Kerana mulut, badan binasa

Assalamualaikum bagi yg beragama Islam. Hai semua yg membaca. Saya Su (bukan nama sebenar) . Terima kasih kalau cerita saya ni di terima FS. Ini kali pertama saya berkongsi cerita. Sebelum ni hanya pembaca setia saja. Maaf kalau membosankan. Saya cuma nak berkongsi kisah yang saya alami.

Sekolah baru di buka masa tahun 2011. Masa tu saya berusia 14 tahun. Memang masa tu hanya kemasukan Tingkatan 2 dan Tingkatan 1 saja. Jadi saya senior la pada masa tu. Hehe. Sebelum sekolah saya ditubuhkan, tapak tu hanya tapak hutan saja. Ada la orang orang cakap, tempat tu sebelum ni kubur orang lama lama .

Setelah beberapa bulan sekolah di situ, kerasukan mula berlaku. Saya rasa seram la jugak bila setiap hari asyik ada kerasukan je. Tapi yang kena rasuk hanya budak tingkatan 1 je .Walaupun saya rasa seram ,tapi saya rasa benda tu macam mengarut .Sebab tak pernah jadi pada saya,saya rasa macam saya takkan kena benda benda macam ni .Saya selalu cakap besar.

Sampaila satu hari ni .Masa ni beberapa bulan sudah kami bersekolah di sini. Kami 1 kelas diarahkan oleh cikgu untuk pergi ke kelas di tingkat atas sekali. Walaupun dah beberapa bulan sekolah di sini,kami pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 1 tidak dibenarkan berjalan seorang diri di tingkat atas sekali ni .Mungkin cikgu taknak apa apa berlaku .Masa saya dan rakan rakan saya menaiki tangga , kami gelak ketawa ,bersembang tak ingat dunia .Saya pun cakap dekat kawan saya “weh tengok ni aku pijak anak dia” .Masa tu saya buat buat macam saya pijak sesuatu . Saya saja saja la nak bergurau . Lepas tu kawan saya cakap “mulut kau ni ..dia kacau kau baru ada akal” .Saya pun gelak jela sebab saya yakin yang saya takkan kena kacau .Bukan main lagi saya ni kan .

Selepas habis sesi persekolahan,kami berjalan kaki balik ke rumah .Saya balik rumah macam biasa je. Takda rasa apa apa yg pelik pun .Siap gelak ketawa dengan kawan kawan .Sampai je rumah ,saya duduk di sofa di ruang tamu .Sembang sembang dengan mak .Bila saya nak bangun,saya rasa macam berat sikit nak bangun .Tapi takde la terok sangat .Bila saya nak melangkah kan kaki utk berjalan,saya rasa macam susah nak hayun kan kaki saya ni .Tapi takde la terok sangat sebab saya masih boleh berjalan seperti biasa .Saya pun cakap la dekat mak “mak,kenapa akakĀ  rasa macam berat pula nak hayun kaki ni” .Lepas tu mak saya boleh pula cakap macam ni “tu lah ,asyik makan tido je ,peha dah besar la kot” .Saya pun ketawa jela .

Esok pagi bila saya bangkit dari tidur ,saya tak boleh bangun .Kena ada orang tarikkan tangan saya,baru boleh bangun .Kalau saya nak bangun,berat sesangat .Sampai berpeluh dahi saya ni .Ya Allah ,dah la nak pergi sekolah ni .Tapi saya tetap pergi sekolah dengan atas pertolongan kawan kawan saya .Mereka berdua pimpin saya .Seolah macam budak kecik ,kena jalan ‘slow slow’ .Baru berapa langkah,saya dah penat .Berpeluh dahi saya .

Nenek saya yang bawa saya pergi berubat .Sebab dia tahu nak bawa saya ke mana .Saya tak berjumpa dengan bomoh pun .Nenek saya bawa saya jumpa dengan ustaz .Tapi saya tak sembuh dengan semudah tu je .Saya masih lagi susah nak berjalan ataupun bangun .Mesti kena berpaut pada sesuatu kalau nak bangun dari duduk .Kalau berjalan pula kena ada orang pimpin sebab nanti kalau takda orang pimpin,saya akan jatuh sebab macam tak seimbang .Macam budak kecil yang baru nak belajar berjalan .

Saya ditakdirkan jumpa dengan seorang makcik ni .Nenek saya pernah berubat dengan dia pada masa dulu sebab nenek saya nak buang saka .Makcik ni bukan ustazah .Tapi dia juga bukan bomoh .Masa dia ubatkan saya pun,dia menggunakan ayat Al-Quran je .Saya terdengar la nenek saya bersembang dengan mak saya yang makcik yang berubatkan saya ni bukan ustazah tapi dia juga bukan bomoh .Punca dia ada ilmu mengubatkan orang melalui mimpi je .Lebih kurang macam tu la .Saya pun tak faham sangat masa tu .Tiga kali berturut turut berubat dengan dia dan saya pun perbaiki diri saya supaya tak tinggal solat macam sebelum ni .Setelah 3 minggu tak masuk sekolah sebab teruk sangat berat ‘dia’ tu ,akhirnya saya boleh berjalan seperti biasa .Alhamdulillah .Sejak peristiwa tu,saya percaya dah benda benda tu .Saya jaga kata kata saya .Saya taknak dah rasa ‘berat’ tu .Susah saya nak pergi kemana mana .Berat sangat weh .

Pergi mana mana ,jaga la adab kita .Maaf kalau tak faham cerita saya .

3 thoughts on “Kerana mulut, badan binasa”

  1. aku belum baca cerita tapi 1st nk komen pasal gambar latar.
    terbaik untuk admin.
    aku suka gambar klasik. itu pejabat ke balai raya ke atau sekolah.

    Reply

Leave a Comment