Kenapa Aku?

Assalamualaikum.Selepas aku baca FS ni aku mula rasa nak share cerita yang pernah aku hadapi ketika aku di asrama waktu form 1. Aku tak tahulah kalau cerita aku ni seram atau tak, tapi bagi aku seram kerana aku yang alami sendiri. Aku akan bahasakan diri aku ni aku, sebab aku lebih selesa bahasakan diri aku ni aku.

First time aku kena sebelum subuh tu, memang dah ada yang berlaku pada malam tu. Masa kena, time tu aku tengah tidur. Jadi aku tak berapa tahu sangatlah (biasalah, tidur m**i, walaupun yang kena tu budak dorm aku dan budak sebelah katil aku). OK, kkeembali pada topik asal…

Time selepas subuh tu, aku nampaklah budak-budak dorm aku ni berkumpul dekat tepi katil ketua dorm untuk dengar cerita yang berlaku pada malam tu. Aku memang nak dengar, tapi aku rasa nak kencing time tu. Aku pun ajaklah kak senior dorm aku untuk pergi tandas (lagipun dia nak kencing jugak). Dalam tandas tu ada 4 tandas yang ada jamban dan 4 yang ada shower. Of courselah aku guna tandas jamban untuk kencing.

Aku guna tandas kedua belakang, kak senior aku guna tandas kedua depan. Time aku duduk dalam tandas, aku ada nampak ada bayangan hitam lalu dekat depan tandas aku. Aku tak hiraukan sebab mungkin ada budak dorm lain nak gunakan tandas jugak. Dok aku tengah basuh kaki dekat dalam tandas, aku dengar ada orang menyanyi dekat tandas sebelah aku yang paling hujung sekali. Aku dengar dia nyanyi lagu Sandiwara Cinta (biasalah, time tu lagu tu baru nak up kan). Disebabkan suara orang yang nyanyi tu sedap sangat, aku pun pergi nak tengok siapa yang nyanyi.

Aku tengok tandas sebelah aku tu kosong, jadi aku cari dia dekat bahagian tempat basuh baju. Tak ada jugak. So, aku cari dia dekat tempat sidai pakaian. Tempat sidai pakaian tu gelap, jadi susah aku nak tengok dengan lebih jelas. Dalam samar-samar tu aku cari orang yang nyanyi tadi tu dalam kawasan sidaian (serius aku cakap, aku tak tahu kenapa aku nak sangat cari orang yang nyanyi tu. Aku pun pelik). Aku tengok dekat kawasan tu memang tak ada orang. Tiba-tiba aku rasa ada angin lalu. Terus aku rasa tak sedap hati. Apa lagi, berlarilah aku keluar dari tandas. Time aku nak masuk duduk dekat depan dorm, baru aku teringat, aku tertinggal kak senior yang aku ajak pergi tandas tu dekat tandas.

Aku pun patah balik pergi tandas tu. Time aku sampai dalam tandas, kak senior aku terkejut tengok aku. Tangan dia mengigil. Muka dia pucat. Aku takada masa nak tanya dia kenapa, terus aku tarik tangan dia keluar dari tandas tu untuk masuk ke dorm (di mana aku rasa selamat di dalam dorm). Time nak lalu pintu tandas yang satu lagi tu, tiba-tiba kak senior aku menjerit macam orang kena histeria. Aku terkejut sebab dia menjerit macam tu, aku terus peluk dia dan duduk mencangkung sambil menangis (aku menangis sebab apa, aku pun tak tahu.. Mungkin sebab takut kot). Kak senior aku pun menangis jugak. Dahlah menangis dekat depan tandas yang sama aku kena tadi. Disebabkan aku takut sangat sampai tak boleh nak gerak, aku laung nama kakak-kakak senior aku yang ada dalam dorm (dorm dengan tandas bersebelahan je, tapi rasa jauh sangat).

Dok laung nama-nama kak senior aku, akhirnya diorang keluar. Terkejut diorang tengok aku macam tu dengan kak senior aku. Lepas tu masuklah aku ke dalam dorm. Aku ceritalah apa yang terjadi dekat aku dengan kak senior aku dekat semua orang yang ada dalam dorm aku. Lepas aku cerita kisah aku tu, kak senior aku yang aku ajak pergi tandas tu ceritalah kisah dia dalam tandas. Dia kata lepas dia siap gunakan tandas tu ,dia terus pergi dekat depan cermin nak basuh tangan dengan muka. Time dia nak basuh muka tu, dia tanggallah cermin mata dia (dia ni rabun jauh. Terpaksa pakai cermin mata yang ada kuasa 650. Betapa rabunnya dia).

Time dia basuh muka tu, dia rasa ada orang dekat sebelah dia. Disebabkan dia tak berapa nampak sangat, so dia pergi tenung orang tu. Dia kata orang tu aku, tapi mata hitam aku ni kecil sangat sebab semuanya putih (aik, bila masa aku dengan dia time tu?). Disebabkan dia rasa mata aku ni pelik sangat, so dia pakai cermin mata dan zaassssss….. Dia nampak aku berlari keluar dari tandas (time tu aku lari dari bilik ampaian sebab takut apa yang berlaku pada aku ketika tu. Kak senior aku pun terkejutlah bila dia nampak aku keluar. Jadi dia fikir siapa yang duduk sebelah dia? Dia pun tengoklah orang sebelah dia.Terus muka dia pucat tak ada d***h sebab dia tengok orang sebelah dia tu bukannya orang, tapi benda yang menyerupai aku duduk sebelah dia. Dia takut sampailah aku mari dan tarik tangan dia untuk masuk dalam dorm.

Time lalu depan tandas yang tiba-tiba dia menjerit tu, rupa-rupanya benda tu ada lagi duduk dekat depan pintu tandas (mujur aku tak nampak. Buatnya aku nampak, mungkin aku kena heart attack dah aku rasa. Sebab kak senior aku tu cakap, muka bende tu memang muka aku, tapi terlampau buruk untuk ditatapi. Bukan disebabkan muka aku buruk, tapi disebabkan benda tu nak tukar ke bentuk asal). Aku dengar terus aku kecut perut. Naik bulu roma aku. Seram wei! Siapa tak rasa seram ada benda menyerupai kita, kan?

Lepas tu, kak senior aku marah aku sebab ajak kak senior aku yang tu sebab pada malam tu, kak senior aku yang itulah yang kena histeria. Sebab tu dia boleh nampak. Sebab benda tu tak keluar lagi dalam badan dia. Aku bersyukur sangat time aku pergi tandas dengan dia, dia tak ada nak buat apa-apa masalah; macam tiba-tiba histeria ke, apa ke. Buat dia kena time tu, aku tak tahulah nak buat apa. Nangis tak berlagulah aku ni mengenangkan nasib yang dihadapi.

Disebabkan panjang sangat dah aku bercerita ni, so aku pun nak stoplah. Cerita pasal perkara yang berlaku pada kak senior aku yang kena hari tu, lain kali aku cerita. Sebab hari ni aku nak kena masuk asrama tu.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
nadiah ghazali

17 thoughts on “Kenapa Aku?”

  1. 10/10 masa baca x berapa nak seram sangat.. tp aku tau yg pernah melalui situasi ini akan dapat mengimajinasi dan blend dengan baik ke dalam setori ni.. kipidap

    Reply
  2. Best..seram cite ko dik..tapi kalo aku x mungkin akan patah balik crk akak senior tu..
    hahahaha..hakak bg ko 8/10

    Reply
  3. pernah kena gak..aku tampar dia trus…smpi skrg dia respect aku x kacau aku..dia jadi balaci aku skrg ni..suh je pegi mana2 dia pgi..

    Reply
  4. kia hanya mampu doakan yg tukang karang ni selamat kat asrama sana.haih.baiknya dia sanggup ambik akak seniour dia tu.tapi akak seniour lgi sorng tu.tak sptutnya salahkan dia .sebb orng dah nak terkrncing sangat sangat.takkan nak tahan sampai esok pagi.kang ada yg terkencing daam seluar ke.kene batu karang nnt lagi bahaya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.