Kelas Malam

Assalammualaikum warga FS yang dikasihi sekalian. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi menyiarkan kisah saya yang tak berapa seram. Ketika ini ayah aku masih bekerja sebagai seorang pegawai polis di sebuah daerah dalam negeri Johor. kami sekeluarga tinggal di kawasan perumahan pegawai polis yang pada ketika itu masih lagi rumah papan macam berek polis dulu tu (sekarang dah bina perumahan baru). Kawasan perumahan tempat aku tinggal ni merupakan tempat bersejarah macam kawasan tentera jepun dan tempat penggal kepala.

Kisah ni berlaku sewaktu aku masih dibangku sekolah yang seingat aku masa tu dalam darjah 5 atau 6. Sekolah aku ni jenis rajin buat kelas malam bagi murid2 yang bakal menduduki ujian upsr. Disebabkan jarak rumah aku dengan sekolah ni dekat dalam 1 km je so aku jalan kaki je dengan member aku ni. Pada malam yang malang itu aku macam biasa la pergi kelas jalan kaki tapi hari tu member tak datang so jalan sorang2 la aku jawabnya.

Sewaktu kelas fikiran aku melayang dan risau sebab terpaksa balik rumah jalan kaki sorang2. Dah la kelas habis pukul 10. Tambah malang pulak malam tu kelas aku lambat habis dalam pukul 10.15. Aku ikut pintu belakang sekolah sebab tu memang pintu untuk bahagian kawasan rumah aku. Dah lah aku sorang je yang ikut pintu tu dan terpaksa jalan kaki sorang2 ok. Dalam hati aku dah tak tenteram lepas tu aku fikir la nak ikut jalan shortcut atau jalan biase je. Jalan shortcut ni actually lagi senang cuma aku kena lalu beberapa pokok je tapi sebab gelap aku pilih jalan biase (lorong berek) sebab ada rumah cuma beberapa je orangnye.

Aku pun jalan la kaki macam biasa. Mula2 belum ada apa2 yang berlaku tapi dah sampai setengah jalan aku dengar panggil nama aku. “Nurul, ohhh Nurul” (bukan nama sebenar). Aku pun terkejut la siapa pula yang panggil aku ni. Aku biarkn je la tapi dia panggil lagi. “Nurul, ohhh Nurul”. Aku pun toleh la belakang sebab ingatkan memang ada orang panggil. Tapi bila aku toleh, tak ada pun orang. Aku dah mula takut masa ni tapi aku kuatkan la semangat jugak.

Aku teruskan lagi berjalan sambil membaca ayat kursi (nasib baik mak aku memang didik aku baca ayat kursi sebelum tidur). Sampai je saat yang aku perlu teruskn jalan dihujung lorong ni, aku terpaksa jalan di antara dua buah rumah yang saling bertentangan. Dua buah rumah ni memang dah tak berpenghuni dan banyak pokok pisang tambahan pulak kawasan rumah ni jenis keras.

sewaktu aku jalan lalu rumah ni, aku rasa macam tak sedap hati sebab macam ada yang perhatikan. Aku tetap teruskan jalan secepat yang mungkin untuk keluar dari lorong tu. Bila aku dah keluar dari lorong ni dan nak menapak naik bukit sikit untuk masuk ke lorong rumah aku, terdetik pulak dekat hati ni nak toleh balik ke arah suara yang memanggil aku tadi. Terkejut aku dibuatnya sampai nak nangis rasanya sebab aku terlihat ada kelibat budak berpakaian putih lusuh sedang bermain dengan gembira.

Aku terus melangkah pulang ke rumah. Terdetik pula hati nak pandang ke arah rumah yang aku lalu tadi. Gulp.. aku menelan liur sambil terketar kaki. Cik pon pula ada atas pokok dekat rumah tu. Aku apa lagi berdesup lari tak cukup tanah. Sampai dekat lorong rumah aku tu, aku still belum tenang sebab aku rasa macam ada yang mengekori. Dah separuh jalan nak sampai rumah, terus aku jerit bagi salam dan masuk rumah.

Aku ingatkan aku dah boleh rasa lega sebab dah sampai rumah. Tapi fikiran aku meleset sama sekali. Lepas aku dah tukar baju dan letak barang, aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aku bentang tilam untuk tidur tapi tiba2 aku terbau sesuatu. Aku bau lagi sampai aku tersedar yang bau ni adalah bau kemenyan. Terus aku senyap dan perhatikan ayah aku menonton tv. Dahaga pulak rasanya jadi aku pun berjalan ke dapur. Aku minum air dan basuh cawan yang aku guna.

Sewaktu aku sedang membasuh, aku perasan ada sepasang mata merah memandang ke arah aku. Betul2 mata tu dekat tepi tingkap hadapan aku. Aku terkaku sebentar. Lama juga aku pandang ke arah mata tu yang betul2 di hadapan aku. Semakin merah mata tu.┬áTiba2 “Nurul, ohhh Nurul”. Kedengaran seperti suara ayah aku memanggil. Aku pun berlari ke ruang tamu. Aku tanya pada ayah aku, “abah ada panggil Nurul ke?”. Aku terdiam dengar ayah aku kata tak ada. Aku terus baring di atas tilam dan tidur tanpa berfikir banyak.

Sekian itu je kisah aku. Sorry geng kalau citer aku ni panjang, bosan dan tak seram. Actually ada banyak lagi kisah lain macam orang berkawad tengah malam, mesin basuh, rumah baru tapi tu pun kalau ada positif feedback dari korang. Thanks geng sebab sudi baca..

.

NHBMA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Penah rase dlu blk tuisyen memlm buta jln kaki…
    Tp hakikatnye lari x cukup tanah weeiiii…
    Smpi umh g esbox mnm air pastu trs terjelepok dpn esbox collapse xleh bgn…
    Huhuhuhuuu…seb bek x nmpk pape…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.