar komen cam tu..tak kepasal guris hati orang..nie,sebabkan makcik esah,si faz jadi tak bersemangat untuk taip citer dia yang lain..
#MAKCIKBAWANGMODENKOCAM
Harap baiki semula ye perangai mak esah..
Untuk faz,aku sokong kau..hati dan perasaan orang lain²..semoga still ade semangat untuk kau kembali berkarya ye..good luck..
Makcik2 bawang lerr..sekarang kan dah modenn..hahahaha
Faz!!!!
Lama doh aku tunggu sambungan citer ni.. Please, abaikan haters.. Aku suka baca citer ni… So please sambung eh.. Keep up d good work k.. Thanx btw..
Sambung please..
Woo.. Menarik gila cita ni.. Aku habis masa buat hw semata mata baca KAP1-4..nice.. Kipidap don’t giveup
Masih tergantung, penasaran betul 😫. Faz Ahmad, please continue balik cite nyer. Tergantung bhai 😞
Siyesly, klau aku d tempat faz, mmg mood nk sambung crita langsung xdak dah, m**i dah aih. Lantak pi la trgantung sangkut kt mana tktau,igt aku kesah?
Tksah laa dok kata jd writer hati kena kental bagai, jd hati x kental toksah dok gatai nk jd writer, gitu? Org dh trbuka hati nk share pengalaman hidup dia kut, ko baca foc je, dah x reti nk bsyukur? Ko klu suka baca, x suka tksah dok gigih perabih nk baca, pastu sibuk dok sentap sana sini. Betui laa kuut… bila ada teguran tu akn buat kita jd lebih baik. Stakat teguran tegas, bernas ok kot. Ke dah wajib ke sentap mnyentap zaman la ni? Elakknlah diri dari memberi bebanan kpd org lain. Sbb kita x prnah tahu pon apa yg dia pernah/sedang lalui.
Kesimpulannya, tak dan aih berzaiton sameon mnaruh harapan akn kesinambungan crita nih…. (Walau jauh di lubuk hati mngharapkan…. Kihkihkih)
Faz cepatla sambung cerita
Lme x bkk fiksyen shasha..tup2 ad smbungan..please smbung lg..nk tau ksdahn dye..
Dear faz ahmad, aku da baca citer kau dari kawan aku psiko satu sampai part last ni 3 kali. tolonglah sambung part akhir. apa jadi dengan si mangkuk tingkat tu.
Best sgt cerita ni..please sambung . seram2 kelakar pun ade..berayaq mata mmbayang keadaan mase korang lari nk msuk rmh tu. ada masa smbung k.
kalau faz sambung balik cerita sumpah aku menangis
🧡💛❤️
hmm
Hiiiii , part 5 takde ke ? Best sangat cerita ni
still waiting 🙆🏻♀️
Dk sabor nk tunggu part 5
Ulang baca sebab sambungan belum ada lagi. Semoga penulis diberi kelapangan untuk menyempurnakan cerita.
Bila nk sambung erm
ermm bukan apa cuma i harap penulis masih sihat dan please inform kalau tak dapat nak sambung cerita balik because i’m still waiting for updates from you. It has been sooo long 🥺
Kenapa rasa macam cite ni tergantung heh?
Tapi takpe yg penting cite ni best. Good job FazAhmad
Dari 2019 sampai zaman covid ni saya tunggu cite abg faz. Bila abg nak sambung? Sebab cerita ni macam tergantung. Abg abaikan je kecaman netizen tu, kalaulah boleh lempang online dah lama saya kirimkan untuk si pengecam. Assalamualaikum
Assalamulaikum, moga penulis sihat selalu <3 The only story yang i akan tunggu sambungan walau tak pasti hehe
Assalamualaikum,
jumpa lagi hshsshhshshsh. harap semua orang sihat selalu <3
cause after this time, i'm still into you~
Kepada en Faz, dah 2022 ni bang.. saya dah kelaparan nk degar sambunganya ni tolong la bang jgn seksa batin saya bang takpe tk perlu jawab kritikan tk membangun tu. Karna kami yg tahu bezakan mana betul mana salah tetap nampak abg ikhlas menulis. Sambung la sambung
Waaaa..lama nya tak baca fs..dh da sambungan rupanya..mish u faz..😄tak pernah baca fs xcited mcm citer faz ni sampai asyik tertunggu2 je sambungan story dia..please sambung secepat mungkin ye faz..dh lama nak tau kabar faz & kawan2..hopefully smua sihat & dalam lindungan Allah slalu.
Perghh tak tahu pulak faz ni handsome org nye. 😆
DAH Jan 2023, masih belum ada sambungan ka ?
dari zaman habis spm tunggu ni bang. sekarang dah 2023, taknak sambung ke? 😞 gigih tau ingat balik tajuk cerita ni hms.