Kedai Makan Bunian di Jalan Rasah-KKB

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur diberi kesempatan untuk berkongsi lagi sebuah kidah seram dan benar tentang kejadian misteri. Jika anda penduduk KKB atau rasah pasti anda pernah dengar kisah tentang kedai makan bunian di jalan Rasah – KKB. Mana yang pernah alaminya pasti tidak akan lupa, begini kisahnya.

Ketika itu tahun 2016 dan saya masih bekerja makan gaji. Setiap hari saya akan berulang antara Tanjong Malim dan ibu negara demi mencari sesuap rezeki. Setiap hari juga saya habis kerja pukul 12am dan akan melalui jalan ni antara pukul 1.30 pagi hingga 2.00 pagi. Sudah banyak kisah saya dengar dari mulut orang disitu tentang kedai makan bunian ni, namun saya bersyukur kerana belum di temukan lagi sehinggalah suatu malam ketika saya balik kerja.

Malam itu bulan mengambang dan jalan yang selalunya gelap agak cerah sedikit berbanding hari lain. Seperti biasa saya bawa motor balik kerja, bila saya melepasi di simpang Zurah, jalan dah mula gelap sedikit kerana dah masuk jalan rasah ke KKB. Saya melepasi kedai Pak Man cendol yang berada di tepi jalan, keadaan masih sama.

Tiba-tiba semasa saya melalui satu selekoh saya ternampak satu cahaya di kawasan macam lot kedai kampung tepi hutan. Adalah dalam 5biji kereta dan 3 biji motor parking. Saya pun berhenti dan parking, tekak teringin nak kena teh tarik, saya lihat jam dah pukul 2.00 pagi. Saya parking motor dan buka helmet sambil turun dari motor.

Namun saya berhentikan niat bila saya terpandang sesuatu di hadapan kedai itu. Ada 2 buah patung harimau yang besar di tepi gerbang nak masuk ke kedai itu. Saya terkejut dan melangkah ke belakang beberapa tapak.

Saya teringat sesuatu di dalam kepala, kedai apa ni? selama lalu jalan ni x pernah nampak, tetiba ada muncul malam ni pula. Hati dah x sedap rasanya, lantas saya membaca beberapa surah dan potongan ayat sambil menutup mata cuba mengamati keadaan sekeliling dengan deria hati.

Bila saya buka mata, saya dapat lihat orang yang di dalam kedai makan itu semuanya tunduk ke bawah dan mereka tidak bercakap sesama sendiri. Semua berpakaian warna gelap dan tiada kanak-kanak, semua orang dewasa. Dan juga saya perasaan didapurnya tiada orang yang masak tetapi makanan di meja pelanggan semua penuh.

Muka mereka semua seperti gelap dan suram, Dan saya perasaan motor dan kereta yang di parking semua kenderaan zaman-zaman dahulu. Sebelum zaman proton lagi keluar. Kira kenderaan motor dan kereta klasik lah yang saya nampak. Saya mulai berpeluh dan tertanya kedai apa dan siapa punya? Kenapa malam ni pula muncul dan saya terus terfikir mungkin ini kedai yang orang situ ceritakan kot. Kedai makan bunian yang selalu dijumpai oleh pengguna jalan ini.

Lantas saya terus membuka gerak dan membaca ayat pelindung memohon dari Allah swt pertolongan. Saya sedar jika saya terus berdiam mungkin saya xkan jumpa jalan balik. Saya terus membaca zikirullah dan menumbuk ke tanah sebanyak 3kali dengan ucapan Laila ha illallah Allahu Akbar.

Selesai saja saya terus membaca zikir Nabi Yunus dan memetik 7 helai daun dari pokok berdekatan. Daun itu saya hamparkan dan susun di depan saya atas tanah. Dan saya mula bilang daun itu tapi gunakan kiraan yang salah. Saya sengaja kira terlebih 1 (ini petua yang saya dapat dalam ilmu hutan) cara untuk mengelirukan jin/makhluk ghaib ni kerana akal mereka xmacam manusia.

Saya kira berkali-kali dengan bilangan yang salah dan selang seli dengan zikir Nabi Yunus. Kedai itu masih lagi didepan saya dan rasa seram masih ada. Selepas beberapa ketika saya perasaan kedai dan kenderaan tadi semua dah hilang dari pandangan perlahan-lahan.

Terkejut saya bila bahu saya ditepuk oleh sesuatu. Bila saya menoleh rupanya seorang anggota polis dibelakang saya dengan rakan bertugasnya didalam kereta peronda. Saya seperti baru tersedar dan perasaan bila polis tu tepuk bahu saya. Maka dialog saya dengan polis itu begini :

polis : assalamualaikum bang
saya : wassalamualaikum bang
polis : buat apa kat sini? abang okay ke?
saya : okay je bang, saja benti jap penat bawa motor dari KL
polis : biar betul bang, xkan berhenti kat sini.Abg tahu tak kat mana ni?
saya : ntahlah bang, gelap saya xnampak.

Lalu abang polis tu suluh depan saya, nah tu dia jirat cina sebelum traffic light nak masuk KKB. Saya berhenti betul-betul di depan pintu masuk jirat cina. Lalu saya ceritakan apa yang terjadi, polis tu cakap dah ramai yang terkena dan dia cakap syukur saya x masuk dalam kedai tu dan makan. Silap-silap nanti jumpa saya dalam kawasan kubur tengah makan ntah apa benda.Polis tu cakap masa dia nampak saya berhenti seorang diri, dia tegur dari dalam kereta tapi dia nampak saya macam sedang bercakap seorang diri.Tu yang polis turun dari kereta dan tepuk bahu baru saya tersedar. Alhamdulillah syukur Allah melindungi dari kejadian tersebut. Akhirnya polis itu offer nak temankan saya dari belakang hingga ke Tanjung Malim kerana mereka takut kejadian lain menimpa. Saya menolak dan yakinkan mereka saya okay. Lalu saya meneruskan perjalanan ke Tanjong Malim, rupa-rupanya gangguan masih tidak habis.

Saya perasaan ada 3 ekor jelmaan pocong yang menumpang motor saya.Bacaan surah saya tak tinggalkan, gangguan itu semkain teruk sehingga pocong tu ikut aya dari tepi motor.Tiba-tiba ada kereta dari belakang bagi high beam pada saya, pasti pemandu berkenaan nampak apa yang menumpang motor saya.Signal tangan saya beri suruh p****g laluan, tapi kereta tu masih xnak p****g. Dia asyik high beam pada saya, kereta itu ikut saya sampai ke Tanjong Malim. Semasa dia p****g saya di pekan, dia tunjukkan signal tangan suruh tengok belakang, namun saya xnak layan dan angkat sebagai tanda terima kasih. Saya terus singgah di Masjid Tanjong Malim sehingga subuh untuk buang gangguan itu.

Selesai saja subuh, alhamdulillah saya dah boleh balik rumah dan tidur sebab kepenatan. Moral of the story, jangan lupa baca doa naik kenderaan dan sentiasa zikir ingat Allah swt untuk perlindungan dari sebarang gangguan dunia dan alam ghaib.

p/s: pocong bukan lompat dekat-dekat macam hantu cina dalam tv. tapi pocong seret kaki dan hanya lompat jika jarak ke titik lain jauh. Dan ia adalah jelmaan jin syaitan bukan hantu.. Nantikan kisah lain bertajuk Bahana taksub Ilmu Silat Petir

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]
Syed As Siddiq

38 thoughts on “Kedai Makan Bunian di Jalan Rasah-KKB”

  1. Subhanallah…dada berisi takut kepada Allah, tak mudah gelabah. Best cerita. Tapi bagusnya kalau sambil cerita sudi2 turunkan petua buat kami peminat FS ni. Saya membesar di KKB dan tahu sangat kawasan yg tuan ceritakan, wpun tak pernaj jmpa atau nampak apa2 kat situ. Tkasih share cerita best ini.

    Reply
  2. Nasib ada berbekal ilmu di dada. Klu jenis yg x kuat semangat & x de pendinding diri mcm tuan, x taw la mcmana nk hadap gangguan mcmtu.

    Reply
    • tiada apa yang nak dibanggakan pada diri saya tuan.. semua kuasa Dia..jika kita letak semua Allah swt pada tauhid, pengtauhidan dan apa yang ditauhidkan, inshaa Allah kita dilindungi dan dirahmatiNya

      Reply
    • Banyak gila pengalaman penulis. Hebat ah. Ilmu penuh di dada. Setahu saya penulis ni juga perawat alternatif islam kan. Kalau sy kat situasi ni, alamak nya menangis, blur, nak pitam. Mintak jauh lah semua benda² ni.

      Reply
  3. masjid jamek ar rahimah adalah masjid yg awak singgah kan? saya nampak awak… saya ikut awak dari atas. kikikikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhh…

    Reply
  4. rumah saya bertentangan pintu gerbang tu je… saya tinggal di dalam stesen KTM KKB. awak sombong takmo kasi abg2 polis tu temankan, so, saya suruh kawan2 saya temankan awak. saya pun temankan juga dari atas sambil tersengih2 sebab awak amat berani walaupun hati awak kecut. kami memang suka sakat umat adam. inilah pekerjaan kami. kikikikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhh….

    Reply
  5. saya tengok ramai yang komen di FB sama ada RASAH/RASA??…saya panggil rasah,sebab tu saya tulis rasah-kkb..kalau org biasa lalu jalan ni akan faham dan inshaa Allah xtimbul salah faham…kalau tuan2 nak panggil RASA saya xde halangan, cuma cara dan sebutan masing2…peace semua

    Reply
  6. Assalam kpd penulis. Fuhhh… Lega, ingatkan Jln Rasah mana td. 😂😂😂 Maaf, nk tegur. Utk penulisan akn dtg, mohon diawal penulisan, nama tmpt jgn gunakan huruf ringkas spt KKB sebaliknya guna ejaan penuh dulu utk kali pertama bila menyebut nama tmpt, dan disertakan kurungan. Contoh:- Kuala Kubu Baru (KKB). Terima kasih juga atas nasihat dan sedikit perkongsian ilmu utk pembaca dlm setiap kisah yg ditulis.

    Reply
    • ini hanya petua saja tuan, namun semua atas izinNya. Boleh digunakan jika terperangkap/sesat semasa dalam sesuatu perjalanan xkira di mana sahaja. Boleh gunakan apa2 sebagai medium. ketika ini yang ada dekat saya daun dari pokok. Petua ni saya pernah gunakan semasa sesat danmengalami kesulitan di gunung ledang, gunung nuang dan angsi.
      caranya
      – ambil apa2 bahan batu/ranting/daun atau apa sahaja yang dapat dicapai dalam jarak 3 tapak kaki.
      – susun didepan anda bahan yang telah dikutip
      – baca doa Nabi Yunus A.S Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin berselang seli semasa mengira jumlah barang depan anda.
      – niatdalam hati yang anda memerlukan pertolongan Allah swt kita ni x berdaya tanpa Dia.
      – Selang-selikan zikir semasa mengira. Pastikan mengira bukan dalam jumlah yang tepat(kurang atau lebih x kisah)
      – kira sehingga Allah swt izinkan pertolonganNya, lambat atau cepat semua bergantung pada Allah swt.

      batu atau daun ke semua itu hanya asbab saja, yang penting tahap berserah kita pada Allah untuk pohon perlindungan dan pertolonganNya… untuk dptkan penyerahan tahap begitu, tuan kena berguru dengan guru yang mursyid dan belajar “M**i sebelum M**i” inshaa Allah..semoga ini membantu dalam tuan mencari erti sebenar kehambaan

      Reply
      • Assalamualaikum. Maaf tuan syed, belum jelas dengan penjelasan tuan. Bagaimana theory mengira dengan kiraan salah dapat mengelirukan makhluk Allah dari alam satu lagi itu, dan boleh saya tahu untuk menambah kefahaman maksud tuan ‘akal mereka tak sama macam manusia’ ? Terima kasih

        Reply
        • wassalamualaikum wbt..theorynya kerana akal mereka x macam akal manusia.sifat intelectual mereka ini agak lain sedikit..kelirukan mereka ni dengan masalah yang remeh temeh untuk mengalihkan fokus mereka pada kita..tauhid kena lurus dan x lari dalam amalkan petua ni..berserah 100% kerana petua hanya asbab saja…petua dan ilmu sama cuma pemahaman dan pembawakan berbeza ikut individu..elok tuan cari guru untuk dapatkan petua ilmu2 hutan ini..

          Reply
  7. Saya duduk Bukit Beruntung (tak untung pon)

    Ada juga dengar cerita kat situ.. Orang2 sini pon panggil Rasah / Pekan Rasah
    Sebab Rasa yang orang kenal kat Klang tu je

    Pape pun jalan tu memang banyak menyimpan misteri hihi

    Reply
  8. salam, ni jalan depan gerbang kubur cina sebelum simpang 4 trafik light kkb & ktm tu ker.. situ mmg gelap.. tapi dekat sangat dah nak masuk kkb, jalan terang

    Reply
  9. Salam tuan syed. Sy tertarik dgn ilmu hutan. Bukan apa, sy mmg kaki hiking sampai semua jenis hutan dara pun masuk. Alhamdulillah setakat ni xda lg yg pelik berlaku tp kut ada hari terpilih. Boleh bagi tips x sblm masuk hutan ke atau kena amalkan ayat apa atau hafal ayat apa je sebagai pendinding? Basic pun xpe. Terima kasih tuan. Email sy [email protected]. sy sgt menghargainya atas reply. Thanks again.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.