“Kawan” di Flat JKR

“Hello, Man bawak senapang dengan geng kau sekali k. Aku dengan geng aku tunggu kat flat laksamana. Datang awal sikit”-aku

“Kk. Otw. Kami dah ready! Hahaha”-balas Man

ASSALAMUALAIKUM WBT
Kisahnya begini. Kami adalah sekawan yang suka akan permainan menembak(kalau diberi peluang untuk cuba senapang sebenar, takkan kami lepaskan peluang keemasan ini. Haha). Pendek cerita kitaorang ni suka main senapang getah. Kami akan bermain senapang getah ni dimana mana saja tempat yang kami mahu.

Aku tinggal di sekitar kawasan Flat JKR, Jalan Laksamana(tempat ni di Perak. Daerah mana tu aku rahsiakanlah) di belakang Flat ni ada lagi satu Flat yang sama tapi telah usang atau angker sebab sudah terlalu lama tiada penghuni. Jarak antara dua Flat ini dalam 70meter, dan diantara panjang 70m tu, ada satu gelanggang sepak takraw (gelanggang ni kekadang je ada orang guna, tak macam dulu masa Flat tu ramai penghuni). Ramai orang kata kalau sesiapa yang masuk kedalam bangunan tu akan dikacau oleh ‘Kawan’. Penduduk Flat dan sekitarnya menggelarkannya sebagai ‘kawan’ kerana ‘benda’ tu sentiasa ingin menjadi kawan kepada sesiapa yang cuba masuk atau mendekati Flat itu.

Kisah seram yang aku ingin cerita pun bermula…

Aku dan geng Man berkumpul di gelanggang sepak takraw. Kami membahagikan getah kepada 50 setiap sorang. Memerhati sekeliling untuk dibuat medan peperangan.

“Tu haaa!”Jerit Man sambil jarinya menunjuk ke arah bangunan angker tersebut.

“Kau gila ke, tempat tu kan berhantu!” sahut Mon dgn nada suara yang agak tinggi.

“Hak alaa lek aa. Karut je semua tu. Jangan percaya sgt ape yang orang cite.” Man menjawab dan cuba untuk meyakinkan kami semua. Lalu kami pun bersetuju untuk menjadikan Flat itu sbg medan peperangan pada petang tu. Kami gerak ke Flat tu jam 5 petang.

Tibanya kami di bawah Flat itu. Terus saja kami masuk kedalam tanpa rasa ragu walaupun berdiri bulu roma masa tu.

“Blok ni ada 4 tingkat. Kita berpecah ikut team.”-Waled

“Ok! Geng A gerak tingkat 2 dan Geng B tingkat 4.”-Sapik

(Tingkat 3 dijadikan tempat untuk tembak menembak. Tingkat 2 dan 4 adalah kubu untuk team masing masing).

Kami team B pun naik ke tingkat 4. Dalam perjalan naik tangga kami sedang berborak, tiba tiba.. “tongggg!!” bunyi dentuman dari atas bumbung Flat itu telah menghentikan perbualan kami.

“Korang dengar tak?” Tegur Acap dengan muka yang cuak

“Dengar” kami menjawab serentak

“Mungkin bunyi angin je kot. Takda apa tu. Dah jom kita naik” cakapku untuk menyedapkan hati dorang.

Sesampainya diatas, kami menyusun strategi dan siap sedia untuk berperang.

“Kami B dah sedia!” jeritKu untuk memberitahu Team A di tingkat bawah. “Kami A pun dah sedia!” sahut Man dibawah. Peperangan pun bermula. Kami turun ke tingkat 3 secara berkumpulan. Tembak menembak pun bermula. Permainan berjalan dengan lancar selama 15 minit macam tu. Bunyi tangisan telah menghentikan peperang yang kian rancak. Bunyi tangisan teresak esak datang dari tingkat bawah sekali. Kami terpaksa menghentikan permainan kerana tangisan itu jelas kedengaran ke semua tingkat. Kami berkumpul di tingkat 3. Tangisan itu berlarutan selama 25minit macamtu.

“wey apa nak buat ni?”-Jali

“kita turun je nak?”soal Eky dengan muka yang cuak

“kalau kita turun mau terserempak dgn benda tu” Mon mencelah perbualan tersebut

“takpa kita turun je bawah, kot kot suara tu hilang ke?. kalau dia muncul depan kita, kita pecut 100m. Hahahaha” cadang Acap sambil buat lawak hambar. Kami memberanikan diri untuk turun ke bawah, kalau tangisan tu hilang, Alhamdulillah le yop. Sedang kami turun tangga, Kimie telah memberhentikan pergerakan kami di tingkat dua kerana secara tiba tiba saja dia berdiri terpaku. “Asudaah, pehal pulak dia ni”-bisik hatiku. Kami bingung kenapa dia hanya berdiri seperti paku.

“wey jalan la kimie. Kau pahal ni?”-soal Alip, lantas saja Alip memegang bahu Kimie dan terus memusingkan badan Kimie. Setelah dipusing wajahnya kelihatan pucat seperti nampak hantu(mungkin dia nampak masa tu),matanya terbeliak dan mulutnya tercungap cungap seperti baru lepas lari pusing padang tanpa henti tapi badannya masih kaku. Tiba tiba angin seperti ditepi pantai datang dari belakang kami, melalui setiap celah tubuh dan meremang bulu roma. Badan kami berpeluh. Tangisan tersebut tiba tiba berhenti.

“kita stop kt sini dulu la.” arah Rashid. Kami bersetuju saja. Entah kenapa otak kami tidak terpikir langsung untuk keluar terus dari Flat puaka ni dan pulang ke rumah. Mungkin ‘kawan’ sedang mengawal fikiran kami masa tu.

Kami seperti tidak bermaya, badan aku rasa letih seperti baru buat kerja yang sangat berat tanpa berehat. Kaki rasa lenguh. Sedang kami berehat, tiba tiba Dan(Danial namanya) bersuara “mana Kemal?!”

Oh sudahhh. Satu hal la Kemal ni kemana pulak hilangnya. 15 dari kami berdiri dan mencari Kemal. 4 lagu hanya menunggu di tingkat 2 menemani Kimie. Aku termasuk didalam 15 orang yang mencari Kemal. Kami berpecah, lima orang cari kat tingkat empat(aku bersama empat orang kawanku) . Lima lagi tingkat tiga dan lima yg lain tingkat satu. Tetapi mustahil jugak kalau Kemal turun ke tingkat 1 kerana dia berada dibahagian paling belakang tadi.

Sedang aku naik ke tangga tingkat empat, aku terdengar suara orang yang agak perlahan “tolong..tolong…” suaranya seperti dalam ketakutan. “wey korang dgr tak, mungkin kemal kot?” tanyaku pada rakan dibelakang ku, tetapi tiada respon dari mereka. Aku dah mula takut, aku toleh kebelakang tengok tiada sesiapa pun kt belakang aku?! Dalam hati jgn cakaplah, perasaan semua ada. Siap maki hamun lagi. Aku tiada pilihan, nak tak nak aku terpaksa pergi ke suara itu kerana aku percaya mungkin itu Kemal yang sedang ketakutan minta tolong.

“Hello.. Siapatu? Kemal ke??” tegurku dgn memberanikan diri.

“Naz.. Naz kau ke tu?” jawab Kemal. Dalam hati aku dah lega sebab itu Kemal. Kemal terus bangun dan pelukku sambik menangis. “dia tangkap aku, dia tangkap aku” teriak Kemal. Aku mula rasa seram sejuk. Aku dudukan dia dan tenangkannya sambilku berkata “kau ok sekarang. Jangan takut aku ada”.(gaya macam hero pulak padahal takut jugak. Hahahaha)

Sedang aku tenangkan Kemal, tiba tiba bunyi tapak kasut datang dari belakangku. Tap..tap..tap(lebih kurang macam ni la bunyinya) datang dari arah tangga..”hihihi” bunyi ‘orang’ itu gelak, aku menyangka itu ialah ‘kawan’. Rupanya yang muncul ialah ‘Kimie’. Jap, aku macam blur sebab Kimie bukan ke bawah dan dalam keadaan tak sedar?. Dia berjalan ke arah ku dan terus menampar manja ke pipi ku seolah olah menampar pipi bayi. Aku hairan dan bulu roma ku meremang naik, jantung berdegup kencang (macam crush bagitau dia suka kat kita. Hahaha). Dia berjalan ke arah Kemal pula dan berdiri dihadapan Kemal sambil bercakap benda apa tah aku taktau, mcm mantera pun ada sbb aku tak dapat paham apa yang dia cakap dan terus menerkam Kemal. Aku yg tengah duduk terus berdiri dan menyepaknya lalu aku mengangkat Kemal(badan dia kecik je jika nak dibandingkan dgn aku walaupun kitaorang sebaya), aku berlari turun ke tangga. Benda tu mengejar kami tapi dia hanya berjalan dan tak laju mana pun. Kami turun ketingkat 3 dan tiada sesiapa. Kami terus ke tingkat 2, 1 dan turun ke GroundGF. Yang menghairankan di GF seperti di tingkat 4 kerana tiada pintu keluar, malah ada tangga lagi. Aku terus kebawah melalui tangga itu dan masih ditingkat 4. ‘Benda’ yang kejar kami tadi berada dibelakang kami walaupun dia berjalan saja. Aku terus berlari ke bawah sambil membaca surah apa yang aku ingat. Aku suruh si Kemal baca sekali, Alhamdulillah akhirnya kami terserempak jugak dengan dorang semua. Aku turunkan si Kemal yg sedang lemah sambil dorang semua tolong dudukkan dia.(Walau kecik tapi berat jgk dia ni).

“Wey korang g mana tadi? Puas satu Flat kami cari tak jumpa. Nak tinggalkan korang tak sampai hati. Jangan la main main!!”Marah Sapik. Belum sempat aku nak bersuara, Kemal yang tak bermaya menjawab dengan nada yang perlahan ” ‘kawan’ kacau kami. Dia kejar kami tadi”. Kami pun duduk untuk merehatkan diri sebentar, tiba tiba terdengar suara yang datang dari arah belakang kami. Kelihatan Akim yang sedang meronta ronta seperti terkena renjatan elektrik. Adam, Mon, Man dan Pali memegangnya dan kami cuba memanggilnya “Kim!! Kim?! Dgr tak?”. Tetapi tiada jawapan dari mulutnya, hanya rontaan saja. Beberapa saat kemudian baru la dia buka mulut, itu pun untuk menjerit. Suasana jadi riuh kerana rontaan dan jeritan darinya.

“Apa kita nak buat ni?” tanya Amy yang berada dalam ketakutan. Suasana terus menjadi sunyi, Akim yang meronta ronta tadi mula senyap seperti sedang tidur. “Alhamdulillah dia dah ok” keluhku yang berasa lega kerana semua dah ok. Rupanya sangkaan aku yang semua dah ok, salah. Semua orang yang berada disitu terkaku sama seperti yang terjadi pada Kimie mula mula ‘kawan’ usik kami. Perasaan aku masa tu jangan cakap lah. Takut dah semestinya. Mereka memandang aku dengan mata yang berwarna putih. Mata hitam dorang takdaaaa. Nak pengsan aku masa tu. Allahu

“Ya Allah bantu aku Ya Allah” bisik hati kecilku. Hati gelisah dan badanku automatik sejuk. Tiba tiba Kimie memelukku sambil berbisik “jangan risau, aku tau nak buat apa”

Dia berdiri dan letakkan kedua tapak tangannya ke telinga lalu melaungkan azan. AllahuAkbar!! AllahuAkbar!!. Mereka semua yang terpaku tadinya kini sedar dan terbaring dilantai. Sesudahnya azan, Kimie bercakap “Maafkan kami krn mengganggu tempatmu, dan janganlah kau lupa bumi ini ciptaan Allah dan bukan ciptaanmu.”. Sejurus dari itu kedengaran suara tangisan yang sama seperti tadi. Kimie memanggil semua orang daripada terbaring, mereka seperti bingung apa yang terjadi dan Kimie membawa kami keluar dari Flat itu. Kami terus pergi ke surau yang terletak kira kira 200 meter dari kawasan Flat untuk berehat. Setelah berehat kami disapa oleh seorang ustaz. Ustaz ni merupakan seorang guru di SMK(biarlah rahsia). Ustaz Azli namanya. Dia menanya kami apa yang telah berlaku sbb nampak kita orang mcm ada masalah(mmg ada masalah pun). Kami pun bercerita dari a-z. Ustaz Azli membacakan sesuatu(ayat suci Al-Quran) dan menghembus ke dalam air mineral, lalu memberi kpd kami untuk diminum dan sapu ke muka bagi pulihkan semangat kami.

Lihat ke arah jam sudah menunjukkan tepat pukul 9mlm. Ustaz Azli menyuruh kami pulang kerana khuatir orangtua kami mencari. Aku bersama rakan rakan ku pun pulang ke rumah dari surau. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, aku bertanyakan kpd Kimie apa yang dia nampak sampai terpaku?. Dia berkata dia ternampak seorang wanita bersama anak perempuannya yang masih kecil dalam lingkungan 5 tahun telah diseksa oleh seorang nenek dan lelaki tua. Mereka menggantung wanita itu disyiling secara kaki diatas dan kepala di bawah. Mereka menggunakan benda tajam dan api untuk menyiksa. Sampai disitu saja yang dia nampak keranga ‘mereka mereka’ itu hilang secara tiba tiba. Rakan ku yang lain turut berkata itu yang mereka nampak.

