Kembar Ketiga

Assalam semua. Terima kasih admin sebab sudi publishkan. Nama aku Stella. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku menyewa bilik di area Meru dengan kawan aku, Ani. Aku kenal Ani masa zaman sekolah tapi lost contact bertahun-tahun sampailah ada orang buat group whatsapp kelas. Bila aku dapat keje kat Puncak Alam, aku cari Ani sebab tau dia duk area Meru untuk tolong cari rumah sewa. Kebetulan housemate dia baru keluar, so aku pun join je lah dia.

Okay, berbalik kepada kisah yang nak aku ceritakan. Ani ni ada kembar yang bernama Ana. Ani tinggal dengan aku sebab dia kerja area Meru sementara Ana pulak duduk dengan parents mereka kat Bangi. Mula-mula aku duduk dengan Ani, tak de masalah apa pun. Mungkin sebab aku balik kerja pun dah malam. Bila malam tu, sembang-sembang sikit, pastu masuk bilik masing-masing tido. Kisahnya bermula waktu weekend kedua aku menyewa kat rumah tu. Time ni aku bajet nak kemas-kemas rumah. Almaklumlah hari lain tak sempat. Aku start menyapu dari dalam bilik aku yang bertentangan dengan bilik Ani.

Strett! Dengar bunyi dari bilik depan. Dah bangun tidur gamaknya budak ni? Aku menoleh sekilas kat pintu. Nampak Ani dengan baju tido semalam, muka sumpah kusut masai. Dia tersengih tengok aku yang sedang gigih menyapu. Bukan sengih ‘good morning’ mesra, sengih menyeringai. Berderau sikit d***h aku. “Aku keluar beli nasi lemak tadi. Aku beli satu kat kau. Makanlah”, kata aku sebelum sambung menyapu. Tapi lepas dua saat macam tu je, aku berhenti. Sebab aku sedar yang Ani still lagi tercegat kat muka pintu. Tak bergerak macam patung tengok aku menyapu. Aku pandang dia balik.

Kalau tadi dia menyeringai, sekarang dah takde senyum lagi. Tajam je pandang aku. Aku dah sikit takut tapi control lagi. Bila aku perhati betul-betul, baru aku perasan. Rambut Ani panjang sikit dari semalam. Rambut Ani biasanya panjang paras telinga je tapi kali ni cecah bahu. “Ana ke? Bila sampai? Ingatkan Ani tadi”, ujarku. Cuba untuk berbasa-basi. Tapi Ana tak menjawab. Dia cuma tersenyum sinis. Pelik aku. Setau aku, takde pulak Ani kata adik dia bisu ke apa. Aku dan Ana saling berpandangan sebelum Ana masuk kembali ke bilik kembar dia. Bamm! Dia hempas pintu dengan kuat. Terkejut aku. Takde adab langsung budak ni. Nanti aku report kat kembar kau.

Dah nak dekat 11 lebih pagi macam tu, aku settle kemas rumah siap mop lagi. Calon menantu yang baik ni, sempat la riak sekejap sebelum tiba-tiba pintu utama rumah aku diketuk kuat dari luar. Aku ni gelabah la pergi capai towel untuk alas kepala sebelum buka pintu. Bila bukak tengok Ani dekat luar rumah. Dah macam apa dah. Rambut kusut masai macam tak mandi sehari. Aku buka pintu bagi Ani masuk. Dia peluk aku sambil nangis-nangis. Dah kenapa pulak ni? Semalam elok je. Baru break up ke?

“Adik aku accident, Stella. Pukul 3 pagi tadi ayah aku datang ambik aku. Ni aku nak balik hospital balik. Nak amek barang jap”.

“Adik kau yang mana Ani?”, tanya aku. Tak sedap hati. Setau aku Ani dan Ana ni bongsu. Atas mereka, adalah seorang kakak dan abang.

“Ana. Kembar aku tu”, kata Ani sambil bukak kunci bilik dia.

Gulp! Aku macam terkena brain freeze sekejap. Siapa pulak kembar ketiga Ani tadi? Lepas je Ani keluar, aku terus duduk dalam bilik sendiri kunci rapat-rapat. Untuk makluman korang, nak pergi bilik air kat rumah sewa aku tu kena lalu dapur. Bila dah terdesak sangat nak ke toilet tengah hari tu, aku pun keluar lah bilik. Tak berani langsung pandang bilik Ani. Bila lalu dapur tu, aku tengok nasi lemak yang aku beli untuk Ani pagi tadi berterabur atas meja makan.

Geram pulak aku. Baru je aku mengemas rumah tadi. Hilang rasa takut kejap. Aku tengah duk kemas-kemas plastik sampah, tiba-tiba aku dengar bunyi pintu bilik dibukak. Aku dah cuak. Terus lari masuk bilik air. Siapa je ade dalam rumah tu. Yang menyewa cuma aku dengan Ani je. Dari dalam bilik air, aku dengar derapan tapak kaki ke arah aku. Terhenti betul-betul bila bunyi tu depan pintu bilik air. Peluh dingin aku dah start mengalir. Aku rasa macam nak bernafas pun takut waktu tu. Agak lama aku berkurung dalam bilik air sampailah aku dengar ade ketukan kat pintu.

“Stella, kau kat dalam ke? Aku nak kencing ni”, suara Ani. Aku menarik nafas. Betul ke Ani ni? Ke kembar ketiga dia? Tapi aku bukak jugalah pintu. Dah tak tahan menyorok dalam bilik air. Nasib baik betul Ani. Dengan pakaian dia sebelum dia keluar rumah tadi.

Ani laju je redah aku masuk bilik air. Tak tahan benar nampaknya. Aku gelak sambil jalan masuk bilik. Capai phone, tengok berderet whatsapp. Lama jugak aku dalam bilik air tadi rupanya. Tapi ada satu whatsapp yang aku cepat-cepat bukak dulu.

‘Stella, aku tak balik rumah hari ni. Aku jaga Ana sampai malam ni”.

Aku dah menangis dah time ni. Cepat-cepat pergi tutup pintu bilik dan kunci. Malam itu, terang-benderang rumah sewa aku. Semua lampu aku bukak. Nasib baiklah takda apa-apa yang mencabar sangat. Setakat ketuk-ketuk pintu je. Sampai sekarang, aku still tak cerita lagi kat Ani pasal kejadian ni. Aku tak nak dia takut pulak nanti pastu pergi sewa rumah lain. Takkan aku nak tinggal sorang-sorang kat sini pulak.

Catatan Stella

.

Stella
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

6 comments

  1. Best
    Kira ko kuat jugak la mampu bertahan
    Kalau aku, memang masa Ani sampai umah tu aku dah kuar dah
    Hahahaha….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.