“Kawan” Baik

Hai peminat FS, nama aku Fanny. Mungkin apa yang aku nak ceritakan ni tak rasa “goosebumbs” korang tu tapi aku nak share pengalaman aku masa sekolah menengah dulu.

Masa ni aku ada sorang kawan baik. Syikin nama dia. Kiranya ke mana saje pergi mesti berdua. Masa tu kejadian histeria makin menjadi2 kat sekolah kitorang. 1 hari tu macam biasa lepas rehat mesti ke toilet. Syikin ada mintak aku pegangkan sesuatu sebab dia nak masuk tandas memandangkan aku tak rasa nak sampaikan hajat masa tu.

Dia suruh aku pegang sesuatu yang berbungkus dengan kain kuning. Noob betul aku masa tu weh. Siap tanya, “benda ni untuk apa Kin?”. Tanya aku kat dia. “Ohhh, ni bapak aku bagi, tapi nak masuk tandas tak boleh bawak benda ni, ko tolong pegangkan ye”, jawab Syikin. Serius bila fikir balik, aku dapat rasakan kelurusan aku masa tu.

Hari tu kitorang balik sekolah macam biasa. Semuanya macam biasa hinggalah tiba waktu malam. Kebetulan masa tu abah balik lewat, banyak kerja katanye. Rumah aku ada 3 bilik 2 bilik air, standard rumah family la kan. Memandangkan aku sorang je anak perempuan dalam rumah tu, maka bilik aku belakang sekali lah dekat dapur. Bilik tu ada tingkat dan ada laman sikit kat belakang rumah. Memandangkan rumah aku ni taman, jadi ada la jiran belakang rumah dan rumah kami cuma dipisahkan dengan lorong belakang rumah yang kecik dan pagar belakang rumah aku lah. Pandai2 la korang bayangkan ye.

Kalau malam-malam, jiran belakang rumah dok ajar anak dia buat kerja sekolah kat dapur tak ada la sunyi sangat bilik aku malam tu. Sebelum ni belakang rumah aku yang ada laman sikit tu ada pokok delima, tapi dah tua jadi abah dah cantas la pokok tu. Jadi belakang rumah aku tu cuma lah laman semata-mata. Malam tu hujan renyai-renyai. Aku macam biasa la duduk bilik baca novel hantu, aku memang tak minat novel2 cintan ni. Sedang syok baca novel dengan sejuk hujan memalam tu, tingkap aku ni bunyi macam ada orang baling batu kecik. Sekali.

Aku pandang tingkap. Langsir bilik aku ni tebal yang siang cahaya tak masuk tu. Aku abaikan la mula2. Tak lama lepas tu bunyi orang baling batu lagi. Oh ye, aku memang ada sixth sense yang boleh rasa2 ni. Time tu aku dah rasa lain, aku rasa macam ade “something” tapi aku abaikan dulu takut mainan perasaan je. Acah tabah la time ni. Tak lama lepas tu bunyi lagi tapi dalam 2-3 kali baling, aku dah kecut da masa tu. Terus lari pi depan cari mak.

Aku cerita dekat mak, “ada macam orang balik batu kat tingkap kakak, tak kan budak2 kampung tepi tu, tak pernah2 pun nak usik orang”. Mak cakap pokok kot, kan hujan kat luar, angin kuat. Masa tu aku pikir, betul jugak. Aku masuk balik bilik, ingatkan nak sambung la baca novel. Tapi hati aku rasa betul2 tak sedap. Jadi aku join je mak aku tengok tv. Abah balik dalam pukul 11 malam, aku terus cerita kat abah pasal ape jadi. Abah kata kalau bunyi lagi bagitau dia. Nampak tak aku manja, mengada aih.

