Kerana Dendam – Mulanya di sini.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt semua..Hai..Nama aku Ilma Irdina. Bertahun aku menjadi pengikut setia ruangan FS ini sehingga addict. Terlalu taksub.. Tetapi ketaksuban aku ini sebenarnya membawa kepada terbukanya banyak pintu-pintu rahsia yang aku tak tahu selama bertahun- tahun ini.

Aku pernah sakit dahulu. Atas sebab-sebab paranormal dan mistik. Tapi tidak berkesempatan untuk menulis. Jadi kali ini, cuti sekolah bermula disebabkan C19, bekerja dari rumah, badan pun beransur sihat maka aku ambil peluang untuk membuka balik beberapa cerita mengenai diri aku. Semuanya adalah pengalaman sebenar dalam hidup aku. Dan sebenarnya bersambung kait untuk setiap peristiwa.

Aku mulakan cerita dengan perkenalan seorang lelaki dari salah sebuah negeri di Pantai Timur yang ketika itu dia masih menuntut di IPT di Johor. Dan aku juga ketika itu menuntut di sebuah IPT di Serdang.

Aku sebetulnya tak sedar bila benda ni jadi. Tapi yang aku tahu hubungan aku mula panas selepas aku mengikut tunang aku balik ke kampung halamannya. (Bertunang setelah setahun kenal) Hubungan kami sebelum ini baik, jarang sangat bergaduh tapi entah mana silapnya, hubungan makin panas dan tak sealiran sampai dia berani naik tangan kat badan aku. Pelik juga, sebab jauh rindu, bila dekat tak sebulu.

Aku pun tak tahu kenapa bila jumpa tu perbualan yang hanya biasa antara aku dengan dia boleh jadi panas. Hal kecil pun boleh jadi besar. Aku boleh tinggikan suara walaupun lepastu aku sendiri terkejut, “dah kenapa dengan aku ni”?

Yang buat aku sakit hati bila dalam tempoh bertunang tu dia banyak kali kantoi berskandal dengan perempuan lain.

” Siapa perempuan ni? Baik awk cakap dengan saya!” Aku genggam telefon dia sebab tercatat banyak nama perempuan lain dalam call log.

“Bukan siapa pun, kawan satu tempat kerja je tu.”
Sambil betulkan cermin mata telefon tu dia rampas balik dari tangan aku.

“Kenapa buat saya macam ni? Kita dah tunang. Tak boleh ke setia dengan saya? Saya cuma akan percaya bila awak sanggup junjung Al Quran!”

Aku tahu tindakan aku tu seolah-olah bermain dengan kalam Allah. Tapi aku paksa juga dia. Aku suruh dia memandu dalam kawasan masjid dekat rumah aku dan kucup Al Quran kalau betul dia tak buat. Dia buat apa yang aku suruh. Ya, mungkin nak puaskan hati aku, nampak sangat dia buat dalam keadaan terpaksa sebab masa tu aku dah mengamuk sangat sambil mata sembab sebab banyak menangis.

Aku ingatkan benda tu habis di situ, takut bila dah bersumpah dengan Al Quran, tapi memang dasar tak boleh percaya. Benda ni berlaku berulang kali. Bila dah jadi banyak kali aku mula tawar hati. Sayang jadi benci.

Satu hari masa jumpa tu aku campakkan cincin tunang tu balik pada dia.

“Ambil balik cincin awk ni! Saya tak nak kawin dengan orang yang tak setia!”.

Dia terkejut, pujuk aku. Tapi masa tu hati aku dah betul-betul tawar. Badan aku sebenarnya dah mula sakit- sakit masa ni. Aku mula batuk- batuk.. Dada sakit. Mimpi yang bukan- bukan. Tapi aku abaikan. Sebab masa tu aku tak ambil kisah sangat mistik- mistik ni. Mungkin stress. Betapa husnudzonnya aku.

Dipendekkan cerita, mak dia datang ke rumah mak ayah aku untuk kembalikan cincin dan sambung semula pertunangan.

Katanya anaknya sayang aku lagi. Aku bertunang dengan dia lama, 2 tahun sebab aku minta untuk bagi aku ruang berbakti dekat mak abah aku dulu sebelum kahwin. Alhamdulillah dia setuju. Yela..Dia kena faham. Aku dah dapat kerja guru, bertunang pula masa tengah belajar atas sebab dia yang mendesak. Kami orang susah dan aku anak sulung. Dalam tempoh setahun aku mula mengajar, aku dan adik aku buat pinjaman peribadi dan buat rumah yang selesa dan cantik untuk mak abah. Apa yang mak abah tak merasa dulu kami belikan. Dah senangkan mak ayah baru aku mulakan persiapan untuk majlis kahwin. Lepas hajat aku. Terima kasih Allah.

Terus terang, banyak sangat dugaan ketika bertunang ni. Kalau tak kuat, boleh putus. Aku ambil risiko berkahwin dengan dia dengan harapan dia berubah. Aku tawakkal masa tu.

Dalam tempoh itu juga, bergaduh tu memang jadi asam garam kami. Tak sehaluan usah dikenang. Kerap dia pukul aku, tapi tak pernah sekali aku bagitahu mak ayah aku. Macam kucing dengan anjing. Susah nak capai kata sepakat. Dia kata A, aku kata B. Tapi kuasa Allah, kami berkahwin juga.

Selepas berkahwin, makin kerap aku mimpi buruk. Masa tu aku PJJ dengan suami aku. Dia menetap di sebuah kuarters baru di Putrajaya. Kami dah bekerja masa ni. Aku pulak mengajar di Kepong. Ikutkan memang tak jauh. Tapi disebabkan aku ni tak mahir memandu dalam kota serba sibuk seperti di Lembah Klang walau lesen sudah ada, aku tak berani nak berulang alik. Jadi kami hanya berjumpa hujung minggu.

Gangguan yang aku alami makin teruk bila tidur rumah suami. Apa yang aku pelik, minggu lepas aku dah bersih daripada h**d. Aku jejak je kaki ke rumah suami aku, terus period.

D***h yang datang bukan d***h period tapi d***h merah yang hidup. Banyak pulak tu. Benda ni berlarutan berbulan- bulan. Bersih 2 minggu period balik. Bukan aku je stress, suami aku lagi la stress.

Tapi yang aku perasan, aku jadi sangat tak tenteram bila nak balik kuarters tu. Seram dia lain macam. Perasaan dia bila waktu nak pergi ke sana sangatlah tak seronok. Rasa suram. Bila pagi aku rasa seronok..tapi bila matahari condong selepas waktu zuhur..hati ni jadi tak tenteram dengan suasana rumah tu. Aura dia lain sangat.

Aku tak nak detailkan kuarters mana di Putrajaya tu, tapi sebelum nak sampai ada satu bulatan yang menghala ke kuarters suami aku tu. Yang menurut kata kawan suami aku yang pernah datang dan boleh nampak, ada benda yang duduk kat bulatan tu, kira kereta lalu lalang. Tak kira siang atau malam.

Bila aku nak datang je sana masa lalu bulatan tu memang aku tutup mata.Terngiang-ngiang apa yang suami aku bagitahu.

Pernah satu malam, aku sampai lambat dari Kepong. Memang aku naik tren dari Kepong ke Putrajaya.Sampai di Putrajaya Central suami aku akan ambil.

Malam tu sampai je Putrajaya suami aku ajak makan dulu sebelum balik. Lepas makan kami bertolak balik ke rumah. Hati aku macam biasa, tersangatlah tak tenteram. Waktu tu jam dekat 10 malam. Kuartes suami aku ni sebelah bukit besar. Sebalik bukit sana tak silap aku Sungai Merab, Bangi masa aku search tengok peta di google map.

Memang bukit tu besar, puncak bukit tu sama aras dengan rumah suami aku yang aras 18 ni yang view dia mengadap hutan dan bukit. Bila malam memang sunyi, gelap dan suram.

Bila sampai di kawasan kuarters, suami aku cari parking di basement. Penuh. Sebab dah lewat malam kan. Jadi terpaksalah parking luar bangunan. Tahap penakut aku ni, keluar kereta memang tak toleh kiri kanan.

Masa nak ke atas, kami terpaksa lalu satu taman permainan sebelum sampai di lif. Aku tak tahu kenapa, mata ni walaupun penakut gatal sangat nak tengok playground tu.

