Kerana Kedegilanku

Terima kasih admin kerana sudi post cerita saya. Dah kali ke empat saya mengarang. Saya minta maaf kalau ade cerita saya yang tak menarik. Teringat ketika ini , tiga sekawan & warden dan yang ketiga officeku.

Kepada yang memberikan komen2 korang terima kasih bagi feedback. Ini adalah kisah yang sememangnya terjadi dalam hidup saya. Dan sekali lagi nama saya Ila. Moga korang terhibur kisah2 ku.


Kisah ini adalah kenyataan yang hadir dalam hidup Ila sendiri.

…..Jam menunjukkan pukul 9 malam. Tetapi aku masih lagi di perpustakaan meneliti assignment ku yang tak siap lagi. Nak balik ke rumah untuk buat tapi aku tahu kalau pulang ke rumah memang aku akan terus lelap. Oleh kerana tu, aku masih lagi cuba untuk teruskan menghabiskan assignmentku…

Jam menunjukkan pukul 11 malam…. “adui dah pukul 11, nak balik rawang ambil mase satu jam. Nak ikut highway ataupun ikut templer ek. Hmm….” hati ku tergetus rasa kesal kerana tak alert dengan waktu. Kalau nak diikutkan aku kena balik awal lagi dari waktu sekarang, sebab aku naik moto. Haishh.

“Kak ikut templer park aku takutt. Banyak sangat cerita2 mistik terjadi dekat situ. Nak ikut highway, gigih pulak bawa moto jauh2. Allahuakbar. Pening palo den.” aku ngomel sengsorang sambil tangan aku menari laju mengemas buku dan komputer ribaku.

Aku mulai teringat 1 kisah yang terjadi ditempler park yang pernah aku dengar…….

Aku dengan ibu ku lepak santai dihalaman rumah. Ketika tu.. “kakak, kau nak balik lalu templer park jangan lewat sangat.” ibu ku memberi amaran kepadaku. “kenapa pula ibu? Saya okay jeh balik lewat. Saya alert lah lori ke ape.” aku memberi alasan agar ibu tak risau.

“ibu tak kisah pasal tu. Tapi kau ni senang jeh nampak benda2 mistik ni. Jangan lah lewat sangat balik tu. Kesian dkt diri.” ibu ku menerangkan lagi. “kenapa ape yang tak kena dengan templer park tu?” aku mulai ingin tahu, walhal aku ni agak penakut jugak.

“semalam ade ustaz dekat kampung kita ni dia bawa kereta kancil. Dia memang kerap balik lewat sebab dia ade urusan dekat kl tu. Ade satu hari tu, ustaz tu susur ke templer park tu. Lepas tu dia nampak ade seorang perempuan tengah berjalan tiba2 dia menghulurkan tangan untuk menumpang. Dengan perlahan ustaz tu berhenti dan berasa kesian, jd dia berhenti secara perlahan untuk tengok siapa gerangan itu.” ibu memberhentikan kata seketika.

“lepas tu ibu?” aku mulai rase teruja nak tahu kisah itu. “lepas dari ustaz tu berhenti, dia terus turun kan tingkap, tiba2 ustaz tu terkejut kerana seseorang yang dia nak tumpang kan tu SESEORANG. Kerana makhluk Allah yang dia tengah tengok waktu tu tanpa wajah. Tetapi kerana dia yakin dengan kuasa Allah, dia bukakan pintu untuk berikan “seseorang” tu masuk. Tetapi tahu lah bila kereta pak ustaz ni pasti saje ade ayat2 surah. Ketika dia buka pintu, benda tu terus hilang….”

Aku terus meremang dengar ape ibu cakap. Rase macam uish beraninya ustaz tu. Tapi nama pun ustaz ofcourse berani.


Tersentak aku apabila telefon aku berdering, lantas aku tengok phone nama ibu ku muncul. “Allah panjangnya umur ibuku.” aku terus tersenyum gembira. “kakak dekat mana? Tak balik lagi ke? Kalau lewat tidur jela rumah kawan ke ape..” ibu terus membebel kerana risau untuk aku pulang lewat malam ni.

“takpe saya nak balik dah. Malas lah tidur rumah orang. Baik tidur rumah. Okay lah saya nak gerak ni. Assalamualaikum. I love you.” aku cube mengelak untuk ibu teruskan bebelan nya bukan kerana tak sayang. Tapi aku nekad balik. Kalau tak jumpe ibu aku takboleh walaupun sekarang ni aku terpaksa duduk kl sorang kerana jauh untuk ulang alik ke kerja.

Setelah tamat panggilan aku teruskan perjalanan. Entah kenapa niatku yang berbelah bahagi tadi dah hilang entah kemane bila aku dengar suara ibu. Aku nak balik macam mana sekali pun walaupun jalan templer park. Setelah aku melintasi jalan di selayang, aku melihat jam tanganku. 12 tengah malam. Tertelan airliur ku seketika. Rase kesal menjelma. Macam mana aku nekad juga ikut jalan ni. Tapi aku baca ayat kursi dan alfatihah dan terus perjalanan.

