Kerasukan Akibat Bermain Truth or Dare

Assalammualaikum aku Ammar. Haritu aku ada post story pasal kawan aku si ‘Ika’ Sabahan. Aku post di ruang comment itu sebab dengan harapan mendapat comment2 yang memberikan aku semangat untuk mengarang cerita aku. Kalau belum baca, boleh scroll tengok di comment kisah ‘Panggil Hujan’ oleh purple yang menarik tu.

Kali ini aku muncul lagi untuk menceritakan kisah yang terjadi pada aku di rumah beberapa hari yang lalu. Untuk makluman, perumahan aku ni memang agak keras, nak masuk taman aku akan jumpa perkuburan cina-cina. So taman aku ni majority chinese. Untuk memudahkan penceritaan, sebenarnya nenek aku dulu memang suka ambil barang yang orang tinggal di kebun.

Kampung aku ni kat penang belah parit buntar. So disebabkan nenek aku suka ambil barang, one day mertua nenek aku iaitu ibu tokwan aku bagi satu barang memandangkan nenek aku memang suka ambil. Mertua nenek aku memang tak suka nenek aku ini sebab mertua nenek aku keturunan raja malahan orang kaya.

Dia tak suka anak dia iaitu tokwan aku kahwin dengan nenek disebabkan nenek ini dari keluarga yang miskin. Adik beradik ayah aku iaitu anak-anak nenek aku jumlahnya semua 11 orang. Nenek aku sudah meninggal. (alfatihah untuk nenek aku Ramlah). Jadi saka ni jatuh kat anak2 lelaki dia untuk jadi tuan dan waris, dengan tak sangkanya jatuh kat ayah aku (kisah benar). Tapi ayah aku tolak, sebab tak mewarisi mahu saka itu and dia dah berubat. Tapi lepas arwah nenek aku meninggal ni aku dah rasa lain macam, terdapat beberapa mimpi yang aku anggap bukan mimpi sepertinya aku sedar dalam sedar tetapi aku rupa-rupanya sedang tidur. Dalam tidur tu aku ke dunia lain.

Ok, sesi pengenalan dah tamat. Kali ini aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi pada aku beberapa hari yang lalu. Ketika itu, aku sedang videocall dengan kawan-kawan aku. Dalam video call tu aku memang ‘acah’ berani habis sebab kitaorang main truth and dare. ‘TOD’. Untuk hilangkan bosan jadi memang akan aku pilih darelah setiap kali turn aku. Sebabnya diorang takut nak main dare ahaha. Ok ada dua dare yang mencabar iaitu kawan2 aku suruh aku jalan-jalan kat halaman rumah dalam masa seminit tanpa henti. Dare yang kedua, diorang suruh aku buat child’s pose yang macam cara duduk macam budak merajuk punya workout tu. Diorang suruh aku buat sehingga sampai waktu baru suruh aku stop. Pada masa itu, memang aku penat lah.

Tapi aku rasa lain macam. Lain teruk. Lain dia macam bila aku baring balik hadap phone dengan kawan-kawan, aku rasa macam tak baring. Nah kau, memang gila, badan aku terangkat, sikit ja tapi aku memang sakit belakang semua habislah.

Masatu aku rilek ja, sebab nak acah berani. Sekali nampak auntie muka dia gelap macam bayang kat hujung katil ketuk tongkat ‘pok, pok, pok’ datang kat aku. Wah habis gila aku. Masa tu aku memang tak tahu, tak tahu dan tak tahu apa yang jadi kat aku sebab blank. Tapi menurut cerita kawan-kawan aku, muka aku jadi pucat pelik dan nampak garang. Agaknya memang pelikla sebab aku berkulit gelap sikit 😂😂. Bila turn diorang, diorang cakap aku yang selalunya nak bagi dare. Diorang cakap aku selalu bagi dare pelik2.

Suruh main guli la suruh makan la merangkak la. Fuh. Pelik. Sampai sekali tu turn aku member aku ni macam melawak suruh aku yang merangkak pula. Menurut mereka, masa tu aku terima dare tu dengan ayat dan sebutan manja ja. Sampai satu masa diorg ckp aku pegang tongkat then main ketuk2 atas lantai. Then tiba2 aku dalam keadaan merangkak. Masatu memang kitorang overnight. Masing-masing tidur lewat. Remaja kan, takde kerja lagipun dahla tengah cuti sebulan. Diorang kata lepas aku merangkak diorang terus left call punyala takut. Katanya tak tidur sebab takut. Tapi aku tahu kawan-kawan macamni memang tak boleh buat kawanla sebab tinggal aku berseorangan. Tinggal seorang je lagi tak leave sebab dia tengah tidur.

Dia cakap aku kejut dia tidur. Tiba 2 dia cakap muka aku macam nenek nenek lepastu rambut aku jadi afro kaler putih. Dia pun cakap dia memberanikan diri baca ayat al-kursi. Tapi nenek tu baca sekali tapi lagi laju dari dia. Dia takut dia leave terus. Demam seminggu. So dalam bilik memang aku sorang sorang bossku. Sedar2 aku kat ruang tamu. Mak aku kata, masa tu dia nak pergi kejut aku subuh walaupun aku ni liat sikit nak bangun. Mak aku cakap masuk2 bilik dia nampak aku berdiri atas katil dalam keadaan bongkok, muka macam muka arwah nenek aku tapi kalini berulat dengan bernanah, berkedut putih macam paksi makeup tapi kedutan jelas.

Muka bergaris-garis yang mak aku tak beberapa pasti. Lepastu mak aku cakap ‘aku’ baca ayat2 suci tapi aku tak takut siap ejek bacaan mak aku sambil menari lagi. Mak aku memang tak boleh lawan benda tu so dia panggil ayah dan abang2 aku, abang aku cakap dia pegang aku tapi aku sepak dia sampai tertungging. Katanyalah. Ayah aku baca beberapa ayat. Sampai satu masa ayah aku laungkan kalimah suci ‘Allahuakhbar’ ‘aku’ terus menjerit.

Lepastu aku terjatuh dan jadi normal balik dan badan je sejuk kecuali kaki. Ayah aku cakap kaki aku ada kesan tanah. Ayah aku masa tu pergi hasilkan air pendinding oleh seorang ustaz. Dan aku tidak dibawa untuk berubat katanya aku dah ok. Tapi sampai sekarang aku rasa lain macam sebab aku keluar rumah aku pakai selipar ke halaman. Baiklah itu je cerita aku setakat ni. Sorry panjang, kalau cerita ni dipublish InsyaAllah aku akan mengarang beberapa cerita benar aku dan beberapa kisah fiksyen semata-mata dan setakat ini aku hanya menceritakan kisah benar. Doakan supaya aku berjaya mendapatkan keputusan pt3 yang cemerlang tahun depan. Terima kasih kerana membaca =D.

Yang Benar,
Ammar Aka Boyunta.

16 thoughts on “Kerasukan Akibat Bermain Truth or Dare”

  1. Xpalah dik.. Kak x bca smpi habis tp kak salute adik pnya usaha untuk menulis. Next tym klu nk hntr cerita lg adik baca balik apa adik tulis baru send ya…

    Reply
  2. ceritanya best kalau paham kan betul2 and sgt seram kalau cuba letakkan diri kat situasi penulis. tapi….ada certain ayat yg mcm susah beno sis nak paham apa yg nak dismpaikan. berulang2 kali kena baca hahah takpe bole baiki lagi cara penulisan nak smpaikan cerita tu. jgn kelam kabut hehe. btw nice story and smoga penulis sentiasa dilindungi Allah, usah lerr main yg bkn2 mcm truth or dare tu ye. mengundang yg bukan2 je nnti.

    Reply
  3. Hmmm…patut la admin tak approve citer first ko…sampai ko kena post kat komen (konon nak rebel, citer macam hebat tapi tak publish)…ni, hantar lagi tapi citer kelaut jugak…lain kali, jangan overexcited sangat bercerita, susah nak faham citer melalut ko…

    Reply
  4. Dik.. banyakkan membaca novel or cerpen. Dari situ ko boleh belajar macam mana cara nak menulis dgn betul. Tak payah gramatis2 sangat pun xpe. Tulis ayat simple, difahami Dan betul tatabahasanya. Ni ko bukan mengarang, ni Namanya bercakap dik.. cuma dlm bentuk tulisan. Good luck ye. Tahniah berani mencuba. Kagum dgn ko.

    Reply
  5. Tahniah dik berani mencuba.
    Takpe, belajar lagi cara tulis. Kalau suka baca cerita hantu, ambil dari koleksi karangkraf ka yg penulisan cantik. boleh belajar. Sini ramai hebat bercerita, BM belum tentu pass haha..

    Cerita seram dik. Klu cantik tulisan tu lagi serammm.. 👏

    Reply
  6. Kenapa yang lain komen tak faham. Aku baca okey je. Cuma typo sikit2. Biasalah. Boleh diperbaiki lagi. Tahniah dik, akak doakan adik cemerlang dalam PT3 dan selamanya cemerlang. InsyaAllah.

    Reply
  7. mak kau masuk bilik nak kejut subuh. pastu masa bila pulak yg kau sedar2 ada kat ruang tamu tu?

    cerita nibest sebenarnya, tp ada parts yg mcm mismatch and tak berapa jelas. boleh baiki lg penceritaan.

    Reply

Leave a Comment