Kesurupan

Rabu, ujung tahun 2016, lunch hour. Macam biasalah kita sebagai pekerja ni, waktu untuk mengisi perut yang kadang bekeroncong hebat, kadang tak bekeroncong tapi nak sumbat gak. Kami dok ler makan nasik lemak ayam berempah kat round table dalam bilik discussion, Mak Jemah yang tapaukan pastu kekonon nak belonggok makan kat opis sambil menyuap sambil borak kosong. Si Jijah pulak sebok dok recall benda yang jadi semalam.

Cerita Si Jijah anak Usin Yamaha;
Petang marin sey poie toilet. (Toilet ni ada tiga separated partition). Kosong yo toilet, takdo sapo. Sey happy la pasa ey aman la konon. Sey pilih toilet yg kek ujung. Tongah syok, totiba tingo ni monangkap bunyi orang mondoram kek toilet tongah. Aihhh, sapo lak kek sobolah ni? Bukan ko maso masuk tadi sey surang yo? Makin lamo makin kuek lak mondoram ey. Mulo la sumo moromang mak ai. Korang cubo buek bunyi tu, kotap gigi, doram an sket suaro, suaro kek tongah tokak, raso goli2 an? Hah gitu la bunyi. Tapi takdo lak dio tobatuk-tobatuk. Sobab an, kalau boto la orang, mang nak batuk yo raso tokak tu, gata bogotar yo. Fikir balik, mmg sahih sey sorang lam ni. Sey pon apo laie, dogheh an la kojo2 yang macam nak tobongkalai tu. Balik umah, poie jumpo ustat. Tak koba an pon kek dio apo kono eh. Dio totibo kato gitu gini. Hah sahihlah!

……….

Kami yang dengor ni sempat la lagi soh dia ulang cemana ke gaye bunyi benda alah tu. Memang meremang ler tetiba. Tengah bercerita tu, tetiba telinga aku ni dengor sorer budak-budak, yang umur tiga empat tahun gelak mengekek. Mengekek macam suka bebenor tengah main kejor-kejor. Aku terdiam. Aku pandang luor bilik, tengok takde orang. Ye le, lunch hour, manader orang melainkan kami berenam dalam discussion room tu tengah mentekedarah. Aku tanya dorang, ada ke mengkeme dengor budak gelak? Deme kabo takde.

Errrr….ok! Kita ubah topic. Tanak dah topik-topik angker ye korang semua. Habih time lunch, masing-masing balik ke tempat. Yang aku ni boss takde, cuti, aku settlekan keje-keje aku before lunch tak berkesempatan nak siap. Then aku sambung buat assignment sikit, dah submit online kat lecturer, aku capai novel. UNGU KARMILA. Ye aku baca novel. Keje aku dah settle woi, apalagik aku nak buat, membaca ler. Boss kesayangan aku yang dicintaik cuti, takkan nak merayau kan, tak elok ngaco orang, orang marah. Dok dendiam dalam bilik sendiri, senang.

Sebelum tu, meh aku kabo kedudukan bilik aku. Bilik aku kecik je, empat segi, standard untuk close office concept. Kedudukan meja aku, bebetul ngadap ke pintu, bukak pintu selangkah ke depan straight meja aku dah. Kalau aku duduk kat meja, belah kanan ada column, tiang ler, tiang besor. Tepi tiang ada steel cabinet untuk simpan file, ni belah kanan aku eh. Belah kiri aku dinding je, sebab meja rapat ke dinding kiri. Betul2 sebelah steel cabinet tu, pintu bilik boss aku. Kiranya kedudukan bilik aku dan boss, sharing room. Dipisahkan dinding dan berpintu. Bilik aku ni, bebetul ngadap laluan nak ke pantry, tapi pantry tu tersorok la, standard la kan. Tetepi laluan tu partition la, standard gak le, dah nama opis. Aku kabo ni, sebab citer selanjutnya ada kena mengena dengan floor plan bilik kami dan laluan ke pantry.

