Kejadian Seram di Santubong Resort, Kuching

Salam santai admin dan pembaca. Saya Joni dari Kuching, Sarawak.
Saya baru mula mengikuti page fiksyen sasha ini dan gemar sekali membaca kisah-kisah seram yang menarik hasil sumbangan pelbagai individu.
Di sini, izinkan saya untuk berkongsi pengalaman saya sendiri dengan admin dan juga para peminat setia FS.
Ok. Kejadian seram ini berlaku lebih kurang 18 tahun lalu. Waktu itu musim cuti perayaan Hari Gawai dan seperti biasa saya dan keluarga akan pergi staycation la.
Kita berkunjung ke salah sebuah resort yang terletak tak jauh dari bandar Kuching. Nama resort tu, pada waktu tu adalah Santubong Resort. Lepas tu bertukar ke One Resort Century Santubong. Dan didapati khabar bahawa resort tu sekarang adalah resort terbengkalai yang terbiar. Aneh juga.
So anyway. Balit ke pengalaman saya tadi. Jadi kita sekeluarga pun check-in pada petang tu. Kita menginap di sana selama 3 hari 2 malam. Dapat bilik tengah tingkat kedua di blok 6. Saya suka blok 6 ni kerana betul-betul terletak di hadapan swimming pool.
Bilik Santubong Resort ni luas. Cukup untuk sekeluarga. Lagipun bilik-bilik ni memang sedia datang dengan samada 1 katil king atau 2 katil queen. Bilik mandi dia juga cukup luas. Ada shower cubicle, tab mandi juga. Memang luas.
Jadi pada malam pertama tu, selepas kita semua dah masuk bilik bersedia untuk tidur, tiba-tiba Joni terdengar bunyi aneh dari bilik di atas. Kerana setiap blok ada 3 tingkat. Kami di tingkat kedua. Kedengaran seakan-akan bunyi permainan bowling plastik yang selalu dimainkan budak-budak kecil. Bunyi lontaran dan golekan bola plastik serta pin bowling plastik kena hentam jelas kedengaran.
Saya memandang ibu yang sedang asyik membelek majalah waktu tu. Tengok ayah pula, dia sedang asyik tonton televisyen. Tengok adik pula dia sedang membaca novel. Jadi saya tatap kembali siling bilik dan kedengaran bunyi tadi masih berlanjutan. Tiba-tiba mak pandang siling dan cakap “Apesal budak-budak ni malam-malam masih main bowling. Dah nak masuk pukul 11.30  malam ni….” Ibu ku mengeluh namun apakah daya, memandang musim perayaan kita pun tak nak sangatlah jadi tetamu yang asyik tahu komplen je.
Jadi kita semua pun masuk tidur malam tu dengan bunyi permainan bowling plastik masih kedengaran. Bila dah terlelap dibuai mimpi tak lah lagi kedengaran.
Itu insiden pertama pada waktu tu. Insiden yang seterusnya, berlaku pada malam ke dua kira menginap di situ.
Waktu tu, baru sahaja senja. Kita semua baru kembali ke bilik dari berjalan-jalan di pantai Santubong untuk bergilir-gilir menggunakan bilik mandi sebelum keluar makan malam. Jadi ibu masuk mandi dulu. Lepas tu ayah. Dan sewaktu adik berada dalam bilik mandi, Joni masih menonton tv. Ayah dan ibu sedang berceloteh di ruang tamu mini di sudut bilik.
Tiba-tiba ‘ting tong’ loceng bilik berbunyi. Ingatkan housekeeping ataupun staff yang nak cari. Jadi saya pun pergilah membuka pintu. Jenguk keluar, aneh, tiada sesiapa pun di luar. Jadi pintu ditutup kembali dan ayah bertanya “Siapa?” Joni kata tiada sesiapa. Ayah geleng kepala aje. Lepas tu saya duduk kembali di sudut katil dan menatap kaca televisyen.