Malam tu aku tido tak tutup lampu, hujan masih turun. Katil aku betul2 tepi tingkap bilik aku, kiranya aku baring sebelah tingkap la. Masa tido tu, aku dengar macam ada orang ketuk tingkap aku dalam 5 kali. “Tuk tuk tuk tuk tuk”. Aku tersedar masa ketukan yang ke-3 macam tu, sebab aku ni manusia mudah terjaga mudah jugak tertidur. Mak aku kejut aku pakai suis kipas je, off je aku terjaga. Masa tu aku memang dah rasa lain, aku tak boleh nak bangun. Bukan sebab kena hempap or apa, tapi sebab aku takde kekuatan nak bangun nak panggil abah. Aku capai fon bawah bantal pun raba-raba sebab takut sangat.

Aku call abah even dia kat bilik depan je, tapi abah tak angkat. Tak lama lepas tu abah masuk bilik, risau betul tengok muka dia. Aku dengan tahan nangis, tunjuk je kat tingkap tu tak mampu nak bercakap pun sebab masa tu aku rasa dia dekat sangat. Abah selak langsir nak tengok siapa yang ada kat luar, tapi memang tak ada siapa-siapa. Masa tu aku baru teringat, masa aku mengadu kat mama sebab bunyi macam ada orang baling batu, mama cakap mungkin ranting pokok sebab angin kuat. Bukan ke abah dah cantas pokok delima belakang rumah, dan kalau ada orang sekali pun nak ketuk, dia memang kena panjat pagar baru dapat ketuk.

Esok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Aku tak cerita pun kat kawan aku tu apa yang jadi kat aku semalam. Aku buat macam biasa je, kawan baik weh. Aku husnudzon masa tu. Selalu aku balik sekolah naik basikal, abah yang ambik adik2 aku balik sekolah jadi aku lah yang akan jadi orang pertama yang sampai rumah tengah hari tu. Masa aku sampai rumah tengah hari tu, tengah bukak pintu grill aku rasa lagi apa yang aku rasa malam tadi.

Aku rasa macam ada yang tengah perhatikan aku di sebalik pintu sliding tu. Aku cuba nak masuk rumah, masuk sebelah kaki, bagi salam, aku keluar balik. Masa tu aku rasa dia dekat sangat. Ya Allah, masa tu aku memang tak kuat nak masuk rumah, rasa takut sangat2. Jadi aku decide untuk tunggu abah balik. Memang abah pelik la tengok aku tak masuk rumah lagi kenapa. Aku cerita dekat abah. Abah kata nanti dia bawak jumpa ustaz.

Esoknya abah bawak aku jumpa ustaz kat rumah dia. Lepas ustaz tu scan, dia cakap, “dia nak “berkawan” je dengan awak”. Dan rupa-rupanya yang dok main ketuk tingkap bilik aku malam tu cik lang. Alahai, ambik masa jugak la aku nak tido balik dalam bilik tu. Asyik teringat je. Ustaz tu pesan jugak, kalau ada orang suruh ambik atau pegang apa2 barang yang kita tak pasti apa benda tu, jangan ambik.

Sejak dari kejadian tu aku dah jarakkan sikit hubungan aku dengan Syikin, tu pun untuk keselamatan aku sendiri. Untuk apa Syikin bawak bungkusan tu dan dari mana dia dapat, sampai sekarang aku tak tahu jawapan tu.

19 comments

  1. Aduyaaaiii…
    G sek pon bwk tangkal ker…
    Gamaknye risau bebenor bapak si syikin dgn gejala sosial yg sgt berbahaya skrg ni…

    1. Tangkal Segarang Harimau kot bapak die bagi…
      Xnak bg org kaco anak die…
      Ekau nk ke…????
      Rasenye ekau ni sesuai pki SUSUK BERLIAN jelah…
      Boleh nnt jd model Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteeeehhhh…!!!

        1. Aku terpikiaq cik lang ni sapa , pastu pkiaq2 la ohh baru tau . aduhh dah la cik lang ni boleh jadi tinggi pada rumah . ayoooo .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *