Kerja Sebagai Polis Hutan

Assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha. Ini kali pertama saya post di sini untuk berkongsi kisah yang terjadi pada zaman dahulu beberapa tahun selepas merdeka. Kisah ini tentang atuk saya yang bekerja sebagai polis hutan. Zaman sekarang mungkin tidak menggunakan istilah polis hutan lagi & mungkin dah tiada pun tugas ni sebab polis hutan ialah untuk menjaga kawasan hutan daripada dicerobohi oleh pihak komunis.

Sepanjang berkhidmat sebagai polis hutan, adalah dalam 3 kali atuk saya diganggu, diikuti oleh makhluk halus. Akan tetapi pada kali ketiga dan terakhir perkara ini terjadi, merupakan hantu yang paling susah untuk dihalau. Atuk sudah berumur 52 tahun ketika itu Pada masa itu, atuk merupakan ketua polis dan membawa pasukannya ke dalam hutan di Perak. Ketika berada di hutan, tiada gangguan ia bermula ketika atuk telah pulang ke rumah.

Atuk akan ketakutan setiap hari sepanjang masa tapi yang paling teruk ialah pada waktu maghrib dan pukul 12 malam. Tengah malam, atuk mesti akan menjerit tak dapat tidur sebab penunggu tu akan marah marah menengking atuk. Penunggu itu membuka pintu bilik atuk kemudian merangkak ke arah kaki atuk. Yang paling teruk, penunggu itu memasukkan tangan ke dalam kain pelikat atuk dan memegang buah zak*rnya sambal berkata โ€œKenapa? Kau takut dengan aku? Kau bukan anak jantan?โ€. Kadangkala Hantu tu juga akan merangkak panjat dinding macam cicak. Cabut kepala ayam makan mentah-mentah depan atuk aku. Cabut kepalanya sendiri dan pasang balik. Tapi yang nampak atuk sahaja. Orang lain tak Nampak.

Atuk describe yang penunggu itu kelihatan seperti lembaga hitam berbentuk manusia yang gagah. Anehnya ahli keluarga lain tak diganggu kecuali satu masa tu waktu maghrib saya ternampak atuk masuk ke dalam tandas di sebelah dapur tembus tanpa perlu membuka pintu. Nenek ialah seorang wanita yang berani dan kuat semangat jadi dia tak terlalu ketakutan dan dia tidak diganggu.

Saya dan nenek bertemu dengan seorang bidan di kampong kami. Dia wanita berusia 45 tahun dan suka memakai batik. Dia mula membaca sepotong ayat quran. Kemudian, dia mengambil pisau dan membelah sebiji telur yang telah direbus sambil melihat kuning telur dengan bersungguh-sungguh. Dia terkejut dan tercampak telur tu sambal berkata โ€œMintak maaf ros. Aku tak dapat tolong kau. Hantu ni kuat dan bukan main garang lagi. Ni bukan lawan aku. Hantu ni ketua kampong di tempat dia dan yg paling bijak dan kuat diantara semua jin dalam hutan tu. Dia marah kat laki kau sebab menjerit sambil cekak pinggang kat tempat dia, tak hormat tempat dia. Lepastu anak buah(pasukan) laki kau tu ade terpijak anak orang kampong dia sampai cedera parah. Tapi kau jangan risau, aku ada kawan yang lagi tinggi ilmu dia, Tok Mior. Dia dok jauh sikit tapi takpe, aku bawa dia datang kemari.โ€

Tok Mior ni memang dah biasa dengan hantu yang garang, bengis dan menakutkan. Ade satu universiti tu terlalu keras dan banyak kejadian sampai mengganggu pelajaran student. Dialah yang berlawan dengan ketua jin dan buat perjanjian dengan mereka agar keluar dari universiti tu dan jangan kembali buat selama-lamanya. Dia pindahkan mereka ke atas bas. Dia bawa bas tu sorang-sorang ke tepi hutan dan suruh mereka turun dan mulakan hidup baru di situ.

Tok Mior datang ke rumah atuk dan mulakan upacara. Atuk berbaring di hadapan dia. Tok Mior berlawan dengan penunggu tu sambil duduk bersila tapi pergerakan tangan seperti orang yang sedang bersilat. Ayat al-quran jelas dibaca. Pecah pinggan jatuh almari tercampak kerusi penunggu dibelasah secara ghaib oleh Tok. Akhirnya lepas 25 minit, penunggu tu dah cedera parah dan mengaku kalah. Tok Mior buat perjanjian dengan dia suruh dia balik. Penunggu tu nak balik ke kampong dia, balik ke keluarga dia. Tapi tak tahu jalan pulang. Tok Mior minta kami sekeluarga bawa dia ke sungai yang terdekat. Katanya tak perlu pergi ke hutan tempat atuk bertugas dahulu. Hanya perlu tahu adakah sungai tu akan mengalir ke arah tempat itu. Tok buat satu kapal kecik dibuat dari daun sebesar kaki manusia. Umumnya, jin dapat mengecilkan diri sehingga sekecil lalat atau menjadi sebesar rumah. Ini adalah antara kelebihan jin kerana dibuat daripada api. Tok letakkan kapal tu ke atas air dan kami semua melihat kapal tu bergerak mengikut arus menghantar jin itu pulang.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.6]
Alya

6 thoughts on “Kerja Sebagai Polis Hutan”

  1. P.P.H (Pasukan Polis Hutan) skrg dh tukaq jadik P.G.A(Pasukan Gerakan Am)… Arwah abah kita dulu PPH, BTN 4… masa tu base camp d SUNGAI PETANI, KEDAH… Ad x lam nie ank2 PPH Sg. Petani nie??? Era thn 1971 – 1980an…???

    Reply
    • Saya pn anak pph (btn 8,PGA btn 5).. Sempat la jd ank PGA sebelum arwah ayah ditukarkan ke polis bandar(trafik).. Syok dok PGA. dok dlm kem. g blik skolah naik truck.. Mmbesar cam dok kampung. Pas ayah pindah ke bandar. Xrmai kwn dah. Ank polis bandar xmcm ank polis hutan. Huhu

      Reply
  2. Saya pn anak pph (btn 8,PGA btn 5).. Sempat la jd ank PGA sebelum arwah ayah ditukarkan ke polis bandar(trafik).. Syok dok PGA. dok dlm kem. g blik skolah naik truck.. Mmbesar cam dok kampung. Pas ayah pindah ke bandar. Xrmai kwn dah. Ank polis bandar xmcm ank polis hutan. Huhu

    Reply
    • BTN 5, PLATUN 8 kot???… Company arwah ayah apa??? A,B,C…??? Arwah abah dulu Platun 8 jugak, B Company, BTN. 4…

      Reply
  3. Betul tu… Anak2 polis G.D X sama Ngan anak2 PPH… Zmn tu kan Klau PPH, kem mesti kat kawasan “hutan” tapi skrg dah PGA mostly DH BYK dlm town kecuali yg d GRIK, d ULU KINTA jugak yg dkt2 kaw. sempadan Thailand-Malaysia… Pengalaman naik trak p skola, hubungan dlm kem sesama kwn2 memang ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘… Family kita, family kwn2 MCM saudara mara sendiri… The BEST PHASE OF LIFES masa tu la… No.bdn arwah ayah apa???… Arwah abah, ingat lagi… 40728…!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.