Kerana Mengidam

Salam semua reader FS dan tq admin. Ni kisah ke 3 aku tulis untuk reader2 FS, kisah ni tentang saudara aku, aku namakannye kak Ann (ni pengelaman kak ann lah).

Kak Ann ni dah kahwin dan ada seorang anak pompuan berumur 2 tahun (yang aku panggil Ara), kak Ann dan suaminya sama2 mengajar di sekolah menengah dan bertugas di luar bandar (lain2 sekolah dan daerah), kak Ann pula baru 6 bulan ditugaskan di sekolah tersebut. Before ni memang mengajar di bandar je. Bila working day kak Ann akan hantar Ara ke rumah nek Wa so petang friday je kak Ann akan ambil Ara balik rumah.

So nak dijadikan cerita, tanpa dirancang kak Ann disahkan pregnant 2 bulan then kalau orang pregnant ni selalu mengidam yang bukan2 so time ni dia teringin sangat2 makan makanan exotics (ular sawa). Then kak Ann kol si suami minta carikan daging ular sawa. On friday kak Ann dah pasang niat nak balik awal ambil Ara, so kak Ann drive as usual. Then on behalf way kak Ann ternampak seekor ular sawa tengah berbelit2 dibahu jalan. Dalam hati kak Ann dah berhasrat nak langgar je ular tu kononnye rezeki terpijak (kak Ann ni berani orangnye). Belum sempat kak Ann nak langgar ular tu dah ghaib. -_-

Sampai je di rumah nek Wa, kak Ann terus mengadu tentang niat dan keinginannye untuk makan daging ular. Nek wa terus mengucap panjang2 (ni pun kak Ann yang story). Pesan nek Wa jangan ikutkan sangat kehendak tu. Kak Ann pula tak pernah cerita kes ni kat suami dia. Malam tu kak Ann bermimpi melihat seorang budak perempuan berpakaian seragam sekolah betul2 di tepi jalan sedang duduk sambil melambai. Budak tu takde mata, hitam dan tiada kaki (time ni kak Ann cakap mimpi tu panjang tapi dia ingat part tu je).

One week lepas tu, si suami kak Ann pula tiba2 terlanggar ular yang melintang tengah jalan, mungkin ular tu otw menuju semak samun sebelah jalan (jalan ni sempit tak sama jalan kak Ann lalu masa jumpa ular hari tu). Si suami ni hati lembut so dia tinggalkan je susuk ular tadi, tanpa segan silu teruskan perjalanan balik je. Keinginan makan daging ular belum tercapai. So one day masa kak Ann nak gerak balik bandar then kunci pintu depan bilik, tiba2 ada seorang parent budak sekolah tu bernama Ayu datang kuates (kononnye budak ni form 3 kelas sebelah kak Ann mengajar). Anak dia cakap cikgu Ann ni cikgu baru, so thats why dia datang bagi sikit buah tangan untuk kak Ann bawa balik bandar.

Yang ni tak pelik sebab dah jadi kebiasaan mereka dengan cara tu untuk berterima kasih sebab sanggup datang mengajar di situ. Welcoming kot sebab area ni memang perlu berjam2 naik kereta masuk simpang sekolah. Tu pun kereta jenis tinggi2 je boleh lepas kalau yang rendah tu baik fikir masak2 dulu. Ok nak tahu apa buah tangannye?? Kak Ann diberi sekantang beras bukit, buah-buahan kampung dan beberapa ketul daging ular sawa yang masih fresh (bak kata kak Ann sendiri) tapi masa tu kak Ann tak sempat tanye dari mana dapat daging tu sebab happy sangat kot. Then bawa balik rumah masak makan sendiri no share2.

Then, malam tu kak Ann bermimpi lagi. Tapi kali ni seorang lelaki tua bermata putih macam buta dan berambut putih keemasan sedang duduk di ruang tamu rumah. Dia berkata, “laki kau dah langgar mati anak aku dan sekarang kau makan keturunan aku”. Kak Ann pun jawab balik dalam mimpi tu yang dia tak tahu pun yang suami dia langgar ular. Then orang tua tu pesan kalau kak Ann tak tanam tulang ular yang dia makan tadi nanti anak yang dikandungnya akan terima padah.

Bangun2 je dari mimpi kak Ann terus ke dapur konon nak cari tulang ular tadi dalam tong sisa makanan, tapi malangnya dah kosong so kak Ann balik bilik bangunkan si suami. Perlahan2 kak Ann whisper tanya mana sisa makanan makan malam. Selamber je si suami bagi tahu dah buang dalam tong sampah di luar. Disebabkan rasa malas dan mamai2 kak Ann terus sambung tido. The next morning kak Ann ceritalah segalanye & tanye si suami tentang ular yang dia dah langgar (si suami memang tak bagi tahu pun sebab tak nak kak Ann marah tak bawa balik ular tu, kan mengidam) then ajak suami cari tulang tu tapi tak jumpa sebab tong sampah besar dah kosong, maybe perkerja kebersihan dah bersihkan.

Kak Ann dah rasa serba salah sebab nyawa baby dalam kandungan jadi taruhan then si suami kol nek Wa cerita segalanye. Petang tu nek Wa dan mak Yun datang rumah kak Ann (mak Yun ni orang berilmu juga handle kes2 mimpi2 ni). Sampai je rumah, mak Yun terus tengok2kan kak Ann sambil pegang perut then mulut mengomil2. Mak Yun pesan sediakan 2 ekor ayam putih (jantan) pada hari khamis malam jumaat untuk berubat. Kak Ann dan suami terpaksa cuti masa tu. Ara pula dijaga oleh mak mentua kak Ann (kes ni tak semua orang tahu juz family sebelah kak Ann je). Lepas kejadian tu kak Ann terus tanya guru2 senior tentang parents yang bagi buah tangan tu. Rupa2nye orang tu tak wujud pun, nama murid tu pun tak pernah ada dalam senarai students.

9 bulan berlalu, lahirlah seorang lagi anak buah yang aku panggil Ryan dengan fizikal sempurna tapi di bahagian dahi sedikit bersisik2 dan mata putihnya kehitaman. Keadaan tersebut beransur pulih dan hilang sendiri bila Ryan semakin tumbuh membesar  (mungkin kebetulan je kot semua ni) huhu..

13 comments

  1. Berani bersungguh plak ekk die mkn dgg ular tu…
    Mcm.xde unsur2 nk pikir2 dlu sblm trskan hajat lepaskan mengidam tu…
    Nauzubillah…

  2. erkkkk..daging ular sawa? mak aih..gelinya..mgkin korg bukan islam eh? sabah sarawak ke? aduh,,,xbleh hadam bila pk daging ular..eyaaarrrkkkkke!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *