Pengalaman Tersampuk

Salam kepada semua pembaca FS. Firstly thanx to admin kerana sudi publish citer aku ni. Nama aku Aira Safiyah. Umur aku skrg dalam 20an la. Citer ni aku nak citer pengalaman aku start dari aku kecik sampailha sekarang. Aku ni kategori biasa2 jela, nak kata penakut tak, berani sangat pun tak jugak.

Ok aku start dari aku kecik dulu k. Masa aku kecik dulu aku duduk kat Kedah. Umur aku time tu 5 tahun. Duduk rumah teres biasa. Jiran2 aku adalah dalam 5 buah rumah, yang lain tu pokok dan hutan belukar. Depan rumah aku tu ada 1 tanah terbiar. Owner dia x buat rumah lg, so imagine la lalang kat kawasan tu dah setinggi tiang letrik (tipu je, separuh je kot). Siang2 selain kat hutan belukar sebelah rumah tu, memang kat tanah terbiar situ la port main polis n thief, sembunyi2, main kereta tolak aku adik beradik n anak2 jiran. Tapi menjelang malam memang kitorang tak berani la lalu situ, sebab lalang2 tu macam tangan2 panjang yang memanggil2 tau. Kadang2 aku nampak macam real dia panggil aku…

Ade 1 malam tu aku takleh tido sebab siang tu dah bantai tido banyak. Time tu aku demam sebab tu aku membuta je. Tengah2 takleh tido tu aku pun duduk la kat sofa ruang tamu tu, dan disebabkan panas, aku bukak tingkap sikit. Malas nak bukak kipas takut sejuk sangat plak. Dari luar tu cahaya bulan dapatlah menerangi sikit ruang tamu aku tu so takdela gelap sangat. Kat sofa tu aku sekejap duduk sekejap baring sekejap telentang, semua tak kena. Last2 aku mendagu menghadap luar ke tanah terbiar tu. Aku usha jela lalang2 yang ditiup angin sepoi2 bahasa malam jumaat tu…

Masa aku menghadap tingkap tu aku duk humming lagu cindai. Time tu femes lagu tu jela dan untuk budak 5 tahun, memang lagu tu sangat sedap n x susah pun untuk diingat. Asyik aku tgk lalang2 tu menari sambil nyanyi slow2 lagu cindai tu tiba2 aku nampak kelibat sorang makcik ni muncul di tengah2 lalang tu. Aku memang kenal benar dgn makcik tu, tu memang mak sedara aku tu! Tapi ape dia buat tgh2 tanah terbiar tu? Patutnya esok baru dia datang. Aku baru nak jerit (memang habit kitorang adik beradik, menjerit bila mak sedara kitorang datang. Macam jumpa artis, jadi histeria) tapi nasib baik la aku tersedar masa tu dah pukul 12.30 pagi, jadahnye mak sedara aku nak datang. So, bila x jadi jerit tu aku perhati jela makcik tu…

Tengah syok2 aku usha makcik tu terbongkok bongkok, tiba2 dia buat pusingan plak. Korang pernah x main bongkok2 sambil pusing tu? Mcm tu la macik tu buat, beround2 plak tu dia buat. Makin lama makin laju, ade la dalam 20 pusingan jgk. Aku jadi kagum time tu, tapi tetiba dia berhenti. P******g dia mengadap aku. Pastu dia tegakkan badan dia macam berdiri. Dalam hati aku, aik x pening plak macik ni. Pastu tetiba dia buat aksi gimnastik yg kepala ke belakang tu. So muka dia skrg tgh menahadap aku. Mata dia betul2 tgh tengok mata aku…

Pastu dia senyum, pastu slow2 dia jalan dalam keadaan bongkok ke belakang tu ke arah aku. Aku pelik time tu memang aku x takut, aku jadi kagum sbb x ramai org boleh berjalan dalam posisi camtu. Makin lama makin dekat, pastu lidah dia terkeluar macam nak jilat aku. Pastu dia lari laju plak, time tu aku dah takut aku terus paling ke dalam rumah sambil tekup muka. Sayup2 aku dengar orang panggil nama aku, “aira, aira”. Aku tutup telinga aku sambil pejam rapat mata aku. Pastu aku rasa ada orang sentuh bahu aku. Aku tepis, dia sentuh lagi, aku tepis lagi. Pastu dia tarik tangan aku dia jerit, “Aira! Buat apa kat sini? Kenapa x tidur lagi?”. Rupanya mak aku daaa. Kus semangat, nasib mak aku x kena pelempang sulung aku tadi.

