KENAPA ASYIK AKU JE KENA KACAU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Setelah baca banyak cerita seram di FS ni, aku nak share sikit pengalaman-pengalaman mistik yang aku lalui sepanjang pengajianku di sebuah kolej matrikulasi (lokasi aku rahsiakan la ye).

Masa tu tahun 2014 umur aku baru 18 tahun, maklumlah baru habis SPM. Aku excited juga nak masuk matriks ni sebab vibe dia macam masuk universiti kan. Kolej matriks aku ni, dia ada banyak blok asrama untuk semua pelajar. 5 blok-blok pertama dinamakan blok A (ada blok A1-A5) bagi pelajar perempuan. Aku berharap dapat la salah satu blok A sebab blok A ni dekat dengan kolej entrance dan juga dewan-dewan kuliah. Tapi nasibku malang juga sebab aku dapat blok C. Blok-blok C (ada blok C1-C5) ni untuk pelajar perempuan juga tapi lokasi dia jauh ya amat.
Nak pergi blok C ni, kena jalan jauh sikit dan struktur jalan tu macam naik bukit. Korang bayangkan, penat-penat lepas kelas, kena pula jalan jauh dan mendaki nak sampai ke bilik masing-masing. Fuh cabaran dia lain macam (lagi-lagi time bulan puasa). Blok yang terakhir merupakan Blok B (B1-B5) untuk pelajar lelaki. Blok-blok B ni terletak di antara Blok A dan C so tak jauh sangat.

Antara kesemua blok-blok ni, ada beberapa blok yang ditutup. Blok B1 memang tutup habis, siap berpagar lagi. So, yang beroperasi hanyalah Blok B2 – B5. Blok C5 pulak, level 1 tu memang semua bilik tutup. Hanya bilik-bilik di level 2-4 sahaja yang ada pelajar duduk. Sebab kenapa bilik-bilik ni ditutup, aku pun tak tau. Katanya tutup sebab nak renovate tapi mungkin juga ada sebab lain ditutup, tapi tak tau la kan.

KISAH 1
Okay, sekarang ni marilah aku mulakan cerita pengalaman mistik aku sepanjang setahun aku study kat sini. Kisah pertama terjadi pada malam kedua aku berada di sini. Dalam bilik aku, ada total 4 pelajar semuanya, aku dan 3 lagi roommates aku. Dalam bilik kami, ada 4 katil yang disusun 2 sebelah kanan dan 2 lagi disebelah kiri bilik. Masing-masing ada almari dan meja study sendiri sebelah katil. Di tengah-tengah bilik, ada ruang untuk kami duduk makan, lepak, etc. Dekat bahagian hujung bilik ada satu ruang untuk kami sidai baju di mana ruang tu ada tali ampaian dan tingkap. Cahaya matahari masuk ikut tingkap tu so cepatlah baju kami kering.

Berbalik semula kepada kisahku, malam kedua tu aku sidai baju. Lepas tu, aku letak baldi kat tepi ampaian dan terus ke katil. Roommates aku semua dah tidur so aku pun nak tidur juga la. Masa aku baring atas katil, aku pusing badan aku menghadap ampaian tu. Sebab nak mengantukkan diri, aku perhati je titisan air daripada baju yang basah jatuh ke lantai. Lepas beberapa minit, aku masih tak mengantuk. Kali ni aku pusingkan badan aku menghadap roommate aku pula. Dia dah tidur nyenyak so aku pun pejam la mata aku, paksa diri untuk tidur sebab esoknya kelas awal pagi.

Lepas beberapa minit, aku dengar bunyi macam ada orang main baldi dekat ruang sidai baju tu. Aku buka mata dan bangun tengok kat ampaian. Baldi tu elok je macam biasa. Aku tengok pula roommates aku lagi dua orang yang dekat katil sebelah sana, tengah tidur juga. So, aku pun baring dan pejam mata semula. Tak sampai seminit, aku dengar semula bunyi baldi tu.
Bunyi tu seolah-seolah baldi diseret di atas lantai, lepas tu diangkat dan diletakkan balik di atas lantai, berulang-ulang kali. This time, aku tak berani dah nak tengok kat ampaian tu sebab aku syak mesti ada ‘benda’ yang tengah main baldi kat situ. Beberapa minit juga lah aku dengar bunyi baldi tu sampai aku pun tertidur. Esok pagi tu aku bangun tengok baldi tu masih di tempat yang sama. Aku pun jalani hari aku seperti biasa selepas itu.

KISAH 2
Kisah kedua terjadi sebulan selepas kejadian pertama. Masa tu hari jumaat, so bermakna esok hari sabtu tak ada kelas. Malam tu, aku dengan 2 orang classmates aku (aku bagi nama A dan Z la ye) decide untuk tengok movie hantu dekat bilik A. A cakap roommates dia balik rumah, so dia sorang-sorang untuk weekend ni. That’s why aku dan Z nak teman dia la. Malam tu lepas maghrib, kami beli makanan dan jajan dekat cafeteria lepas tu naik bilik A. Kami makan sambil tengok movie hantu. Aku tak ingat apa tajuk movie tu tapi cerita Siam, seram juga la. Lepas movie habis, kami sembang sambil makan jajan. Dalam pukul 12.30pm macam tu, kami dah mula mengantuk.
A baring dekat katil sebelah kiri bilik so katil sebelah dia kosong. Aku dan Z pula baring dekat 2 katil sebelah kanan bilik. Aku ajak A tidur sekali dengan kami tapi dia kata dia okay je tidur sorang.

Lepas 10 minit macam tu, A dah tidur. Z tak tidur lagi, dia tengah scroll Facebook dekat phone dia. Aku dah mula mengantuk so, aku pejam mata dan pusing membelakangi Z sebab cahaya phone dia terang sangat. Kemudian aku pun tidur.

Tiba-tiba aku tersedar sebab aku haus. Aku bangun pergi dekat meja sebelah A dan minum air. Aku tengok jam pukul 2.40am macam tu. A dan Z masing-masing tidur nyenyak. Tapi kali ni, Z tidur dekat sebelah A dan bukan sebelah aku dah. Aku biarkan saja. Lepas minum, aku baring semula dekat katil nak sambung tidur. Kali ni, aku pusing menghadap katil yang kini kosong sebelah aku dan pejam mata. Selepas beberapa minit, aku dengar bisikan dekat telinga aku. Aku terus buka mata sebab ingat A atau Z kejut aku.
A dan Z masih tidur seperti biasa. Disebabkan tak nak bersangka yang bukan-bukan, aku rasa aku mungkin berangan je dengar bisikan tadi. Lepas je aku pejam mata, aku dengar lagi bunyi bisikan dekat telinga aku. Kali ni aku dah takut nak bangun, aku kekal pejamkan mata. Untuk kali ketiga, bunyi bisikan tu makin kuat. Memang seolah-olah ada orang yang berdiri sebelah katil aku dan tunduk bisik dekat telinga aku.

Yang seramnya, bisikan tu bukan bahasa melayu atau inggeris. Ianya seperti bahasa Siam dan cara benda tu bisik macam tengah baca mantera terkumat kamit dekat telinga aku. Tiba-tiba, aku rasa macam ada rambut lalu dekat telinga dan muka aku (rasa macam orang tundukkan kepala dia dan lalukan rambut dia dekat aku). Berderau darah aku tapi aku masih tutup mata. Rasanya lepas 30 minit baru bisikan tu berhenti. Masa tu aku rasa lega sikit tapi masih takut nak buka mata aku. Aku paksa juga diri untuk tidur dan akhirnya aku berjaya tidur.

Pagi tu pukul 9 baru aku bangun, subuh memang ke laut la. Bila aku bangun, aku tengok makanan dah ada dekat ruang tengah-tengah bilik. A dan Z tengah ready nak breakfast. Z terus suruh aku pergi gosok gigi dan cuci muka untuk makan breakfast. Lepas aku balik daripada tandas, aku duduk bersila atas lantai untuk makan dengan dorang. Masa tengah makan, Z tanya aku:
“Semalam yang kau duk sengih-sengih kat aku dah kenapa?”
Aku tanya dia semula: “Sengih apa?”
Z sambung: “Semalam masa aku nak tidur kan kau cuit bahu aku. Aku pandang kau pastu kau senyum kat aku. Scary muka kau senyum. Dah macam Joker cerita Batman tu senyum.”
Aku cakap: “Mana ada aku senyum kat kau. Aku dah tidur la masa tu.”
Z cakap: “Iye, kau senyum kat aku. Lama pulak tu. Seram aku. Tu yang aku pergi tidur sebelah A.”
Aku terus terdiam. Mustahil lah aku senyum dekat Z sebab aku dah tidur sebelum Z tidur. Aku syak ni mesti hantu Siam semalam tu punya kerja juga. Disebabkan malas nak panjangkan cerita, aku makan je tanpa bagitau pun kisah bisikan dan rambut semalam tu.

KISAH 3
Kisah ketiga ni terjadi lebih kurang sebulan setengah selepas kejadian kedua. Masa tu petang, aku baru balik jogging. Kolej matriks aku ni boleh tahan besar juga, so boleh la jog beberapa round. Masa aku balik, sorang pun roommates aku tak ada dalam bilik. Mungkin dorang pergi mana-mana kot. Lepas aku masuk bilik, aku terus duduk dekat ruang tengah-tengah bilik. Aku buat la sedikit stretching sebab baru lepas jog kan. Masa aku tengah stretch tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketuk tingkap. Ketuk tingkap ye bukan pintu, sebab dengar bunyi tepuk dekat kaca tu.

Aku terus pandang tingkap yang dekat ruang sidai baju. Bilik aku tingkat 3, tingkap tu menghadap luar bangunan dan tak ada balkoni pun. Mustahil orang boleh ketuk. Disebabkan masih petang dan tak rasa seram, aku teruskan stretch. Tiba-tiba, dengar lagi bunyi ketuk tingkap yang makin kuat. Apa lagi, aku terus bangun dan lari masuk bilik jiran sebelah. Lepas roommates aku balik, baru aku masuk semula bilik aku tapi aku tak cerita dekat dorang. Aku ingat gangguan untuk hari itu habis tapi masih belum ye.

Malam tu, aku tersedar daripada tidur sebab rasa nak kencing. Aku pun bangun dan keluar bilik nak pergi tandas kat luar. Tandas tak jauh sangat pun, hanya selang beberapa bilik daripada bilik aku. Sebelah tandas tu ada balkoni kecil yang kau boleh nampak ke luar bangunan. Masa aku tengah berjalan ke tandas, tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Aku terdiam. Tapi disebabkan nak terkencing, aku beranikan diri jalan ke tandas.

Masa aku dah hampir masuk tandas, tiba-tiba ada benda putih lalu dekat luar bangunan tepi balkoni. Slow je dia lalu seolah-olah nak suruh aku tengok kat dia. Level aku tingkat 3 kot, sah-sah la benda tu terbang dan bukan manusia! Apa lagi, aku terus lari lintang pukang masuk bilik semula. Menggeletar aku duduk atas katil dan rasa nak kencing tu masih ada tapi aku tak berani nak keluar dah. Akhirnya, aku pun tertidur sampai siang.

Sampai disini sahaja kisah aku untuk hari ini. Sebenarnya ada lagi pengalaman yang lain tapi di lain hari lah aku share ye. Boleh dikatakan, setiap bulan lah aku kena kacau masa dekat kolej tu. Aku pun tak faham kenapa aku je yang kena kacau, orang lain tak kena pun. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku dan aku minta maaf la kalau korang rasa tak seram. Tapi bagi aku, memang dah cukup seram. Semoga kita bertemu lagi di lain hari. Bye~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “KENAPA ASYIK AKU JE KENA KACAU?”

  1. Ni mesti kat kolej matriks negeri sembilan kan? Saya pun stay kat blok C tp saya batch 2019. mmg block C jauh and berbukit2 jalannya. Nak2 pula saya dapat block c3 yang terceruk ke dalam

    Reply

Leave a Comment