Kena Lambai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Frst of all nak ucap terima kasih kepada admin kalau sudi post ceta yang x tak berapa nak seram ni. Ok lah macam kat atas tu, aku ni orang Brunei tapi minat baca ceta-ceta seram kat #FS ni. Sebelum nak ceta ni, minta maaf banyak-banyak la kalau ada yang kurang.. Maklumlah bukan pengarang kn eheheh. Ok la nak mula ni.

Nama aku Sya (bukan nama sebanar). Ceta yang aku nak ceta ni kisah masa aku kecik-kecik dulu. Waktu tu aku dalam umur 12 tahun kot. Lupa la plak umur kite. Haahah ok time tu aku tinggal dengan arwah abah aku dan mak tiri aku. Tapi sekarang ni aku tinggal dengan laki aku lerrr.. Kan dah dewasa. Ok waktu aku tinggal dengan mak tiri aku tu, aku ada chores yang mesti aku buat setiap malam. Dalam kata lain lepas balik sekolah agama je mesti bnyak benda aku kena suruh buat oleh mak tiri aku. Maklumlah, aku sorang je yang pompuan kn. Btw aku ada 3 abang, dua adik laki. Time tu adik aku kecik lagi. Yang sorang 9 tahun, ygan sorang baru berapa bulan. Adik pompuan aku lak masih dalam perut mak tiri aku.

Kami time tu tinggal kat barek. Korang mesti tau kn barek ni macam mana. Kitorang tinggal kat bawah. Barek yg kami tinggal ni memang terperincil juga la. Kat belakang kami tu semak jer, tapi boleh tembus kat rumah orang belakang. Maknanya ada kampong la lagi kat belakang tu. Cuma jalan kat belakang tu semakin dalam jalan jdi paya. Agak-agak dalam 2 km lebih baru la boleh tembus kat kampung belakang. Arwah abah aku buat bilik stor kat belakang rumah kami, stor tu ada tangga tapi tak tinggi la, kira2 dalam 15 langkah je la kalau nak pegi stor tu. Korang pandai2 la bayangkan. X tahu aku macam mana nak explain hahaha.

Ok ada satu malam ni, kira2 dalam pukul 8 lebih camtu la. Kira awal lagi kan, macam x masuk akal tapi memang terjadi laa. Tengah2 aku syok cuci baju guna washing mesin. Washing mesin kami dekat pintu dapor, time tu aku tengah feel2 angin malam yang sejuk tu. Tibe2 mata aku gatal la nak toleh kat stor belakang tu. Mula2 aku toleh berapa saat je, ada orang duk lambai aku sambil senyum. Aku senyum la balik. Then aku baru perasaan kat stor tu tak ada orang. Kunci stor pun masih kat dapur, lepas tu aku toleh la lagi, Subahanallah…!!! Korang bayangkan la. Sorang pompuan lambai aku sambil senyum lebar kat aku dengan mata besar. Kalau senyum manis x pe laa, ni senyum seram, senyum menyeringai.

Kejar2 lutut aku terus. Jantung aku laju macam dah kena kejar. Hilang terus mood syok aku nak cuci. Baju yang aku nak keringkan tu aku buang keluar laaa. Nasib baik x masuk longkang, kalau masuk longkang kan dah banyak keja lagi. Entah2 pompuan tu plak yang teman aku bersihkan. X nak aku hahah. Lepas je aku buang baju tu keluar, aku masuk ruang tamu tapi buat2 kental la beb. Abang2 aku kan kaki buli so x dapat la nak tunjukkan  ketar2 lutut tu haahaha. Mak tiri aku dah siap tanya aku, “kau kenapa muka pucat ni?”. Aku kata x ape2 je laa, tapi jantung masih laju. Pura2 relex tengok berita. Padahal x suka pun tengok berita. Kan budak lagi haahahaha.

Dalam satu minggu lepas kejadian tu, aku ceta la kat mak tiri aku dengan arwah abah aku. Mula2 muka diorang serius bebenor la dengar ceta aku. Abis je aku ceta, arwah abah cakap macam ni, “mungkin ahcin (jiran lelaki yang penah feeling2 kat aku) yang lambai kot”. Boleh pulak arwah abah aku ni dok melawak. Mak tiri aku apa lagi, ketawa la dia. Tapi aku deny la bukan ahcin. Arwah abah buat derkk jer lepas tu hmmmm. Lepas dari hari tu baru la arwah abah ada ceta, kat belakang rumah kami tu dulu2 nya tempat mayat askar2 jepun dikebumikan. Terkejut beruk aku dibuatnya.

Lepas dari hal tu arwah abah dah pindah kan washing mesin tepi toilet la, so x payah la nak tengok lagi benda tu. Satu hari tu, aku dengan adik lelaki aku ni, kira time ni kitaorang dah besar panjang la. Dalam rumah tu ada kita berdua jer. Arwah abah, mak tiri dengan adik kecil yang laki dan yang pompuan tu pegi makan angin kat KK (Kota Kinabalu). Abang aku yang ke-2 dengan yang ke-3 kerja security shift malam. Abang yang pertama  dah lama tinggal rumah sendiri dengan bini dia. So malam tu, aku ni tengah syok2 ber MSN (fb belum famous) dengan bf aku yang kini jadi suami. Tibe2 jer aku dengar bunyi “pprakk, pprakk, pprakk”. Time tu dah lepas tengah malam dah.

Mula2 dengar aku ignore jee. Dengar betul2 macam askar berbaris / berkawad buat bunyi “ppprakk, pprakk, pprakk”. Then adik aku ni masuk bilik aku secara mengejut dengan muka serious pucat, ”kau dengar x apa yg aku dengar?”. Aku kata, “jangan tegur la. Biarkan jerr”. Terus adiik aku sambung main game ps2. Kata nak kental x juga aku ni hahahah tapi arwah abah pernah pesan, x kuasa takut dengan rumah sendiri. Kan rumah ni tempat kita berlindung. Ok back to the story, lepas je adik aku tu tegur and dia sambung main game, aku yg dalam bilik ni dengar bunyi tu makin lama makin kuat dan makin hampir dengan tingkap aku tu. Berpanjangan selama 30 minit.

Hati aku ni pun makin kuat la jugak getar2 dengar bunyi tu. Lepas tu aku pasang headset, dengar lagu full volume hahahaahaahh. Untuk hilangkan rasa takut tapi x sampai lima minit aku pasang lagu, hilang la plak bunyi tu. Abis je bunyi tu, adik aku ni pegi tengok keluar tingkap. Tau2 x ade apa2 pun. Nasib baik la adik aku x tengok masa bunyi, “pprakk pprakk” tu. Silap2 hari bulan tertengok pulak askar jepun yg x de kepala tu, x ke kalut jadi nyaa hahahaha.

Ok smpai sini je la aku nak ceta. Terima kasih sebab sudi baca dan terima kasih sekali lagi kepada admin.

.

#Bruneifan
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.