“Pergi tangok adik jap, mak nak buat susu adik ni”, kata mak aku sambil tutup tingkap dan betulkan sofa yang aku dah porak perandakan. Aku pun pergilah ke bilik mak aku nak tengokkan adik aku. Masa tu umur dia setahun lebih, takleh berjalan lagi. Bapak aku outstation, so mak aku ni kalau dia suruh tengokkan memang aku tengokkan je lha, nak buat ape lagi. Time tu kalau dah ade gadjet memang aku bukak utube je sambil tepuk adik aku. Tapi disebabkan xde gadjet, aku humming lagu cindai sambil tengok adik aku.

Tetibe dia melalak. Melalak lapar nak susu. Aku tengok je lah sambil tepuk dia nak taknak. Makin lama dia nangis makin kuat. Aku dalam hati, “mana la mak aku ni, lambat benar buat susu pun. Tah2 g berak”. Adik aku melalak makin kuat n makin panjang. Tetiba aku dengar suara baby menangis kat luar rumah. Aku pasang telinga elok2 nak pastikan suara tu. Memang betul pun suara tu dari luar. Adik aku nangis, dia pun nangis. Dia macam mengejek. Pastu ape lg, aku pun angkat la adik aku dengan harapan dia diam. Tapi dia x diam jgk. Aku bwk dia ke ruang tamu, sambil2 tu aku nak pastikan yg aku x salah dengar suara dua baby. Pastu masa adik aku dah diam tu, memang aku dengar suara baby lain dari luar. Sayup2 je tp makin lama makin kuat, sama macam adik aku nangis. Aku pun tekup mulut adik aku taknak bagi dia nangis. Pastu tetiba ade org sentuh bahu aku. Mak aku lagi daaa, terkejut beruk aku! Mak aku buat isyarat diam, dia letak jari telunjuk dia kat bibir dia. Dia cakap jangan cakap apa2. Pastu mak aku terus bawak adik aku masuk bilik. Aku tdo skali ngan mak aku…

Ok ni plak citer masa aku dah besar sikit, darjah 6 time tu. Kitorang macam biasa lah lepas skolah ikut abang aku n anak2 jiran g main kejar2 la, main basikal la, main polis n thief la dekat kawasan hutan sbelah rumah tu. Ade bukit sikit sebelum nak ke hutan tu. Kat situ ade 1 pokok rambutan besar, abang aku slalu baling selipar kat pokok tu amikkan aku buah rambutan. Ade 1 petang tu mcm biasa main kejar2 sorok. Tengah nak naik bukit tu aku nampak segugus rambutan lebat, merah plak tu. Time tu aku macam high sebab rambutan memang favorite aku. Aku pun ape lg, suruh abang aku amik rambutan tu, pastu aku pun makan la sebanyak2nya…

Lepas dah makan tu sambung main kejar2. Dah nak dekat maghrib tu mak aku panggil balik, semua berdesup la lari turun bukit tu. Time tu aku rasa mual sangat. Yela, makan rambutan tu punyalah banyak pastu lari2 mane tak senak. Pastu sampai je kat pagar rumah aku muntah, banyak plak tu. Yang lain semua dah tinggalkan aku. Bila aku masuk rumah, mak aku bau muntah. Mak aku tanya sape muntah pastu semua adik beradik aku cakap la aku yg muntah. Pastu aku pun pergi mandi. Malam tu aku rasa nak demam, seram sejuk je badan. Pastu kaki aku rasa sakit sangat. Time tu aku suruh bapak aku urut sebab mmg sakit sangat. Esok pagi tu time nak g sekolah aku nak bangun dari katil, tapi jatuh balik. Nak bangun je jatuh balik. Pastu abang aku jerit la panggil bapak aku. Bapak aku tengok kaki aku bengkak, betis sampai la tapak kaki aku bengkak.. Pastu mak aku bebel la kat bapak aku. Dia kata “tu lah tak pandai urut nak ngurut, jahanam dah kaki anak tu”. Pastu bapak aku buat lawak, dia kata, “takpelah, boleh ponteng sekolah”, hahaha…

Seharian tu aku duduk rumah dengan mak sedara aku. Makin lama makin sakit kaki aku ni. Menjelang tengahari tu aku nak g makan aku try bangun tapi takleh jgk. Pastu aku pun jalan duduk. Aku seret la bontot n kaki aku tu nak g mana2. Mak sedara aku gelak je tengok aku jalan camtu. Pastu dia check bengkak kaki aku tu. Dia terkejut sebab tengok bengkak tu teruk, urat2 tu timbul warna merah2 hijau. Aku sendiri pun takut tengok kaki aku, macam kayu pokok balak, berjalur jalur. Keadaan aku tu berlarutan sampai 2,3 hari. Petang hari ketiga aku takleh jalan tu aku xdapat la nak join diorang main. Aku duduk jela kat laman tu. Pastu jiran aku datang, dia ni bidan. Dia tanya aku sakit tak? Aku jawab xsakit pun. Dia buat muka pelik, pastu dia cakap ngan bapak aku kena bawak g berubat. Dia tanya aku ade main kat mana2 ke pastu aku jawab la macam biasa la port kitorang. Pastu dia tanya ada tak terkencing ke terludah ke kat mana2? Aku cakap la takde, tapi termuntah tu ade la. Pastu dia suruh tunjuk kat mana, aku pun tunjuk la tempat aku muntah haritu. Pastu bidan tu cakap, “patutlah….”

Malam tu mak aku suruh siap, katanya kejap lagi kawan baba datang nak bawak pergi berubat. Aku pun siaplah. Time kawan bapak aku datang tu dia tengok kaki aku dia terkejut sambil cakap, “masyaAllah, dahsyatnye!!!”. Aku heran sebenarnya sebab semua orang yg tengok dia buat muka takut. Macam sakit sgt la kaki aku tu, padahal xsakit pun. Nampak je teruk. Pastu kawan bapak aku tu pun dukung la aku masuk kereta dia.K ete hilux xsilap aku, sebab kete tu tinggi. Time tu pukul 10 malam aku rasa.. Jauh gila bapak aku bawak sampai masuk hutan. Kat dalam hutan tu memang gelap gila ya Rabbi. Takde lampu seketul pun, yg ade lampu kereta kawan bapak aku tu je.. Patutla kawan bapak aku tu bawak hilux, memang jalan nak masuk hutan tu sepanjang panjang jalan tu memang berlubang je. Nak muntah aku rasa terhuyung hayang naik kereta tu. Sampai je kat rumah tempat aku nak berubat tu, aku tengok jam pukul 1030 kot, x ingat, tapi memang lama dalam kereta tu…

Bapak aku pun dukung aku masuk dalam rumah tu. Scary gila bhai, dengan xde lampu langsung. Rumah dalam hutan tebal, xde jiran. Perrrggghhh, camne la diorang boleh duduk kat situ. Dalam rumah tu tinggal sekeluarga orang asli. Ayah dia, mak dia dan anak dia 2 orang. Aku nampak bapak aku bg twisties kat budak tu.. Pastu budak tu masuk dalam bilik dia, bapak dia cakap jgn kacau org nak berubat. Pastu bermulalah sesi perubatan dgn asapnya lah ape lah. Dah habis tu dia bagi air daun kat bapak aku suruh bancuh minum n sapu kat kaki. Aku dengar org asli tu cakap, “anak engkau ni kena terajang dengan bapak jin ni sebab dia muntah kat kepala anak jin tu”.

Sampai je kat rumah time tu dah nak dekat pukul 12. Mak aku sambut aku, dia dukung bawak masuk pastu bapak aku bg la segala mala bahan yg bomoh tu bagi. Mak aku bancuh n bg aku minum pastu sapu kat kaki aku. Malam tu tidurla macam biasa. Baru je nak lelap, aku nampak bapak aku bukak pintu bilik aku. Dia bawak parang, pastu dia tetak2 kaki aku. Sakit gile aku jerit sekuat hati, pastu bapak aku kejut dia cakap, “eh kenapa ni terjerit2?”. Tersedar aku rupanya aku mimpi. Tapi macam real dowh, mmg aku rase sakit sangat kaki aku tu. Esoknya kaki aku x baik lagi, aku jalan dalam keadaan duduk. Aku jenguk kat luar tengok bapak aku tengak tebang pokok kecil tempat aku muntah tu. Rupanya bapak aku cakap, kat pokok tu ada penunggu. Aku dah kacau tempat tinggal penunggu tu. Orang asli tu suruh tebang.

3,4 hari lepas tu aku pun sembuh. Kaki aku dah x bengkak dah. Dah cantik dah xde jalur2 merah hijau tu. Syukur. Aku nak citer time aku kat asrama plak, tp rasa panjang plak nak type. Nantilah dah ade mood aku story k, chow

Aira Safiyah
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Pengalaman Tersampuk”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.