Keluarga Yang Bertopengkan Syaitan

Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman apa yang terjadi didalam keluarga kami. Cerita ini baru diketahui oleh kami sekelurga pada hari sabtu lalu. Di ringkaskan cerita pada 2 minggu lepas aku merasa tangan kanan aku begitu lengguh aku kira aku penat membuat kerja rumah tetapi dalam pelahan-lahan tulang belakang aku mulai sakit sehingga membuat aku tidak tahan.

Pada hari Ahad adalah hari seperti biasa pertemuan keluarga, kami berkumpul dengan adik-beradik, mak sedara tetapi cuma aku je yang tak makan kerana perut aku yang tak selera makan. Setelah habis waktu makan aku memberitahu abah aku tubuh aku sakit, abah aku sikit-sikit pandai la ubatkan secara ubatan islam.

Setelah aku di ruqyahkan oleh abahku maka terbongkar la segala-gala apa yang berlaku selama ini. Pada malam itu aku telah di rasuk oleh seorang budak kecil, dengan kepakaran pakcik aku yang kebetulan baru datang rumah abah aku, pakcik aku bertanya kepada mahluk kecil itu, maka bermula la sesi dialog mereka

Pakcik aku ‘’siapa kau, kenapa kau ada dengan dia”
Mahluk kecil ‘‘aku nak dia, aku nak dia..sebab dia baik dia tak jahat macam orang itu”
Pakcik aku “ ko tak boleh bawak dia, di ada tanggungjwab yang dia nak pikul dia ada anak nak jaga, ko pergi la balik rumah ko, rumah ko kt mana, dia tu sapa yang jahat”
Mahluk kecil “ rumah aku di depan itu tuan aku suruh duduk situ, dia kata tanah situ lapang boleh duduk situ tapi rumah aku dah di bakar dengan dia (sambil tunjuk jari kearah suami aku), dan yang jahat itu sana rumah sebelah tu( rumah adik abah aku dengan nenek aku) ”

Pada tengahari dalam jam 2.00 petang sebelum kejadian malam hari abahku menyuruh suami aku tolong bakar pokok beri itu di sebabkan pokok itu dah m**i, m**i sebab apa aku tak tahu sebab pokok itu jadi kering seperti padang pasir yang kehausan air. Aku sambung semula perbualan antara pakcik aku dan mahkluk itu sementara abahku dan yang lain ruqyah dan ada yang baca ayat yang mereka tahu bagi melindungi diri mereka dan aku.
Mahkluk kecil “ pakcik tahu tak aku la yang buat bini pakcik meninggal aku cucuk kaki makcik, tuan aku suruh, tuan aku nak dia m**i sebab mak ko pakcik sayangkan bini ko, bini ko pandai masak, mak ko suka dengan bini ko masak. Dia marah la( dia yang dimaksudkan tuan dia) sebab bini ko pandai semua. Eh makcik dekat luar buat apa mari la masuk kita cita-cita dengan pakcik, makcik kata makcik rindu dengan suami dan anak-anak pakcik( arwah ibuku isteri abah aku). Tuan aku nak tanah ini dengan tanah di sana. Dia nak korang semua m**i. Makcik nak pergi mana nanti la , makcik dah balik syurga la pakcik.

Abahku “ tak ape la ko lepaskan la dia, aku hantar ko pegi mekah, ko nak tak aku hantar ke mekah sana tempat cantik ramai orang.
Mahluk kecil “ ha`ah aku tahu mmg cantik tempat tu, ko pon penah pergi ko pergi ada jumpa bini ko tak? Bini ko ada dekat sana jugak la. Aku nak pergi sana ko hantar la aku ke sana aku lepaskan dia ya.

Maka selepas itu abah aku kelurkan mahluk kecil itu dari tubuhku. Akhirnya aku merasa ringan la tubuhku tetapi apa yang ku sangkakan semua sudah berakhir tetapi tidak 1 per 1 mahluk memasuki tubuhku sehingga dia memberitahu tuan dia Mak Esah( bukan nama sebenar) dia adalah maksedara aku yang merupakan menantu nenek aku, sifat sikap dia memang tidak ramah dengan kelurga kami, bila kami datang ke rumah dia, dia akan suruh anak-anaknya masuk bilik tanpa bersua dengan kami, serta turut membenci nenek kepada cucunya.

Di situ segala rahsia terbongkar, dia yang membela syitan, jin, iblis, dia juga membuat ibuku meninggal nenek aku sakit demam,malah tidak juga ia memberi suami dan anak-anaknya dengan makan kotor hanya kerna dia inginkan sebidang tanah pusaka milik nenek aku yang diduduk oleh kami sekeluarga. Suami dia adalah adik abah aku, kami mahu menolong tetapi suami dia tidak percaya sesiapa hanya isteri dia sahaja yang dia nampak lembut dan baik tetapi topeng syaiton. Aku Cuma berharap dengan adanya perakhiran kehidupan dia, mahluk yang dia bela akan makan diri dia juga. Sekian dari cerita ringkas saya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 59 Average: 3]
Si Pembaca

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.