Keguguran 2 Bulan

Salam perkenalan semua pembaca, baru hari ni aku diberi kekuatan untuk bercerita apa yang terjadi dalam hidup aku selepas aku berkahwin setahun yang lepas. Aku mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan selepas je majlis resepsi aku, kami terus tinggal sendiri di rumah sewa yang aku dapat.

Rumah sewa aku jenis memanjang ke belakang dan tak berapa besar sesuai la kiranya utk kami yangg baru nak belajar hidup berdikari. Meh aku cerita macam mana kedudukan rumah aku.

Masuk2 je jumpa ruang tamu kat situ aku letak tv dan sofa je serta iron board, ruang kedua bilik tidur utama dan ada sedikit ruang di luar bilik aku letak bakul baju, ruang ketiga ada bilik aku letak baju, beg2 serta hadiah kawin, luar bilik tu aku letak meja makan untuk 6 orang makan dan last sekali ruang dapur serta bilik air, oh ya rumah aku takde pintu dapur sebab belakang rumah aku kawasan hutan. itulah kedudukan rumah aku.

Sebulan sebelum tinggal di rumah sewa tu aku dah pagarkan rumah tu dengan mama aku, seminggu sebelum aku nikah lagi sekali aku pagar rumah aku dan tidur disana dgn sepupu2 perempuan aku. Masa tu aku belum dapat rasa apa2 yg pelik lagi. Perkara ni terjadi selepas aku tinggal di rumah tu bersama suami aku.

Seminggu lepas majlis, bermula kehidupan aku sebagai isteri, disebabkan waktu balik kerja kami x sama aku lebih banyak habiskan masa dirumah keseorangan sementara tunggu suami aku balik kerja. Mcm biasa aku smp rumah dlm jam 6 petang mcm tu aku terus bersilat kt dapur utk masak mkn malam, awal2 kawin kami jarang mkn diluar adapun beli tapau dan mkn di rumah.

Sepanjang aku tinggal rumah tu sorang, masa masak kt dapur aku selalu rasa diperhatikan tapi aku pikir positif maybe perasaan aku je sbb kawasan rumah aku sunyi dan pertama kali aku tinggal sendiri.Oh ya aku juga ada perasaan x sedap bila aku dkt rumah tu, satu2 nya ruang yg buat aku selesa adalah ruang tamu tp tv aku selalu mati sendiri wlaupun kau tgh tgok tv, tp aku pikir maybe tv aku ada sensor kalau da bukak lama dia mati sendiri hahahahaha pikir baik masa nie, lepas masak aku cpt2 mandi solat dan akn tunggu laki aku diruang tamu. kawasan bilik air memang 24jam aku hidupkan lampu sbb gelap.

Lps sebulan aku tinggal rumah tu aku mimpi ada sorang nenek tua yg bongkok 3 jengah aku dr tingkap dapur. masa aku sedar dr tidur tu berpeluh2 aku. hahahaha mcm lps lari marathon, aku cerita dkt laki aku dan dia tnya mak dia, then aku biar mcm tu je sbb pd aku tu just mimpi je rupanya itulah permulaaannya. Lps tu aku mimpi lagi aku berlawan dgn 2 ekor ular, 1 ular hitam 1 ular putih, dlm mimpi tu ular tu yg serang aku dulu dan aku berjaya bunuh 2 ekor ular tu, bila aku sedar pn sama aku berpeluh2 mcm lepas marathon.

Sampailah bulan ketiga aku tinggal dlm rumah tu, aku disahkan mengandung 6 minggu, aku mabuk teruk smp x blh masak sbb x boleh bau benda bergoreng,perut aku kerap sakit mcm kejang lagi2 bila aku dekat rumah. mula2 aku mcm x perasan smp lah masa genap 2 bulan aku pregnant aku keguguran, pagi tu aku dah sakit lain mcm kt perut tp aku pergi je kerja sbb aku pikir maybe sbb aku pregnant kan, baru 30 minit kerja tibe2 aku rasa mcm senak dan nk terkencing aku pergi toilet aku tgok darah keluar dan ada seketul darah beku sorry ye kalau agak selekeh aku cuma cerita pengalaman je.