3:10petang;
Tengah sedap baca, of course cover gak ler, kang nampak free at leisure plak kang kan. Aku semak2 email kot2 ada urgent matters. Bila aku tengok monitor, secara tak langsung, penglihatan aku akan mencapah sekali menghadap ke arah luar bilik. Sebab apa aku tulih ateh tu kol 3, sebab aku masih ingat pukul berapa. Aku terpandang kelibat seseorang lalu depan bilik. Aku tak nampak full figure, tapi aku nampak jubah, separuh hujung jubah yang mengelembey aley tu je. Jubah sekarangkan flare ala-ala pwincess gitukan, kalau kita bejalan terbang-terbang fabric jubah cantiklah.

Makanya, Si Mak Eton pakai jubah tu harini, so aku assume Mak Eton ler yang passes by. Ok. Kalih balik mata ni ke monitor, bila mata kita tepat ke monitor, pandangan kita meluas, jadi dalam masa penumpuan, terus aku kalih pandangan ke depan sebab ada gerakan yang menarik mata aku. Perbuatan ni, korang taukan selang berapa saat je kita buat. Sebab tu adalah sifat-sifat manusia, peralihan pandangan tak menumpu pada satu objek. Aku tak rasa perilaku aku tu mengambil masa setengah minit, tak dannnn pon sepuluh saat tindakan deria mata aku start dari aku nampak kelibat Si Mak Eton lalu depan bilik aku dan penampakan Si Mak Eton kat ujung pintu masuk ke pantry. Aku nampak bahagian tudung dan sikit je visual muka si Mak Eton dari situ, dia sorang je masa tu. Jarak pantry ada dalam 30m dari bilik aku.

Dan Si Mak Eton ni, work station dia, di bahagian partition yang ada depan bilik aku, aku ada kabo kat mengkemekan awey-awey tadi. Kira, jarak partition dia tu, dalam 20m gak ke pantry. Si Mak Eton ni, jalan memang kami tau slow, terkedek-kedek nak membawak kapasiti badan dia. Aku jadi terpana. Aku cakap, kalau Si Mak Eton sedang bejalan sekarang dari pantry, siapa pulak yang lalu depan bilik aku baru dan dan ni tadi? Mustahil ler Si Mak Eton ni boleh larik macam Flash. Tak mungkin. Kalau ada delay masa pon pergerakan mata aku tu, maybe dalam 10 saat je. Aku tak memain wey, aku serius.

Tapi masa ni aku wat dek wat lek wat pis. Aku sambung baca Ungu Karmila. Sama jugak tengah ralit baca, kali ni aku dengor orang dok psst psst pssyhh aku. Depan pc meja aku kot! Manader orang. Aku tengok ler keluor, kot kot ler akak tea lady nak nyakat, aku siap panggey nama dia lagi. Tapi……akak tu cuti, aku cakap dalam hati. Ahhhhh dulik ah! Malas pikir. Wat dek wat lek wat pis gaklah masa tu.

3:25 petang;
Lenguh menunduk, tetiba telinga sebelah kanan aku ni, kena hembus. Hembusan kuat dan dengusan lelaki, yang kasor dan panjang. Betul-betul kat telinga kanan aku. Kan tadi aku ada kabo, belah kanan aku ni ada tiang besokan, aku toleh ke arah tu, sebab hembusan memang aku pasti, hembusan dari arah tu. Bila toleh, aku nampak sesosok badan yang besor gabak, tinggi hingga ke siling, transparence warna kelabu gelap macam berasap, kepala dia macam werewolf, bulu mengerbang besor lebat kat bahagian kepala. Serentak dengan tu aku berdiri, kejap badan aku!

Aku pandang lagi sekali, sebab aku kaku, aku panik. Mujur aku tak tekencin. Kalo tekencin, tumpo ler. Bila aku dah berdiri dan dah pandang dua kali, aku bukak langkah seribu berkaki ayam. Aku terusssss pegi kat Si Jijah anak Usin Yamaha. Si Jijah anak Usin Yamaha ni dok kat sebelah partition Si Mak Eton. Aku nangis. Makin lama makin kuat. Sebab hembusan tu ikut aku sampai kat tempat Si Jijah. Jijah dah panik. Aku genggam lengan dia, kuat kot! Masa ni aku sedor lagi. Aku nampak hakak-hakak dah kerumun aku. Lagi aku tinggikan volume sorer kalah Kak Jena Jen. Aku masih boleh control segala perasaan aku korang tau tak. Then, dorang ajak aku pegi suro. Dalam opis kami ada suro, jadi tak memayah ler nak solat apa bagai ke Ground Floor. Time ni waras lagi aku berjalan dorang pimpin aku ke sana. Tapi masih lagi mengongong nangis macam muka tu tebal tujoploh inci. Takde langsung perasaan malu, sebab aku takut sangat-sangat kot.