Aku ingatkan takkan ade yang mengacau ku setelah aku bace ayat pendinding. Tapi sangkaan aku meleset. Sampai naik bukit tu tetibe moto aku rase berat. Walaupun aku buat gear 1 pun berat dia tetap terasa. Nak naik sampai atas tu memang jenuh. Aku bace juga ayat kursi walaupun tunggang langgang. Meremang tu jangan cakap. Menyesal teringat kan kisah tu pun ade.

Dalam ketakutan masih ade kedegilan. Aku kerap memandang sisi belah kiri untuk tengok ade tak “seseorang” tu. Tapi takde. Aku tarik nafas lega walaupun aku tahu moto aku masih berat. Meremang jangan cakap tak turun lagi. Dengan sejuk lain macam nya. Tapi aku kena tetap tabah.

Sehingga kan sampai diatas tu untuk turun balik, aku ingatkan dah takde yang menumpang tapi sekali lagi sangkaan aku meleset. Aku tengok dekat side mirror tetibe nampak ada satu kain putih tengah terbang. Aku dah terkejut dan rase nak menangis pun ade. Nak berhenti tak jadi ape, nak jalan lagi lah. Dia dibelakang ku , macam mana aku nak tahan segala ketakutan ku itu.

Cume dalam hatiku berpesan “kalau kau hanya nak menumpang, aku izinkan. Tapi bila dah sampai destinasi mohon turun yee.” sambil aku teruskan bace ayat kursi. Waktu ketika turun untuk teruskan perjalanan tu yang menakutkan aku. Mungkin sebab aku cakap kalau dah sampai dekat destinasi tolong turun, ketika tu dia terbang ke arah hutan belah kanan. Melintasi aku. Tetapi tidak pula memandangku. Alhamdulillah.

Tapi kalau korang duduk tempat aku taktahu nak cakap macam mana. Memang aku nampak jelas. Waktu aku tengok sisi mata aku memang nampak kain putih yang lusuh tengah berkirai2 dek angin. Dan yang aku takboleh nak terima bila dia boleh melintasi aku. Aku nampak dengan jelas dia terbang.

Aku teruskan perjalanan ku. Sehingga di sungai kanching, ade satu bustop. Selama aku bawa moto, takpernah aku pandang bustop tu. Tiba2 aku pandang, dan aku nampak “seseorang” tu berdiri dan senyum menyeringai ke arahku. Kalau ikutkan aku dah lemah dan rase nak jatuh dari moto. Kerana aku dengar suara “terima kasih…… Hihihihihi..” suara yang amat jelas ditelinga ku. Dan aku terus pecut agar dapat melintasi templer park tu.

Sampai di pekan rawang tiada ape yang terjadi. Tetapi ketika aku nak masuk simpang ke arah sungai choh untuk ke sungai buaya/bukit sentosa/bukit beruntung jalan mulai tiada lampu (dulu ye sekarang banyak dah), ketika di satu bustop aku nampak lagi “seseorang” tu duduk dibustop dan memandang terus. Tapi aku tak nampak muka dia sebab kali ni dia tutup dengan rambutnya.

Memang berdebar. Dalam hatiku terfikir adakah dia akan ikut aku sampai ke rumah. Dan sangkaan aku betul. Sampai nak masuk simpang rumahku, aku akan lalui satu semak. Dan ketika tu lampu moto ku betul2 menyala kearah semak tu. Dan ketika tu dia berdiri tegak sambil melambaikan tangan menandakan dia “berterima kasih”. Dalam hatiku dah mengomel dan berkata “ye same2 tolong lah beransur blah.” sebab aku memang dah rase nak terkencing takut sangat tengok muka dia.

Sampai jeh bawah rumah aku parking moto, aku tengok rumah ku. Ibu dan ayah dah menunggu ku balik dibawah. Mulanya aku memang macam tak percaya tu ibu ayah. Sebab aku kena kacau. So aku anggap tu menyamar ke ape. Rupenya memang ibu ayah. Dorang memang dah lame tunggu aku. Bila aku tengok jam, Allahuakbar. Pukul 2 pagi. Aku tak sangka lame perjalanan aku.

Bila aku cerita dkt ibu dengan ayah, dorang mula membebel risau ape semua. Sebelum nak masuk ayah minta aku bace ayat kursi fatihah , 3 qul dan ludah keluar rumah sebab taknak ade orang mengekor lagi (itu orang dulu2 yang ajar). Dan sehingga kini memang aku takut dah nak balik rawang lewat2.

Kalau aku pulang lewat aku gigih jugak tidur rumah kawan aku. Lame kelamaan, ibu memaksaku untuk dok di kl. Ikutkan hati ni berat. Tapi bila difikirkan balik ade baik jugak sebab aku selalu busy dan akan buat ibu risau.


Mungkin bagi korang cerita ni kurang menarik. Tetapi ini adalah kisah benar.

Assalamualaikum,

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

5 thoughts on “Kerana Kedegilanku”

Leave a Comment