Kerasukan

Asalamualaikum. Sekali lagi Aku cuba menulis di ruangan fikyen shasya ni. tapi aku tak tau macam mana nak letak gambar pada cerita aku ni. Cerita Aku yang kelmarin tidak disiarkan mungkin tidak menepati kriteria yang diperlukan. Salam kenal semua.. Aku Anisa, baru lagi disini. Aku sangat mengemari cerita atau novel2 genre seram. Terpaksa slow down sikit sikit tengok-tengok cerita seram sebab time tu mengandung, kawan-kawan cakap tak bole tngok benda pelik-pelik. wallahualam la betul ke tidak.

Ni kisah yang Aku alami masa di PLKN Ayer Melaka. Yang perempuan dipanggil wirawati, yang lelaki dipanggil wira. Kami diberikan bilik-bilik dan ditempatkan 7 orang penghuni, Aku, Ina, Yan, Bin, Azie, Anna (Cina), dan Moly (Cina). Kami dibahagiakan kepada 4 kumpulan; Alpha, Beta, Charlie dan Delta. Aku dari kumpulan Alpha. Nak dijadikan cerita, ada sorang minah ni dari kumpulan Charlie, Myra nama dia. Entah kenapa dari awal daftar, aku macam kurang senang sikit dengan dia. Suka berborak kuat-kuat ,ketawa terbahak-bahak. Gaya anak orang kaya. Yan ada bagitau aku dia orang Kuala Lunpur. Mak ayah lecture. Aku paling menyampah perempuan yang asal ke mana-mana mesti gedik. Seminggu dia kat kem, aku tengok dia dah ada couple. Eksyen betul. Megah betul dialah paling cantik. Tumpuan semua orang, asal nampak jurulatih mulalah membodek.  Aku bukan iri hati. Tapi menyampah.

Myra tu bukanlah jahat. Cuma dia terlebih friendly, plus sedikit gedik. Aku dengan Azie cukup-cukup menyampah. Dahlah kami satu kelas dan satu kumpulan. Dia sajalah nak jadi ketua. Tapi aku redha. Ramai jugak yang tak suka dengan dia nih.

Setiap malam hujung minggu, kami diberi kelonggaran untuk ke kantin. Ada skrin besar, ada macam-macam cerita. Kali ni cerita Bukit Kepong. Layankan sajalah aku cerita tu. Aku bukan jiwa patriotic. Tapi bila tak tau nak buat apa dekat bilik, aku pun datanglah kantin. Tiba-tiba aku nampak Myra kena tampar dengan seorang minah. Tak silap aku budak perempuan tu dari kumpulan Delta. Sesi tarik-tarik tudung dan cakar-mencakar. Rupanya bergaduh pasal Myra ni cuba mengurat pakwe dia. Hadoi. Macam-macam. Malam tu disebabkan perkara tu, semua Wira dan Wirawati dipanggil. Kami didenda lari keliling padang lima pusingan. Letih…

Keesokkan paginya, selepas sarapan, tengah-tengah jurulatih bagi ucapan, tiba-tiba Myra keluar dan terus naik ke atas pentas. Semua pandang. Tiba-tiba dia bagi ucapan, tapi dalam berbagai-bagai bahas. Kejap Cina, kejap Melayu, kejap India. Semua pandang-pandang. Lepas tu mata Myra tepat pandang ke arah jurulatih tadi. Terus ustaz baca2. Myra pengsan. Perhimpunan dibubarkan. Semua wira dan wirawati diarahkan untuk masuk ke kelas masing-masing. Myra diberikan cuti.

Sebelah petang pulak, masa makan petang, Aku nampak Myra tengah sorang-sorang. Dia senyap je. Muka serius. Mata merah.Yan senggol bahu aku, bagi isyarat jangan pandang lama-lama. Aku duduk. Tengok meja Myra, banyak betul makanan dia. Dia mkn telur sampai 5 biji, ayam 3 ketul, buah p****g 3 bungkus, sayur melambak. Dia ramas-ramas nasi dengan lauk, makan dengan rakus sambil berdengus. Yang lain memandang. Terus cepat-cepat ketua kami panggil jurulatih.

Nampak sahaja ustaz dan ustazah datang, Myra membaling pinggan ke atas lantai. Sesi makan di lantai. Ustazah memeluk Myra, ustaz membaca ayat-ayat kursi. Tak lama lepas tu, Myra pengsan dan dibawa balik ke biliknya. Malam tu, walaupun bilik Myra jauh dari dorm kami, keseramannya tetap terasa. Kami berlima membaca surah Yassin. Bin pandai jugak bab-bab agama. Dia secara sukarela telah memagar keliling dorm.  Tak lama kemudian, dalam kesunyian malam tu, kami terdengar suara menjerit. Aira dari dorm sebelah cakap Myra mengganas. Jangan pergi bilik air.

Cerita bab bilik air ni pun ngeri. Bilik air tu jauh. Kalau nak jalan malam-malam nak pergi bilik air tu memang menakutkan. Dahlah bilik air tu seram je suasananya. Nak pergi mesti berteman. Jurulatih perempuan datang minta kunci semua pintu. Tak lama kemudian, kami terdengar beberapa suara orang menjerit. Terpekik-pekik macam orang hysteria. Malam tu memang kami semua tak tidur.

Keesokan paginya, tiada aktiviti senaman. Pukul 9 semua dipanggil berkumpul. Bacaan Yassin dibuat beramai-ramai. Khabarnya malam semalam Myra buat hal. Dia masuk dorm-dorm yang tak berkunci, lepas tu cekik salah seorang dalam dorm tu. Seram wei. Myra dikuarantin, duduk dalam bilik ustazah. Selepas bacaan Yassin, aku dengar lagi Myra menjerit. Berlari-lari keliling dorm. Tak tahu macam mana dia boleh keluar dari bilik ustazah. Meracau-racau sambil tangannya menggenggam pisau. Kelam kabut semuanya! Jurulatih, ustazah, ustaz semuanya meluru pergi mendapatakan Myra. Kami semua teruskan bacaan Yassin lagi sekali. Akhirnya, selepas beberapa jam meracau-racau, bersilat bagai, Myra pengsan. Mata sembab. Myra dibawa semula ke bilik. Ambulans datang bawa Myra ke hospital. Tangan dia berbekas torehan, badan pun luka-luka. Kesian jugak bila tengok keadaan dia. Apa masalahnya sampai dia jadi macam tu?

Dua hari kemudian, Myra balik dari Hospital. Dia dikecualikan terus dari menyertai PLKN. Nampak susut badan dia. Hujung minggu, ibu dan ayah Myra datang. Dia akan dibawa berubat kampung. Sempat aku bersalaman dengan ibu Myra. Myra keluar. Masa aku nampak dia tu, dia tengah duduk dalam kereta sambil ketawa mengilai-ngilai. Mata tepat pandang aku. Apa lagi? Berlarilah aku balik dorm. Kata Azie, Myra tu mulut celupar. Dalam bilik air hari tu, dia boleh pulak cakap besar. Dia cakap bilik air tu tak ada shower, kerajaan miskin, duduk hutan, lepas tu macam berhantu. “Aku tak takutlah semua tu!” Kata dia. Lepas tu tiba-tiba dia terpekik-pekik, kononnya nak cari, mana hantu. Mungkin juga disebabkan perlakuan dia tu, dia jadi macam tu.

Entahlah, sampai sekarang tak ada sesiapa yang tahu kenapa Myra boleh jadi macam tu. Ustaz pesan pada kami semua, kalau terjumpa benda yang pelik, jangan ambil. Jaga kelakuan sebab kita semua dalam hutan. Jangan suka-suka, ini tempat dia jugak. Ada lagi beberapa cerita yang seram sewaktu aku di PLKN nanti aku akan story lagi. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

58 comments

  1. Oh Cik Hanisah Omar, tak perlu risau pasal gambar. Admin pandai pilih gambar.haha

    Hmm yang nama Myra/Maira nk memang macam tu. Dia gedik sikit. Eh..hahahah

    Cerita senang difahami walaupun elemen seram yang sederhana

    6/10

    1. Knn mula aku pelik juga gmbar apa dia nk cari siap bg pada admin hahaha ada ruangan gmbar ke masa anta klo mcm tu aku pon nk pilih gmbar aku sendiri

          1. hmmm. mehlah aku nyanyi kt ko dulu.

            Berat Rasanya sukar diluahkan
            Bernafas Ragu menghembus pilu
            Perasaan Ini tergantung sepi

            Dibiarkan Begitu saja
            Terikat Namun tak bertali
            Mencuba Menyimpulkan m**i
            Namun Terputus jua

            Berat Rasanya sukar diluahkan
            Bernafas Ragu menghembus pilu
            Perasaan Ini tergantung sepi

            Dibiarkan Begitu saja
            Terikat Namun tak bertali
            Mencuba Menyimpulkan m**i
            Namun Terputus jua

          2. hahhh. ni baru sikit. kalau u dgr depan2 telentok u tau.

            ~ada cite baru tu. jomlah baca sama2

          3. Yelah. Bagi cepat id u. Kalau teringin nak duet dengan aizat amdan (juri).huhu

  2. Kesian saya dengan Myra
    Sebab itulah kita kena jaga segala tutur kata dan adab kita.
    Risau kalau perkara macam ni berlaku
    Saya ada satu persoalan,Macam mana keadaan Myra setelah berubat, Anisa??

  3. Bila writernya shomelll ditambah pula dengan jalan cerita yang direct tanpa belok2, memang mudah go. Pengajarannya, kat mana2 pun memang wajib jaga adab dan tutur kata.

    Nah untuk awaa 5 ?

  4. PLKN batch berapa nie? dlu penah kat PLKN kt Ayer keroh gak…mse PLKN kt situ x dew lak yg ade kne rasuk .. masing2 kne pndai jga diri la sbb tmpt org kn…dekt ngn hutan lak tu…

  5. amboi amboi amboi seminggu kat situ dah ada kapel. wuhuuuu. krikrik
    btw, nice stori. nukilan dgn writer sepadan. shomell jeee

    “Masa aku nampak dia tu, dia tengah duduk dalam kereta sambil ketawa mengilai-ngilai. Mata tepat pandang aku”. ok ni meremang. dpt mejin macam mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.