Alhamdulillah ‘kawan’ tak kacau kami sampai dirumah. Flat itu sehingga kini masih ada lagi dan terbiar begitu saja tapi semakin usang, Flat yang depan pun sama. Kami kini tidak lagi ‘berperang’ kerana masing masing sudah berpisah(sebak didada krn rakan rakan ku ‘hilang’ tanpa khabar berita). Thanks sbb sudi baca. Maaf kalau tak seram. Ini pengalaman seram pertama yg aku lalui. Maaf sekali lagi jika ada salah silap sebab first time aku menulis kat FS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

NazrinNiqi
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

24 comments

  1. jadi yang nak berkawan tu perempuan tu ke? atau dia gantung sekali perempuan dan anak dia tu? ini masa korang kecik kecik lagi ke mcm mana? mana tahu ada kawan kau yang baca fs ni teringat dekat kau bila kau share kisah kau ni

    1. Mase kecik2 ni…
      Skrg dh besor pjg memsg dh pindah randah tu lost contact…

      Akk pn td terpikir msti akn ade kengkwn lame yg bace citer ni…
      Leh jejak kasih gituuuu…

      1. Raa menunggu jugak ni. Last ah lepas dpt baca sambungan tu terus nak stop kejap baca. Sebab raa selalu baca cite dkt page ni tgh2 malam, pastu ritu kena kacau. Haa padan muka diri sendiri :’D

  2. Dik…
    Skrg ni yg KAWAN tu yg mane satu…???
    Mak ke anak kecik ke nenek ke lelaki kah???

    Lame gak ekk korg lost…
    Blk tu mak pak korg x soal siasat ke???
    Korg xde ke story mory pengembaraan korg kt umah Kawan tu kt mak pak korg??
    Xde ke yg kena perambat sbb memandei g site visit flat terbiar tu…???

    Akk feel u dik…
    Membesar pindah randah ni mmg akn kehilangan kawan sepermainan…
    Sediihhh xde kwn sekecil ke sebesar…
    Ehhh ade ekk bahasa camni???
    Hehehehheeh..

    1. “Sediihhh xde kwn sekecil ke sebesar…”

      hahaahahaha kak yulie ni suke tau porak perandakan bahasa ibunda kita

      tp takpe yang penting kak yulie yang merupakan idola ahli2 persatuan geng sajat dah khatam cerita ni. geng sajat belum baca lg. saja buka setiap cerita nak cari komen kak yulie dulu. almaklumlah hakak senior komen kita kena hormat. kita ni hadek2 wanabe baru nak up jekkk. hahaha

    2. Kenkdg akk ni pewaris jiwa bangsa…
      Kenkdg melalut jd pengguris sakit jiwa raga…
      Huhuhuhuuu…

      Citer ni best…
      Tp akk x puas hati sbb ending tu xde plak mention diorg kena perambat ngan getah paip…
      Hahahahahah…

    3. Sama la ngan saya kak.. Hidup berpindah randah.. tak ada kawan yang betol2 kenal dari kecik @ geng yang ‘satu kepala’.. udahnye macam lone ranger je rase.. hahahaa!! Udah kawin ni suami ngan anak je la boleh jadi geng..

    4. Kaaannn…
      Dahlar zaman sek abah asyk pindah randah…
      Ni dh kawen lg dahsyat rupenyeeee…
      Setahun skali akk pindah rumah dik…
      11tahun koje, dh 13umah akk pindah…
      Haruuuuu…
      Mmg harapkan kengkwn FS jelah skrg ni…
      Seb bek korg rajen layan akk…
      Klu x mmg mcm kerbau bwh jambatan ar akk ni jadinye…
      Huhuhuhuhuuu…

    5. baik ko jawap semua soalan yang kak yulie utarakan
      hahahah kalau kau jawap so aku pun tak yah lah bertanya
      elak kene santau juga den ngan kak yulie ni …dah lah
      berhutang x reti nak bayar…

      1. Xpeerrr…
        Sebagai ganti sbb ending x memenuhi selera otak akk, meh ko sini dik akk nk perambat ngan buluh meriam…
        Eeiiii geram plak hakak tetbe nk jd along kutip utang jer ni…!!!

        1. kadang den rase macam selagi belum lunas hutang x nak komen kat sini
          tapi rasa mcm terpanggil utk muncul je..adakah itu yang dinamakan seruan
          kak yulie…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.