Suami aku pulak bukan main laju jalan tinggalkan aku kat belakang. Tengah melajukan kaki melangkah, aku nampak salah satu dari 3 buaian tu berayun. Seolah-olah ada budak main, tengah berayun laju terus melenting melompat tinggalkan buaian yang tengah berayun. Macam tu la.

Aku cakap dalam hati, ” Ehh..kenapaa??? Err..mungkin budak tu anak-anak jiran rumah bawah ni yang main lepastu mak dia panggil balik.” Bijak pulak aku berkronologi. Nak sedapkan hati kononla..haha. Sambil mata melilau mencari-cari ‘budak’ yang aku imagine kan tadi.

Tapi tak ada nampak tanda- tanda ada budak- budak main sebab sunyi kot masa tu. Pintu-pintu rumah bawah pun aku tengok tertutup rapat. Aku lajukan langkah menuju ke lif. Buka saja pintu lif aku menonong masuk. Terkejut la sikit suami aku.

Aku tak cerita kat dia. Baca je ayat suci dalam hati walaupun aku uzur masa tu. Sampai rumah aku terus on rukyah. Memang itu rutin aku kalau datang kuarters tu. Rasa selamat sikit.

Suami aku tanya kenapa muka pucat sangat. Aku cakap esok aku cerita. Aku ajak dia temankan aku mandi. Rumah dahla besar, kami berdua je.

Untuk pengetahuan korang, aku dengan suami tak tidur bilik master. Kami pilih bilik pertama dari ruang tamu sebab bilik master tu jauh ke belakang. Suram, sunyi. Aku lebih aman tido bilik depan tu.

Bermula malam itu, pelbagai lagi kejadian aneh yang berlaku pada aku. Pagi tu aku cerita kat suami aku, aku nampak buaian berayun, tapi tak nampak budak yang main tu.

” Alah..angin tu..” Acuh tak acuh suami aku jawab.

” Angin, tapi kenapa yang tengah tu je berayun bang?”

Diam suami aku. Jenis dia malas nak layan benda- benda remeh macam ni.

Aku tak faham, boleh dia duduk rumah ni sorang- sorang. Kalau aku, memang tak la…

Aku ni kalau masak untuk makan tengah hari memang awal. Pukul 10 tu mula dah kerja aku di dapur.

Hari tu kami tak kemana- mana. Duduk rumah..mengemas rumah.

Malam tu aku kemas- kemas dapur. Mesin kain baju. Mesin basuh letak di luar lobi dapur. View dia mengadap hutan dan sayup-sayup nampak blok sebelah yang dipisahkan dengan parking kereta dan gelanggang badminton.

Masa tu jam 11 lebih. Aku pesan kat suami, tolong tunggu kat ruang tamu. Jangan masuk bilik tinggalkan aku sorang kat luar ni. Aku nak selesaikan sikit lagi kerja.

Jenis aku, aku akan tidur dengan aman bila dapur dah clear. Means singki dah bersih, kain dah basuh, lantai dah sapu dan mop. Sebab aku nak bangun pagi nanti mood cantik, tenang sebab rumah dah clear dan bersih.

Sementara aku menunggu kain siap dimesin, aku kemas sinki, susun pinggan mangkuk, tiba- tiba aku dengar bunyi orang mengetuk lantai/kabinet rumah atas ni dengan hujung kayu. Bukan batu lesung okey. Aku pelik, apa benda orang atas ni bertukang malam- malam?

Lama juga bunyi ketuk- ketuk tu.

Tak lama lepastu… “Tikk…tik..tik…” Bunyi guli berterabur. Lepas 5 ke 10 minit bunyi macam ditabur balik. Dengan bunyi perabut dialih- alih.

“Ehh…bizi betul jiran atas ni. Dah macam tak ada esok”. Aku cakap dalam hati. Dalam masa sama aku perasan dari ekor mata nampak macam kelibat. Toleh tak ada pulak suami aku kat belakang. Aku panggil tak menyahut. Aku ke depan, tengok ruang tamu kosong. Sah suami aku dah masuk bilik tinggalkan aku.

Dalam takut aku geram sangat. Berkali aku pesan, memang sengaja.Nak menangis pun ada.Sampai hati dia….

