Kena Penampar Dari Roh

Selamat Sejahtera semua pembaca. Sebelum mulakan kisah seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk sambutan kisah saya dalam ” Pak Cik Misteri” dan tidak lupa juga kepada admin sekali.

Pak Cik Misteri

Saya ada membaca komen-komen anda. Sekali lagi terima kasih untuk mengalakkan saya untuk menulis lagi. Ramai yang komen bahawa saya seorang yang berani tetapi semasa kecil, saya yang paling penakut dalam keluarga. Pantang ada tempat yang gelap atau menonton cerita seram memang nak pergi mana pun perlu berteman.

Namun apabila usia meningkat, saya mempersediakan diri untuk jadi berani. Hijab saya mula terbuka semasa umur 16 tahun jadi sampai umur 34 tahun sekarang macam-macam rupa dan bentuk saya melihatnya. Semua ini menjadikan diri saya berani dan hanya takut pada Tuhan sahaja.

Baiklah saya akan mulakan pengalaman saya semasa di Tingkatan 4. Kakak mendiang emak berpindah rumah berdekatan dengan rumah nenek. Saya pun pergi ke rumah lamanya untuk menolong beliau berpindah rumah.

Mak long ( untuk senang pembaca faham saya guna istilah ini ) tugaskan saya untuk jaga rumah semasa mereka memunggut barang turun lif. Mak long saya sewakan rumah pangsa 10 tingkat. Rumah ini mempunyai 3 bilik. Saya perasaan bilik tidur tengah macam ada orang dalam tetapi bukan ahli keluarga saya.

Lelaki bertubuh sasa serta nampak garang dan hitam. Saya cuba untuk tidak gentar di depannya. Selepas periksa bilik dan memastikan tiada barang tinggal, saya pun keluar dari bilik itu. Semasa keluar saya ada dengar suara mendengus kuat seperti orang yang marah. Saya tidak pedulikan dengusan itu.

Setelah puas hati apabila semua bilik sudah diperiksa, saya berasa masa berjalan begitu lambat kerana tinggal saya seorang saya dalam rumah sedangkan yang lain sibuk memunggut barang. Saya juga tidak memberitahu siapa pun mengenai lelaki itu. Lelaki itu juga tengok saya dengan mata merah macam biji saga.

Saya tidak tahu mengapa lelaki itu marah tetapi pasti dia tidak suka mak long saya berpindah dari situ. Selepas pastikan semua beres, kami pun bertolak ke rumah baru mak long. Sesudah sampai ke situ, saya minta izin dari mak long untuk balik ke rumah nenek ( keluarga kami menetap bersama nenek ) sebab badan rasa letih.

Sampai rumah, saya pun mandi sebab badan rasa panas dan melikat. Emak suruh saya makan tetapi saya mengatakan badan tidak sihat dan mahu tidur. Rumah nenek juga rumah pangsa dan mempunyai 2 bilik. Bilik saya dan nenek tidur sekali serta ada tempat sembahyang juga. Jadi semasa tidur, emak saya masuk dalam bilik dan perasaan muka saya nampak garang dan macam lelaki bukan diri saya lagi.
Emak rasa macam tak kena selepas tengok saya terus pasang lagu sembahyang jadi bila dengar lagu tersebut saya sudah terbangun dan berasa sangat takut serta debaran hati yang kuat. Saya cuba keluar tetapi pintu bilik kena kunci dari luar ( bijaknya emak saya bertindak ). Selepas itu, saya tidak mengingati apa-apa pun sampai tengah malam baru ada kesedaran dengan baju basah.
Mak cik saya tengah mandikan saya. Bila saya tanya apa yang berlaku, dia ceritakan saya asyik menangis sahaja selepas dengar lagu sembahyang malah takut melihat mendiang emak saya. Selepas itu baru kami tahu roh lelaki sudah lama berkeliaran dekat flat itu malahan pernah mengambil nyawa orang dekat situ sebagai peneman.
Rumah lama Mak long depan lif jadi dijadikan sebagai tempatnya malahan dia suka adik – adik lelaki saya sebab mereka merupakan oku kurang penglihatan. Bila Mak Long berpindah dia tak suka untuk berpisah dengan adik-adik. Emak beritahu saya, saya kena penampar dengan dia. Kalau orang lain kena penampar mesti meniggal tetapi sami memberitahu kepada keluarga saya yang saya ini mempunyai jiwa yang berani sebab itu selamat ( kalau tak lama jadi mendiang saya ini ).
Sekian sahaja dari sini. Sekiranya ada masa, saya akan menulis lagi. Jika ada kesalahan bahasa atau tatabahasa, saya minta maaf. Terima Kasih admin untuk menyiarkan kisah ini dan terima kasih kepada pembaca untuk sudi membaca kisah ini.

Vilashini

14 thoughts on “Kena Penampar Dari Roh”

  1. vilashini.
    ituke nama nya.
    oleh kerana awak boleh lihat hantu mesti ada banyak cerita kan
    cerita lah lagi.
    yang penting jangan cerita pasal hostel budak sekolah menengah ke budah u ke ..
    boring cerita sama.
    tapi saya suka cerita awak . .

    Reply

Leave a Comment