Tiba-tiba ‘ting tong’ sekali lagi loceng pintu berbunyi. Kali ni Joni lantas melompat dan berlari membuka pintu. Hampa. Masih tiada sesiapa pun diluar sana. Jadi Joni pun syak yang mungkin budak-budak nakal dari bilik lain yang menekan loceng tu. Pintu ditutup kembali dan kali ini, saya tak kembali duduk di sudut katil. Kali ni Joni nak kantoikan sesiapa yang berani bermain tekan loceng pintu sebarangan.
Tangan Joni dah standby di tombol pintu. Tunggu punya tunggu, mungkin dalam 3 minit macam tu, tiba-tiba loceng ditekan lagi. Namun kali ini, sepantas kilat, sebelum loceng sempat membunyikan ‘tong’ Joni dengan ganas dan pantas membuka pintu. Terkejut bukan main lagi apabila pintu dibuka, dan Joni berlari keluar bilik melihat kiri dan kanan, tiada seorang pun manusia yang berada di koridor pada waktu itu. Cuma yang Joni rasa adalah tiupan angin sejuk sahaja. Angin bukan sebarang angin. Arwah nenek pernah berkata kalau ada rasakan seperti angin sejuk semacam bertiup, itu petandanya ada ‘sesuatu’ yang berlegar atau berada di kawasan tersebut.
Joni menjadi pucat dan terus meluru masuk semula ke bilik dan menghempas tutup pintu. Ibu  terkejut dan menatap muka Joni pada ketika itu. Ibu seperti tahu yang Joni mesti merasakan sesuatu tadi. “Takda orang kan? Angin sejuk pelik?” Joni cuma angguk je. Kebetulan adik baru keluar dari bilik mandi dan bertanya siapa yang menghempas tutup pintu bilik tadi. Selamba je ibu menjawab “Ada momok tekan loceng tadi. Abang awak pergi buka pintu dan takda orang. Yang ada cuma angin sejuk semacam je”. Adik pun terus tergamam mendengar statement ibu yang seram selamba tu.
Selepas makan malam, sekembalinya semula ke bilik, setelah menukar ke pakaian tidur kira, tepat pukul 10.30 malam, bunyi permainan bowling plastik tingkat atas pun bermula. Malam tu, ibu dah mula hilang sabar namun masih dapat memaksa dirinya untuk mengawal perasaan. Ibu asyik menepuk dada dan memberitahu dirinya sendiri untuk sabar. Seperti malam sebelumnya, kita masuk tidur dengan bunyi mainan bowling di bilik atas.
Keesokan harinya, kita semua mula berkemas kerana akan check-out pukul 12 tengahari. Sewaktu kita berjalan menuju ke blok lobi, kita sempat menoleh kembali untuk melihat bilik diatas namun malang sekali bilik terletak di tingkat paling atas dan tak nampak apa-apa kecuali kain jendela pintu balkoni tertutup rapat.
Jadi setibanya di kaunter lobi, setelah semua urusan check-out diselesaikan, ibu sempat bertanya kepada receptionist. Ibu mengadu yang bilik di atas kita tu tak bertimbang rasa dan membiarkan anak-anak mereka bermain bowling plastik sehingga larut malam. Receptionist meminta maaf kepada kita dan dia menekan keyboard untuk melihat siapakah yang kurang timbangrasa yang menginap di bilik atas.
Muka ayu receptionist yang pada awalnya asyik tersenyum manis tadi tiba-tiba bertukar menjadi muka yang kehairanan bercampur ketakutan. Dia berkata “Puan, sorry ye. Jangan marah dan terkejut tapi bilik atas tu dah masuk 2 minggu tak berpenghuni”. Kita semua tergamam. Kalau tak berpenghuni, siapakah pula yang berada dalam bilik tu yang asyik bermain permainan bowling plastik tu?
Sehingga ke hari ini, setiap kali Joni bertanyakan kembali tentang kejadian aneh tu, ibu dan ayah akan menyuruh Joni untuk menukar topik perbualan kerana jika difikirkan kembali, agak menyeramkan juga.
Kalau ada warga Kuching yang membaca kisah ini, kalau ada sesiapa yang pernah kena gangguan sedemikian di Santubong Resort, sila kongsikan pengalaman anda. Saya rasa admin serta warga FS mesti berminat untuk membacanya.

Sekian sahaja dari saya Joni. Diharapkan admit akan menerbitkan kisah saya ini dan jika ada penggunaan perkataan yang kurang elok, mohon maaf banyak-banyak. Terima kasih dan salam hormat.

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.3]
Joni Victor Balingian

11 thoughts on “Kejadian Seram di Santubong Resort, Kuching”

  1. Kalau ikut bahasa bm betul, bukan kita tapi kami…cerita tak berapa seram tapi boleh pos cerita lain pulak…

    Reply
    • biar lah dia.. sekurang2 nye dia cuba buat karangan dlm BM, kalau dia post dlm bahasa swk?? dgn kau2 tak boleh bacang kang…

      Reply
  2. Tempat ya memang keras. Sebab itu lah kalau melancong pg situ, lepak je kat pntai damai. Kalau bermalam kat resort situ memang taklah. Hahaha. Ada satu hotel kat sia, nang keras giler. Macam2 gangguan syaitan.

    Reply
  3. Hahahaha….saya pernah merasa….saya rasa first saya rasa pelik adalah melihat beberapa helai rambut di dlm tab mandi…so tak kisah sgt….first day tu tido dgn kawan …taklah takut sgt….second day tu starts lah macam2 belaku….so mls nak cerita…kenangan yg menakutkan…last day tu lah rasa nak cpt2 habiskan program sbb ….disbbkan terlalu takut dlm 1 bilik ada 9 org…so saya decide bersama2 lah…cuba apa bila solat subuh tu saya balik bilik sbb tandas pernuh…starts ari tu saya tak akan jejak tempat…👕👕

    Reply
  4. Santubong resort mmg byk ksahnya…lbih2 lg pnah dgar ada kes terjadi kat blok 6. Lgpun ktorg pnah ikut program tamat latihan TA & bermlm slma 3hari 2 mlm & bla blik dr sna, brlah ktorg di beritahu ada bbrp kejadian d dlam bilik termsuk histeria…lgpun sya pnah bekerja dgn slah 1 ank syarikat yg mengusahakan tmpt itu..byk jg mendengar kejadian2 aneh d situ…tp x tau jgak klau tmpt tu sekrg dh terbengkalai.

    Reply
  5. err… malas pulak aku nak post cite..sbb lebih kurang sama, misteri tempat ni. al -kisahnyer, aku pendekkan cite, aku duduk tingkat 3, sebelah hujung dekat dengan tenis court.. berdepan dengan swimming pool sekali dengan pantai. dah lame arr aku simpan cite nih..nak dekat 10 tahun kot.. aku menginap bilik hujung, (dri kiri ke kanan), pastu bilik tengah (takde org), (aku assume) lepas dr bilik tengah tu bilik kawan sekerja aku.. setiap kali nak balik bilik, aku akan lalu la bilik tu. bilik tu kan sebelah bilik aku. tapi aku perasan, bilik tu pintu dia mcm melepuh dan di lock guna pad lock yg kecik…jadi paham la kan, korang mmg fikir bilik tu takde org… tapi yang mengejutkan aku, petang dalam jam 4-5, aku lepak la kat beranda mengadap pantai tu. mata aku plak tiba-tiba terpandang bilik sebelah. dan aku nampak ada lelaki atas katil menghadap sebelah tepi aku tengah baca buku dengan posisi buku tu tutup muka dia…dlm bilik dia pulak lampu pun mcm malap jer… sampai sekarang aku fikir, mcm mane ade org dlm bilik tu walhal pintu dia ada padlock….hurmmm….cam seram pun ade…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.