Kenapa Awak Tak Berhenti?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kepada semua peminat FS. Pertamanya aku ingin ucapkan terima kasih pada FS (jika cerita aku dipublishkan lah). Selama aku follow FS ni banyak yang aku nampak kisah-kisah yang dikongsi ni hampir sama dengan pengalaman aku, dan menyebabkan aku pun tertarik untuk sama-sama berkongsi pengalaman aku.

Ini salah satu cerita yang bagi aku agak extreme bagi aku tapi tak tahu lah apa pendapat pembaca semua, mohon jangan kecam sebab aku tak pandai sangat menulis.

Cerita berlaku masa aku masih menuntut di sebuah IPT dalam kawasan Felda di Pahang. Oleh kerana kampung aku pun di Kuantan jadi aku kerap lah balik boleh katakan setiap minggu aku drive balik Kuantan, melalui lebuh raya LPT. Perangai aku pula jenis yang suka drive malam sebab masalah silau teruk kalau drive siang hari dan kereta oldskool aku aircond tak sejuk. Masa tue jam lebih kurang 10 malam, hari jumaat malam sabtu tak salah aku. Kebetulan malam tu jalan memang sunyi, hampir takde kereta, jadi aku pun memandu lah dalam keadaan slow and steady tangan pun luar tingkap sambil main angin. Ada satu kawasan selepas selekoh nak ke jalan lurus tiba-tiba ada satu susuk badan muncul atas jalan, betul-betul depan kereta aku, dan dengan secara reflect aku pun elak lembaga tue dan oleh sebab itu kereta aku hampir merempuh pembahagi jalan belah pemandu sampaikan side mirror aku pun pecah sebab bergeser.

Selepas keadaan dah tenang, ayat yang keluar dari mulut aku, “celakalah, terkena pulak aku malam ni”. Sebab dah banyak aku dengar cerita seram pasal highway ni. Aku pun tengok cermin belakang tak nampak apa sebab betul-betul gelap. Jadi aku ingat habis lah cerita malam ni. Lebih kurang 5, 6 minit memandu tiba-tiba ada suara yang sangat jelas level-level macam kita berborak dalam kereta. “Kenapa awak tak berhenti”, jadi memang aku tersentak lah bila dengar suara tue, jadi secara automatic aku tengok cermin pandang belakang, dan betul-betul belakang tempat duduk penumpang, aku nampak seorang perempuan.

Free hair rambut lurus, muka biasa je tak nampak menyeramkan pun tapi nampak sedih dari air mukanya, pakaian pun warna kuning air, tapi sebab keadaan highway yang gelap dan aku hanya tengok melalui cermin pandang belakang jadi yang lain tak berapa jelas. Sebab aku tahu yang menumpang ni confirm bukan manusia aku pun tak sanggup nak toleh, cermin pandang belakang pun aku pusing kan menghadap ke atas. Jadi koorang boleh bayangkan macam mana kan. Tapi Alhamdullilah masa ni aku takde langsung perasaan takut langsung cuma awalnya terkejut bila dengar suara tu.

Untuk makluman koorang, minah belakang tu asyik bertanya kenapa aku tak berhenti, soalannya berulang-ulang, kadang-kadang ada dia tambah, “semua orang tak nak tolong saya…saya hanya nak minta tolong” cuma nadanya yang berbeza-beza sekejap macam marah dan tegas, sekejap macam sedih, sekejap macam merayu-rayu. Aku gagahkan juga memandu, dalam kepala aku jangan lah tiba-tiba dia ke depan. Tapi aku tak tau kenapa masa tu takde langsung terfikir aku nak membaca ayat-ayat suci Al- Quran atau pun nak layan dia berborak cuma yang terfikir kalau aku minta nombor ekor dia bagi tak. Aku maintain drive hampir 40 minit lah juga, sampai hentian rehat pun aku tak perasan, tapi bila dan di area tol Gambang, area ni jalan dah cerah sebab banyak lampu jalan, dia pun dah senyap je. Masa nak bayar tol tue baru aku berani toleh belakang dan Alhamdullilah takde apa-apa pun kat belakang.

Lepas simpang exit Gambang tue kawasan dah gelap balik kawasan ladang sawit, dan tiba-tiba dia boleh bersuara balik dengan soalan yang sama, berulang-ulang sampaikan aku di area bandar Kuantan dan dia kembali senyap, dan aku malas nak toleh. Masa ni aku nak cepat sampai rumah je. Untuk makluman pembaca rumah aku ni keluar sikit dari bandar Kuantan dan jalan nak ke kampung rumah aku ni memang gelap sikit tapi tak jauh lah lebih kurang 10 minit je, dan masa ni lah minah tue bersuara balik tapi kali ni penerimaan aku dah lain, badan aku mengigil, berpeluh-peluh, kaki memang lemah sangat nak tekan pedal minyak, rasa nak menangis pun ada.

Alhamdullilah aku selamat sampai depan pagar rumah aku, aku tinggalkan semua dalam kereta dan berlari masuk rumah , pintu rumah memang tak bertutup masa tu ayah dan mak aku tengah tengok TV, aku terus cakap pada ayah aku, “abah, ada menda ikut dalam kereta”. Ayah aku pun keluar tengok dan mak aku pun follow belakang, masa ni aku dah berbaring atas sofa nak tenangkan diri. Tiba-tiba aku dengar suara mak aku menjerit dari luar rumah dan pada masa sama aku tengok minah yang tumpang aku, duduk melekat di syiling rumah ala-ala spiderman, betul-betul atas kepala dan terus pandangan aku gelap.

Sedar-sedar, aku dah berbaring tengah ruang tamu berselimut, aku tengok adik aku tengah baca Yasin sebelah aku, badan aku sakit-sakit macam baru lepas bertumbuk. Bila dah siang aku pun dah ok sikit, parent aku pun cerita lah yang aku mengamuk semalam, 7 ke 8 orang pegang aku. Ada ustaz siap datang nak halau menda tue, katanya ada yang menumpang dari kereta sampai badan. Macam mana dia halau aku tak tanya detail, tapi 2, 3 hari lepas kejadian tue aku masih nampak awek tue duduk atas Gazebo depan rumah aku. Itulah antara pengalaman aku.

Kurt

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Kenapa Awak Tak Berhenti?”

  1. Sbb penulis x layan dia borak, tu pasal la dia masuk badan sbb geram ngan penulis… lain kali layankn aje… hahah (mcm mintak kena lg plk)

    Reply
  2. Errr..kalo aku pun x kan berhenti sbb apa..sbb aku da sure yg jln tu gelap n memang ko sorang je dlm kereta..part yg baca yaasin tu..apa perasaan kamu masa tu..agak2 mesti rasa..aikk da arwah ke time tu..apa pun ko memang tegar sbb bole drive sampai ke umah walau pun scary ada penumpang kat belakang..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.