Kerana Cantik

Assalamulaikum kepada semua pembaca FS. Maaf terlebih dahulu jika penulisan aku ni banyak
kesalahan dan tak seram macam cerita lain. Cuma untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Lain sikit intro, biasalah first time. Haha. Aku tinggal di kawasan perumahan persisiran pantai. Bila tiba musim tengkujuh, boleh tahan bunyi deruan ombak menghempas pasiran pantai, sampai tido pun lena di ulik
deruan ombak. Hahaha kemain ayat aku. Kisah ni terjadi pada tahun 2013, dalam bulan 10 atau 11 tak silap aku.

Kawan kat tempat kerja aku ni tinggal satu taman je dengan aku. Aku namakan dia Piya. Piya tinggal di rumah corner lot. Jadi rumahnya hujung sekali la. Time tu waktu tengah kerja takde, sedap menyembang sebab kerja dah siap, si Piya ni boleh pulak cerita pasal adik dia nampak lembaga kat tepi rumah dia. Dah la masa ni parents aku takde kat rumah, pergi makan angin. Tinggal aku sorang jela kat rumah. Abang & adik aku study lagi. Sebelum tu memang awal-awal mama dah bagitahu yang dia nak pergi jalan makan angin dalam seminggu jugak lah diorang pergi jalan. Aku tak kisah sebab memang parents aku ni tahu yang kami 3 beradik ni jenis yang pandai bawak diri.

Terjadinya kisah pada malam parents aku takda kat rumah. Aku balik kerja pukul 6.30 pm, yela sampai rumah pun dah nak senja. Siap-siap mandi, solat, makan, macam biasalah, perempuan, melepak depan tv layan korea. Habis cerita, aku sambung buat kerja yang customer nak esok. Rajinkan aku. Haaa. Perangai aku pulak, kalau takda orang kat rumah, aku tak suka pakai earfon bila dengar lagu.

Jadi, aku buat kerja sambil dengar lagu, volume tu rasanya dah kuat, tetiba aku dengar bunyi macam tapak kaki orang berjalan depan bilik aku. Aku intai tengok takda pape, yelah mana tahu kot-kot cicak jatuh atas lantai ke bunyi pap kannnn. Aku sambung balik kerja aku. Tengah rajin siapkan kerja, tak sedar jam dah pukul 12 malam, masa tu dengar lagi bunyi macam tapak kaki orang. Aku ignore je,
sebab aku memang letih plus mengantuk.

Esoknya macam biasalah sampai tempat kerja, Piya cite kat aku pasal lembaga yang adik dia nampak tu. Tak silap aku adik dia demam, lepas tu pergi berubat dengan ustaz. Ustaz tu cakap hantu raya. Piya ni boleh usik aku kata, “haaa mak kau takde kat rumah kan…”. Aku sengeh je sampai nampak gigi taring ni. Pada malam tu sampai lah parents aku balik dari makan angin, takda apa yang
pelik sangat, cuma bunyi tapak kaki orang dengan bunyi geseran atas siling jela.

Kejadian yang teruk aku kena, selepas parents aku balik dari makan angin. Malam kejadian tu, aku mengantuk sangat, rasanya masa tu, awal lagi kot, dalam pukul 10 atau 11 malam. Tengah nak lena di ulik mimpi, aku dengar macam orang kene seret atas siling. Aku malas nak ambil tahu sebab aku kalau dah ngantuk, hmmm memang letak kepala terus tido. Tapi malam tu, tak tau kenapa, mata mengantuk tapi susahnya nak lelap. Aduhaiii. Lepas bunyi seret, senyap kejap. Tak lama lepas tu bunyi macam orang berjalan, aku fikir kucing la kot. Sebab aku dah biasa dengar kucing bergusti kat atas siling.

Makin lama makin kuat dengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Aku pikir orang nak pecah masuk rumah, tangan aku dah siap nak dail balai polis hahaha. Tetiba je senyap. Ke pencuri tu tau aku nak
call balai polis haha. Dah senyap, aku pun lega la. Lepas tu bunyi macam orang kene seret, makin lama makin kuat. Aku berzikir, baca apa yang patut. Diam la kejap. Tak sampai 5 minit, bunyi lagi. Kali ni main kasar, bunyi macam orang hempap batu atas siling. Tetiba je aku rasa seram sejuk. Aku berzikir tak berhenti, aku cuba jugak untuk tido, tapi makin lama makin kuat, yang last paling kuat bunyi macam batu besar hempap atas siling.

Ahh masa tu aku tak cakap banyak, terus hangkut semua bantal selimut nak masuk bilik mama.
Kebetulan mama keluar dari bilik, mama tanya, “kenapa? Bunyi apa yang kuat sangat?”. Aku angkat bahu je, sebab muka aku dah lain. Means, memang mama tahu aku tengah takut. Mama tengok atas siling, mama ajak masuk bilik. Masuk je bilik mama, tak bunyi dah bising-bising tadi. Aku cite la kat papa apa yang jadi.

Esoknya aku pergi macam biasa, aku cerita kat Piya pasal aku kena kacau malam semalam, dia kata mungkin lembaga yang adik dia nampak tu kacau aku. Balik kerja petang tu, aku masuk bilik tengok atas siling, kot-kot ada kesan pape ke haaaa. Mana tau kan. Malam tu, mama tanya aku, “nak tidur mana, bilik kakak ke bilik mama?”. Aku decide nak tidur bilik aku jelah, nak tengok malam ni
“benda” tu kacau lagi ke tak. Aku ingat dah tak kacau, yelah, senyap je. Tak sampai 10 minit andaian aku, “makhluk” tu kacau lagi dengan cara yang sama. Tapi bunyi hempakan batu tu lagi kuat. Haaa ni dah melebih. Kecut jugak oiiii.! Sekali lagi hangkut segala bantal selimut lari masuk bilik mama. Letih weh 2 hari kene kacau. Nak tido pun tak lena.

