Kem Bina Diri di Negeri Sembilan

Assalamualaikum kepada penbaca FS dan terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku. Aku nak kongsi pengalaman yang pertama kali jadi kat diri aku sendiri.

Perkara ni jadi masa aku di tingkatan 4 , kita orang satu batch wajib join satu program kem bina diri kat Negeri Sembilan selama 3 hari dan 2 malam. So aku skip terus pada malam first kita orang kat dorm.

Kalau nak pergi ke dorm perempuan kena naik tangga sikit and sebelah kiri tangga ada 2 dorm , sebelah kanan ada toilet dan 2 lagi dorm. Aku dengan kawan kawan aku pilih dorm kanan paling hujung sebab kita orang jenis budak nakal sikit tak bercampur sangat dengan orang lain. Dalam dorm tu hanya ada 12 orang je termasuk aku.

Okay , malam tu kita orang kena berlatih tarian untuk persembahan malam esok so habis program untuk malam tu dalam pukul 11 lebih malam. Semua masuk dorm , mandi dan kami practice menari kat dalam dorm . Kat luar dorm ni pulak ada benteng tinggi dan ada banyak pokok tinggi tinggi kat situ dan jarak antara dorm dengan benda tu tak jauh mana pun lah. Lepas group aku habis practice , aku pergi tengok group lain menari kat luar. Aku pun tak terfikir kenapa tak suruh dia orang masuk , dah pukul 2 lebih pagi masa tu. Aku pun duduk depan dorm tengok dia orang menari , lagu tarian pun dia orang pasang , sambil mata aku melilau tengok pokok .

Tiba tiba aku ternampak macam susuk tubuh perempuan pakai baju putih dan rambut tutup muka dia , baju dia bergerak sebab ada angin. Aku mula mula tak tau tu apa so aku tengok lama lama memang meremang bulu roma , terus aku masuk dorm, menangis.

Keesokkan malam pula , selepas solat isyak Ani bergurau yang dia ada kawan baru dan buat gaya macam peluk orang guna sebelah kanan dan Mira ni nampak ada bayang bayang kat sebelah Ani. Terus dia lari pergi dewan. Sebelum persembahan tu ada jamuan sikit sebab esok pagi dah nak balik . Lepas makan tu buat persembahan pula. Masa ni aku happy lah , lepas habis semua program , masuk dorm dan mandi. Dalam 20 minit aku siap , aku pergi dewan tempat makan tadi lepastu sambung makan. Tengah borak borak tiba tiba kawan aku , Yaya jenis mulut tak boleh jaga, dia cakap ” hantu pun takut kalau nampak aku “, kita orang pun diam je lah. Lepas dah habis makan , abang fasilitator suruh kita orang masuk dorm sebab dah lewat malam.

Aku ingat lagi masa tu kawan satu dorm aku ni semua berpesta sebab esok nak balik dan plan nak tido lambat , pasang lagu kuat kuat. Dorm lain semua dah lena dah so dorm kita orang nak tak nak kena tido gak la. Lepas tu semua dah nak tido , tiba tiba Yaya panjat katil. kita orang rapatkan katil dua tingkat so tidur ramai ramai kat atas. Terperanjat la kita orang pastu dia suruh tidur cepat dan jangan tutup lampu.

Tak lama lepas tu , Alya yang tidur kat katil berhadapan gan kiteorang kat tingkat bawah pegang lutut dia sambil menangis. Masa tu tak sedap hati dah sebab dia ni jenis boleh nampak “benda” dan boleh rasa. Semua turun katil tengok dia dan dia kata dia nak balik sebab takut.

Aisyah ni pulak dorm sebelah dan dia pu. boleh nampak “benda” , pelik la jugak dia sorang je belum tidur masa pukul 1 tu so panggil la dia nak mintak tolong. Haaa masa tu la huru hara keadaan. Yaya ni tiba tiba terbaring , menjerit sakit sebab dia kata macam ada benda tepuk dia. Aisyah ni datang kat Yaya tiba tiba dia menangis sambil tutup mata , dia kata nampak benda muka buruk sangat kat Yaya. Semua takut tk tau nak buat apa. lepastu tiba tiba je Alya lari keluar dorm.

Then Bella keluar la kejar dia kat dorm sebelah , menjerit jerit tapi semua tak bangun. Dia pergi balik dorm , Alya ada gan kita orang. Memang muka dia cuak habis lah. Bella , Ain dengan Mia keluar lari panggil fasi perempuan 2 orang datang then suruh bergerak pergi ke bilik VVIP kat sebelah dewan. Yaya dengan Aisyah pulak dah bukan dia orang dah kemudian dia orang kena bawak dengan fasi. Kiteorang pun pakai tudung dan dah tak ingat nak pakai selipar dah sebab takut sangat.

Turun je tangga tengok Yaya dah terbaring meraung sakit , Aisyah pulak pandang Yaya sambil gelak . Tuhan je tahu macam mana aku takut masa tu , menggeletar lutut . Sampai kat bilik VVIP , fasi suruh duduk penjuru bilik tutup telinga dan selawat kuat kuat , kawan aku ada yang menangis dah. Masa tu la dorang baru ingat betapa celuparnya mulut dia orang , bercakap besar dan sebagainya. Yaya dibawa masuk dalam bilik dan Aisyah kat luar bilik.

Yaya : SAKITLAHHH !!!AKU NAK AISYAHHH !!!

Masa ni akak fasi tengah ubatkan Yaya. Fasi pun suruh separuh dari kitaorang keluar dan separuh lagi kekal dalam bilik. Aku pun pergi la keluar tengok Aisyah. Cikgu kaunseling , kawan kawan dengan fasi tengah baca yaasin , azan sana sini tiba tiba Aisyah dah ok , dia nangis peluk kita orang dan minum air. Datang la sorang ustaz ni ,

Ustaz : Kau ingat ni drama ke nak peluk peluk ?

Aisyah : (senyum) korang semua percaya ? (sambil gelak)

Ustaz : Kau datang dari mana ni ?

Aisyah : Kawasan sini sini je la (sambil senyum)

Sebenarnya dalam badan Aisyah ada seorang lelaki dan dalam badan Yaya ni ada perempuan , dia orang ni bergaduh sebab lelaki ni nak kat Aisyah tapi perempuan tu nak kat lelaki tu. Aduh aku pun tk faham apa masalah dia orang ni hahaha.

Lepas tu abang fasi panggil kitaorang suruh masuk dorm biar fasi je yang selesaikan. Lepastu aku orang yang berjalan depan sekali , dah la aku ni penakut lepas tu aku yang jalan depan sekali memang longlai betul lutut aku hahahaha. Masa dah selesai buang air dan ambil wuduk tiba tiba Aisyah dengan Yaya masuk toilet ditemani 2 orang fasi perempuan , semua senyap pandang sesama sendiri. Yaya tanya kenapa semua ada kat toilet dan takda sorang pun berani jawab.

Masuk dorm , semua tidur kat katil tingkat atas . bayangkan, daripada 12 orang jadi 13 orang tido berhimpit dengan 5 katil yang dirapatkan. Tapi ingatkan sampai situ je , rupanya ada lagi. Pukul 3 pagi aku masih tak boleh tidur tapi ada yang dah tidur, 3 orang berjaga sebab takut ada apa apa jadi. Memang ada jadi pun , dalam dorm ada banyak loker tak berkunci dan pintu loker tu tertutup dan terbuka sendiri. Pintu bilik pula terhempas banyak kali , angin kuat dan sejuk semacam dan dorm takda langsir. Memang nampak luar la. Perkara ni berlanjutan sampai la semua tetidur dan kawan aku kejut pukul 6 pagi. Pagi tu semua mata tak okay sebab banyak menangis dan tk cukup tidur. Sumpah masa tu aku ingat sampai itu je dia kacau. Rupa rupanya benda tu ikut balik , kat sekolah masa tu tengah exam. Aisyah dengan Yaya ni bertegur la lepastu masing masing macam pandang sama sendiri .

Lepas rehat kitaorang pergi depan perpustakaan , Aisyah ni tiba tiba histeria dan ustaz bawak dia masuk pejabat. Dalam 6 orang jugak la ikut pergi pejabat dan semua jenis lemah semangat pula tu. Yaya pun ada sekali , Aisyah pula gelak sorang sorang dan pandang semua orang dengan pandangan yang menakutkan. Setelah selesai menghalau “benda” tu , semua yang terlibat kena balik awal sebab tak nak apa apa terjadi. Tapi alhamdulillah semua dapat perubatan Islam dan sampai harini semua dalam keadaan baik.

Maaf kalau cerita aku tak terlalu seram bagi korang. Sebagai pengajaran , sentiasa la jaga mulut anda semasa berada di tempat orang. Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Kem Bina Diri di Negeri Sembilan”

    • Nie macam kat teluk kemang ja… Situ sapa yang mulut laser… Siang2 pun dia tibai… Dah la atas bukit… Keliling dengan hutan.. Paling best bila pagi.. Macam2 burung bunyi… Situ memang keras…. Setakat nampak kelibat.. Kul 3 pagi terjaga nampak benda berpusing…. Kat toilet plak ada hantu coklat

      Reply
  1. adik ni menulis cerita ni dgn gaya bersembang…aku paham je cerita dia psal aku memang minat kartun dari kecik sampei skarang!

    Reply
  2. Tak suka netizen zaman sekarang. Mulut keje nak mengumpat je. Tak de adab langsung. However, your story is so nice, baby!👏

    Reply

Leave a Comment