Cepat2 aku tutup pintu balkoni belakang yang menempatkan mesin basuh dan ampaian, lap tangan, lampu aku tak tutup terus melenting berlari ke bilik. Sebab aku dapat rasa, yang mengetuk dan buat bunyi- bunyian tu bukan manusia. Sebab setahu aku aras atas, yakni aras terakhir ni(tingkat 19) cuma ada 4 unit rumah berbanding aras kami ada 6 unit rumah. Dari 4, hanya 2 unit sahaja yang berpenghuni. Dan kata suami aku, unit atas rumah kami ni kosong! Seram sejuk aku.

Dan masuk je aku ke bilik seperti yang diduga, lena sungguh suami tidur, siap berdengkur..Sedangkan aku? Sorang- sorang di dapur. Malas nak bising, aku tarik selimut, baca semua yang aku tahu. Wuduk pun aku tak sempat ambil sebelum tidur. Takut nak ke tandas kat luar bilik.

Esoknya aku ajak suami naik atas, check rumah atas selepas aku cerita hal bunyi dan kelibat semalam. Aku nak pastikan ada orang atau tak. Kami gunakan tangga sahaja. Memang sejuk aras 19 ni.. Angin memang kuat and guess what? Rumah tu grill berkunci baik punya. Segala pamplet, kertas- kertas iklan bersepah di lantai yang penuh dengan najis cicak. Cepat- cepat aku ajak suami turun. Jadi memang sahih tak ada manusia menghuni rumah ni. Taubat aku nak naik aras atas ni lagi.

Okeylah.. Ini pun dah panjang sangat. Kalau ada permintaan aku sambung lagi kisah di kuarters Putrajaya ni dan kisah aku mulakan rawatan. Ini baru titik mula kepada kisah mistik aku..

Yang baik semua dari Allah Swt.

Husnudzon..Sabar, Redha dan Bersyukur.

#AllahJagaKita

ilma Irdina~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ilma Irdina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.5]

9 thoughts on “Kerana Dendam – Mulanya di sini.”

  1. Mmg kuarters smua mcm tu..dlu sy pn slalu bunyi kerusi alih tmpat lain2,kdg2 bunyi org tumbuk lesung n bunyi guli.mlm2 msti dgr bunyi2..tapi x nmpk apa2 slma sy ddk kt kuarters tu..alhamdulillah la..klu nmpk mmg xnk ddk kt kuanters tu lg..seram plk😄..mjur la akk n abg ipar cpat2 pndah rumah bru dia..klu x hri2 kena kcau .dpt2 plk dgr berita jiran kt kuanters exsiden 4 branak mninggal tnggl ank dia sorg jer yg hdp..klu x pindah mgkin byk kena kcau2😁..tpi slma ddk kt kuanterst kena kcau bunyi2 jela..mjur x pikir apa2..rumah pn kecil jer..kdg2 rsa tkot pn ada..yg kena kacau akk sy n mak sy yg paling teruk dia kena kacau..mlas nk cerita2 byk..itu jela nk karang…😁

    Reply
  2. Sambung tau…, saya pun pernah mengalami sakit mistik pada tahun lepas. Betul-betul pada Hari Raya ke 6, hampir 5 bulan menderita. Alhamdullillah kini beransur pulih.

    Reply
  3. Sis..kalau duk rumah better pasang al-baqarah dan al jinn..jangan buka ayat2 ruqyah sebab benda2 tu akan terkesan.Kalau duk sorang, jenis orang macam sis ni bahaya. kang kalau jadi benda yang tak diingini takda orang nak handdle. ruqyah ni orang baca kalau nak berubat. biasanya ustaz atau perawat islam gunakan ayat ruqyah untuk melakukan rawatan pemulihan.

    Reply
  4. Ilma, aku dh baca cerita ko satu lagi (hal bersihkn rumah). Pada penilaian aku, ko ni ada anxiety. Hati2 bila ko buat kesimpulan. Jgn cepat nk salahkn suami. Mungkin salah ko sendiri. Dan jangan salahkn diri ko juga. Ini semua takdir. Kalau ada tak puas hati cepat2 istighfar dan bawa berunding dgn suami. Selalu baca AlQuran atau zikir sebagai pendinding.

    Reply
  5. byk kali sgt baca cerita hantu rumah atas dengar org main guli.

    mungkin ni identiti atau cara kacaunya, main guli.

    selawat, istigfar bebanyak. moga2 takde kekacauan dah.

    tasbih nabi yunus dulu ada org ajar boleh hentam jin2 hantu ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.