Kenangan Setingarden

Dulu diawal tahun 70an, aku duduk disebuah setinggan. Sekarang dah jadi perkampungan di pinggir bandaraya Ipoh. Waktu mula duduk, penduduk bergantung pada sebuah lombong yang besar, jernih airnya.

Bersih pulak tu. Mandi, mencuci, semua kat situ. Untuk memasak, kami tadah air hujan atau angkut air kat masjid yang terletak lebih kurang 3 kilometer.

Untuk makluman semua, kedalaman air lombong ditempat yang paling dalam iaitu di tengah-tengah ialah lebih kurang 3 kali ganda tinggi pokok kelapa. Lombong ni sewaktu masih beroperasi dulu dipanggil lombong dedah dimana kawasan akan dikorek dan jika ada takungan air akan dipam ke kawasan lain.

Lama-kelamaan lombong ini menjadi sangat dalam. Jika kita berdiri di tepi tebing di bahagian hujung, tebing tu tinggi daripada permukaan air lombong, kita nampak air tu hijau je. Hijau gelap. Betul-betul ditangah lombong tu, nampak seperti berpusar je airnya. Tu sebab aku panggil Lombong Hijau.

Ada sumber maklumat mengatakan ada penyelam yang pernah menyelam dan cuba melihat kedalaman lombong ini. Di dasar lombong ini masih ada rangka besi pam dan peralatan melombong di zaman pemerintahan Inggeris dulu. Ada cerita mengatakan diawal-awal penutupan lombong itu, penyelam dari luar negara datang dan menyelidiki kesan tinggalan. Mereka terjumpa satu rangka manusia tergantung disebuah pondok yang kelihatannya seperti pondok pengawal selia. Itu mungkin hanya cerita lama yang tak dapat disahihkan.

Dalam satu bulan puasa dalam tahun 70-an, lombong ini memberikan aku kisah yang tak seram tapi lebih kepada sedih. Ada yang pernah berkata, dalam bulan puasa ni tak ada setan tak ada hantu kan. Sebenarnya gangguan makhluk tak dapat dilihat ini tetap ada.

Tiga minggu berpuasa, selepas solat tarawikh di surau, kebanyakan penduduk yang rumahnya hampir dengan lombong mendengar satu bunyi seperti deruman guruh yang sayup dan panjang. Bunyi macam mengeruh-ngeruh, macam mengerang pun ada.

Sayup-sayup dan seolah-olah dari satu tempat yang jauh dari perut bumi. Sebelum ini tak pernah dengar bunyi begitu. Keesokan harinya sekitar jam 5-6 petang, penduduk sekitar kawasan lombong gempar dengan suara tangisan seorang perempuan.

Pihak polis juga mula datang ke kawasan lombong. Rupa-rupanya ada budak lemas dan masih belum ditemui. Menurut cerita Abang Lan yang ikut sama menyelam ke dalam lombong itu, mangsa ke kawasan lombong dalam jam 9 pagi. Mangsa bermain bot mainan yang diletakkan bateri. Bukan bot kawalan jauh macam zaman now ya. Zaman tu, bot letak bateri ni kira sangat hebat. Kalau aku…huhhh…bot kertas je yang kami mampu main. Guna surat khabar lama.

Mangsa bermain bersama rakan-rakannya. Bot tu pula dikawal dengan kayu yang panjang. Selalunya dimainkan di dalam tong tadahan air. Tapi dah nak jadi sebab kan. Mangsa bermain dan terleka. Bot tu terlepas ke kawasan yang agak dalam. Sewaktu mangsa cuba mendapatkan bot mainan itu, tiba-tiba mangsa tenggelam. Rakan-rakannya yang panik, terus balik ke rumah dan mendiamkan diri. Takut kena marah mungkin.

Hilang pagi, dah petang baru mereka maklumkan si mangsa hilang di lombong.

Emak mangsa cuba mendapatkan bantuan penduduk setempat. Polis yang dimaklumkan juga turut berusaha mencari mangsa. Lebih kurang satu jam lagi waktu berbuka puasa akan tiba. Ramai penduduk yang ikut sama membantu.

Juadah berbuka puasa disediakan oleh beberapa penduduk kampung. Waktu tu ada seorang pakcik berkata pada emak mangsa. Budak ni ada bantal yang biasa dia guna tak, tolong lah sesiapa ambilkan.

Seorang saudara mangsa pulang ke rumah dan ambilkan bantal tu. Pakcik tu dengan tenang, melambungkan bantal tu tiga kali. Sambil menyebut nama mangsa berbinti ibunya. Dan bantal tu dicampakkan ke dalam lombong.

Bantal kekabu sepatutnya akan terapung dulu kan, hingga kekabu meresap air barulah nampak tenggelam kan. Tapi Abang Lan kata, elok cecah je bantal tu ke air, terus tenggelam.

Pakcik tadi tenang je, ambil jala. Cantik je pakcik tu tebar jala dikawasan bantal tu tenggelam. Pakcik tu cakap pada ibu mangsa, bertenang ye. Pakcik tu tarik jala perlahan-lahan. Seiring dengan bunyi kerantung menandakan masuklah waktu maghrib dan waktu berbuka puasa, pakcik tu menaikkan jala yang kelihatan agak berat.

Mangsa dilihat macam sedang tidur berselimutkan jala. Yang membuatkan Abang Lan dan ramai penduduk yang lain menitiskan air mata, setelah polis memeriksa jenazah mangsa, perut mangsa tidak dimasuki air. Paru-paru juga bersih. Hanya lumpur dan selut merah memenuhi saluran hidung mangsa. Sambil emak mangsa memeluk jenazah, emak mangsa menangis sambil berkata, mangsa belum pernah tinggal puasa. Rupanya dia pergi ni masih tetap berpuasa.

Allahu… aku dan emak dirumah pun ikut menangis mendengar cerita Abang Lan. Selepas kejadian itu, kawasan yang menjadi tempat mangsa itu lemas telah dipacakkan kayu-kayu pemancang sebagai pagar agar penduduk tidak memasuki kawasan air lombong dibahagian itu.

Kenangan Setinggarden.

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Kenangan Setingarden”

  1. Subhanallah…saham akhirat buat ibu ayahnya..mati pun elok je Allah pelihara jasadnya, paru2 xdimasuki air, badan xmengelembong berisi air,seolah-olah tidur je…Allah lbh sygkan dia

    Reply
  2. Mn tempat tu Yong…mmg Perak terkenal ngan kawasan perlombongan…lombong dedah cam tu mmg dlm…kt kg teman ada satu…ms deme beroperasi nampak lori kecik jer dr tebing lombong tu…

    Reply
  3. Sedih & terharu saya baca cita ni. Mengenangkan anak yang belum terpalit dosa.. malah menjaga puasa nya pula,menurut si emak. Beruntung emak dia. Al – Fatihah.

    Reply
  4. Al-Fatihah buat mangsa..
    Subhanallah.. Sedihnya..
    tinggi keyakinan pakcik tu pada Allah.. mencari sesuatu yg hilang. mcm tu lah caranya..

    Zaman ni harap ada yg boleh praktikkan lagi. 70an, zaman awesome kan.

    Reply
  5. Sy lahir dekat setinggan kawasan ipoh..tp tak membesar kt sana..pakcik saya dok lama kt situ..nama zol…rumah dkat simpang 3..ada surau dkt2 situ

    Reply

Leave a Comment