Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca, komen dan share cerita aku sebelum ni (Pengalaman di Kamsis Politeknik, Pengalaman di Rumah Sewa semasa di Universiti, Latihan Badan Beruniform dan Hiking). Aku mintak maaf kalau jalan ceritanya tak best atau jaga penulisan aku tak cantik sebab aku tulis suka-suka berdasarkan pengalaman aku je. Cerita ni merupakan cerita kedua last untuk hidup aku setakat ni an harap-harap dah tak ada lagi dah lepas ni.
Cerita ni berlaku masa tahun 2016. Masa ni aku dah habis belajar dan alhamdullilah aku dapat kerja kat Putrajaya masa tu. Ceritanya bermula bila kawan aku zaman diploma dulu jemput aku ke majlis perkhawinan dia kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Memandangkan kawan aku dengan laki dia dua-dua budak kelas aku jadi si suami ni telah menyewa homestay la untuk kawan-kawan yang zaman diploma dulu duduk untuk satu malam. Majlis akad nikah dorang berlangsung pada hari jumaat manakala majlis persandingan berlangsung hari sabtu.
Plan asalnya aku nak pergi hari jumaat pagi tapi disebabkan cuti aku ditarik balik so terpaksa la aku gerak malam. Pada aku bergerak bila-bila pun tak ada masalah sebab aku fikir “Waze kan ada”. Aku ni jenis kalau nak berjalan jauh walaupun aku guna waze aku jenis kaji dulu jalan mana aku nak guna dan tanya pendapat orang dan sebagainya. Tapi disebabkan kesibukan yang melanda aku minggu tu tak sempat aku nak kaji jalan yang aku nak lalu tu. Kira main redah jelah guna waze malam tu.
Pada malam tersebut lepas waktu isyak aku terus siap-siap terus gerak dari Putrajaya. Silap aku malam tu aku tak pilih pun route yang aku nak ikut main ikut je apa yang waze bagi. Masa dah 1/3 jalan baru aku perasan yang jalan yang waze bawak aku ni jalan yang sama nak ke Bukit Broga. Sesiapa yang biasa hiking kat sana akan tau macam mana jalan dia memalam. Gelap, sunyi dan kereta yang lalu boleh kira dengan jari. Aku mulanya nak nak patah balik tapi fikir ah alang-alang lagipun masa tu ade kereta lain kat depan aku so boleh follow dia je la.
Makin lama aku jalan makin kurang kereta. Aku diam je. Nak bukak radio, kereta aku memang radio rosak. Dan tak tahu masa bila kereta yang aku follow tu dah pecut jauh dah dan langsung tak nampak dah. Nak tengok signboard aku kat mana pun memang tak nampak apa dah kat tepi jalan tu memang gelap gelita. Aku pun layan la perasaan sesorang. Tengah-tengah syok dok layan perasaan tetiba ada kereta kancil potong kereta aku. Aku macam pelik , yela kereta aku bukan buruk sangat pun sampai kancil boleh potong ni. Benda yang paling tak best bila aku perasaan yang aku punya kereta makin berat gila. Sampai satu tahap aku kene guna gear 1(aku bawak kereta manual). bayangkan kawasan tu bukan kawasan Grik sampai nak guna gear 1. Even aku drive kat grik pun tak ada la sampai gear 1. Time tu aku dah start gelabah dah. Nak baca ayat Kursi pun aku lupa. Yang aku ingat time tu Al-Fatihah dengan 3 Qul je. Aku sampai dah mengeletar dah habis dah. Sampai satu tahap aku sampai lupa nak baca Al-Fatihah tapi nasib lagi la Bismillah aku boleh baca lagi la kalau tak mesti aku dok baca alif ba ta je. Tangan kat stereng megigil-gigil. Nak nangis tapi tak kuar air mata. Aku tengok cermin belakang tak ada apa-apa. Aku pusing tengok seat belakang tak ada apa-apa melainkan beg-beg aku je. Masa tu la aku ingat mak aku, ayah aku, nenek aku. Bila teringat kat nenek aku tu boleh pulak aku teringat petua dia. Petua nenek aku ada 2, pertama dia cakap “kalau kau nampak hantu kau selak kain kau, kau tunjuk bontot kau kat dia lepas tu grenti dia tak kacau kau dah”, petua kedua “kau tengking kuat-kuat biar hantu tu lari takut sebab suara kau”. Aku masa tu nak tunjuk bontot tak boleh dan sebab tengah drive nak tengking pun ah tak ada suara. Aku pun tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus “hahhhh” kuat-kuat (ala macam yang kita buat masa senaman pagi-pagi tu la yang tarik nafas hembus kuat-kuat tu). Aku buat cara tu 3 kali. Lepas tu baru la aku rasa macam darah dah start mengalir dalam tubuh aku. Maybe sebab semangat aku dah datang balik kot. Baru la aku ingat Al-Fatihah dengan 3 Qul balik tapi ayat-ayat lain memang aku tak ingat. Bila dah start baca balik baru la kereta aku makin ringan dan baru lah juga aku start jumpa-jumpa kereta lain.
Berbekalkan Al-Fatihah dengan 3 Qul tu aku baca tak henti sampailah aku sampai kat homestay tu. Bila aku cerita kat kawan-kawan aku, diorang cakap kat situ memang keras jarang orang nak lalu dan katanya aku bukan lah orang pertama kena kat situ. Tapi Alhamdullilah tak ada apa-apa yang teruk berlaku kat aku malam tu. Esoknya aku minta diri balik awal. Waktu balik aku guna jalan yang sama jugak sebab nak tengok jalan dia macam mana. Masa aku lalu tu nampak ada kemalangan maut berlaku kat kawasan tu padahal jalannya bukan macam grik atau karak lama pun, landai je. Dan sepanjang perjalanan tu tak ada la sampai aku perlu guna gear 1 pun.
Apa-apa pun memang bersyukur yang amat la sebab benda-benda buruk dan teruk lagi tak jadi kat aku masa tu. Pesan aku sesiapa je yang nak drive jauh-jauh pastikan korang study dulu jalan yang korang nak lalu tu jangan main hentam je, takut jadi apa-apa nanti susah. Lepas tu hantar cerita kat FS salahkan waze. Kalau korang nak tahu nama betul-betul kawasan yang aku kene tu memang aku tak tahu sebab gelap sangat tak nampak signboard, tau-tau dah sampai satu kawasan pekan kecik ni tapi aku lupa pulak namanya. By the way petua nenek aku yang pertama tu siapa nak cuba boleh la cuba nanti komen berkesan ke tak sebab setakat ni aku belum berkesempatan lagi nak cub
Ahaha nenek memg lawak.. Btw, nice story
Apsal ko guna jalan jauh dik oiii…putrajaya ke pilah ikot seremban la wei…camne leh sampai broga nun…haha
jumpa kau nanti nak cuba nyamar jadi hantu la.
jangan lupa guna petua pertama nenek kau tu ye.
sebelum gune petua tu jgn lupe basuh dan sental dlu bia tak terlalu berkarat..kang tak pasalpasal hantu tu mati dua kali..hahaha,
hahaha..ok ni kelaka..
xpernah lagi dengar petua camnie..sape2 yg penah cuba petua no 1 sila share yer mnjadi ke idok hahahahahhahahahahahah
wehhh jangan buat malu orang grik la, patutnya dah besa hadap semua ni..
Kena getah…
Kau mmg keras kapla kan… dalam 3 cerita sebelum nie pun kau keras kapla n x serik2… tuu yg mendapat… jalanraya tuu kata hg kapla batu mcm dy… tp mmg juga kau cari2 pengalaman utk buat cerita2 kt sini… tq… dh tuu siap berpesan bg nasihat kt org lain… x paa dh style cam tuu… bagus laa…
Tang nak tunjuk pungkoq kt hantu pompuan jgn buat kerja tuu… nnt kena perkosa dgn depa tuu… sakitnya double dr kena dgn org hidup… petua bogel hanya utk laki2 tunjuk kt lansiaq @ pontianak…
Selamat dpt pengalaman2 lain yg lebih menarik lg utk pos cerita kt fs…
Jgn kecik ati…
petua nenek hang ek. hahaaha silap2 kang hantu lagi suka kat hang lepas hang tunjuk pungkoq hahaha
Petua nenek ko same mcm petua bapak aku😂 klau jumpe hantu trus bogel😂
Ak prefer google map dri waze.
Kelakar la dik pengalaman ko ni tp best.. Sila share lagi cerita
Haahhahah.. best2
Weii..aku pun ada pengalaman yg sma dgn waze ni. Aku kena time nk balik drpda Bandar Melaka ke shah alam huhu. Mmg hantu waze ni kat area nogori ngan Melaka ja ka eh
camne putrajaya blh tembus ke semenyih..
ikut jalan dalam kut tu..jauh betul melencong..hahaha
btw..best setori ni..seram2 kelaka gittew..
nasib die tak tujuk muke ye…
ahhahaah petua tue lawak.
Best..
Best sebab cerita santai dan ada lawak-lawak sikit. Takde la bosan sangat bila ada gurauan…
petua pertama mmg funny la..haha
memula seram je rase bila baca kena potong ngan kancil..smpai part petua nenek tu, berdekah sorang..hahaha..neway, tu kancil betul ke jelmaan eh? ermmmm
alif ba ta pun aci la dah kalau yg tu je yg ingat . hahaha
Orang dulu2 jalan kaki naek basikal,jupe antoo selak je la..antoo lari malu tgk pungoq berkerak..dok dlm kete lagumana nk selak..lagi pakai suar 😂😂😂😂
Kerana waze jugak la aku stuck kat dalam hutan getah malam-malam. Dia hantaq aku sampai jalan mati dan jalan lak sempit, xleh nak u-turn so kena la gostan keta untuk keluaq jalan kepala bana tu. Masa dok tengok belakang time reverse tu la dia keluaq mai. Mangkuk ayun betoi….
Apasal kalau perkataan potong kena censored? Perkataan bontot xpe lak x censored?