Kejadian di Politeknik

Assalamualaikum dan haiii..terima kasih kepada admin FS kerana siarkan cerita2 saiyaa sebelum ni, ni kali ketiga aku hantar cerita pengalaman aku. Terima kasih juga untuk pembaca-pembaca FS yang beri komen-komen dan nasihat untuk aku. Love uolls.hehe, Okay sekarang jom kita sambung pengalaman aku masa baru masuk belajar.

Alkisahnya, aku dapat sambung belajar dekat sebuah politeknik. (nama poli dan daerah aku rahsiakan ye). Memang rezeki aku, aku dapat poli yang tak jauh dari rumah aku. Dari rumah aku ke tempat belajar tu, ambik masa lebih kurang setengah jam. So untuk semua budak baru masuk, memang diwajibkan sem1 kiteorang kena duduk asrama, tak boleh menyewa luar atau ulang alik dari rumah even rumah kau depan politeknik masa tu. (sekarang tak tau la law dia still sama ke tak).

Okay, untuk minggu pertama masuk, tak jadi apa-apa sebab sibuk orientasi, aku pun tak sempat nak tengok muka roommate aku masa tu, so aku pun tak sempat nak tengok “benda” tu. Tak tau lah mase tu ade yang muncul tapi aku malas nak ambik tahu ke ape. Okay, tiba lah minggu kedua, waktu malam aku nak tidur sebab esok nye ade kelas pagi. Aku excited malam tu sebab esoknye nak pergi kelas. Dalam bilik aku ada 4 katil, tapi ada satu katil ni kosong sebab tak ada orang yang masuk untuk penuhkan lagi. Okay, dalam bilik aku, setiap dua katil dirapatkan so jadi la macam katil size queen. (bayangkan dalam bilik tu, dua katil dirapatkan dekat sudut kanan, dua katil lagi dirapatkan dekat sudut kiri)

So aku da get ready nak tidur, membe sebelah dah tidur awal sebab penat. Aku pun nak ikut la jejak langkah dia. Tengah nak terlelap, aku rasa ada macam tangan dekat ubun-ubun aku. Mula-mula aku ingat taknak lah fikir bukan-bukan tapi makin lama aku rasa makin jelas dan pasti atas ubun-ubun aku tu tangan. Tiba-tiba aku terfikir, bantal aku cuma ade dua, satu kat bawah kepala, satu lagi aku peluk. So ape atas kepala aku?
Lama aku diamkan diri, baca apa yang patut, so kehadiran tangan tu mula hilang. Tapi tak sampai situ je ye. Katil aku ni sebelah tingkap. Haa so korang boleh agak kan ape jadi? Yes! Dengan mata tertutup nak tidur, aku dengar ada yang ketuk tingkap sebelah aku. Nak cakap orang luar ketuk, memang mustahil, sebab bilik aku aras 4. Kemudian, aku baca apa yang patut, dan aku pun malas nak fikir, aku boleh tidur akhirnya. Tapi, tak lame pun aku tidur. Aku terjaga pukul 1.38 pagi masa tu, nak ke toilet. Time-time tulah rasa nak melabur. So nak taknak bangun la ke toilet, nak kejut orang sebelah, kesian pulak, so aku pergi sorang. Aku pasang lampu dekat meja belajar, sebab taknak pasang lampu utama yang boleh buat membe bangun. Memang sunyi dah masa tu. Maka aku teruskan apa yang patut, dan aku masuk bilik balik macam biasa.

Haaa nak dijadikan cerita, aku saje tak tutup lampu dekat meja belajar sebab tak sedap hati nak tutup. Elok je aku baring selang beberapa minit lepas tu, kerusi dekat meja belajar aku tiba-tiba bergerak macam ada orang tarik ke belakang. Maka, aku pun tengok la kalau-kalau roommate aku yang bangun nak ambik barang kat meja aku ke ape. Tapi keputusan yang aku ambik masa tu salah, sebab lain yang aku nampak. Atas kerusi tu, aku nampak ada “benda” mencangkung pandang arah aku, mata merah pekat, kepala botak, badan sampai muka berkdut-kedut macam melecur, lidah nye panjang terjelir, tengah jilat sesuatu dekat tangan dia. Lama aku pandang ape dekat tangan dia, baru aku nampak dalam samar-samar tu. Dekat tangan “benda” tu, macam ada pepejal @ daging warne merah kehitaman. Aku tak pasti ape benda tu tapi yang pasti aku memang dah tak boleh gerak. Menggeletar masa tu Allah je yang tahu.

