Kebun Sayur Ibu

Hi kepada semua pembaca FS. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah aku yang first and yang second ni ha. (Maaflah, aku bahasakan diri sebagai aku dalam ni). Ok, semua pembaca FS masih ingat lagi aku tak? Takpe, yang ingat tu, terima kasih. Yang tak ingat tu takpelah. Biar aku perkenalkan diri aku sekali lagi. Nama aku Sha (nama samaran). Aku berkerja di sebuah syarikat di tengah bandar Kuala Lumpur (KL). Cerita kali ini adalah tentang rumah keluarga aku di kampung. Selamat membaca…

Aku pada waktu itu sedang berada di kampung kerana waktu itu ialah hujung minggu. Disebabkan lama dah aku tak balik.Jadi, aku terfikir untuk balik pada malam itu. Ok, sambung. Sedang aku asyik menolong ibuku masak untuk makan malam. Aku terdengar bunyi seperti ada orang ketuk pintu belakang rumah aku. Btw, pintu belakang rumahku itu berada di dapur dekat dengan tandas. Biasalah,rumah kampung. Ok,sambung lagi (banyaknya sambung 😂)…

Aku beritahu ibu aku yang ada orang ketuk pintu belakang rumah. Ibu aku pun cakap “Jangan layan, tu bukan orang tu”. Aku terdiam dan sambung memasak. Selesai masak, makan, kemas meja apa semua. Aku sekeluarga selalu akan duduk di sofa depan tv sambil berbual-bual. Aku sebenarnya anak tunggal. Jadi, sunyi sikit lah rumah walaupun aku dan keluarga tengah berbual. Tiba-tiba aku mencelah. Aku bertanya kepada ibu aku tentang rumah ni. “Ibu, kenapa tadi ibu cakap yang siapa yang ketuk pintu belakang rumah tu bukan orang? “aku tanya kepada ibuku. Pada mulanya ibu aku diam sahaja. Tapi, bila aku mendesaknya berkali-kali.Akhirnya, ibu aku pun beritahu aku ceritanya yang sebenar….

Suatu hari tu, ibu aku sedang memetik sayur-sayuran yang ditanamnya di belakang rumah. Dia melihat banyak sayur-sayurannya yang telah dihancurkan.Ibuku berasa marah dan m*m*ki siapa yang hancurkan sayur- sayurannya itu. Semenjak hari itu, ibu aku sering kena kacau dengan bunyi orang ketuk pintu belakang rumah. Kadang2, ketuk tingkap, baling2 batu sampai suatu haritu ibu aku geram sangat, dia marah. Dia cakap, “Eh, kau dah kenapa ah kacau aku! Apa salah aku dekat engkau! “,marah ibu aku. Gangguan tu berhenti. Lepas tu ibu aku bukak pintu belakang, dia tengok takde apa2 pun. Tapi, dia tahu benda tu masih ada kat situ. Cuma dia tak munculkan diri je. Ibu aku masuk balik dalam rumah, tutup dan kunci pintu belakang rumah untuk mengelakkan benda tu masuk ke dalam rumah….

Lepas dia kunci pintu apa semua2, ibu aku pergi ke ruang tamu untuk berehat. Ayah aku pun ada kat ruang tamu tengah santai tengok tv. Ibu aku cakap kat ayah aku yang tengah santai tu tentang yang dia kena ganggu tadi. Ayahku mulanya santai tiba2 serius. Ayah aku tanya “Macam mana boleh kena ganggu pulak ni. Awak ada kacau benda tu ke atau awak ada buat benda yang tak sepatutnya ke apa? “,tanya ayah aku dengan muka serius. Ibu aku pulak jawab “Takde saya buat apa2. Cuma lepas saya pergi kebun saya kat belakang haritu benda tu mula kacau saya.”, kata ibu aku. Ayah aku pun tanya lagi “Awak buat apa kat kebun tu. Awak ada jumpa apa2 kat kebun awak? “,tanya ayahku.Ibu aku pulak cakap “Saya marahlah. Kan saya dah cakap kat awak haritu yang sayur2 kat kebun saya hancur habis. Awak tak ingat ke? Lepastu saya tanamlah balik benih sayur yang baru. Takkan nak biar je. Lepas tanam pulak, masuk rumah. Tu jelah yang saya buat kat kebun. Takde jumpa apa2 pun.”,kata ibu aku. Ayah aku pulak cakap “Hmmm, awak tahu tak siapa yang hancurkan tanaman awak?”,tanya ayahku. Ibu aku cakap “Entah. Sampai sekarang lagi tak tahu siapa yang hancurkan sayur2 saya. Saya syak binatang buas ke apa. Manalah tahu binatang buas masih dapat masuk dari celah2 lubang jaring tu. Ingat nak pasang jaring yang baru. Jaring yang lubang2nya lagi kecik dari yang lama tu. Tapi, tak berani saya nak pasang lepas kena kacau. Nak tunggu abang pasangkan, hmmm bertahun2 pun takkan terpasang jaring tu.”kata dan perli ibu aku.

Ayahku terdiam seketika. Pelikkan, macam mana boleh kena kacau. Tiba2 ayahku terfikir sesuatu. Dia kata kat mak aku “Rasa2nya bukan binatang buas yang hancurkan tanaman awak tu. Saya rasa, benda yang kacau awak tu yang hancurkan. Macam mana boleh kena kacau kan kalau bukan sebab tu. Dia marah sebab awak marah dan awak ada cakapkan yang awak ada maki jugak. Mungkin sebab tu lah. Dia nak balas balik apa yang awak dah buat kat dia.”,jelas ayah aku. Ibu aku pulak yang terdiam. Selepas tu. Terus dua2 diam dan takde cakap apa2 lagi dah tentang benda tu. Nak buat macam mana. Nak panggil ustaz. Masalahnya benda tu kacau sebab mak aku marah dia. Dalam masalah ni, kiranya dua2 salah lah kan. Jadi, kenalah minta maaf sesama masing2 kan.

Aku cakaplah kat ibu aku “Minta maaf je lah dengan benda tu. Mana tahu kalau minta maaf, benda tu tak kacau lagi. Kita try dulu ye bu. “,kata aku kat ibu aku. Ibu aku pun cakap “Hmmm, nak buat macam mana kan. Bila nak minta maaf ni?”,tanya ibu aku. Aku cakap “Jomlah. Sekarang. Tak lama pun nak minta maaf.”,kata aku dengan slumbernya. “Ibu aku cakap “Oklah. Jom.”,kata ibu aku. Uishhhh. Tak sabar nampak 😂.

Ok, mulalah sesi berminta maaf. Ibu aku cakap macam ni kat benda tu “Encik Ghaib, saya tahu Encik Ghaib ada kat luar tu. Encik Ghaib, saya nak minta maaf dengan Encik Ghaib sebab haritu saya marah dan memaki Encik Ghaib. Waktu tu hati saya panas sangat sampai keluar semua ayat makian saya kat Encik. Lagipun saya tak tahu yang buat kebun sayur saya macam tu. Encik Ghaib pun 1, kenapa Encik hancurkan sayur2 saya kat kebun tu. Encik Ghaib nak buat apa sebenarnya? Makan sayur2 saya eh. Kenapa Encik Ghaib nak makan sayur2 saya?Banyak lagi makanan yang Encik Ghaib boleh makan. Kenapa sayur saya jugak yang Encik Ghaib nak makan?Sekali lagi, saya minta maaf ye. Jangan kacau saya lagi tau. Bye Encik Ghaib. Awak baliklah ke alam awak. Jangan ganggu alam saya. Selamat Malam 🙂.”jelas ibu aku dengan benda tu.

Lepastu, takde apa2 jadi. Kitaorang semua nak bersiap untuk tidur.Lagipun dah lewat malam. Tak baik kan orang tua2 tido lambat betul tak. Tentang minta maaf dengan benda tu pagi esok je lah. Aku pun dah ngantuk sangat dah waktu tu.

Pagi besoknya, aku, ibu dan ayah bukak pintu belakang rumah dan terkejut tengok yang sayur2 yang ibu aku baru2 tanam sangat subur, cantik dan segar semuanya padahal ibu aku lama dah tak siram, membaja apa semua sayur2nya. Aku cakap “Mungkin inilah tanda dia minta maaf balik kat ibu atas apa yang dia dah buat kat sayur2 ibu haritu, bu 🙂.”,kata aku. Ibu aku tersenyum dan berterima kasih pada Encik Ghaib tu.

Oklah, tu je kisah aku untuk kali ni. Maaflah tak seram mana pun.Hmmm,aku ni taklah banyak sangat pengalaman yang TERLALU menyeramkan.Pengalaman seram biasa je adalah.

Bye!

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

Seram Tak?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.