Then start dah ramai aku tengok ke luor suro. Orang kerumun aku. Korang tau tak, time ni aku sedor. Cuma, bukan aku. Aku tak boleh langsung nak berfikir, tapi aku tau dan sedar. Macam something else yang control segala perbuatan aku, dan jugak percakapan. Waktu ni, aku dah rasa, yang aku ada tiga personality. Personality lelaki dewasa yang gagah perkasa, personality perempuan Melayu terakhir, dan yang ketiga, personality kanak-kanak. Korang bayangkan…..kesian aku wei. Hakak-hakak sado dah pasang ruqyah kat henpon. Korang tau tak, benda alah tu bercakap dengan aku secara batin ke secara telepatik ke, secara apa pun aku tak boleh nak terangkan, saat tu aku bertentang mata dengan “dia”.

Syaiton tu kata, dorang ni pasang je, memang tak berkesan langsung dengan “aku”. Tu dia kabo ke aku. Saat tu, aku nangis tau tak, aku nangis kuat sebab syaiton tau kekurangan manusia. Manusia bergantung pada ruqyah, tapi tak tahu apa itu ruqyah. Setakat pasang, dorang pon boleh. Inilah ayat yang keluar dari lohong “dia”. Aku pandang hakak-hakak tu. Aku tak mampu nak buat apa. Macam kena ikat tapi tak berikat. Mesti ada ada pembaca yang kata, “alah mengarut tol la minah ni citer. Gebang je”. Korang tak kena, kalau kena batang idung sendiri, korang tau ler cemana seksanya zahir dan batin mangsa-mangsa macam aku.

Dalam pada waktu tu, kadang aku sedor, kadang kurang sedar sikit, kadang aku tak tau apa jadi dah. Diri aku, aku nampak ramai dah lelaki-lelaki gagah memegang aku depan belakang kiri kanan. Aku gelak kuat, sesuka aku. Tapi aku bukan aku. Aku dah dimonopoli oleh sesuatu. Ihhhh berapa kali nak kabo benda alah ni mengkeme weiiii. Cuma yang aku tau, “aku” gelakkan dorang yang baca ayatul Qursi, mengruqyah aku dan macam-macam lagi dorang buat. “Aku” tau, dorang tak tau apa yang dorang baca, dorang tak faham makna, dorang tak faham tujuan dorang baca, dorang TAKUT!

Waima yang datang tu seme abang sado. Aku ingat, aku tenung mata salah sorang abang sado ni, aku rasa tu kepala team ruqyahkan aku masa tu. Kepala botak, mata tajam pandang aku. Aku lawan balik. “Aku” langsung tak hairan dengan bacaan dia. Sejurus tu, aku tak tau apa jadi. Yang aku tau, bila aku dengor sayup-sayup suara azan. Aku celik mata, aku kerling ke kanan, aku nampak orang lelaki tengah azan rapat kat telinga kanan aku. Dannnn saat tu, “aku” menangis. Dalam alam ketiga-tiga yang ada dalam badan aku ni, tiga-tiga ekor ni nangis. Aku tanya kenapa, mereka menjawap, bahawa lelaki ini tahu kebesaran Allah SWT.

Lelaki ini walaupun orang biasa akan tetapi dia khusyuk meminta perlindungan dan pertolongan dari Tuhan semesta alam. Aku sedih…….aku pon sama nangis mengongong-ngongong. Sebak… Tapi saat tu, “aku” kata lelaki ini belum cukup kuat untuk menjadi lawan aku. Cuma boleh memperlahankan tindakan “aku”. Aku lupa bagitau, masa ni aku seolah-olah berada di perantaraan dunia. Alam jin dan dunia kita nak. Payah nak percayakan? Tapi kena percaya.

Habis je aku dengor azan, aku pejam mata. Aku dah tak tau apa jadi. Ini memang 100% aku out. Sesedor, aku tengah baring, husband aku dah ada kat bahagian kaki kanan aku, kat bahagian perut seorang lagi lelaki aku tak kenal, tangannya kat perut aku. Sakit bukan kepalang bila dia letak kat perut. Then yang aku tau, aku muntah, sampai muntah ijo. Lepas tu aku lembik dah. Longlai, lenyor orang Perak kata. Aku tengok ramainya orang kat luor suro. Aku siap tanya husband apa dia buat kat opis aku ni. Time ni aku tak larat sangat.

Then, boss call, suruh aku tunggu, dia on the way ke opis. Aku kata tayah le boss, bosskan cuti, wat per datang, wat per nak jumpa aku. Aku mamai-mamai lagi masa conversation ni. Ada ler lagi boss aku cakap, tapi aku tak ingat dha mende dia bebel-bebel. Tapi husband aku tanak tunggu lelama, lagi tunggu lagi ramai yang datang kang, aku tak paham apa maksud dia. So aku pon, ikut je. Badan aku sakit-sakit korang. Aku sempat gak ler nanya hakak-hakak yang peluk-peluk aku, kenapa nangis? Dorang kata takde apa-apa, awak gi ler balik. Aku blur, aku angguk-angguk je.

Sampai umah, aku mandi. Keluor bilik air, tengok anak sulong aku ada neman. Tah kenapa dia neman pon aku tak tau masa tu, selama ni tak penah plak nak nemankan aku mandi, ni ati aku ler cakap. Lepas tu aku ke bawah, rehat. Menung je depan tv, menung kosong……penat, sakit badan. Lebam-lebam. Esoknya aku EL, dorang tak kasi aku datang keje, sama dengan husband aku, dia soh dok je umah. Boss pon kata, tayah datang, lagipun dia cuti, takpelah kalau aku takde. Lusa baru aku keje, itupun half day, sebab aku memang dah apply awal-awal nak half day.

Ikutkan, husband aku suruh sambung je, tapi aku tanak carry forward half day untuk tahun depan. Sampai office, opismate layan aku baikkk punya. Aku dok kat luar je, aku tak stay pon dalam bilik aku. Aku macam tanak masuk. Lagipun kang masuk, aku sorang je. Then dorang ada ler citer apa jadi. Sebab masa kat umah, husband aku ada ler bagi aku semangat dan macam-macam nasihat, dan dia ada ler citer sikit-sikit apa jadi. Apa yang jadi?. Nantilah aku sambung lagi. Pengkor jari naip ikut speed/minit lelama. Kah kah kah kah kah kah kah…!
Kali ni agak serius….sebab aku rasa semacam……

P/S: Kita jangan memperlekehkan setiap apa kejadian yang kita lihat walaupun ia adalah diluar jangkaan fikiran manusia. Suatu hari, pasti kita terduduk dengan perkara-perkara yang tersirat. Kita rasa kita hebat, tapi kita belum tentu tahu makna tersirat setiap bacaan yang kita baca. Fahamilah setiap makna tafsir Al-Quran sebelum kita hendak menggunakan, yakin hanya Allah SWT adalah Maha Agung dan Maha Berkuasa.
Sekian.

-Gua Tempurung dan Sidai Kain Di Waktu Malam-

14 comments

  1. uish aje ngan seram kome.. tp beno le, ramey org pasang saje ayat2 tapi xtau makne. Mintak pelindungan Allah.Dia yg paling beso Pencipte sekelian makhluk.Jgn dibio setan gelakkan kite.

    1. Loghat Nismilan tu, si jijah anak usin yamaha.
      Pastukan ada titik titik titik titik pemisah di antara perenggan tu Jemah Jenaka, itu ler balik semula ke Perak. Ajekan Jemah…

  2. memang betul pun..pernah kena masa adik hesteria..mak suruh baca yasin tapi kite macam malas..amek air sembahyang then baca yasin sebelah adik..lepastuh benda dalam adik boleh gelakkan kite then dia kata “ko nih baca tak ikhlas. macam mana aku nak keluar” then dia gelak..time tuh aku da terkedu..malu kot sbb dia kantoikan kt org2 yg ade kt situ time tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *