Assalamualaikum semua peminat setia FS. Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku tapi aku tergerak hati nak kongsi pengalaman aku sepanjang zaman sekolah rendahku dulu. Aku bersekolah rendah di Johor Bahru nama sekolah biarlah rahsia. Dan aku pun tahu kebanyakkan sekolah dekat mana2 tempat pun lah memang keras.
Hari sebelum kejadian,
Seperti biasa, bila menjelangnya peperiksaan penting di sekolah. Mereka akan menyediakan kelas malam untuk murid2 menghadapi peperiksaan yg penting iaitu UPSR.
Malam tu seperti biasa kelas kami bermula pukul 8 malam sehingga 10 malam dan hari kejadian adalah hari rabu. Masa aku sampai dekat sekolah je aku rasa mcm tak sedap hati rasa mcm malas sangat nk pergi kelas malam.
Tapi aku tetap naik ke kelas untuk pengetahuan semua sekolah aku ada 3 tingkat. Kelas kiteorang dekat first floor dan malam tu subjek math. Masa aku berjalan menuju ke kelas aku rasa mcm pelik dan seram sejuk sebb sekolah tu mcm sunyi sangat2 walhal dh pukul 7.40 waktu tu. Bila sampai dekat kelas ada lah beberapa orang je dlm tu. Aku pun tanya ” mana yg lain tak sampai lagi ke” kawan aku kata ” dh sampai dh tapi dieorang main2 dekat tingkat 3″ dan tak peliklah sunyi je tingkat 1 tu. Kelas aku tu sebelah dia bilik air guru tapi kiteorang boleh guna sebb bilik air lain dekat blok lain.
Tengah lepak2 dlm 3 minit mcm tu tiba2 kawan aku kata nk pergi tandas. Mula2 aku malas nk ikut tapi bila sorang lagi tu ikut dia pergi tandas dan tinggalkan aku sorang2 dlm kelas tu aku pun join dieorang sekali. Tengah tunggu lepak kat koridor depan bilik air tu kawan aku sorang ni aku panggil dia Su .
Dia mendajal kawan aku yg dlm bilik air tu Pikah . Bilik air tu tak ada tombol means tak boleh kunci pun bilik air tu. Kawan aku si Su ni pergi tutup pintu keluar masuk bilik air. Dia tahan je pintu tu pakai jari dia. Paham tak? Dia mcm ni pintu tu kan tombol tak ada so ada lah lubang untuk masukkan jari dlm tu kan haa mcm tu lah. Dia tahan lah pintu tu tak kasi buka yg si Pikah ni dia dh jerit2 dekat dlm suruh buka pintu tu sebb dia tak boleh nk lawan tenaga Su sebb Su ni badang dia besar nk dibandingkan dengan diri dia yg mcm ranting kayu tu. Aku tengok je gelak2 semua lepas tu Su lepaskan jari dia dari tombol pintu berlubang tu tapi yg peliknya si Pikah ni tak dpt nk bukak. Aku dh pandang Su dan Su pun pandang aku sebb mcm pelik asal dia tak boleh nk tolak pintu tu. Dalam beberapa saat mcm tu dh boleh bukak pintu tu. Pikah marah kiteorang sebb tak bukak dan kiteorang pun tak bagitahu dia pasal apa yg terjadi. Srs masa ni aku takut jugak lah.
Hari kejadian,
Haa ni aku memang bertuah lah sebb tak dtg kelas malam sebb kemalasan yg memang tahap gaban punya. Masa ni jugak terjadi seminggu selepas kejadian yg aku alami dengan kawan2 aku tu DAN PADA HARI YG SAMA IAITU HARI RABU malam tu aku dengan Su tak dtg mungkin rezeki kiteorang lah. Cerita ni pun aku tahu besok nya pergi sekolah dan kecoh satu sekolah. Budak2 yg dtg tu kebanyakkan nya semua demam. Masa kejadian dieorang belajar mcm biasa dekat dlm kelas dan dieorang ni memang akan buka tingkap kelas walaupun dh malam. Blok B pulak memang gelap yg terang hanya lah blok kelas tambahan kitaorang iaitu Blok A. Aku pun tak tahu apa yg dieorang fikirkan sampai boleh bukak tingkap sebelah kelas yg boleh nampak dengan jelas Blok B tu. Khabarnya masa dieorang tengah belajar dekat dlm kelas ada sorang murid perempuan ni dia ternampak ada something dekat Blok B. Dia kata benda tu adalah seorang perempuan yg berambut panjang dan memakai baju putih kotor yg dh ada mcm kesan2 tanah tu tapi yg paling menyeramkan kepala dia bukan dekat tempat yg sepatutnya. Kepala tu dia pegang guyss pehh gila badan dengan kepala terpisah. Nampak tak betapa aku bersyukur waktu ni HAHAHAHA. Dia kata perempuan tu menyeringai sambil pandang dieorang study dlm kelas. Dan benda tu bukan dia sorang boleh nampak tapi semua dalam kelas tu boleh nampak so semua ketakutan lepas sorang sorang nampak kewujudan dia sehingga lah disedari oleh cikgu math kiteorang yg dia sendiri pun nampak. Dia suruh tutup tingkap semua lepas tu habiskan kelas awal.
Itu sahaja lah pengalaman aku sewaktu zaman sekolah rendah dulu walaupun tak seseram mana pun tapi aku harap lepas ni beringat lah bukan kita je yg duduk dekat tempat tu ada lagi makhluk ALLAH yg duduk menumpang dan aku pun rasa benda ni berlaku sebb minggu lepas hari yg sama tu semua main2 tak ingat dunia gelak sana sini termasuklah aku jugak hahahaha lagi pulak ada budak kelas aku yg berani main dekat tingkat 3 dengan gelap nya dekat situ bukan apa berani sebb tak ada apa2 pernah berlaku sepanjang ada kelas malam so dieorang pun berani maka nya dia pun berani lah menunjukkan dirinya.
Apa2 pun hormat lah tempat tu walaupun mcm tak ada apa2 tanda yg menyeramkan. Sekian itu sahaja daripada saya. Kesilapan diri saya dtgnya daripada diri saya sendiri dan kelebihan diri saya semuanya daripada Allah SWT.
best.sambunglah kalau ad chapter2
‘Dia’ bagi amaran tu.. Lain kali berhati2 dan berpada2 la kat mana pun kita.
buring eh.. ndada feel seram langsung
Waktu maghrib lagi tu…dalm tandas mmgla tempt dia…
So far okay laa…nanti ada pengalaman lain cerita laa lg ya…