Kenangan Pindah Rumah-Rumah Puaka

Assalamualaikum admin fiksyen syasya. Nama aku ali iaitu silent reader sejak 3 tahun lalu. Di sini aku nak kongsi kisah perjalanan keluarga aku ketika pertama kali berpindah daripada kampung ke tempat kerja ayah ketika aku berumur 7 tahun hingga 14 tahun. Dalam tempoh tersebut ayah aku tiga kali ditukar tempat kerja, jadi ada 3 buah rumah yang kami masuk dah kesemuanya adalah rumah yang BERPENGHUNI!!
Family aku ada 5 orang adik beradik (3 lelaki 2 perempuan).

Rumah 1
Ayah dapat tawaran bekerja dalam sektor kerajaan (driver klinik kesihatan). Jadi kami berpindah ke kuarters yang berada dalam klinik tu juga, kuarters yang kami tinggal ada 4 buah rumah dan di depan kuarters kami adalah bukit dengan semak samun. Cerita seram kami bermula masa mula-mula sampai, aku dengan adik perempuan (aku panggil acik) bau bangkai depan pintu kuarters sampai acik muntah dekat longkang tepi rumah. Aku pulak jenis mulut puaka juga sebab tegur bau busuk “ ada orang ma– ke kat sini”…hahaha… tak diduga aku kena penampar free daripada ayah aku, bergegar otak aku masa tu. Jadi hari pertama adalah hari yang paling musibat bagi aku budak darjah 1 masa tu sebab mulut aku sendiri.

Waktu maghrib gangguan bermula dengan laungan anjing di luar rumah, aku menjengah melalui tingkap tapi tiada kelibat anjing dan mulut aku sekali lagi buat hal “oii anjing, pegi menyalak jauh2 boleh tak” dan sekali lagi ayah aku datang tapi kali ini dengan tiba-tiba peluk aku dan bawa aku masuk ke dalam bilik mak ayah dan aku dibacakan yasin dengan ditemani adik beradik aku. Aku hairan dan banyak soalan yang aku nak ajukan, umur aku masa tu masih belum memahami makhluk ghaib itu wujud sehinggalah pada awal pagi anggaran pukul 2 mungkin mak dan ayah tiba masuk ke dalam blik kami berlima dan ketika itu bumbung rumah kami seperti ada orang berjalan dengan kuat. Maka duduklah kami sekeluarga dalam bilik tu sampai subuh.

Keesokan harinya, beberapa orang ustaz datang pagar rumah kami, tapi gangguan tetap berlaku dan kami agak ketakutan selama setahun lebih. Paling teruk kami diganggu ketika di rumah tu, mak nampak kelibat seorang nenek muncul dihadapan mak ketika masuk ke ruangan dapur, mak menjerit dan berlari masuk ke bilik kami dan pintu bilik kami diketuk daripada luar dengan kuat, tak dapat dibayangkan masa tu kami semua ketakutan padahal ayah ada di bilik sebelah. Mak panggil ayah, tiba-tiba kami terdengar suara azan ayah diluar bilik kami dan bunyi tapak kaki berlari meninggalkan rumah.

Setengah jam berpelukan dalam bilik dengan bunyi ketuk pintu, suara ayah panggil mak lepas tu ketawa, dengan bunyi bumbung lagi. Setengah jam duduk dalam bilik tu macam sehari, kami dengan suara alunan quran diluar rumah dan suara ayah menenangkan kami. Kami tak pasti apa yang berlaku dan pintu bilik kami dibuka oleh ayah, maka berakhirlah kami dirumah tersebut sebab mak dah tak sanggup duduk rumah tu, ayah hantar kami balik kampung dan ayah terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.

Rumah 2
Selepas 2 bulan tinggal di kampung, ayah jemput kami untuk berpindah ke kawasan pekan kerana ayah telah ditukar ke hospital. Kami dapat kuarters doktor, rumah tu memanjang dan berbentuk i huruf besar, ada 3 bilik 2bilik air. Rumah ni agak mencabar sebab ada binatang berbisa selalu muncul dalam rumah. So ayah belajar daripada pengalaman masa kami mula-mula masuk kami adakan majlis doa selamat jemput orang surau.

Cerita ayah masa ni orang surau datang dengan pandangan yang lain, mata mereka memandang sudut rumah kami, ayah tidak sedap hati tapi tak endahkan perasaan itu, bulan pertama hingga bulan keenam Tak ada apa-apa gangguan. Masuk bulan berikutnya, rumah kami sering dimasuki ular berwarna hitam berkilat di bahagian ruang tamu pada waktu malam.

Nak dijadikan cerita, acik lemah semangat sebab gangguan rumah lama, masa ni dia tadika lagi, sebelum tidur dia masuk ke bilik tidur atas katilnya tiba-tiba dia bangun di ruang tamu rumah dan dia menangis, lalu ayah dan mak pergi ke ruang tamu dan mendapati terdapat seekor ular hitam berkilat berada di sebelah acik seperti sedang memerhatikan acik. Ayah dan mak cemas waktu itu, ayah ambil selimut dan hampar selimut dari belakang ular lalu mak dengan sepantas kilat ambil acik berlari masuk bilik.

