Kehadiran Tidak Diundang

Assalamualaikum, hai pembaca FS, apa khabar? Harap semuanya sihat. Aku si peminat tegar Choki-Choki, ingat tak? Alaaa kisah “ Tapak Perkhemahan Angker” tu. Thanks ya admin sebab share kisah tu. Orang Bajau cakap “sharing is caring” kohkohkoh. So, uols admin FS, memang caring lah kan.. ngeeee. Ada pembaca tanya, mana kawasan sebenar tapak perkhemahan tu? Ada je, dekat-dekat gunung Ledang. Kalau tak tau juga, tanya Uncle Google yeeee. Kali ini aku nak share kisah mengenai tempat belajar aku yang berikutnya di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) dot.dot.dot. Selamat membaca.

Di KSKB, semester pertama aku berkongsi bilik dengan seorang kakak bernama Tihah yang sama course denganku. Hostel KSKB memang cantik dan selesa, jauh beza dari hostel IPTA yang pernah aku belajar sebelum itu. Pertama kali aku menjejak kaki kesana, aku menggayakan aksi seperti “orang bebas” mengangkat kedua-dua tangan ke langit, menutup mata lalu menghirup udaranya yang segar sedalam-dalamnya “hmmmmmm, yeayyyy” sambil berlari-lari anak, keriangan. Ahakss. Udara sekitar KSKB tu memang segar, ditambah view nya yang berbukit dan di kelilingi pokok-pokok yang menghijau. Pada beberapa bulan pertama segalanya berjalan lancar. “Waaahh, bebas aku dari segala gangguan-gangguan syaitooooonn, jin iblis” kata hatiku. Yelah, seperti aku ceritakan pada kisah yang lepas, aku selalu sibuk dengan membantu meleraikan battle antara “manusia Vs Jin/Iblis”. Dan kali ni aku memang bertekad untuk tidak mahu memegang sebarang jawatan. Aku ingin bebas, berchoki-choki.

Sehinggalah sampai satu ketika, Kak Tihah Si Cute Girl “ Prangggg, gedebak, gedebuk!” bekas pen yang diperbuat dari tin serta buku-buku rujukan melayang-layang ke dinding. Kak Tihah membaling buku-bukunya. Aku yang baru nak lelap, serta merta terkejut dan membuka mata. Dalam kemalapan lampu belajar aku memerhati Kak Tihah. Rambutnya diurai kedepan wajahnya sambil tangannya laju membaling semua barang-barang yang ada disekitarnya.

“kenapa pula orang tua ni?” getusku.

Aku bangun dari pembaringanku dan berjalan ke arahnya yang berbaju tidur warna putih malam itu.
“emmm..nyanyaiang,nyaingg,nyainggg..graahhhhh,errrrr,ghaaaaa,hihihihihi!” Kak Tihah bersuara namun suaranya agak parau dan dia mengilai halus. Bulu romaku mula meremang. Ahhhh, sudah. Ni tiada lain si tentera iblislah ni punya kerja. Aku sempat melihat jam di atas meja belajarku bersebelahan tempat aku berdiri. Pukul 11.45 malam. Aku berjalan perlahan-lahan kearahnya, risau dia mengganas.
“Emmmmmm, ahhhhhhhhh, hihihihihi”. Dia statik berdiri bila melihatku mahu menghampirinya. Aku mula terkumat kamit membaca ayat Qursi.

“Emmmmmm, nyaaaimmm, nyaimmm, jangan dekat denganku, kihhhhhh” Kak Tihah bersuara lagi. Kerana kuat hatiku berpendapat si kak Tihah ni sudah dirasuki jin, aku mula membaca ayat-ayat Ruqyah. Tak sampai suku ayat, dia mula meronta sambil melentok-lentokkan tubuhnya nafasnya mula tersekat-sekat. “Berhenti-berhenti baca apa yang kau baca! Nyaingg nyainggg erghhh,erghhhh aghhhhh,aghhh!” Dia mengangkat tangan kanannya ke atas, ku lihat ada gunting di tangannya. Dia mahu menikamku dengan gunting itu. Aku apa lagi, pintu betul-betul disebelahku, aku memulas tombol lalu berlari lintang pukang menuju ke bilik orang lain. Jantungku berdegup kencang,

“Makkkkkkkkkkkkk!” aku menjerit. Kebetulan ada empat orang senior lain yang sedang bersembang diluar bilik memerhatikanku. Diorang seperti terkejut, jeritanku agak kuat juga. Salah seorang dari mereka memaut tanganku. Larianku terhenti. Aku lihat dua orang dari mereka menuju ke arah belakang tempat ku berlari tadi. Aku pusing kebelakang, dalam keadaan lututku terketar-ketar. Kak Tihah berjalan laju namun lagaknya seperti orang “spastic” dan tangan kananya masih terangkat keatas memegang gunting.

“hihihihihi, hahahahaha!” suara hilaian tawa Kak Tihah berkumandang disetiap ruang lorong-lorong koridor. Ku lihat dua orang senior itu menuju ke arahnya.

“Kau lepaskan gunting tu!” kata Kak Bella.

“gerrrrrr, nyammm,nyammm,kehhhhhh”, Kak Tihah tersenyum sinis.

Amaran Kak Bella tidak dipedulikan Kak Tihah. Dia terus bergerak seolah ingin menyerang dua senior itu. Kedengaran suara Kak Bella mengeraskan bacaan ayat Qursi yang terakhir lalu dia menghayunkan kakinya menyepak betis belakang Kak Tihah. “Gedebuk!” Kak Tihah tersungkur. Lalu dirampasnya gunting yang ada digenggaman Kak Tihah. Kak Bella memanggil kami untuk membantu mereka mengangkat Kak Tihah ke bilik. Beratnya tubuh Si kak Tihah ni, macam nak tercabut pinggang rasanya padahal orangnya molek kurus.

“Lepaskan aku, lepaskan aku” dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Kami gagah memegang erat tubuhnya. Sampai di bilik, seorang dari senior tersebut menelefon Ustaz. Aku dan yang lain-lain terus berusaha menenangkan Kak Tihah. 15 minit kemudian Ustaz (ku namakannya Ustaz Zali) datang bersama isterinya, ku lihat pasangan suami isteri itu berbincang sesuatu setelah melihat keadaan Kak Tihah. Ustaz Zali memulakan bacaan ayat-ayat suci, kemudian mengibas perlahan kain Rida’ nya ke tubuh Kak Tihah. Kak Tihah mula menjerit sekuat hati, tidak semana-mana di dalam almari kak Tihah seperti benda berat jatuh serentak. “Bukkk, trak,trakkk,pamm!”.

Kemudian dengan tidak semana-mana pintu almari itu terbuka sendiri. Hanya sebelah pintu terbuka. Aku dan yang lain-lain memandang ke arah almari. Isteri Ustaz Zali ke almari tersebut, dibukanya perlahan pintu sebelah lagi. Beberapa saat kemudian, isterinya menutup almari tersebut dan ditangannya memegang sesuatu. Anak patung bersaiz tapak tangan dewasa dibalut kain kuning dan diikat toncet. Masing-masing mata kami terkebil-kebil memerhati patung itu. “Patung Vodoo!” kata Kak Bella.

Siapa yang menonton TV?

Haritu ramai pelatih outing dan bermalam di rumah keluarga masing-masing. Aku tidak ke mana, hanya menjadi penghuni setia di dalam bilik. Semester itu, teman sebilikku Kak Ayu. Kak Ayu sejak petang Jumaat usai habis kuliyyah, dia dah balik kampungnya di Batu Gajah, Perak. Suasana di sekitar blok-blok hostel pun sunyi sepi.

“ Zie, kau tak kemana ke?” tegur kak Tiara padaku.

“Malaslah nak kemana-mana, lagipun cuaca redup dan rasa nak habiskan baca novel” jawabku sambil membasuh sudu di sinki pantry.

“Jadi tinggal kita berempat sahajalah di aras ni. Itupun Kyra dan Bella akan keluar ke bandar sekejap lagi” kata Kak Tiara lagi.

Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya. Setelah selesai makan dan membancuh air Oligo, aku masuk ke bilik. Aku mencapai buku novel kegemaranku yang berkulit hadapan berwarna merah terang bertulisan hitam putih “ The Complete Illustrated Sherlock Holmes”. Sedap membaca sambil minum air Oligo dalam sejam, boleh pulak aku terlelap. Mungkin faktor angin bertiup sepoi-sepoi dari tingkap sebelah meja belajarku, menambahkan kesyahduan mendorongku terlelap.

“Shrettt,shreeettt” bunyi seperti plastik diseret diluar pintu bilikku mundar-mandir. Hematku makcik cleaner datang untuk bersihkan koridor. Aku biarkan sahaja sambil mataku masih tertutup tapi telinga ku “jaga”. “Shrettt,shretttt,shrettt, dangggggg!dangggg!” pintu bilikku ditendang kuat dua kali.
“Eh, main tendang-tendang pula makcik ni!” aku mula mengomel sendiri. Aku bingkas bangun dari kerusi lalu berjalan menuju ke pintu. Bilaku buka pintu aku lihat seseorang yang berambut panjang lurus hingga ke betis berbaju putih lusuh sedang mengheret guni seolah-olah di dalam guni itu isinya sesuatu yang bergerak-gerak melintas secara perlahan dihadapanku menuju kebilik TV. Aku kaku terdiam hanya memerhati, mataku seperti didorong untuk terus melihat. Sebelum wanita itu masuk kebilik TV dia menghentikan langkahnya sebentar lalu dilepaskan gengamannya yang memegang hujung guni itu.

Guni itu terus bergerak-gerak dan tiba-tiba..jengg!! Tubuh seorang kanak-kanak berkepala botak matanya terbuntang muka bengis dan bercalar-calar menyeringai kepadaku. “hihihihihihihihihi!” Aku terketar-ketar lalu masuk kedalam bilik menutup rapat dan mengunci pintu. Aku melompat ke katil. Hilaian itu masih kedengaran. Tingkap, aku terlupa nak tutup. Angin menderu-deru masuk kesegenap ruang bilikku. Kesejukan yang menyusuk tulangku menambahkan keseraman. Aku gagahkan diri untuk menutup tingkap sliding itu. Ketika aku ingin menutupnya, aku melihat makhluk-makhluk diluar tadi sudah tercongok di tingkap dan sedang berusaha masuk ke bilikku. Aku cepat-cepat tarik hujung tingkap itu, namun seperti terhalang. Aku usahakan juga. Terketar-ketarku melihat wajah mereka yang menakutkan. Of coz, mereka terapung-apung di udara kerana tiada satu pun binaan yang menghalang sekiranya barang kita jatuh dari tingkap tingkat 4 itu. Tiada tempat berpijak. Melainkan kau terapung-terapung untuk statik 3 langkah dari kedudukan tingkap.

“ngeehhhhhhhh,erghhhhhhhh,hahahahaha” mereka mengilai-ngilai.
“erghhhhh,erghh,kehkehkeh” suara yang terkeluar dari mulutku ketika aku sedang melawan ketakutan dan berusaha menarik sliding itu. Sementara makhluk itu semakin dekat padaku.
“bammmmm!”

Aku terjaga dari mimpi. “Astaghfirullah” keluhku. Aku terpisat-pisat memerhati jam di atas mejaku. Sudah menghampiri maghrib, aku mencapai tuala dan toiletries menuju ke bilik mandi. Nak menuju ke bilik air mesti kena lalu bilik TV. Setibanya di bilik TV, aku mengerling sebentar ke dalamnya kerana pintu bilik tu terbuka luas. Di sofa membelakang arahku berdiri, aku lihat seperti seseorang duduk di sofa yang berambut lurus sedang menonton TV namun tiada gambar hanya screen yang berwarna biru terpampang. Aku fikir kak Bella.

Aku tidak menegur, hanya meneruskan langkah ke bilik air dan mandi. Setelah selesai mandi dan mengambil wudhuk, aku menuju masuk ke bilik. Sekali lagi aku mengerling ke bilik TV, dia masih dalam posisi sama dan aku melihat kedalam sedikit, ada guni diletakkan disebelah sofa yang lain. Aku terus teringat mimpiku tadi. Aku tidak berfikir panjang, lalu berlari anak masuk kebilikku. Setelah siap solat, aku mencapai telefonku. Ada satu mesej tidak berbaca.

“Zie, akak ikut Bella dan Kyra keluar petang tadi, kemudian jam 4.30 tadi makcik Bella jemput kami ke rumahnya lepas kami shopping. Jadi malam ni, kami tak balik hostel tau. Take care”
Aku terdiam. Jari jemariku kaku untuk membalas mesej itu. Jadi siapa gerangan yang menonton dibilik TV tu? Aku mencapai Choki-choki di dalam laciku.

Jogging Malam

“Gila aahh, berat badan naik 5 KG kot dok sini” kata Kak Ayu padaku sambil enak makan ayam KFC. Aku pun sama, rakus menghabiskan peha ayam yang kali ketiga ketul. Aku tersengih.
“Weh, malam esok jom jogging kat bukit atas tu. Akak sebelah bilik kita ni selalu jogging malam-malam kat sana tau. Best katanya, ramai pelatih lain pun sama berjogging dan ada yang buat zumba. Lepas berpeluh-peluh jogging, kemudian mandi air panas perghhhh…sedap tidur. Kau akan rasa segar bila bangun esok” excited bebeno Kak Ayu bercerita.

Aku pun mengiakan saja ajakannya. Memang menternak lemak sungguh kami, sejak di semester tiga itu. Keesokan malam, aku dan kak Ayu bersemangat betul untuk berjogging. Lengkap berpakaian sukan. “Jangan lupa pakai jaket, dengan memakainya haba-haba menyerap lalu peluh akan cepat keluar” kata Kak Ayu. Aku mencapai jaketku yang paling tebal. Kunun-kunun nak keluar peluh dan boleh pecahkan lemak-lemak. Kami pun bergerak menuju dan mendaki setiap tangga-tangga dibukit itu. Malam itu suasana di situ sunyi sepi. Hanya aku berdua dengan Kak Ayu manusia yang ada di situ.

Di keheningan malam, kami meneruskan larian kami. Jam di tanganku menunjukkan jarumnya tepat 10 malam. Kami sempat berjogging sebanyak 10 pusingan. “Fuhh, best” aku bersuara. Kak Ayu tersenyum riang sambil mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil.
“Tapi pelikkan, tiada siapa pula berjogging atau membuat apa-apa aktiviti di sini malam ni kan?” Kak Ayu mempersoalkan keadaan sambil ada kerutan diwajahnya. “Emm, biarlah. Mungkin sibuk kot. Sebab minggu depan dah start exam” jawabku. Kami mula bergerak menuruni tangga-tangga bukit. Ketika melangkah ke anak tangga yang ke 9 aku merasakan seperti ada yang mengekori kami. Bila ku berpaling ke belakang tiada siapa. Aku melangkah lagi ke tangga berikutnya sehingga ke tangga 15 bahuku di cuit dari belakang. Aku berpaling sekali lagi. Tiada siapa namun seperti ada angin sejuk menerpa wajahku. Kak Ayu sudah sampai dibawah. Aku cepatkan langkahku.

Sampai sahaja aku di bawah, Kak Ayu berlari menuju ke pondok guard sambil menjerit “aaaaaaaakk!”. Aku kehairanan, kenapa dia berkelakuan begitu. Aku meremang. Pakcik guard melambai-lambai kearahku. Aku berlari kerana mula khuatir sesuatu. Ku lihat di bilik pos kawalan Kak Ayu menggeletar sambil duduk bertinggung menutup telinganya dan memejam mata. Mukanya pucat.

“ Kenapa ni?” aku soal Kak Ayu.

“A..a..da di..di..a se..se..bee..lah ka..ka..kau tadi” Kak Ayu tergagap-gagap.

“Siapa?” soalku lagi.

Dia berpeluh-peluh, “hantuuuuu berbulu lebat!” jawabnya sambil menggigil, agak terjerit dan menangis. Pakcik guard menelefon penyelia hostel. Tak lama kemudian, Encik Tajuddin datang dan kami selesaikan hal Kak Ayu. Malam itu, ketika aku ingin tidur, kejadian sleep paralysis menimpaku. Apa yang aku dapat rasa, seperti sesuatu yang berbulu lebat dan halus menimpa tubuhku!
Mataiiiii….

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 comments

  1. X puas hati ni weeeiiii…
    Ape mcm x abis plak citer kesah patung vodoo tu…
    Sape yg buat…????
    Ape kesudahannye…?????

  2. OK la.cerita menarik..cuma kurangkan eksyen macam kau ni tentera selalu duk berperang ngan makhlus halus ni..sebab bila cakap camtu, dah macam angkat2 diri sendiri lak…macam kau hebat selalu jumpa&lawan…citer seram ni akan kurang seram bila ada hero/heroin ditonjolkan..

  3. Bt cerita bg org dok teka teki kesudahannya…..hadoi….filem pun ada penamatnya….hang bt cer tergantung.. Cemuih ahhh… .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.