Kawan dalam bilik

Assalamualaikum admin FS dan pembaca setia FS. Ni kali kedua Faz cuba hantar cerita Faz pada admin dengan harapan admin berminat nak post cerita Faz. Mungkin sebelum ni admin terlepas pandang ke, hehee… Apapun, Faz berterima kasih sesangat kalau admin post cerita Faz yang tak seberapa ni.

Faz baru saja beberapa bulan jadi peminat FS walaupun dah lama jugak tau pasal FS ni. Mungkin sebab perasaan takut tu menguasai diri. Tapi bila dah sekali baca, rasa best pulak dan hari-hari menanti cerita baru. Tak banyak kisah seram yang berlaku dalam hidup Faz. Kalau ada pun sekadar usik-usik manja. Cuma ada la satu kisah yang sampai sekarang masih menjadi misteri pada Faz.

Kisahnya berlaku masa Faz bekerja di Selangor. kat mana? Biarlah rahsia… Tapi ni bukan cerita di tempat kerja ya. Ceritanya berkisar di rumah makcik Faz dan di dalam bilik yang Faz duduk. Faz ni orang utara. Disebabkan tempat kerja Faz terletak berhampiran dengan rumah makcik Faz, jadinya Faz pun menumpang saja. Alang-alang makcik Faz dah ajak tinggal sekali tak kan nak tolak kan? Boleh jugak jimat tambah pulak masa tu baru nak mula kerja. Ye dak?
Tempoh Faz kerja dan tinggal di sana cukup-cukup setahun. Dari bulan Mei, 2017 sampailah ke bulan Mei, 2018. Tak ada la lama sangat kisah misteri ni berlalu pergi.. Sebab tu masih segar dalam ingatan Faz dengan apa yang jadi. Oh ya, sekarang Faz dah balik utara semula tau. Cerita Faz ni 100 peratus tiada rekaan dan mungkin tak seram sangat untuk pembaca FS tapi kalau berlaku pada diri sendiri memang merasa la seram sejuk sampai ke tulang.

Pada awalnya Faz tinggal di rumah makcik, semuanya ok. Faz bawak hamster sebagai peneman dalam bilik. Ada la 2 ekor sampai sempat beranak pinak. Faz pulak budak art dan memang kerja dalam bidang kreatif. Jadi Faz dah biasa tidur lambat dan untuk beberapa bulan Faz kat rumah tu tak ada apa yang pelik berlaku (atau mungkin Faz yang tak perasan), sehinggalah masuk bulan November 2017. Perkara pelik dan misteri berlaku mula pada bulan November 2017 hinggalah bulan terakhir Faz menetap disana. Tak taula kenapa mula dari bulan tu Faz selalu terkena.

Bulan tu Faz rancang nak iklankan hamster Faz kat FB. Nak bagi free sebab banyak sangat anak bulus tu nak kena jaga. Dah menumpang memang payahla nak jaga sebab biasanya hamster akan gaduh bila makin membesar. Faz tak sedih sangat sebab kat rumah belah utara Faz ada lagi hamster yang dijaga oleh mama Faz. Dah selesai proses deliver semua hamster kat orang, bila balik sunyi pulak bilik dah tak ada bunyi hamster main malam-malam dalam sangkar (hamsterla kot kan yang main), Hari-hari berikutnya Faz buat rutin harian macam biasa. Faz ceritakan gangguan atau usikan yang berlaku pada Faz dalam turutan ya supaya mudah pembaca nak faham sebabnya semua ni jadi secara berulangan dan boleh dikatakan hampir setiap hari masa Faz ada dalam bilik.

  1. Bunyi guli
    Faz tau, benda ni macam dah cliché kan? Tapi ini la permulaan pada gangguan yang lain-lain. Pada satu hari minggu tu, Faz baru balik dari jalan-jalan. Sempat berehat sekejap lepastu Faz bangun untuk buat kerja sikit. Biasala budak art, kerja-kerja pun ada la bersepah sikit. Dari meja ke lantai sampai ke katil Faz buat kerja. Sedang Faz khusyuk buat kerja, keadaan jadi sunyi sekejap tapi tak terfikir apa-apa lagi. Tetiba… tet tet tettt… bunyi guli jatuh. Rumah makcik Faz ni rumah teres dua tingkat. Bilik Faz tidur di tingkat atas. Masa tu nak fikir apa? Suspend jugak tapi Faz buat tak endah memandangkan hari pun masih cerah. Faz fikir positif dan teringat yang Faz pernah baca beberapa artikel pasal bunyi guli tu sebenarnya tekanan air ke udara entahlah yang terjadi dalam saluran paip. Tak dinafikan, mungkin ada sahihnya penjelasan tu. Lepas kejadian pada hari tu, masih ada bunyi guli pada hari-hari yang berikutnya. Jadi, boleh percaya lagi ke tak artikel tu semua? Macam tak je.
  2. Bunyi duit syiling
    Bunyi ni cuma berlaku dua kali sepanjang Faz duduk dalam bilik. Kebiasaannya sebelum tidur Faz akan pergi bilik air nak cuci muka sebelum tidur. Satu malam tu, Faz bukak saja pintu bilik air terus rasa macam nak luruh jantung!! Kuss semangat… rupanya ada lipas kat depan pintu. Hahahah! Oklah, Faz pun terus pergi ambik Shieldtox yang ada kat luar bilik dan dengan pantas sambil menggeletis Faz spray lipas tu. Dah nampak lipas duk tergedik-gedik cari nyawa, Faz pun tutupla pintu bilik air sebab taknak bagi bau spray tu masuk dalam bilik.
    Untuk pengetahuan pembaca, bilik air dikongsi 2 bilik. Bilik air bercantumla ni maksudnya. Jadi bilik yang lagi satu tu bilik sepupu lelaki Faz. Bebudak nak meningkat remaja lagi sepupu-sepupu Faz ni. Lepas dah tutup pintu, Faz duduk kejap kat hujung katil yang terletak beberapa jengkal ja jarak dari pintu bilik air. Baru ja beberapa saat Faz duduk terus terdengar bunyi duit syiling jatuh. Jelas dan agak bergaung bunyinya seperti dari dalam bilik air. Aikk.. dalam bilik air tadi ada lipas yang hampir m**i tu ja. Mustahil sepupu Faz sebab kalau bukak pintu bilik air memang bunyi dan bergegar kuat. Untuk sedapkan hati, Faz Cuma fikir mungkin sepupu Faz ada terjatuhkan duit syiling atau kunci dalam bilik dia. Mungkin. Terbantut terus Faz nak masuk bilik air malam tu.

Esok malamnya, Faz keluar dengan sepupu nak beli makan. Faz driver. Sambil bawak kereta Faz tanya sepupu,

Faz: “Z, semalam ada dalam bilik?”
Z : “ada”
Faz: “Z ada terjatuhkan kunci ke duit ke dalam bilik? Kan belakang pintu bilik air gantung seluar?”
Z : “tak ada jatuh apa-apa pun. Kenapa?”
Faz : “tak ada dengar ke bunyi macam duit syling jatuh dalam bilik air semalam?”
Z : “tak dengar apa pun..” sambil senyum sinis (sepupu Faz memang kuat menyakat tapi Faz percaya cakap Z yang dia tak jatuhkan apa2 sebab bunyi yang Faz dengar memang jelas dari dalam bilik air). Faz sekadar bertanya untuk mendapatkan kepastian.


Kali kedua Faz diusik lagi dengan bunyi duit syiling jatuh tapi kali ni betul-betul dalam bilik. Berlaku beberapa hari atau selang berapa minggu dari kejadian lipas tu. Entah tak ingat. Masa tu Faz tengah elok landing atas katil, sambil cakap phone dengan buah hati Faz. Kalau tengah on the phone tu rancak jugakla sembang dan bergelak sakan. Sedang Faz bercakap, telinga Faz tertangkap satu bunyi yang sangat familiar. Ya. Bunyi duit syiling jatuh dalam bilik. Kecut perut mak aiiii… Kalau dengar bunyi guli dah biasa, inikan pulak bunyi duit syiling, tak ke pelik tu? Faz teruskan bercakap phone sebab dah takut dan buat tak peduli walaupun rasa seriau masa tu. Nak bunyi boleh, jangan tetiba muncul memang masa tu jugak pengsan terus tidur! Agaknya, “kawan” dalam bilik tu tak suka Faz duk bergembira sangat kot.

  1. Petik suis
    Bilik Faz duduk tu bila bukak pintu akan nampak katil pada bahagian kanan. Katil dalam bilik tidur Faz tu katil king tapi tilamnya tilam queen. Sebabkan katil besar jadi muat-muat dalam bilik tu dengan ada ruang untuk jalan pada sebelah kiri katil. Kiranya masuk bilik terus langkah dua tiga kaki dah naik atas katil. Kalau tak tolak katil rapat ke dinding bahagian kanan, tak ada la ruang untuk berjalan tu. Depan katil ada la ruang lebihan untuk almari, meja study dan tempat solat. Faham tak uolls? Faham-fahamkan jela okeh.. Memandangkan tilamnya size queen, Faz tolak tilam rapat ke kiri rangka katil supaya ada ruang pada bahagian rangka kanan katil. Kenapa Faz buat macam tu? Sebab bawah tilam ni ada papan lapik tilam yang smooth dan tak nampak bawah katil. Ruang ni la Faz guna untuk letak novel, phone, cermin mata, extension plug sebab bila baring ja boleh terus capai apa yang Faz nak. Plug betul-betul hujung kaki katil kat dinding kanan.

Selalunya, Faz akan charge dua phone dan satu modem wifi. Kadang-kadang charge bateri laptop. Jadi hari-hari Faz akan tekan dalam 2 ke 3 suis sekaligus termasukla suis plug di dinding. Maksudnya charge sekali jalan. Usikan seterusnya berlaku kat sini. Pada suatu petang hampir ke malam, elok Faz tekan suis plug, tak semena-mena ada bunyi petikan suis disebalik dinding tu jugak. Bunyi sayup tapi masih jelas. Terdetik kat hati Faz, mungkin jiran sebelah kebetulan guna plug juga.

Kebetulan ya pada masa yang sama??? Kes suis plug ni pun terus berlaku secara kerap. Setiap masa Faz guna suis maka dari sebelah pun akan turut menekan-nekan suis. Masa awal jadi tak pelik tapi bila dah selalu jadi mula la terfikir, “Oh, hang nak usik style ni pulak…” Sangat tak logik kalau difikirkan balik. Dinding yang ada suis tu memang sebelahnya rumah jiran. Boleh ke tembus dengar bunyi suis dari rumah sebelah? Takkanla jiran sebelah tak ada kerja asyik nak melayan Faz tekan suis siang malam tak tentu masa? Melainkan memang “kawan” dalam bilik punya angkara…

  1. Tangga dan pintu
    Bila balik kerja Faz confirmla letih. Kadang-kadang balik tak mandi dulu terus baring atas katil. Tapi perkara ni akan jadi bila Faz landing kat katil la. Faz akan landing side dinding, kanan katil yang dekat dengan plug. Masa Faz ralit tengok phone (aktiviti landing atas katil selain tidur), mesti akan ada bunyi dari rumah sebelah. Masa tu la nak bukak pintu dan masa tu la nak turun naik tangga. Rumah makcik Faz ni kalau naik tangga jumpa bilik Faz dulu. Jadi sama la dengan rumah sebelah kan? Kalau orang sebelah naik tangga akan jumpa bilik sebelah Faz tu. Bunyinya sama macam bunyi suis. Sayup, pelan tapi jelas.