Tiba-tiba aku tergerak hati nak tengok arah katil dekat lagi satu sudut. Roommate aku yang tidur sorang (sebab katil sebelah dia kosong), dekat hujung kaki dia ada budak dalam umur 6@7 tahun tengah gigit betis dia. Aku masa tu memang dah tak tahan nak tengok lama-lama semua tu, ak duduk atas katil, terus cakap “tolong pergi, jangan kacau kami, kami cuma tumpang sini untuk belajar je!”(sambil pejam mate). Tak lama lepastu ade angin kuat kena muka aku, dengan pakej bau sekali. Perghh masa tu, memang kalau aku tak kuat, bukan setakat muntah hijau, muntah warna warni pun boleh. Aku memang dah rasa tak kuat, tapi aku terpaksa kuat jugak.
Angin dah tak ada, bau dah kurang, aku bukak mata aku slow-slow. Yang dua “ekor” tadi dah tak ada, tapi aku nampak yang lain pulak. Tapi aku tak ada rasa macam tadi, tapi seram tu still ada. Aku nampak seorang perempuan pakai baju kebaya (warna baju tak perasan sebab samar-samar), rambut sanggul tinggi, TAPI mata tak ada. Ah sudah! Masa ni aku takut dia tiba-tiba berubah jadi buruk terkam aku je. Tapi Alhamdulillah, dia cuma ‘lalu’ je. Sebab dia terus ‘bergerak’ ke dinding bilik aku lepastu tahu-tahu dah hilang.

Dah nak dekat 15 minit aku perhati kiri kanan, line clear, aku pun nak sambung tidur. Badan memang rasa berat, penat, semua ada. Tak perasan pun jam dah pukul berapa masa tu. So, esoknya aku bangun subuh and siap-siap untuk ke kelas, tahu-tahu dua orang roommate aku tengah duk nyangkung depan bakul sampah dalam bilik dekat tepi pintu. Mula-mula takut nak dekat, takut tu bukan roommate aku, makin aku dekat, fuhh dyeorang rupenye. Masing-masing tengah kutip sampah nak masukkan dalam bakul sampah balik. Sebab dyeorang bangun dulu, nampak sampah dalam bilik bersepah sampai ke tengah ruang bilik. Bayangkan eh, bakul sampah tepi pintu, tapi sampah boleh bersepah sampai tengah2 bilik. Macam memang saje nak disepahkan. Nasib baik tak ada sampah-sampah basah macam plastik makanan ke ape, kalau tak naya kena lap, ape semua.
Tak lama lepas tu, masa tengah siap-siap nak pegi kelas, roommate2 aku ni bersembang:

Nani: “wey, kaki aku..asal bengkak ni?? Macam terhantuk kuat je ni. Tapi semalam elok je.”
Faz : “kau ada langgar bucu meja ka?”
Nani: “mana ade, kalau ade, aku ingat and aku tak terkejut macam ni. Besar lebam dia ni.”

Aku yang dengar mampu pandang, pastu cakap, “lepas ni sebelum tidur ambik wudu’, lepastu tutup area pinggang sampai hujung kaki dengan selimut”. Nani pun angguk je, then malam tu dia buat ape yang aku suruh, Alhamdulillah lebam dia makin hilang. Sebenarnya kaki nani lah yang aku nampak ada budak gigit tu. Aku tak tahu lah budak tu gigit aje atau lebih gigit. Tapi memang besar lebam dia.
Oh ye, tentang perempuan pakai baju kebaya tak ade mate tu, aku terfikir masa tu, itu “benda” kat situ atau belaan nenek aku yang ngikut sampai ke situ. Sebab aku macam pernah nampak perempuan tak ada mate tu dekat rumah makcik aku sebelum aku sambung belajar. Tapi aku malas nak ambik tahu, aku diamkan je. So start haritu, ak ada nampak jugak “benda-benda” lain. Kadang-kadang nak naik bilik, dekat tangga aku nampak ada nenek tua tengah sisir rambut, tunduk bawah. Ada yang aku nampak ular hitam masuk toilet yang ada orang, tapi orang dalam tu tak jerit pun, so aku tau la tu bukan ular biasa. Tu pasal kite kene baca doa masuk tandas sebelum masuk tandas, sebab kadang-kadang kite tak tau ape yang ade dalam tu.

Okay sampai sini saje ye cerita aku. Sorry kalau tak seram macam yang diinginkan. Ini semua pengalaman sebenar yang aku lalui. Tak ade tokok tambah.
Sekian, iqaa..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Kejadian di Politeknik”

Leave a Comment