Masuk bilik mama, mama cakap esok dia suruh orang tolong tengokkan dalam bilik tu. Aku iya kan aje. Seperti yang diberitahu mama, lepas aku balik dari kerja, ada orang datang rumah. Aku duduk di ruang tamu je, mama papa tengok je orang tu masuk bilik aku. Selepas semuanya selesai, mama pun cerita lah, yang orang tu kata masa masuk dalam rumah tu, dia rasa lain macam sikit. Dia ada bagi beras, lada hitam suruh tabur dalam rumah tapi jangan sapu dalam masa 3 hari. Aku pun malas nak tanya, kenapa menda tu kacau, nak apa and macam-macam lagi. Aku diam je.

Lepas pada kejadian tu, ada la sedara datang rumah, mama pun cerita lah yang aku kena kacau. Rupanya sebelum hari aku kena kacau, mama dah kena dah. 2,3 hari sebelum aku kena tu, mama cite, tengah sedap tengok tv, tetibe keluar kepala orang dekat lampu dinding
yang dekat tv tu. Seriauuuuuu! Mama pejam mata, mama baca al fatihah, ayat kursi, zikir, macam la. Celik mata ada lagi. Hah! Time tu jugak mama celik mata, mama tengok “benda”tu and mama rasa mama penah tengok bayangan perempuan yang muncul tu. Lama mama pikir masa tu.

Baru teringat yang muka tu sama macam menantu jiran sebelah rumah. Tapi mama diam jela, yelah takut jugak salah main tuduh nanti, berdosa. Sedara aku muka dah lain dah hahahah. Ingat dia senyap, eh tak! Siap tanya, “orang tu cakap apa lepas berubat?”. Mama kata, “menda ni orang punya, dia guna menda ni sebab nak cantik, jadi sekarang mungkin dia tengah pregnant, jadi dia kena lepas menda ni”. Aku senyap diam tak tau nak cakap apa.

Memang 2,3 hari ni aku selalu nampak perempuan tu, memang dia pregnant!. Dalam diam aku pikir jugak, kenapa mesti aku kena kacau. Bukan aku kacau laki kau pun. Nak kata laki kau hensem tu,tak. Kebetulan, kakak ipar dia tu, kerja satu tempat dengan isteri yang datang tengok rumah aku tu. Kakak ipar dia cerita semua lah pasal adik ipar dia ni suka gaduh dengan mil dia lah apa la, amal ayat apa entah. Mungkin ayat nak cantik.

Bersyukur dengan apa yang ada dengan diri kita. Kau cantik ke tak cantik ke, dia terima kau seadanya kan. Jangan sakit diri sendiri nak pakai pendinding semata-mata untuk cantik. Pada semua pembaca FS, ingatlah, nak cantik tak salah, tapi biarlah ada caranya. Nasib la mama aku kuat. Kalau aku, dah lama percah lampu tu hihih.

Sekian sahaja cerita seram yang seberapa ni. Daripada Jiran Sebelah.

Jiran Sebelah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

12 thoughts on “Kerana Cantik”

  1. Huhu.. mmg btul tu.. mak mertua aku pernah cerita, jiran sbelah rmh dia pn pkai mende2 macm ni sbb nk cntik and hasilnya dia dpt kawen laki muda la.. tp mngkn jga jodoh dia da kot. Masa dia nk meninggal dia siap nk bagi lg kt mak mertua aku tu and cakap nanty laki syang. Mak mertua aku tak nak. lpas org tua tu meninggal, menda tu mmg mengaruk2 ganggu jiran2 kt situ semua, mak mertua aku kata xblh tido sbb mende tu main ats siling tiap2 mlm. Lama2 bnda tu mcm beransur hilang mngkn da jmpa tuan baru ke atau ada jiran lain y halau ke. Org tua tu ada je anak2 tp sume ank2 dia pn xnk mende tu. Xslap aku, skrg ada sorg ank dia tnggl dlm rmh tu, dia mmg berani la sbb blh tahan gangguan tu. Ank dia ni prmpn and da kawen, mmg tabah la dia hdap mende tu masa awl2 gangguan tu.

    Reply
    • Fasha Sendat ngan Ka Nora sikit punye cun bergetah koottt…
      Tp klu takdir Allah suami tu nk tinggal, die tinggal jugak kan…
      Ghamai jer yg rupe fizikal x seberapa tp suami syg smpi akhir hayat kaannn…

      Reply
      • Tu kate semua takdir Allah…
        Cantik ke x cantik bukan penentu…
        Ni dhlar kang berdamping, pastu udahnye jodoh x berpanjangan gak…
        Naya diri sendiri jer plak nk nanggung benda tu…
        Berdoa jelah pd Allah…
        Moga dibagi jln hidup yg terbaik mengikut perkiraanNya…

        Reply
  2. Meh nak share petua nak cantik.. Tpi kna amalkan hari2 mak kita amalkan petua ni.. Rmai kwn2 sekolah dia dtg umah siap puji mak kita kata nampak muda la~
    Siap tanya lgi apa rahsia mak kita,rahsia dia simple je.. Masa tgh basuh beras tu,air basuhan beras tu jgn buang,letak la dlm cwn ke apa2 bekas kan.. Pstu nnti air tu kau basuh muka kau dgn air tu. Dan jgn bilas dgn air biasa lepas da basuh muka dgn air beras tu. Amalkan la tiap2 kali nak masak nasi. Dripda kau buang air basuhan beras tu baik kau simpan buat basuh muka kau. Cantik pon dapat tau.. Cubala! kalau nk nampk muda mcm Che Tah bergetah ahaii~

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.