Aku mcm nk pitam masa tu terus aku call laki aku, x dlm masa 15 minit laki aku smp opis aku dan kami pergi klinik dulu, doktor scan perut aku bersih xde kantung dan blood spot kata doktor sepatutnya ada sikit sisa darah sbb jarak aku bleeding dan ke klinik x smp 1 jam. Laki aku x puas hati dan kami ke hospital utk kepastian, smp je hospital masuk emergency dan doktor scan pun doktor bagitahu benda yang sama.

Aku di bagi ubat dan dibenarkan balik berserta cuti. Smp je rumah aku melalak mcm org gila, laki aku buatkan air milo suruh aku minum dan aku tertidur. Agak susah untuk aku terima. So aku berpantang mama aku jaga, tp lepas seminggu aku masuk kerja sbb aku nk lupakan apa yg terjadi.

2 minngu lepas peristiwa gugur tu aku perasan laki aku mcm dingin dgn aku, asyik nak marah je dgn aku bila dkt rumah, dan keadaan rumah aku panas semacam wlaupun kt luar hujan lebat gila. Kadang2 aku panggil makan pn dia marah bila aku sentuh tangan dia utk ajak ke dapur, aku juga dibiarkan sendirian tanpa sebarang sentuhan dr laki aku, tp aku x kisah langsung malah aku lg selesa, kadang2 dia tgk tv aku dkt bilik dan bila dia masuk bilik aku keluar bilik smp dia biarkan aku tido sendiri di ruang tamu smp lah aku sedar sendiri dan masuk kebilik.

Tapi bila kami kelua dr rumah kami ok, dia pn xde marah2, dia pegang tangan aku semua.Aku mula terfikir knp mcm tu ye, so kami selalu keluar memalam buta hampir setiap malam kami keluar sbb x tahan panas dlm rumah, kalau salah seorang antara kami tiada di rumah contohnya laki aku kerja aku tinggal rumah elok je kami wasap ber i love u bagai tp smp je dia kt rumah kami akn jadi dingin, pelik kan.

Kadang2 aku balik kerja petang tu pinggan mangkuk, kuali bersusun dilantai dapur mcm kau main masak2, aku agak pelik tp aku masih pikir postif lagi aku anggap tikus yg buat mcm tu, ada satu hari tu aku balik kerja tgh hari sbb sabtu aku memg kerja half day, telur bersepah depan bilik tidur aku, kulit telur saja dan isinya tiada cantik elok telur tu mcm kau nk goreng telur mata tu kulitnya pecah, aku jalan ke dapur dan ada lagi yg pecah, aku video call dgn laki aku sbb nk tnjuk apa jadi, masa tu rupanya laki aku dah rasa xsedap hati dan lain mcm tp dia x bagitahu aku,.

sambil bersihkan kulit telur tu aku bebel ape la monyet ni nak curi telur curi jelah jgn pecahkan then lps tu aku ke ruang tamu sbb nk lipat kain baju smbil tgok tv tp x dpt siaran so aku anta gmbr dkt laki aku dan laki aku call astro, astro ckp piring ats tu bermasalah atau kena langgar so kuat la hati aku kata ni memg kerja monyet.

Esoknya astro datang betulkan dan dia ckp ada wayar tercabut mcm kena langgar, mlm nya tu kami tgok tv sama2 tp masing2 x bercakap tiba2 aku ternampak bayang2 dkt luar rumah dgn kelajuan yang pantas 2 3 kali. Aku ckp kat laki aku dan dia pn nmpk juga sebenarnya, so kami ckp maybe bayang lampu kereta, makin lama kerap juga kami nmpk tp kami biarkan.

Satu hari tu aku dan laki aku gaduh besar sbb laki aku kata dia panas tgok muka aku dan rasa panas dkt rumah parents aku so dia tinggalkan aku sendiri dkt rumah parents aku wey, xpernah dia balik rumah sewa kitaorg sendiri. aku x tido mlm tu sbb dok tgu laki aku.

Esok paginya dia singgah rumah parents aku peluk aku minta maaf sbb tinggalkan aku dia x tahu knp dia mcm tu, then dia pergi kerja. Mlm tu kami keluar lepak, dan aku tanya soalan dkt dia aku ada buat salah ke atau ada kekurangan dkt diri aku smp dia dah sebulan x sentuh aku, dia ckp dia pn x tahu knp tp dia x bernafsu tgok aku, dan dia punya pn mcm x berfungsi, agak pelik disitu dia smp pikir dia ni sakit, dan dia ckp lagi dia panas tgok aku rasa mcm nk marah lagi2 dgr suara aku, perghh mkn dalam dan sentap aku masa tu.

Then aku pn mengaku yg kdg2 aku rasa panas dgn dia. Masa tu aku rasa mcm ada yg xkena. Aku mula wasap kwn2 aku tanya ada tahu x tmpt utk berubat, ustaz ke ape ke, so ada akak tu bagi aku 1 nombor pakcik ni dan kami decide nk pergi. Tp semua perbincangan kami buat di luar rumah, rasa mcm kami pula yg menumpang rumah sewa kami sendiri.

Keesokan mlm nya, lps dia blk keje dia ckp kemas kain baju kita tidur tmpat lain, aku tanya dia knp tp aku kena marah, so mls gaduh aku ikut kan je lah arahan dia. Lepas mandi kami terus ke rumah pakcik tu, Smp je kami tgu lah juga sbb ada org tgh berubat.

Masuk rumah pakcik tu kami cite lah apa jadi dan dia bacakan ayt2 quran, kami laki bini diminta masuk dlm sebuah bilik dan baring dikatil, pakcik tu baca ayt ruqyah dan laki aku blh bantai tidur lena pula, masa tu aku da tahu ni memang sahlah ada benda x kena, aku cuma rasa sakit di bahagian kaki mcm panas dan kebas.

Pakcik panggil keluar bilik dan bagi air utk mandi dan minum, lps buat bayaran kami pn balik.Sepanjang jalan balik mcm2 aku nmpk tepi jalan dan kami decide mlm tu utk tidur hotel budget, lps check in laki aku mandi dgn air yg dibagi sekali dkt bdn dia ada rasa sakit dan ada kesan mcm terbakar, mlm tu kami tidur agk aman la cuma laki aku rasa sakit setiap kali aku peluk dia.

Esoknya dia bagitahu rasa sakit tu muncul bila lps asar smp la azan subuh. Aku blk rumah sewa aku tp x tidur dan aku ajak sesiapa bila nk balik kalau laki aku xde.

Kami pergi jumpa ustaz pula lepas rasa lain mcm bila laki aku makin pelik, kerap berkhayal, sepanjang jln jmpa ustaz tu hati aku berdebar2 mcm xnk pergi, smp je kami terus masuk rumah ustaz tu dan ustaz tu bagi air utk kami minum kt situ.

Lepas minum aku rasa nk muntah tp laki aku cuma pening je, ingt dah ok kami pn balik la hotel semula. Lama2 aku rasa x tahan aku bagitahu mama aku apa yg jadi, mama aku minta tlg pakcik aku supaya carikan org utk ubatkan aku, sbb keadaan masih sama. Pakcik aku call ckp kwn dia nk tgok rumah aku, so dorang dtg tgh hari mcm tulah, Pak Haji tu masuk rumah aku, sblm nk masuk tu aku bukak pintu umah dgn mama aku ada angin sejuk keluar dr rumah aku.

Aku pelik da mcm tu aku pikir aku x tutup kipas tp masuk je xde pula kipas terbukak dan rumah aku panas ya amat. Pak haji tu tanya aku soalan yg aku sendiri terkejut, dia tnya masa pregnant tu berapa bulan aku jwb 2 bulan tp da gugur, dia ckp bkn gugur tp kena makan sbb manis dan benda tu x suka kau dan dia ckp benda2 dlm rumah aku ada 11 jenis semuanya dan benda tu pesan lbh baik aku yg berundur dr rumah tu , masa ni aku mcm nk pitam. Pak Haji tu ckp nanti dia ubatkan aku dgn laki aku. so we decide tgu laki aku cuti.

Alhamdulilah hari yg dinanti tiba, Pak Haji tu datang rumah mama aku mandikan kami dgn daun bidara dan daun kelor, lepas mandi je aku rasa penat sangat dan kami laki bini tidur dr lpas zohor smp asar. Oh ya, kesan yg terbakar kt badan laki aku hilang mcm tu je tanda kesan sikit pn. Pak Haji tu pesan juga kalau nak balik rumah sewa tu blk sblm asar kalau blh. So aku decide utk pindah rumah lain, lepas dapat rumah sewa aku blk rumah lama utk kemas sikit2, hari pertama nak blk tu mama aku ada dgn adik aku sekali hambik kau baru bukak pintu rumah je ada angin agak kuat menyapa kami, so mama aku ckp lain hari la ye kita kemas so kami x jadi kemas masa tu.

Hari ahad kami laki bini cuti, so kami decide nk blk kemas sikit, pagi tu dlm jam 11 smp rumah je aku mcm nk pengsan tgok bersepah giler rumah aku mcm baru lepas kena ribut padahal xde sapa pn masuk rumah ni.

So laki bini ni masuk juga la tawakal bagai semua, tgok bilik air basah eh padahal xde sapa guna. pinggan kuali bersepah, aku kemas semula, then kami pack kain baju sikit2 mana yg dapat lah sebab nk kejarkan masa sampai sebelum asar tapi tak dan juga so laki aku call cousin dia soh dtg teman.

Masa ni aku tgh pack brg2 kt bilik baju tu laki aku diri kt pintu ruang ketiga tu then aku kemas sorang dlm bilik baju tu, masa ni aku tgh angkut kelua beg2 yg da siap pack tu aku ternampak sepasang kaki berbulu dkt pintu bilik air.Aape lagi aku jerit la laki aku dtg kt aku tp aku tolak laki aku smp nk tersungkur laki bini. Last2 aku tgu dkt luar rumah je laki aku dgn sepupu dia dok angkut brg2 dlm kete.

Hari aku kerja aku ada gak balik tp aku ajk kawan la berkemas bagai, aku perasan boxer laki aku kurang dan tinggal sikit padahal ada byk dlm laci tu sbb aku yg beli so aku hafal la nk kata basuh x pula, aku cari kt celah2 almari takut terselit sana sini kerja si tikus tp xde gak. So bila dah kemas sikit2 dan pack kami angkut barang keluar rumah , sewa lori angkut brg2 besar. masa tulah kemuncaknya agak teruk la juga kena kacau.

Masa aku kemas bilik tidur aku, laki aku angkat tilam sbb nk bwk naik lori blh pula jmpa boxer2 laki aku tersusun elok je bawah tilam, kau x pelik ke bila jmpa boxer elok berlipat bawah tilam apa ke hal nya aku nk simpan bwh tilam.

Lepas angkut barang2 tu kami keluar jap g kedai beli air, bila blk rumah semula pehhhh masuk je rumah mcm da setahun tinggal dgn habuk bagai smpah2 padahal masa kemas2 td xde semua tu, dgn bunyi dkt bilik air brg jatuh la ape la padahal brg2 xde pn. Tp sbb nk settle cpt tawakal la aku siap sapu semula bersih2 dan mop 1 rumah kau bayangkan.

Esoknya, tuan rumah cek rumah pagi2 tu sekali bukak pintu rumahnya berhabuk mcm dah setahun tinggal dan jiran aku bagitahu malam lps kami angkut barang tu kt rumah tu bunyi bising cm ada org mengamuk dgn bunyi brg2 jatuh lah kena hempas la.

Settle aku keluar rumah aku call Pak Haji tu semula, dia pun ckp penyewa lama rumah tu sebenarnya tinggalkan peliharaan dia tp aku bunuh , kan ada yg aku mimpi ular tu kan tulah peliharaan dia yg jaga rumah sewa tu tp aku dah bunuh so dia marah tu yg dia kacau.

Dalam bilim tidur aku pula ada kakak cantik tinggal and kakak cantik tu sakit hati tgok aku mesra2 dgn laki aku tu yg dia kacau bagai ambik boxer laki aku and tu yg laki aku blh tido dkt bilik tanpa aku, dia kacau peranakkan aku.

Kat bilik baju aku pula ada puteri jaga tu yg bilik baju aku sejuk and bersih je, aku sepanjang tinggal situ paling jarang sapu bilik baju sbb bilik tu bersih je, dkt ruang mkn aku pula ada ape ntah tu yg nasi aku asyik basi je wlaupun kau masak kul 6 petang bila nk mkn aku matikan suis then mlm nya dlm kul 10 nasi da basi.

Berbagai jenis beras aku da cuba tetap basi. Kat dapur dgn bilik air pula ada gondorowo yg aku nmpak berbulu tu, benda tu suka tgok aku mandi sorang tp kalau aku mandi dgn laki aku dia marah tu yg dia kacau aku and makan baby aku.

Then ada polong, jin tanah dan byk lagi yg aku x ingt semua namanya. Benda tu x suka aku ngn laki aku sbb kitaorg selalu gurau2 manja dlm rumah, habis tu dah aku sewa rumah tu xkan aku x blh gurau2 ngn laki aku.

That why la ada sekali tu maghrib2 aku dgr org bukak pintu rumah aku, masa tu aku tgh masak aku ingt laki aku blk sekali aku g depan aku tgok pintu rumah aku terbukak tp xde org, padahal masa aku masuk umah tu aku lock pintu rumah aku. Nasib baik xde ape jadi.

Sebenarnya kata Pak Haji tu aku pagar rumah tu siap pagar dgn makhluk2 tu sekali rupanya.

Sampai sini je cerita aku, memang x seram pn tp nilah pengalaman aku yg xkan aku lupakan seumur hidup aku. Apa pun nasihat aku kalau kita nk sewa rumah lebih baik kita selidik dulu psl rumah yg kita nk sewa tu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 thoughts on “Keguguran 2 Bulan”

    • Salam Tn Syed… kalo tak keberatan boleh tn terangkan kaedah yg betul utk pagar & halau makhluk2 halus ni dr kediaman kita….terima kasih

      Reply
      • wassalamualaikum wbt tuan epong..saya ni gunaje kaedah yang asas..halau dan pagar..gunalah apa2 ayat yang tuan tahu..cuma pada saya tauhid itu pada apa, pengtauhidan bagaimana dan apa yang ditauhidkan itu kenalah yang betul dan lurus.. sama ada semasa niat,baca dan tuju..jika salah satu lari nanti takut yang membantu dari asbab lain..

        Reply
      • Lain kali sebelum mulakan memagar tu kena azan disetiap bilik dan ruangan yg ada. Dan seeloknya sembur air yasin yg dicampur dgn garam. Sebaiknya gunakan garam bukit. Setelah tu bolehlah mulakan acara memagar.

        Reply
  1. Dah mcm Zoo hantu jembalang dh umah sewa komer tu hah…elok lah komer belah cepat2 dr umah puaka tu…dr jd lg bencana baik belah jer…teman cuba bayangkan kalo teman kt tempat tu mau terus jd Dukun Santet…dh mcm2 belaan jin setan semua ada….apa pon mmg seram wei…meremang bulu kaki teman baca citer ni mlm2….best

    Reply
  2. Di nasihatkan sebelum pagar rumah, masuk dan azankan dulu di tengah2 rumah lepas tu setiap sudut. dah selesai baru pagarkan rumah. so yg ada kat dlm tu sempat keluar dulu. kalau tak mahluk tu terperangkap. dah xde keje tu yang dia usik penghuni rumah.

    Reply
  3. Sebab tu kita disarankan untuk memberi isyarat atau tanda sebelum aktiviti memagar rumah…salah satu cara yg saya biasa guna adalah dengan solat hajat dan yassin…lepas tu baru pagar…ni salah satu kita berdiplomasi dengan makhluk tersebut…

    Reply

Leave a Comment