Kem Di Banglo Mewah

Assalamualaikum, terima kasih kerana cerita aku ini disiar di FS. Aku ingin menceritakan peristiwa hitam yang terjadi kepada ku semasa di tingkatan lima 4 tahun lepas. Para pelajar sekolahku dibawa ke sebuah banglo mewah yang dijadikan tempat untuk belajar di sebuah kampung yang agak terpelusuk di negeri Kelantan.

“Assalamualaikum,” para pelajar sekolah aku masuk rumah banglo yang sangat sangat besar dengan langkah kanan. Terasa tiupan angin sayu di muka kami. Hati ini terasa sangat teruja disebabkan rumah banglo ini mengandungi banyak perabot perabot antik yang diperbuat daripada kayu jati dan kayu chengal.

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menginap di rumah ini di 3 bilik berbeza yang setiapnya hanya bersebelahan. Selepas kami kemas kemas, kami pergi ke dewan untuk meneruskan pembelajaran oleh kerana kesuntukan masa.

Part ngeri bermula apabila kami habis belajar pada pukul 11 malam dan bersolat di musalla yang disediakan. Hanya 9 orang diantara kami yang solat di musalla memandangkan yang lain nak solat di bilik. Kami merasai ramai orang di belakang kami seperti tengah sembahyang jumaat. Keadaan yang amat ramai. Apabila selesainya solat, kami kelihatan tiada orang lainpun selain kami. Jadi siapakah mereka?

Selesai solat, kami masuk ke bilik dan berbual sehingga larut malam. ” Banggg” bunyi pintu seperti ditedang kuat oleh sesuatu. Aku pergi buka pintu memandangkan katilku ini berhampiran dengan pintu. ” tiada siapa pula, ni mesti orang bilik sebelah nak kacau aku” ujar hatiku. Aku terpandang kearah ruang tamu yang ada satu almari makeup yang agak besar dan unik dengan ukiran tradisional, berdiri seorang perempuan tua bongkok sedang memandang tajam kearah ku. Matanya merah bak butir sagu, mukanya bengis seperti orang tengah marah.

Dengan pantas aku menutup pintu dengan muka cuak dan naik atas katil kami kembali. Aku mendiamkan perkara tersebut daripada diketahui oleh rakan rakanku kerana risau mereka akan ketakutan. “hi hi hi hi” kami mendengar hilaian dalam bilik kami yang sangat besar yang hanya terdiri daripada 18 orang. Semua diantara kami telah berdiam diri sambil memandang kearah satu sama lain.

“Shrekkkk” bunyi kuku yang tengah mencakar cermin makeup dalam bilik kami yang berada di tepi pintu. Kelihatan sesuatu yang agak besar dan hitam berbulu sedang mencangkung di atas almari tersebut. Kami boleh nampak walaupun bilik kami sudah gelap gelita dek lampu wajib dititup apabila jam 12 malam. Kami semua berpeluk dan berpeluh antara satu sama lain. Kawanku, Faiz azan dengan sekuat kuat mungkin dengan harapan untuk menghalang benda tu daripada mendekati kami. Alhamdulillah, benda tu hilang seperti asap yang keluar daripada bilik kami dan kami terus tidur.

Tak cukup dengan itu, kira kira jam 3 pagi, kaki kawanku, adib, ditarik dengan kuat sehingga terjatuh daripada katil. Kami semua terjaga dari tidur dan terkejut melihat adib terlantar atas lantai. Mukanya ada kesan cakar dan d***h. Kami terus tak tidur sampai kepagi sambil baca ayat ayat suci al-Quran.

Cerita kawanku, Zizi daripada bilik sebelah.

Dia mahu charge telefon pada jam 12:30 malam, sedang dia memasukkan plug yang berada di dinding, dia tertoleh ke kiri, lalu ternampak seorang lelaki tua dan perempuan rambut mengerbang pengang anak berdiri di pintu. Sekali lagi kedengaran hilaian yang sangat kuat beserta tangisan bayi. Mengucap panjang dia lalu terus tidur dengan selimut lingkup atas katil. “pishhh” bunyi gelas yang ada atas meja makeup dalam bilik jatuh. Dia terus lari ke bilik sebelah tanpa megejutkan kawan yang sedang tidur.

Pada paginya, kami bercerita antara satu sama lain. Rupa rupanya, ada sorang kawan aku, Ali dah gatal tangan pergi buka almari besar yang antik di ruang tamu. Dia nampak ada barang barang khurafat dalam laci almari tersebut. Kain kuning dan sepucuk badik lama. Kami semua berpakat nak buka ramai ramai almari tersebut, namun tak terbuka seperti ada yang menarik laci tersebut dari dalam.

“Dummm perchhh” jam antik yang ada loceng bawah di dinding rumah tersebut jatuh tanpa ada sesiapa menyentuhnya. Mungkin ini amaran keras buat kami supaya tidak tinggal lama dalam rumah banglo ini. Kami memaklumkan kepada guru yang bertugas di situ akan perkara tersebut, lalu kami dihantar balik atas faktor keselamatan.

Kami menceritakan perkara tersebut kepada Cikgu kamil Dan Cikgu Kamil menceritakan tentang perkara tersebut kepada pekerja di sana. Katanya perkara tersebut sering kali berlaku. Menurut ceritanya, rumah tersebut asalnya didiami oleh seorang Dato’ yang duduk berseorangan, dia sangat berminat untuk membeli barang barang antik dan menyimpan di rumah tersebut.

Keluasan rumah tersebut kira kira seluas sekolah yang siap dengan asrama. Gila tak besar. Dia menanam sesuatu di setiap penjuru tanah tersebut untuk menjaga hartanya. Apabila dibelinya almari besar dan antik itu, dia menyimpan alat pemujaan yang akan diguna pada setiap malam jumaat dalam almari tersebut.

Beberapa tahun kemudian, dia menjual tanah tersebut sekali dengan rumah dengan harga sangat murah kerana tak tahan diganggu oleh jembalang yang dipujanya.

Apabila tuan baru tinggal di situ, perkara sama terjadi kepadanya sepertimana terjadi kepada kami. Dia hanya dapat menahan sehingga 3 bulan. Lalu dijualnya kembali tanah tersebut kepada orang kuala lumpur dan dijadikan resort untuk tempat percutian oleh kerana tempat itu boleh dimajukan dan agak besar.

Biasanya tempat ini tak banyak orang menyewa mungkin disebabkan tak tahan dengan usikan daripada penghuni tak diundang. Seorang demi seorang ustaz yang datang untuk membuang benda benda tersebut, namum kesemuanya tak berjaya sehingga kini.

Pengajarannya, janganlah kita amalkan amalan syirik dan khurafat kerana kita amat dilarang untuk berharap pada jin dan syaitan. Janganlah menduakan Allah untuk menjaga kepunyaan kita. Demikianlah ceritaku yang tak seberapa.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

5 thoughts on “Kem Di Banglo Mewah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.