Esoknya ada beberapa orang bomba datang rumah geledah cari ular tapi gagal. Selepas kejadian tu acik tidur dalam bilik mak dan ayah. Sejak hari tu, kami selalu terserempak dengan ular tersebut dan bila kami ternampak kami sekeluarga akan cepat-cepat masuk bilik. Kami tinggal disini agak lama sehingga suatu hari ada seorang imam datang rumah dan menasihati kami supaya berpindah sebab rumah ini sebelum kami berpindah ke sini rumah ini dihuni makhluk halus, waktu ni aku darjah 5 tak silap. Ayah memohon pertukaran tempat kerja dekat dengan kampung, permohonan ayah berjaya tapi jauh dari kampung, jadi berpindahlah kami ke rumah sewa seterusnya.

Rumah 3
Ayah dan mak berusaha mencari rumah sewa berdekatan tempat kerja ayah, hopital besar tepi pantai di pantai timur. Tidak lama selepas itu, kami menyewa sebuah rumah berbentuk segi empat 2 bilik 1 bilik air. Rumah ini agak suram walaupun cantik hiasan dinding dan lantainya, kami menyewa di sini sehingga aku berumur 14 tahun. Rumah inilah yang jadi kenangan pahit kami sekeluarga kerana melibatkan nyawa seorang adik.

Disinilah aku kerap ditindih hampir setiap hari sambil terdengar ketawa seorang perempuan. Adik bongsu aku sering ketakutan dan asyik nak didukung atau berteman, angah nampak ulat dalam pinggan padahal kami langsung tak nampak seekor ulat dalam pinggan dia. Mak pula asyik bermimpi hantu yang sama kebanyakan malam dan paling terkesan kepada kami adalah ayah menjadi semakin panas baran, kami selalu dirotan kerana kesalahan kecil tapi ayah tak pernah cederakan mak.

Mak sering mengadu masalah rumah kami, kami seronok berada di sekolah berbanding di rumah kerana takut untuk pulang. Kejadian yang merbahaya pernah berlaku, alang tidur siang hari dalam bilik sebab tak sedap badan dan tiba-tiba muncul depan angah di ruang tamu menonton tv dengan membawa garfu dan seperti ingin cucuk muka. Angah menyedari perbuatan alang lalu menendang badan alang sehingga tersungkur, yang peliknya alang terus tidur dilantai.

Mak cerita waktu angkat alang, badannya berat yang teramat sangat, mak tak tahan lagi lalu mak ceritakan pada pak long (abang ayah) sebab dia ada ilmu sedikit mengenai gangguan makhluk halus. Lalu datanglah pak long scan rumah dan pak long mendapati rumah kami memang dihuni jin dan bersarang di bahagian ruang makan rumah. Ayah discan oleh pak long dan ada perubahan pada sikap panas baran ayah. Cerita terakhir di rumah ini acik telah dirasuk oleh makhluk tersebut ketika dia demam panas, acik sengaja jatuhkan dirinya daripada katil sehingga terdapat kecederaan pada kepala.

Kami sekeluarga bawa acik ke hospital dalam keadaan acik meronta-ronta histeria. Kami duduk bersama mak ditempat menunggu. Menurut cerita ayah, acik dipegang oleh 5 orang lelaki pertengahan umur tapi kekuatan acik jauh lebih hebat, banyak kesan lebam di tangan dan kaki, seorang pembantu perubatan berjaya merawat acik dengan ilmu ruqyahnya tetapi acik langsung tidak sedarkan diri selama 2 minggu lebih dan ditempatkan di wad icu. Kami hampir kehilangan acik atas faktor kecederaan dibahagian kapala yang terjadinya darah beku dan perlu dibedah.

Tak dapat dibayangkan masa tu aku akan kehilangan seorang adik, sedih yang teramat sangat angkara gangguan rumah kami, acik memang daripada rumah pertama lagi dia dah terkesan dengan makhluk halus. Alhamdulillah acik selamat selepas dibedah dan berada di wad dalam tempoh yang agak lama. Kami berpindah semula ke kampung tanpa pulang langsung ke rumah sewa tu, sumpah tak pegi dah, barang semua sedekah jelah, nak ambil pon kena fikir banyak kali…hahaha
Aku dan adik-adik aku memang selalu pindah sekolah, nak buat macam mana kan, follow ajelah orang tua kita. Last aku umur 14 tahun aku duduk asrama sekolah agama sampai tingkatan 5 sebab aku memang tak nak pindah sekolah dah.

Cukup sampai disini saja kisah yang aku nak sampaikan. Maaf jika kisah ini kurang seram, dan mungkin sebab susah bagi aku nak karang cerita ini menjadi seram, tapi bagi aku pengalaman yang aku lalui ini cukup seram bagi aku dan keluarga.. Maaf juga jika ada kesilapan yang kurang dipahami…Sekian daripada aku Ali.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment