Kenangan Ketika Belajar (PART 2)

ASSALAMUALAIKUM. Hi semua! Ni aku kembali semula. Pertama sekali nak cakap TERIMA KASIH admin sebab sudi publish cerita aku ‘KENANGAN KETIKA BELAJAR (PART 1)’ . Jadi sekarang aku taknak cakap banyak, aku nak sambung ‘KENANGAN KETIKA BELAJAR (PART 2) .
.
Rumah yang didiami oleh 12 pelajar comel pada mulanya memang aman. Namun setelah ‘kejadian’ itu, muncul satu persatu peristiwa. Bawah ni aku ceritakan benda yang aku rasa paling seram je lah ok? Sebab banyak sangat jadi karang cerita satu-satu memang tak habis.

– RUMAH KAMI ADA YANG MENUMPANG-
Ingat tak masa PART 1 tu aku cerita kan tentang si Kaka yang dirasuk tapi versi budak-budak yang kelaparan? Okay sebernanya benda tu datang dari dalam rumah kiteorang. Ye rumah yang duduk seramai 12 orang tu. Ni ustaz yang bagitau lah. Ustaz tu cakap kat rumah kiteorang ni ada ‘1 KELUARGA’ yang duduk. Aku rasa bukan salah benda-benda ni pun. Sebab bangunan tu pun baru lagi. Tempat tu pun dulunya hutan. Jadi bila hutan ditebang dan buat bangunan, seolah-olah kita lah yang menceroboh kan? Hmm insaf jap.
.
Oh ada yang tertinggal lagi, ada CIK P juga menumpang. Ok sori aku tak nak guna ayat tumpang menumpang ni jadi aku tukar kepada mendiami. Haa, ada CIK P mendiami jugak. Aku tak pasti lah memang dalam rumah ataupun dia memang sedia ada dekat level yang kiteorang duduk tu. Sebab yang paling teruk kena rumah kiteorang lah.
.
Setakat aku duduk kat rumah tu, CIK P ni tak kacau depan mata. Dia banyak kacau aku dalam mimpi. Ustaz cakap CIK P dekat area rumah kiteorang tu merupakan wanita yang kematian anak ketika lahir. Ye selepas tu aku kerap bermimpi tentang wanita kendong anak dia. Wanita tu gaya dia macam zaman dulu-dulu punya. Banyak kali mimpi pasal wanita tu. Mostly semua dalam mimpi aku tu macam menunjukkan dia tengah marah-2. Aku taktahu kenapa dia banyak kacau aku dalam mimpi. Mungkin sebab aku memang kalau nak tidur, aku bukak ayat AL Quran kuat-kuat kat henfon. Sebab tu lah dia marah kut. Kut lah ye.
.
Oh pernah sekali tengah tidur tu, tetiba aku tersentak sebab kawan aku tendang belakang aku. Kiteorang tidur ramai-ramai kat bawah. Ada 4 orang masatu. Tidur susun tilam atas lantai. Ok berbalik kepada kena tendang tu. Yelah tengah syok tidur tetiba ada orang tendang siapa tak marah! Aku bangun lepastu toleh ke sebelah konon nak marah kawan aku. Sekali bila toleh, aku Nampak dia tengah merenung tajam kat aku. Macam orang memang tengah marah gila. Yang peliknya, aku ni rabun tau. Tapi aku takfaham kenapa masatu boleh Nampak begitu jelas muka kawan aku yang marah tu. Sampai sekarang masih ingat. Okay lepastu Aku just cakap “hish takpayah la tendang” . Haa lepastu terus sambung tidur. Esok pagi nya pergi lah marah member asal tendang orang time tidur. Eh, dia kata takde tendang apa-apa. Terjaga pun tak. Ok la lepastu malas nak Tanya lebih lanjut sebab malas pulak nak amik tahu hehe.
.
– MENGILAI
Ok Ada satu hari tu ramai-ramai lepak kat ruang tamu. Sebab kat situ line wifi laju. Lepastu tetiba aku dengar bunyi katil. Ala macam bunyi katil besi kalau korang duduk tu haa kan keluarkan bunyi.