Bunyi pintu, krrreeek…pom! selang berapa minit, krrrekkkk…pom!
Dum..dum..dum..dum..dum..dum..dum..dum.. bunyi orang naik tangga.
krrreeek…pom!
Ini la bunyi yang Faz akan dengar setiap kali landing atas katil. Sibuk betul jiran sebelah ni. Pernah satu ketika, bunyi orang naik tangga tu lain dari biasa. Faz tercakap dalam hati “ish bunyi ni lagi..” masa tu jugak bunyi tu semakin kuat dan kuat dan berpanjangan macam tangga tu tinggi sangat. Faz pun apa lagi, terus bangun dari katil dan keluar bilik.

  1. 3 ketukan
    Yang ni pendek saja. Macam biasa Faz landing atas katil dan mungkin ada bunyi turun naik tangga atau bunyi bukak pintu dan suis tapi Faz buat taktau. So “kawan” geram la kot, Adehh.. tuk tuk tuk.. pelan sangat bunyi ketukan di dinding tapi mampu membuatkan Faz terkejut beruk! Sempat terpana kearah dinding dan fikir ni bukan ketukan bertukang, ini ketukan cari nahas. Faz cepat-cepat bukak pintu dan turun dengan laju ke ruang tamu bawah.
    Maaf ya sebab panjang tapi banyak sangat yang jadi masa tu jadi Faz nak karang cerita betul-betul dan taknak bagi pembaca confuse. Sepanjang kesemua usikan ni berlaku Faz kerap mimpi pelik. Mimpi-mimpi ni pulak Faz kategorikan kepada 3 jenis. Mimpi dikejar ular kecik, mimpi disuruh kahwin dan berada dalam majlis yang ramai orang dan mimpi menyeramkan yang Faz tak ingat tapi mesti akan terus tersedar dari tidur. Faz akan sentiasa dapat mimpi macamni secara berulangan cuma jalan ceritanya saja berlainan. Persamaan mimpi ni semua, Faz akan automatik terjaga dari tidur pada pukul 3 – 4 lebih pagi.

Selain mimpi Faz juga akan rasa sesuatu pada kaki Faz terutamanya pada ibu jari kanan Faz. Rasanya seperti ditusuk atau dileretkan benda yang sangat halus dan tajam. Tak sakit tapi memang terasa sesuatu. Macam bergerak-gerak dalam kulit. Berlaku setiap kali Faz baring atas katil.

Oh sebelum Faz lupa, selain bilik Faz.. kalau duduk bawah kat ruang tamu dan ruang makan akan dengar bunyi orang alih perabot di tingkat atas. Yang bestnya, atas tu bilik makcik Faz atau ruang tamu kecik dan makcik, pakcik, sepupu Faz elok ja semua ada duk kat bawah. Huahuahua! Faz pun keras macam patung buat dekk jugak. Orang sibuk kat bawah, “kawan” sibuk mengemas kat atas. Faz bersyukur tak ada apa yang memunculkan diri tapi cukup dengan bunyi-bunyian untuk menggetarkan jiwa dan merunsingkan fikiran Faz.

Macamana Faz boleh bertahan lama dalam bilik tu? Tak tahan dan takut sebenarnya. Dari tidur tutup lampu sampai ke terang benderang. Terpaksala cekalkan jugak hati tu. Faz letak Yasin di tepi kepala Faz dan Al-Quran berhampiran Faz. Keluarga makcik Faz juga ikhtiar dengan beli radio kecik yang ada surah tu dan pasang di dalam rumah serta bilik seharian.

Faz ada bertanya pada family makcik Faz (bukan tanya dalam rumah la) choiii… Family makcik Faz pun ada dengar cuma tak ekstrem macam yang Faz kena tapi masing-masing berlakon macam tak ada apa jadi. Huhuhu.. Alhamdulilllah sekarang dah balik utara Faz tak mimpi dah yang pelik semua tu dan tak ada la usikan manja sebegitu lagi. Maaf andai tak seseram cerita yang lain. Sekian.

Faz …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faz

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.