Kerana Mulut

Hai untuk semua. Nama aku Melly. Terima kasih pihak FS kalau publish cerita aku. Aku belajar di sebuah IPTA di selatan tanah air. Aku hanya ingin berkongsi cerita. Tidak pasti samada seram atau tidak. Aku berkongsi melalui pengalaman aku sendiri.

Seperti biasa kalau anak perempuan mestilah agak sukar untuk duduk di rumah sewa bukan? Maklumlah keluarga ku bimbang akan keselamatan aku. Oleh itu, aku menetap di asrama. Syukur setiap semester aku berjaya duduk di asrama. Asrama yang aku duduk ni ada lif sebab dia asrama baru.

Jadi setiap pergerakan kami dari tingkat ke tingkat boleh menggunakan lif.
Satu hari, aku baru balik dari bilik kawan aku untuk membuat assignment dan ketika itu jam 2.00 pagi. Bilik kawan aku ada di tingkat 3 manakala aku di tingkat 8. Sudah semestinya aku akan menggunakan lif untuk balik ke bilik. Semasa aku tekan butang lif untuk naik ke bilik aku tu, aku dah mula rasa tak sedap hati. Tapi aku buang perasaan tu sebab perjalanan aku masih jauh.

Bila pintu lif terbuka sahaja ada sorang pelajar india dalam tu. Dia pakai tshirt biasa dan seluar tidur pendeknya. Rambut dia panjang dibiar lepas. Dalam hati aku ‘menakutkan aku je budak ni’. Walaupon aku memang dah takut masa tu. Tutup je pintu lift u, pelajar india tu mula bernyanyi-nyanyi kecil. Aku dah mula cuak masa itu. Rasa lama sangat nak sampai ke bilik. Tiba-tiba lif berhenti di tingkat 6. Pelajar india tupon keluar dari lif. Aku mula berasa lega. Tapi sebelum dia pergi, dia senyum dekat aku dengan senyuman menakutkan. Siapa tak takutkan.

Lepas je pelajar tu keluar, tiba-tiba lampu lif terpadam dan terbuka semula. 2 kali kejadian ni. Tiba-tiba mulut aku macam takda insurans. Aku kata “alahai nak main-main lampu la pula.” Lif tingkat 8 pon sampai aku keluar terus masuk bilik. Masuk je bilik, kawan-kawan bilik aku masih berjaga sebab belajar untuk kuiz esok. Aku yang tiada kelas pagi pon tak mengantuk lagi untuk tidur jadi aku pasang lagu dengar pakai earphone. Sebelum tu aku nak bagitau katil dan meja belajar aku betul-betul tepi tingkap.

Tengah-tengah aku syok dengar lagu , semua kawan-kawan bilik aku datang dekat aku. Aku pelik lah kenapa pula. Aku pandang meja belajar aku dah bersepah, barang-barang aku banyak jatuh atas lantai. Terkejut aku. Aku cakap dekat kawan-kawan aku kenapa korang jatuhkan ni?

Dorang kata dorang datang dekat aku sebab bunyi barang jatuh. Dorang ingatkan aku mengamuk takda mood. Aku pon cakap dekat dorang takda apalah biar aku kemas korang pergi sambung study. Dalam hati aku mula menyesal sebab cabul tadi. Untuk pengetahuan tingkap bilik aku, aku tak bukak pon malamtu.

Aku mula rasa tak sedap hati,jadi dalam pukul 3.30 macamtu aku mula tidur. Tengah2 syok tidur aku dengar orang ketuk-ketuk tingkap. Aku cakap dekat kawan bilik aku “weh jangan lah main-main aku nak tidur ni”. Dalam mamai-mamai tu aku terfikir, aku dekat tingkat 8 tau,macammana orang nak ketuk tingkap. Terus aku berselubung.pejam mata rapat-rapat. Tak sanggup nak tengok belakang langsir. Takut ada yang memerhati. Jadinya cerita ni habis macamni je.

Esoknya dalam pukul 9 macamtu aku bangun tidur and aku baca whatsapp dorang kecoh-kecoh dekat group whatsapp ada budak india kena rasuk. Aku macam wahhhh entah-entah budak yang naik lif dengan aku malam tadi tu. Bila disiasat, ye betul semua budak malam tadi tu yang kena rasuk. Nasib dia tak terkam aku malam tadi.

Jadi ini jelah cerita aku, tak pasti menarik atau tidak. Cuma nak pesan jaga mulut jangan nak cakap lepas sahaja. Lagi satu basuh lah kaki sebelum masuk bilik and tidur tu. Nanti ada yang mengikut.

Melly

7 thoughts on “Kerana Mulut”

Leave a Comment