‘KREKK KREKK’

Bunyi tu kuat gila macam orang yang besar duduk. Aku macam terdiam sekejap. Aku terpandang la si Kaka. Rupanya Kaka pun tengah pandang aku. Dia pun diam je macam dia nak cakap yang dia pun dengar bunyi tu. Aku pun buat bodoh je lah sebab ingat member lain ke apa. Tah apesal tiba-tiba otak aku rajin sangat nak pergi kira berapa orang yang tengah lepak kat depan . Bila tengok semua cukup 12 orang kat ruang tamu. Abistu siapa kat bilik? Rasanya takde budak rumah sebelah tumpang tidur ke apa.
Beberapa saat selepas tu tiba-tiba..

“Hihihi…hihi…hihiiii”

Bunyi mengilai beb! .Jantung takpayah cakaplah dia punya degup tu laju bebenor macam Usain Bolt lari! Masalahnya aku tengok member yang lain semua buat bodoh layan henfon. Diorang ni pekak ke apa sampai tak dengar bunyi mengilai tu????
Haa Aku pun amik keputusan untuk buat bodoh je lah. Yelah kalau dilayan lagi takut kan? So amik wudhuk terus tidur dah habis cerita hahaha.
.
– DISANTAU
Okay ni akan jadi part terakhir. Ada hosmet aku ni aku bagi nama Wawa lah ye? Wawa ni mulut dia boleh tahan jugak lah. Maaf cakap tapi lancang habis. Eh, dalam lancang-lancang mulut dia pun, dia rajin belanja orang makan. Heheh. Ok Nak dijadikan cerita satu hari ni dia tetiba sakit. Semenjak hari tu, setiap hari dia akan batuk berdarah, muntah makanan yang baru je dia makan, takboleh tidur malam, dada pun sakit macam kena cucuk. Ye SETIAP HARI dia kena. Sampai satu masa tu tak tahan dia minta hantar kan dia ke Hospital Putrajaya. Masa tu pukul 12 malam lebih beb.

Kat hospital pulak bila dah check semua tu, doctor macam tak dapat kesan sakit apa. Pelik kan? Dalam beberapa hari selepas itu, mak ayah si Wawa datang nak bawak berubat kampong sebab mak ayah Wawa ni pelik la kenapa anak dia macamni.

Kebetulan memang masatu tengah cuti seminggu. Jadi si Wawa ni pergi berubat kat kampong dia yang kat belah Utara tu. Satu hari tu, aku dapat call dari si Wawa ni. Dia bagitau yang dia sebernanya kena SANTAU . Aku terperanjat beruk ok! Sebab ni first time aku tahu pasal santau ni. Lepastu Wawa cakap yang hantar santau ni budak dalam rumah sendiri. Weh lagi terperanjat beruk kuasa dua!
.
Aku “eh takkan lah budak rumah sendiri nak santau”

Wawa “ ye betul tak tipu. Ustaz sini bagitahu”

Aku “ abistu sekarang macam mana? Okay tak ni?”

Wawa “ entah la kak. Masih berubat lagi. Bisa tak keluar lagi pun”

Aku “Apa dah jadi sebernanya ni Wawa? Akak tak faham kenapa sampai boleh orang dalam rumah yang santau. Ke ustaz tu tipu..?”

Wawa “Takkan ustaz nak tipu pulak akak ni pun.”

Aku “Abistu sekarang macam mana ni?”

Wawa “Akak takpayah risau lah ye. Masih berubat ni. Benda tu dah keluarkan pun. Orang tu hantar santau buluh kak. Tapi macam dah hangus sikit sebab haritu siapa tah urutkan orang lepastu dia ad baca-baca kan sikit kat tempat sakit. Cuma sekarang bisa je tinggal. Orang pun masih sakit-2 lagi ni.”

Aku “Ustaz ada bagitahu tak macam mana terjadi?”

Wawa “ Ada kak. Orang tu hantar time kita ramai-ramai makan malam time isyak. Memang dia tuju kat orang sebab dia tak puas hati dengan mulut orang..”

Aku “Seriouslah???? Siapa yang hantar ni????”

Wawa “ taktahu lah kak. Orang memang taktahu. Tapi dia dalam kalangan ahli rumah kita je. Akak hati-hati lah ye lepasni. Orang dah serik. Okaylah kak, orang nak rehat. Sakit tetiba datang. Bye kak”

Perbualan berhenti macamtu je sebab Wawa minta izin untuk berehat.
.
Aku termenung panjang lepas dengar apa yang Wawa cakap. Tpi, aku perasan jugak lah yang rumah kiteorang tu kerap sangat bergaduh. Benda kecik bergaduh. Lepastu, rumah kerap bersepah. Kemas pagi ni, tetiba petang tu macam dah berselerak balik. Makanan cepat sangat basi. Yang rapat jadi musuh terus. Macam-macam lah jadi hmm
.
Okay cerita tamat di sini lah ye?. Sebab bagi aku takde penyelesaian nye lagi pasal santau tu. Si wawa sampai sekarang masih sakit. Kena pantang makan macam-macam . dalam beberapa bulan mesti akan keluar masuk hospital. Bisa santau tu susah nak keluarkan. Si wawa ni pun belajar sampai sem 4 je sebab dia sakit. Nak dijadikan cerita, sampai dah habis belajar ni pun aku masih taktahu siapa budak rumah yang hantar. Takpelah, Allah lebih Maha Mengetahui. Kepada yang tahu mana-mana rawat perubatan Islam yang tahap memang kuat punya, boleh la beri info ye. Sebab Wawa asih dalam proses mengubat diri dia lagi. TQ kerana sudi baca! Ada masa aku tulis pengalaman lain pulak.
Adios!

16 thoughts on “Kenangan Ketika Belajar (PART 2)”

  1. mungkin mulut lepas terlajak ni tu yg disantaunya…

    berhati2 lah kita ni dlm berkata2, sb mulut ni kalau takde insurans sgt2, mmg sape2 pun boleh bomohkan org sb sakit hati gila2.

    bukan x tahu dosa pahal tp kalau ikutkan hawa nafsu, mcm tu lah.

    moralnya, kita sendiri perlu jaga mulut. kalau kita ok, org pun xde la nk balas kat kita kan.

    ape2 pun, simpati kat wawa. dan semoga si pelaku hantar santau, akan beroleh keinsafan. maafkanlah wawa..

    Reply
  2. 1 thing for sure aku rasa ust kau tu x berapa betul.. ada pulak cik p tu pompuan mati anak.. deyyyy dia ustad, sepatutya dia lebih tau roh x boleh patah balik kacau org.. cik p tu jinnnn tau jinnnn.. betullah syaitan ni menyesatkan.

    Reply
    • Mungkin. Aku taktahu sangat pasal ni. Ustaz tu hanya merawat & beritahu apa yg dia tahu. Tapi takde lah aku nak percaya 100%.

      Reply
  3. Cari fb nama Al- Iman Mujahadah..Rawatan islam..inn shaa Allah boleh di usahakan..
    Dan dia org ada perturunkan juga amalan pelindungan diri..dan siap ada amalan utk menjadi perawat macam dia org..
    Semua 100% ayat Al-Quran..
    Usaha saja..Inn shaa Allah sampai masa Allah akan beri kesembuhan..yg penting banyakan doa dan jangan putus asa…

    Reply
  4. Halo! Mau tanya, apakah cerita di artikel ini benar-benar cerita asli yang diceritakan kembali dalam artikel diatas? Sepertinya sangat real dan benar-benar terjadi. Masalahnya cerita seperti itu sangat sering bermunculan di masyarakat, bahkan saya pun suka terngiang-ngiang cerita semacam itu. Oh iya, kalau menurut saya, jika hal seperti itu terjadi lebih baik banyak-banyak membaca Al-Qur’an, shalawat, dan jangan suka bengong (pikiran kosong), juga jangan putus asa jika mengalaminya. Yakinlah bahwa semua itu diciptakan oleh Allah, yakin juga Allah lah yang akan menolong kita..

    Reply

Leave a Comment