Kelibat Nenek

Assalamualaikum admin dan semua pembaca FS sekalian. Aku baru je beberapa hari tau wujudnya page ni dari seorang kawan. Thanks to her and thanks FS sebab berjaya memupuk keberanian member aku tu dari seorang yang penakut, hari ni dia dah berani baca cerita-cerita seram ni. Haha.
Cerita aku maybe tak seram sangat tapi disebabkan tak pernah alami dan tu satu-satunya perkara menakutkan yang aku pernah rasa, aku decide nak share sikit la. Aku tak tau entry ni panjang ke pendek, niat nak bercerita je.

Aku tak ingat tahun bila benda ni jadi. Masa tu mak aku still jaga nenek aku sakit (sekarang dah meninggal dunia). Nenek aku terbaring je, tak boleh bangun sebab dia patah kaki. Masa tu nenek dapat bantuan katil macam katil hospital tu, boleh turun naik dekat bahagian kepala dengan kaki kan sebab kalau nak bagi makan pun, nenek tak boleh duduk sendiri, so kena naikkan bahagian kepala. Boleh bayang kan?

Ada satu malam, aku tidur sorang dekat bilik belakang sekali. Bilik nenek bersebelahan dengan bilik aku. Kira keluar dari bilik aku, terus jumpa dapur. Kalau keluar dari bilik nenek pun jumpa dapur jugak, depan sikit jumpa bilik air. So kalau aku nak pergi bilik air, lalu depan bilik nenek la. Malam tu aku dah masuk bilik, dah tidur dah. Aku tak tau kenapa aku tiba-tiba terjaga dan aku nampak kelibat mak aku depan pintu bilik aku. Aku tidur tutup pintu tau.

Kira aku nampak kelibat mak aku tu dalam bilik la, depan pintu yang tertutup tu tapi dia tercegat je. Aku dalam mamai-mamai mata pun nampak tak nampak sebab mengantuk lagi, ingatkan dah pagi, aku cakap la, “Eh, mak…”. Untuk pengetahuan korang, bila subuh, sebelum kejut untuk solat, mak aku akan datang, baca doa dekat ubun-ubun kitorang adik beradik sebab mak tengok Tanyalah Ustaz dia cakap untuk anak-anak yang degil. Mungkin aku degil kot time tu. Haha.

Ok, back to story. Aku ingat mak aku nak kejut bangun subuh, so dia datang tu nak baca doa kat aku macam biasa la kan. Dalam pada mamai mata kelat tu, aku pelik jugak pehal mak tutup balik pintu tu pastu tercegat je berdiri. Masa tu kelibat yang aku nampak tu mak pakai baju kelawar warna merah yang memang mak pakai malam tu. Korang tau kan baju kelawar tu macam mana? Taktau nanti google eh. Haha. Lepas tu makin aku pandang ‘mak’ masa tu makin figure dia berubah jadi besar, tinggi lepas tu baju kelawar tu berubah jadi macam kain kapan tapi bertompok-tompok merah macam darah bercampur tanah.

Masa tu aku berdebar tak tentu arah. Aku pejam mata kuat-kuat baca ayat kursi berulang-ulang kali sampai aku tertidur and tak sedar berapa banyak kali aku baca ayat kursi tu. Esoknya aku cerita kat mak masa sarapan. Waktu makan memang waktu aku nak cerita macam-macam pada mak termasuk pasal kejadian tu.. Lepas tu mak aku pun bukak cerita, dia kata malam kejadian tu, mak terlelap depan tv dengan adik-adik lelaki aku (aku ada 3 orang adik lelaki). Bila terjaga, mak aku tengok jam dah tengah malam dalam 2-3 pagi macam tu. Boleh pulak terfikir pagar depan tu berkunci ke tak.

Mak pun bangun, bukak sliding door dengan grill, pergi check pagar. Masa tu mak cakap mak rasa seram sejuk mungkin sebab dah tengah malam kot.. Dah check, mak masuk rumah balik. Ruang tamu bersebelahan dengan bilik utama, bilik mak aku. Kalau keluar dari pintu bilik mak, depan sikit jumpa bilik air sebelah kiri, jalan depan sikit sebelah kanan jumpa bilik nenek. Dari ruang tamu tu mak jalan nak masuk bilik, mak boleh nampak pintu bilik air. Masa tu mak ternampak nenek aku berkemban jalan nak masuk bilik air. Mak aku terkejut, mak aku tegur la, “Mak dah boleh jalan?”.

‘Nenek’ aku senyum je masuk bilik air, tak jawab pape. Mak masuk bilik, dia mengelamun. Macam mana nenek boleh jalan padahal nak duduk atas katil pun tak boleh. Mak abaikan, buat-buat lupa apa yang dia nampak, mak tidur je. So, mak simpulkan maybe apa yang mak nampak dengan apa yang aku nampak malam tu sebab dah tengah malam mak bukak pintu kot. So benda-benda tu ikut masuk sekali.

Aku taktau apa yang aku nampak tu sebab mamai ke apa, tapi memang menakutkan aku sebab selama ni tengok dalam tv je, ni depan mata. Nasib baik dia tak datang dekat. Sekarang ni, nenek dah meninggal, aku pulak duduk bilik nenek. Alhamdulillah takde apa yang menakutkan. Sesekali je rindu nenek. Al-fatihah..
-Cucu Nenek-

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *