Kenangan Hostel

Cerita ni berlaku pada tahun 1999. Wow lama rupanya tinggalkan alam persekolahan. Cerita memang cliche habis, tapi sape yang pernah alami yang akan tahu tahap seramnye macam mane.
For intro, sekolah aku ni public school biase tapi ramai je student yang power dalam kelas aku tu. Aku masuk sana mase form 4 hasil dari result PMR yang kurang memberangsangkan ditambah lak perangai rebel kt rumah. Anyway, perangai rebel aku takdelah teruk sampai gejala sosial bagai eh. Dihantar ke sane utk tinggal dgn auntie kesayangan yang juga salah seorang cikgu yang dihormati kat sekolah tu. Sekolah tu best! Sumpah! Yang tak bestnye bile auntie dinaikkan pangkat dan bertukar ke sekolah lain. Tak cukup tukar sekolah lain, dia mengajar petang lakkkk! Disebabkan jarak sekolah dgn rumah auntie adelah jauh dan setelah mencuba menggunakan bas sekolah dan mengayuh basikal adelah failed mission maka aku dengan rela hati membenarkan diri ni dimasukkan ke asrama.

Asrama ni bukanlah typical hostel building bertingkat bagai tu, lebih kepada sebuah rumah besar lama 2 tingkat yang separa kayu dan separa batu dan diubah menjadi hostel. Dan penghuni hostel tu pun tak ramai mane pun, kurang dari 50 orang. Memang disediakan untuk student sekolah aku yang ade masalah transportation macam aku jugak. Maklumlah sekolah tu terletak betul-betul kat pekan dan di atas bukit. Bukit tu pulak berdekatan dengan istana sultan. Haaa, dah tau kan kat mane?! Balik pada cerita, aku ditempatkan di Dorm D yang terletak di tingkat atas.

Dorm ni istimewa dari dorm lain sebab ada bilik air sendiri. Makanya tak perlu lah berebut atau beratur kan bekas toiletries depan bilik air tiap-tiap pagi. Dan dekat dalam dorm ni jugak ada satu bilik kecil. Aku namakan Dorm E la ye untuk lagi senang korang imagine. Dorm D ada 3 buah katil double decker dan Dorm E ada 2 katil double decker. Katil aku terletak di dinding yang memisahkan bilik-bilik ni. Kiranya bila aku tido, kepala katil aku betul-betul di bahagian masuk ke Dorm E. Takde pintu ye kawan-kawan di situ. Untuk watak cerita aku kt bawah ni, aku kenalkan Eja, Mas dan Yam. Eja dan Mas duduk di dalam Dorm E. Eja di katil bawah dan Mas di katil atas yang setentang dengan Eja. Yam pulak duduk di Dorm B. Ok dah dapat gambaran kan?

Cerita ketuk ketuk seram ni jadi masa aku dah form 5 dan almost minggu trial exam. Nak dijadikan ceritanya ada satu malam tu entah kenapa aku, Eja, Mas dengan Yam terlebih seronok. Habis waktu prep boleh menyanyi, bergelak bagai. Mas tu junior kami dan selalunya die takdelah join kitorang pun. Tapi dah nak tumpang “rezeki” kami malam tu kan. Sampailah dah tutup semua lampu, kami still lagi galak bersuka ria. Pastu berjemaah menyanyi lagu TLC yang tengah hot mase tu “No Scrubs”. Seperti biasa aku akan pasang Walkman sebelum tido. Tiba-tiba aku tersedar dari tido sebab terdengar sayup-sayup bunyi ketukan. Aku memang dah start rase tak best. Seram semua ade.

Bunyi tu akan dengar sayup sayup then makin dekat makin dekat kat telinga aku. Aku terus tekan button play kat Walkman tapi masih dengar lagi bunyi ketukan yang sekejap dekat sekejap jauh di telinga aku. Aku kuatkan music tapi bunyi tu lagi kuat. Entah macam dalam ketakutan aku bace ayat qursi yang tunggang langgang bertemankan lagu lagha kt Walkman dan bunyi ketuk ketuk seram tu, aku tertidur jugak. Tapi tak lama kemudian, bunyi satu ketukan yang kuat dekat dinding membuatkan aku terjaga dan terus duduk kat atas katil. Tak bagi chance aku tido beb! Time ni aku dah standby pegang selimut dan bantal busuk terus lari masuk Dorm E dan berdiri kt tepi katil Eja. Aku kejut Eja suruh die beralih ke tepi sedikit supaya aku boleh baring sebelah dia. Eja dalam keadaan mamai dan mungkin perasan muka aku yang cuak terus mengesot ke tepi dinding tanpa bertanya apa.

Tapi baru nak acah-acah rase selamat, bunyi ketukan tu kembali. Sama seperti yang aku alami mula-mula die datang dari jauh dan kemudian semakin dekat dan kuat. Aku semakin takut dan aku menguis badan Eja. Eja selaku penduduk hostel yang lama menyuruh aku tido. Gile nak tido macam mane dah bunyi tu tak berhenti lagi! Tiba-tiba bunyi ketukan bertukar menjadi bunyi cakaran di dinding. Bahagian atas hostel ni lebih kepada kayu dari batu. Maka bunyi mencakar itu amatlah jelas untuk halwa telinga aku. Aku menguis badan Eja lagi dan kami dah berpeluk ketakutan. Kemudian bunyi dari tepi dinding itu berhenti.

Dalam ketakutan yang teramat itu, tiba-tiba Mas melompat dari katil atas dan terus membuka lampu bilik itu. Aku dan Eja menjerit terkejut!

“Kak Iza, Kak Eja! Dengar tak bunyi ketuk-ketuk, cakar-cakar tadi?”, sebaik sahaja habis pertanyaan Mas, bunyi cakar itu kembali membuatkan kami bertiga menjerit dan Mas melompat ke atas katil Eja.
Bunyi itu berterusan lagi tetapi disebabkan kami bertiga, rasa takut itu berkurang. Seperti tadi, bunyi cakar berselang seli ketuk ketuk seram itu bersilih ganti. Kekadang datang dan kemudian senyap. Sebab dah tak boleh nak tido dan bunyi tu keep on datang dan pergi, kami dari takut dah menjadi boring lalu bercerita benda-benda yang kelakar dan masih boleh bergelak ketawa di atas katil sempit tu. Lama-lama bunyi itu terus hilang dan bila tengok jam dah pukul 5.30pagi. Ketika tu seorang demi seorang ahli dorm mula bangun dan kami tido sekejap sebelum memulakan hari tersebut!

Kami bertiga minta izin pada warden kesayangan untuk tido masa prep petang dan bercerita kisah yang terjadi itu. Mata rabak weh! Mesti tanya, kenape name Yam terselit kat atas tapi tak ade dalam cerita ketuk-ketuk seram tu kan? Sabar…..

Sehari selepas kejadian, malam tu kami berlagak normal tapi menjaga perlakuan dan sebelum tido siap membaca surah-surah lazim dan ayat qursi sebagai pendinding seperti yang diajar oleh warden. Zaman 90’s manelah kite terdedah cara-cara makhluk tersebut mengacau dan sebagainya. Aku ni tau pun bile dah terdedah dgn fiksyen shasha ni haaa, even lepas kene kacau tu still noob pasal hantu-hantu ni.

Back to the story, malam tu terpaksa berani tidur di atas katil sendiri walaupun hati meronta-ronta nak tido sebelah Eja. Peraturan asrama terpaksalah ikut, nak nak aku dan Eja masing-masing ada pegang jawatan dalam carta organisasi (*tangan di dada mate ke atas*). Ingatkan malam itu akan berlalu dengan tenang, hmm kirim salam. Tengah-tengah malam tak tau pukul berape aku terjaga. Masa ni badan aku mengadap dinding tapi aku tak boleh bergerak. Terasa kaku kejung kat situ. Dari hujung mata aku, aku nampak bayangan hitam di sebelah aku. Jantung ni berdegup dah macam bomb ticking! Ayat kursi dalam situasi cam gitu konfem tunggang langgang. Sudahnye aku mengucap tak berhenti. Dan satu tahap aku jerit Allahuakbar barulah badan aku boleh bergerak. Lalu ape lagi, berlari lah aku ke katil Eja. Disebabkan tido semalam masih belum cukup qada, aku terus lena kat sebelah Eja. Next morning, Mas cerita dia masih dengar bunyi ketuk-ketuk tu tapi dia terlampau mengantuk untuk melayan takut. So rasenye hantu tu give up la kot?

Bermula hari seterusnya, setelah cerita kami diganggu 2 malam berturut-turut semua ahli dorm tido pakat tarik tilam dan tido berjemaah kt lantai Dorm D. The next week keadaan dah reda. Takde lagi kene sakat dengan hantu. Dah nak exam sangat oi! Budak form 3 exam PMR, form 5 nak trial SPM peringkat daerah dan student lain nak exam sekolah. Bile musim exam ni, student form 3 & 5 diberi kelonggaran untuk study kat bilik sendiri. Tak perlu turun bilik prep. Tapi seperti biasa Dorm D jadi port tempat melepak sambal bermain kad Happy Family. Tak pernah serik! Yam pun melepak same di Dorm D. Ingat lagi kejadian berlaku pada hari Jumaat malam. Dah habis waktu prep kami masih bermain-main dan bersembang di dalam dorm. Maklumlah esok hari Sabtu. Tiada obligation kene bangun awal!

Bila hari dah lewat, barulah Yam pulang ke dorm sebelah. Kami di Dorm D, sudah sedia membentangkan tilam di lantai. Bile dah tutup lampu kami masih bersembang dan tiba-tiba keadaan sunyi. Makin ramai yang dah tertido lah tu. Dalam kesunyian itu aku terdengar bunyi orang mengetip kuku. Beberapa kerat yang masih belum tido terus duduk. Dan aku tahu bukan aku seorang yang dengar. Bila bunyi itu berhenti kami menarik nafas lega dan cuba untuk tido dalam ketakutan. Baru nk rase lega sekali dengar bunyi org berlari dari dorm sebelah. Jantung dah kembali berdebar. Rase nak terjatuh bile pintu kayu dorm diketuk kuat macam nak pecah! Kami semua terdiam ketakutan. Eja bersuara bertanya siapa. Dari luar kedengaran suara Yam ketakutan.

“Eja, Iza, bukak pintu wehh. Ni aku ni Yam, tolong bukak cepat!!!”

Terus Eja bangun ke pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Yam meluru masuk dan menghempas tutup pintu dorm dan berlari memeluk aku. Macam tak boleh tunggu esok, Yam terus bercerita yang dia naik ke atas katil selepas study sekejap di dalam library yang terdapat di dalam dorm nye. Die baru hendak melelapkan mata bila dia merasakan ada tangan yang panas mengusap mukanya sambil menyuruh dia bangun untuk study. Dan untuk pengetahuan korang, dia duduk di katil belah atas. Itu yang dia berlari dalam gelap masuk ke bilik kami!

Itu jelah kisah hostel yang penuh kenangan untuk aku. Alhamdulillah aku TAK diberikan dugaan untuk nampak bende-bende ni. Setakat dengar dengar tu jantung sis masih boleh terima. Itu pun sis rase dah nk pecah jantung sis! Walaupun seram time kejadian tapi bile dikenang semula itu sebahagian dari kenangan yang tak kan dpt aku lupa! Rindunye zaman persekolahan wehhh!!!

3 thoughts on “Kenangan Hostel”

Leave a Comment