Kerana Dengki?

Bismillah dan assalamuaikum pembaca FS. Aku harap cerita yang aku sampaikan ini akan menjadi teladan buat semua. Cerita aku ni tak ade perencah tambah maggie mcm dalam iklan tuh memang orginal dari pengalaman aku sendiri. Nama aku Ash dan aku seorang perempuan k. Ok kali ni aku cuba beranikan diri untuk menaip kisah menimpa keluarga aku tahun lepas.

Ok untuk memudahkan korang faham cerita aku, ayah aku berkhawin 2 ( jgn kecam k). Bini pertama aku panggil Ma dan bini ke dua aku panggil Bonda. Bonda mak aku dan Ma mak tiri aku tapi kitaorang hidup bahagia je tak ade bergaduh macam drama TV3 setiap pukul tujuh tu. Kejadian ni berlaku masa sebulan atau dua bulan sebelum aku SPM. Masa tu aku tak pasti cuti apa tapi masa tuh memang Ma dan abang-abang tiri aku ada balik dekat negeri pantai timur yang aku dan Ma menetap. Oh lupa nk bagi tahu Ma dan abang-abang aku duduk KL, aku dan bonda duduk negeri pantai timur. Semua family aku asal negeri pantai timur cuma Ma dan abang-abang aku duduk KL sebab memang diaorang membesar dekat KL.

K back to story, adalah satu hari tuh ayah aku ajak kawan dia mari rumah ajak makan-makan sebab ayah aku jenis suka memasak untuk kawan-kawan dia almaklumlah bekas chef mestilah boleh memasak. Kawan ayah aku mari rumah aku dari pagi balik dekat margrib masa tuh memamg letih gile, tapi tak apalah tak salah meraikan tetamu. Memang jadi satu kewajiban dlm keluarga aku waktu margrib dan isyak kene solat berjemaah.

Masa hari kejadian tuh aku dan Ma ditakdirkan tak boleh solat kire ABClah. So tinggallah bonda aku solat sorang-sorang sebagai makmun perempuan sebab adik beradik aku 6 lelaki dan aku sorang je perempuan. Sementara orang tengah solat aku dengan Ma kemaslah apa yang patut dekat dapur . Masa bonda tengah solat aku perasan bonda kerap sendawa tanpa henti orang kata ada angin dalam badan. Tapi bonda memang akan sendawa setiap solat, aku perasan bonda mula sendawa tanpa henti bila solat sejak seminggu yang lepas. Tapi masa tuh mind set aku cakap angin banyak sangat kot sebab tuh sendawa tanpa henti.

Lepas siap solat margrib memang ayah akan suruh semua duduk berzikir dan baca surah lazim sebelum berdoa.Harituh ayah aku baca surah lain dari biasa masa tuh bonda aku dah panas dia terus lari masuk bilik. Bonda aku masuk bilik dia hempas pintu bilik kuat-kuat macam tengah mengamuk. Ayah aku macam hairanlah kenape bonda aku lari sedangkan surah yang ayah aku baca tuh surah yang bonda aku selalu amalkan.

Ayah panggil aku suruh tengok-tengokkan bonda. Aku yang baru siap mengemas dapur ni dengan redonye pergilah jenguk bonda kesayangan aku. Tapi dia duduk berkurung dalam tandas katenye nak muntah dan suruh aku panggil ayah untuk tolong tengok-tengokkan dia. Aku dengan lurus bendulnye pergi panggil ayah yang bonda aku nak ayah aku pergi tengok-tengokkan dia. Lagilah ayah aku hairan sebab bonda aku tuh bukannye jenis mengada-ngada nak perhatian.

Lepas ayah aku masuk bilik dia aku pun masuklah bilik aku. Bilik aku dengan bonda dan ayah bukannye jauh sangat sebab pintu bilik aku mengadap pintu bilik ayah dan bonda jer( see memang dekat sangat). Jadi disebabkan bilik aku paling dekat dengan bilik bonda dan ayah aku boleh dengar suara bonda aku muntah masa tuh aku berdoa dalam hati janganlah aku dapat adik lagi aku dah tak sanggup nak jaga ( hahahhaa memang jahatlah pemikiran aku masa tuh). Lepas suara bonda aku muntah senyap aku ingatkan dia dah okey rupenye sangkaan aku jauh meleset dari situh detik permulaan kisah bonda aku kene rasuk. Masa tuh aku terdengar suara perempuan menjerit macam suara budak-budak menangis nak coklat dan masa tuh aku sangka anak saudara jiran aku yang menjerit rupenye bonda kesayangan aku.

Aku baru keluar bilik nak tengok dah nampak ayah aku angkat bonda aku keluar dari bilik dalam keadaan menjerit dan menangis. Masa tuh zap hati aku panas macam aku benci tengok kewujudan bonda aku. Masa bonda aku duduk menjerit menangis semua org keluar dari bilik tengok apa terjadi. Ayah letaklah bonda dekat ruang tamu depan bilik aku masa tuh, dia duduk menjerit sakit panas sakit panas sambil duduk meniarap macam gaya nak berenang dalam air. Padahal masa tu mane ade air dekat situ aku hairan jugak mase tuh kenape dia nak buat gaya berenang.

Aku yang duduk menahan geram tuh cuba duduk dekat dengan bonda untuk tenangkan dia. Masa tuh aku dengan Ma jer berani dekatkan diri dengan bonda yang lain semua takut terus duduk belakang ayah. Ayah aku bacalah satu surah ni ( aku tak pasti surah apa sebab tak dengar jelas sangat sebab suara jeritan bonda nyaring sangat) untuk tenangkan bonda aku dia makin menjerit adelah. Dia jerit “panaslah bodoh!! ” aku masa tuh macam uish ni memang bukan bonda aku dah sebab bonda aku tak akan keluarkan kata-kata kesat macam tuh.

Ayah aku masa tuh bersabar lagi dia teruskan bacaan surah tuh sampai habis. Kali ni dia menangis pulak sambil cakap ” aku sakit dada ni janganlah buat aku macam ni ” hah sudah berubah jadi lain pulak. Aku yang cuba tahan sabar terus hilang sabar.Aku masa tuh tengah pegang tangan bonda. Aku bangun masuk bilik, aku pun capai kain tuala kecik untuk aku lapik masa ambik al quran. Aku terus keluar bilik dengan Al quran dekat tangan terus terekam nak tonyoh Al quran tuh dekat dada bonda aku. Tapi abang aku yang kedua cepat-cepat tahan aku dari berbuat demikian. Dia peluk aku suruh bertenang, masa tuh aku macam hilang akal sekejap. Ayah aku suruhlah abang sulung aku pergi dekat dapur ambik air bacaan yang dah di bacakan ayat lazim dan isikan dalam botol sembur racun serangga.

Lepas isi air lazim dalam botol sembur racun serangga (botol tuh baru lagi jadi rancun tak sempat rasmi lagi botol tuh) abang sulung aku bagilah botol tuh dekat ayah aku dan dia pun bangun sembur air tuh seluruh badan bonda dan bonda sekali jerit ” aku sakitttt aku panassss”. Bonda meronta minta dilepaskan tapi Ma masih setia tahan bonda dari terus mengamuk. Aku masa tuh macam dah waras sikit terus pergi terkam pegang kaki bonda. Takut dia tendang ayah aku yang tengah sibuk sembur air dekat dia.

Lepas habis sembur air tuh bonda tak sedarkan diri ayah aku terus suruh abang aku yang sulung untuk hidupkan kereta nak bawak bonda berubat dengan ustaz dekat kampung sebelah. Lepas siap hidupkan kereta dan parking depan rumah aku,ma,ayah dan dua orang abang aku angkat bonda nk bawak masuk kereta. Masa tuh pergh berat nak mampos bonda. Macam mane orang yg berat badan 60+ KG boleh jadi berat badan mcm 150+KG. Tapi kami semua gigihkan diri jugk nak angkat bonda masuk kereta. Kali ni baru sampai depan pintu rumah bonda mengaum macam harimau, aku dalam hati masa tuh “ah sudah jadi harimau pulak kali ni”.

Sampai depan pintu berat badan bonda makin bertambah macam jadi 200+ KG. Aku hampir terjatuh tangge masa tuh sebab tak mampu nk tampung berat badan bonda. Lepas 15 minit berhempas pulak angkat bonda aku masuk rumah ambik al quran terus keluar. Masa tuh ayah nak kedua dua abang aku ikut dia dan aku dan ma duduk rumah. Eh memang taklah aku nak duduk rumah buat silapnye mende alah tuh kacau tak ke menangis aku dan ma dahlah dua-dua tak boleh solat bukannye boleh baca surah apa-apa kalau mende alah tu kacau. Aku pun berkeras biar aku dan Ma ikut abang aku jaga adik-adik aku dekat rumah. So disebabkan ade alasan munasabah aku dan Ma ikut ayah abang-abang aku jage adik-adik.

Ok part dalam kereta aku berlawan dengan benda dalam badan bonda. Masa baru masuk kereta bonda cuba nak larikan diri sebab pintu kereta terbuka masa tuh tapi tak sempat sebab aku rempuh bonda suruh masuk kereta. Masa tuh perasan sakit hati mari balik aku jadi aku jadi kejamlah sikit. Lepas rempuh bonda aku suruh masuk kereta aku pun tolak bonda ke hujung pintu alik kiri macam mak bawang yang kejam. Masa tuh aku macam dah tak ade rase sayang dah dekat bonda rasa benci sangat-sangat. Lepas tolak bonda aku pun masuk kereta dan terus tutup pintu, masa tuh aku dengar bonda cakap “sakitlah Ash jangan buat macam ni” aku pun macam ya Allah ape aku dah buat. Aku baru nak peluk bonda terus Ma dan ayah masuk kereta. Tak sempat aku nak peluk bonda ayah dah pecut kereta dulu memang terpelantinglah aku yang kurus macam papan ni bile ayah pecut mengejut.

Lepas aku rempuh bonda, dia tak sedarkan diri bila nak turun bukit dari rumah aku, dalam samar kegelapan aku nampak bonda duduk bersila atas lantai kereta sambil tangan menjulang ke atas lepas tu cakap dalam bahasa thailand aku pun tak faham apa benda alah tuh duk jampi tapi memang tegak bulu roma aku dengar. Lepas dia perasan aku tengok dia gelak-gelak lepas tuh tunjuk-tunjuk dekat aku sambil cakap thailand. Aku dalam hati ” ah sudah janganlah benda ni cuba nak kendurikan aku pulak “. Aku tempislah tangan bonda aku dari terus tunjuk-tunjuk dekat aku lepas tuh dia gelak lagi dekat aku. Aku masa tu dah rasa seram sejuk tapi aku kuatkan diri dan hati tak supaya tak terlalu layan perasaan takut tuh.

Baru nak keluar sempadan kampung aku suara bonda makin nyaring bercakap thailand, aku terus buka youtube cari ruqyah dan pasang ruqyah letak tepi bonda. Korang tahu ape jadi? Dia gelakkan aku adelah ooo mentang-mentang aku tak leh nak baca dia gelakkan aku. Aku masa tuh dah panas hati so aku pegang kepala bonda dan ikut bacaan ruqyah yang aku pasang tuh dekat telinga bonda. Lepas tuh dia tolak aku sampai terpelanting dekat pintu kereta boleh tahan sakit kepala aku. Aku bangun ambik Al quran terus tonyoh dekat dada bonda, dia terus tampar aku sampai terpelanting kaca mata aku. Aku macam ni dan lebih ni so aku tolak bonda dekat pintu kereta lepas tuh ambik tangan bonda yang cuba nak tampar aku sekali lagi dan ikat dengan kain tuala kemas. Lepas kene ikat tangan bonda terus tak sedarkn diri.

Masa kena ikat tangan bonda still bergerak tapi kali ni pergerakkan tangan bonda macam pergerakkan tangan penari thailand yang nak menyembah berhala time ade perayaan tertentu tuh. Tapi dia tak bercakap dah bahasa thailand mungkin give up sebab tak ade seorang pun yang faham apa yang dia cakap. Tuhlah sape suruh cakap bahasa aku tak faham cuba cakap jepun ke cina ke barulah aku faham ni tak duduk cakap bahasa thaiand yang berbelit lidah tuh. K back to story, ma cakap dekat aku dahlah bergaduh dengan tuh tapi masalahnye mende tuh yang duduk kacau aku dekat belakang ni (emoji menangis ). So bile dah bonda senyap boleh lah ayat pecut laju lagi untuk cepat sampai. Ayah senyap je sepajang aku bergaduh dengan bende alah tuh.

Klah sampai sini dulu aku cerita,nanti aku smbung tulis part 2 takut korang bosan je baca cerita aku sebab panjang sangat. Harap korang sukalah baca cerita aku nanti dekat part 2. Aku akan cerita macam mana keadaan bonda aku masa berubat dan sesi dialog aku dengan benda alah tuh. Bye assalamuaikum.

Hantar kiisah anda : fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Kerana Dengki?”

  1. harapnya bukan plot twist dengki dari keluarga sendiri untuk part 2. seram cerita2 macam ni. apapun menunggu sambungan cerita.

    Reply
  2. Tal payah sambung la dik… tema tu menarik cuma gaya penulisan tu meleret la.
    Contohnya:
    Bilik aku dengan bonda dan ayah bukannye jauh sangat sebab pintu bilik aku mengadap pintu bilik ayah dan bonda jer( see memang dekat sangat). Jadi disebabkan bilik aku paling dekat dengan bilik bonda dan ayah aku boleh dengar suara bonda aku muntah masa tuh aku berdoa dalam hati janganlah aku dapat adik lagi aku dah tak sanggup nak jaga ( hahahhaa memang jahatlah pemikiran aku masa tuh..

    Ko pendekkan macam ni;
    Bilik aku dengan bilik ayah dan bonda berhadapan anatara satu sama lain oleh itu, jelas kedengaran ditelinga aku, suara ibu muntah. Terdetik dalam hati aku, janganlah aku dapar adik lagi..

    So kalau ko nak sambung, baiki penulisan kau. Kalau tak xyah la…

    Reply
    • Ye aku stuju.. Dok meleret2.. Last2 nk wat part 2..kalau tak meleret mesti da bole habis kan.. Da la over, nk tekup bonda ngan al-quran la, bergaduh dgn bonda la.. Ntah ape2..

      Reply
  3. Al quran bukan untuk ditonyoh2… Kenapa buat Al quran sampai macam tu.. Bertaubatlah.. itu bukan kesalahan yang enteng..

    Reply

Leave a Comment