Keturunan Raja dan Keris Emas

Assalammualaikum pembaca fiksyen shasha sekalian dan terima kasih kepada pihak admin kerana menyiarkan cerita saya yang tak seberapa ini.Aku adalah seorang wanita.

Ini adalah pertama kali aku menghantar cerita aku disini dan segala yang aku ceritakan adalah dari pengalaman diri aku sendiri sepanjang hidup aku ini.

Maaflah kalau cerita ni panjang menjela sebab aku ni adalah oldtimer writer yang tidak tahu bahasa singkat orang zaman serba canggih ni.

Aku dibela oleh nenek ku sebelah ibu yang aku panggil wan dan datuk ku yang aku panggil atuk. Wan dan Atuk adalah dari keturunan raja dari Indonesia. Atuk dari raja acheh manakala wan dari raja rawe. Jadi biasalah kan keturunan raja ni selalunya ada penjaga. Penjaga yang kita tak nampak dengan mata kasar. Oleh kerana aku dibela dan sangat rapat dengan mereka jadi selalunya gangguan itu tidak terjadi pada aku tetapi akan terjadi pada anak cucu nya yang lain yang melakukan sesuatu yang mereka larang atau perkara yang tidak baik. Contohnya bila pakcik aku dilambung ke atas bumbung bila bawa balik perempuan bukan muhrim balik kerumah…sepupu aku yang ditarik rambutnya kerana melawan cakap nenek aku.

Tempat tidur atuk dan nenek mesti selalu berada di dalam keadaan yang bersih dan haruslah serba kuning, contohnya cadar kuning, sarung bantal kuning dan sebagainya. Jikalau tempat tidur mereka di usik. Wan dan atuk akan meracau dalam tidur dan kadangkala mereka akan jatuh sakit. Jadi anak cucu memang dah tahu mengenai perkara ini.

Keris di Raja

Wan ada menyimpan sepasang keris kembar didalam peti besi orang dulu kala. Peti besi itu pula di simpan didalam almari baju kayu yang terletak didalam bilik wan dan atuk dan secara tak rasminya didalam bilik aku juga kerana memang sejak kecil aku tak berenggang tidur dengan wan. Pernah sekali aku masuk bilik di waktu wan sedang leka membawang dengan jiran depan rumah, selalunya wan memang melarang aku membuka sesuka hati almari kayu tu, tapi haritu memang aku tergerak hati sangat nak lihat keris tersebut, seolah memanggil manggil aku untuk melihatnya. Aku bukak perlahan pintu almari, aku keluarkan peti besi yang terberapa besar itu. Peti besi itu berukir sekelilingnya..aku buka perlahan..senang sangat membukanya..dan senang sangat mengangkatnya sedangkan peti itu besi berat. Sedangkan aku ketika itu hanya baru berusia 9 tahun dan dengan badan aku yang kerempeng ni, tak mungkin la ada tenaga untuk mengangkatnya.

Keris kembar itu dibalut sekali dengan kain kuning, berkepala ukir yang sangat cantik berwarna emas, sarung nya juga berukir dan berwarna emas…aku perlahan lahan menarik keris itu dari sarungnya..dan aku bermain dengannya…lompat atas katil, bersilat seolah olah aku ini adalah laksamana medan perang…tiba tiba…wan meluru masuk dan memeluk aku sambil mengambil keris dari tangan sambil mulut wan tak henti istighfar dan mengucap…lalu wan masukkan kembali keris itu ke sarungnya dan membalut kembali dengan kain kuning. “Alhamdulillah, keris ni tak tikam kau cu…”..itulah kata kata wan yang aku ingat apabila wan mengambil keris itu dari tangan aku…malam tu aku dengar perbualan wan dan atuk…”heran juga ya kenapa keris tu tak marah bila si anur main2 dengannya…” “nanti awak kunci peti besi tu..” kata atuk..

Kejadian keris berlalu begitu saja dan sejak haritu aku tidak lagi berjumpa dengan keris berkenaan. Wan dan atuk mengambil keputusan untuk membuang nya ke laut. Tapi menurut ustaz yang membantu membuang keris itu, keris itu akan kembali terbang kepada keturunan wan dan atuk jika dipanggil dan nak tahu siapa yang terpilih hanya boleh memanggilnya??…aku…ya aku… dan memang tak akan panggil la..aku tak mahu dikemudian hari menjadi susah pada diri aku sendiri.

Pocong memburu mangsa

Rumah wan dan atuk ni adalah kawasan perumahan tanah lot, jadi rumah rumah kawasan ini berukuran banglo yang mempunyai tanah sebelah menyebelah antara satu dengan lain dan dipagari oleh pagar besi yang tidak berapa tinggi. Jadi nampaklah segala kegiatan jiran sebelah menyebelah. Aku ada kawan baik yang muda setahun dari diriku..si ela yang tinggal di sebelah kanan dan adam yang tinggal di bahagian hadapan..kami bertiga ini umpama perosak taman jugaklah..mandi dalam longkang waktu hujan, panjat bukit hutan kecil yang belum diteroka belakang kawasan perumahan kami, curi buah cherry makcik lijah sebelah umah adam dan pelbagai lagi lah. Malah memang di kenali sebagai budak nakal di kawasan perumahan tu. Tapi dalam kenakalan kami tu, kami pergi berjemaah masjid tak penah tinggal walaupun pergi tu sebenarnya nak makan kueh atau pisang lepas solat….

Satu malam…seperti biasa kami bertiga melepak di masjid, tunggu sampai habis solat isyak..malam tu ada kenduri di masjid, mesti ada jamuan makan, kalau tak beehon goreng telur dengan kueh mueh mesti pulut kuning dengan kari daging..fuh fevret aku tu..lepas habis menjamu selera, kami main buaian dahulu di taman mainan sebelah masjid, bila puas main berpeluh peluh, baru kami gerak untuk balik ke rumah masing masing..sebelum masuk simpang ke rumah kami, tiba tiba ela menjerit suruh kami melihat sesuatu di simpang jalan..

Aku yang berani takut takut ni pun dengan konpidennya menunduk bongkok untuk melihat benda tu melalui celah kangkang….nak tahu apa yang aku Nampak??…hantu bungkus..pakcik cong…elok jer dia berdiri betul betul kat simpang jalan ke rumah kami…apalagi, aku menjerit sekuat hati…hantuuuu…berterabur kami lari ikut jalan lain ke rumah, melompat semak samun masuk ikut pintu belakang rumah kami masing masing. Wan dan atuk terperanjat tengok aku termengah mengah begitu…seingat aku, atuk minta wan sediakan beberapa ramuan tradisional untuk buat air penawar untuk aku minum dan mandian untuk aku sebab kerana kejadian tu, aku kena demam panas, ela dan adam turut juga mengalami sakit yang sama. Secara berjemaah jugalah kami dimandikan oleh atuk…

Seminggu selepas kejadian berjumpa pakcik cong, satu malam tetiba wan suruh aku masuk tidur awal, wan meletak senaskah al quran di kepala katil, wan dan atuk masuk bilik awal juga malam tu, wan tidur disebelah aku, manakala atuk yang kebiasaan tidur depan bilik, tidur pula di sebelah katil di lantai. Wan aku pesan agar tutup mata jika dengar apa apa..bila aku Tanya kenapa, wan suruh aku diam saja…

Entah jam berapa sedang aku mula nak melelapkan mata, tiba tiba pintu bilik terbuka dengan sendirinya. Aku tahu pintu tu terbuka sebab bunyi seperti ditolak dengan kuat..wan yang berada di sebelah aku terus memeluk aku dengan erat sambil berbisik menyuruh aku diam…tapi aku ni degil orangnya..aku buka mata, aku nampak pocong berdiri disebelah katil betul betul dekat dengan bahagian aku tidur..menggeletar aku ketika tu, wan memeluk aku makin erat sambil mulutnya terkumat kamit membaca surah surah al quran. Aku pejam mata erat erat, aku dengar atuk melompat sambil membuka langkah silat.Aku dengar bunyi dentuman yang amat kuat diselangi dengan suara atuk yang membentak dan menjerit..dalam kekalutan tu aku terus tidak sedarkan diri, sehinggalah aku terjaga sendiri keesokkan harinya.

Wan duduk disebelah aku sambil menyapu muka aku dengan air dan menyuruh aku bangun mandi untuk bersarapan bersama mereka.
Pagi tu aku Tanya atuk dan wan apa yang terjadi malam tadi…rupanya pocong itu selama seminggu dua telah menganggu penduduk kampong, mencari mangsa yang terdiri dari anak anak dara dan teruna. Pocong itu adalah jelmaan dari penduduk kampong kami juga. Arwah sebelum meninggal telah menuntut ilmu hitam..ilmu kekal muda, syarat ilmu adalah mencari anak dara dan teruna sebanyak 40 nyawa sebagai mangsanya…dia perlu menghisap darah untuk melengkapkan ilmunya. Sama macam hantu kum kum yang femes di tahun 80an Cuma bezanya aruah ini adalah lelaki dan dia telah mati eksiden di langgar lori. Ada orang kampong yang melakukan aktiviti tak sihat iaitu mengorek kembali kubur lelaki ini dan mengikat tali pocong nya dengan tujuan untuk minta nombor ekor…tapi lain yang jadi.

Setelah kejadian tu, penduduk kampung membuat bacaan yassin beramai ramai di masjid selama 40 hari tak henti dan apabila berlalu 40 hari, aku tak dengar lagi gangguan berlaku dari pocong ni dikampung kami

Insya Allah, kalau panjang umur aku akan menulis lagi….as salam.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

31 thoughts on “Keturunan Raja dan Keris Emas”

    • ye ker…aruah atuk masih ada lagi saudara maranya di sana…adik aruah atuk adalah pejuang aceh yang melawan bugis bernama kiyai musa. Kami sekeluarga memang takkan pergila ke sana..entah hidup atau tak lagi saudara mara di sana…memang putus hubungan terus.

      Reply
  1. eloklah dah buang keris tu..apa ada pada bantuan makhlok dengan mensyirikkanNya..garis tauhid aqidah dan syirik itu amatlah HALUS..takut lari aqidah, syurga pun tak bau nanti

    Reply
    • Rasanya rugi pulak dibuang tambah pulak ia dihiasi dgn ukiran seni dan dgn teknologi “blacksmith nusantara” sehingga mhasilkan pamor2 yg indah..keris hanyalah benda atau alat,yg perlu dbuang adalah khadamnya..apapn eloklah bjmpa dgn guru2 keris dan minta pendapatnya..sedangkan setiap sudut keris itu ada falsafah..sama juga falsafah brbaju melayu

      Reply
    • kerana takut syirik khafi ni lah..atuk dan wan buang…memang akan menyusahkan penjaganya bila sakarat datang nanti.

      Reply
    • insya Allah, kami tidak sampai mensyirikkan Allah. Keris itu tinggalan pusaka keturunan. setiap keluarga bangsawan dulu kala memang ada dititipkan keris, tombak, pedang atau perhiasan lain. Biasa lah orang dulu dulu..pengetahuan agama mereka tidak seperti kita yang lebih senang mendapat pencerahan dari alim ulama.

      Reply
  2. tapi yang musykilnya…Kenapa BANI MELAYU ni suka sangat mengagungkan keturunan dari raja dan sultan serta sultan2 bagai???..tapi asal keturunan kita dari Nabi Adam A.S xde siapa pun yang nak banggakan??? kerana bila sampai di masyar nak masuk negara akhirat, Allah x tanya pun kita dari keturunan raja,sultan,pembesar or suku mana ntah….lepas tu x payahlah nak banggakan sangat ada pendamping atau jagaan or barang keramat keris bagai..x bawa ke kubur pun..

    just saying

    Reply
    • actually the point dia sebut keturunan dia dalam cerita ni hanya untuk menceritakan kisah seram dia bermula dari mana. i think bukan niat dia untuk membanggakan or what. that is my opinion lah

      Reply
    • bani melayu?mayb ko ni ckp xguna otak.selama aku join Fs ni xpnh lg aku nk sound org.tp ko ni apela..dah tu ko nk kurg ajar dgn raja ke ape.system beraja xda dkt malaysia jgn hrp la nk hdp mcm skrg ni.

      Reply
      • itu lah…lain kali hadamkan betul2..ini kan cakap dalam konteks cerita mistik, bukan dalam politik..ape benak sangat otak tu rockersss oooiii??? lain kali simpan sikit akal 3 suku tu jauh2 dalam tanah…dah aku cakap apa nak bangga dengan keturunan di alam kubur nanti x dpt bawa ape2 kebaikan..xde kaitan dengan nilai2 hidup bermaasyarakat kat malaysia ni pun apatah lagi dengan sistem beraja / sultan di malaysia…bodoh isap gam tu jangan tunjuk kat orang sangat…yang ko ni isap gam lebih sampai masuk bab2 politik..choooiii elok g minum air sabun FAB banyak2..

        p/s: sekarang banyak je bangsa lain dok kutuk2 raja/sultan, siap kutuk negaraku lagi..apa jadi?? siap jadi artis/direktor dan pembuat filem nokk..so jangan nak samakan kenyataan aku dengan org lain pasal politik…THIS IS MISTIK not your average 3 SUKU ISAP GAM LEBIH

        Reply
        • wah marah nau….bawak istighfar sikit…tkot kata2 maki tu jadi fitnah…Rockers xde sebut pasal hal politik rasanya….tapi statement balas ko tu ye terang2 ade sebut pasal politik..bhahahha

          Reply
    • aku tidak mengangungkan keturunan aku, pendamping atau jagaan. lagipun aku tak minta pun untuk dijaga oleh makhluk halus ni kerana sebaik jagaan adalah jagaan dari Allah swt. Keris tu tiada kuasa, yang berkuasa hanya Allah swt saja. atok dan wan aku pun bukan suka sangat nak simpan sebab tu kami buang. tujuan aku cerita adalah untuk relate setiap kejadian misteri yang terjadi dalam hidup aku, ada sangkut paut dengan keturunan aku juga dan kenapa aku sorang je dalam family yang boleh nampak hantu hantu ni…itu aje. aku harap pembenar keadilan dapat mengikut cerita aku sampai akhir ok. terima kasih atas teguran dan nasihat.

      Reply
  3. Hmm ada betolnya jugak dibuang terus dgn perumah skali untuk situasi cerita d atas krn tak banyak pilihan..tp untuk zmn online ni kita banyak pilihan..paling koman pun maharkan saja pada collector

    Reply
  4. Sabar ye saudari jgn tmakan sindiran..kamu harus bangga keturunanmu(bangga bukannya riak) apatah lg turunan seorang pemerintah yg brdaulat,bukan mudah nk latih waris dari kecil menjadi pemerintah,contoh kisah sultan alfateh yg d latih dari kecil..bab ilmu pulak,kita ni masih lg d tahap pengukuhan fardhu ain dan tiada dizaman meraka jgnlah menuduh,bimbang jatuh fitnat..ada juga keistimewaan/ilmu dipinjamkan sedikit dari allah untuk pemerintah bukan pada islam saja hatta si ketua munggol skali pn..sebab itulah soal jawab pemerintah di akhirat nt lebih berat..dan bab khadam pulak,kita sedia maklum berkongsi dunia dgn sklian makhluk..jika sesuatu kawasan tu berbuat negeri dn diangkat seorang raja maka seluruh jajahan tu akan bernaung dbawah sang raja termasak alam sbelah..meraka juga ingin berkati/pengawal pada raja tanpa di minta atau diseru apatah lg jika seorang raja yg adil dan berdaulat(saya dberi pendapat ini utk bfikir..maka saya kongsikan..sama2 bfikir)

    Reply
  5. Keris lama kebiasaannya Ada penjaga @ ,khadam…
    Apatah lagi yang digunakan oleh orang2 lama terdahulu, dikhuatiri Ada yang mendamping, dari Alam lain…
    Jika tak mampu menjaga, lebih baik dilepaskan…

    Reply
  6. setiap keris ada penjaganya, semestinya penjaga itu dari kalangan jin.. namun jin ada agamanya ada yang islam ada yang khafir, tetapi perlu kita ingat sebaik2 jin adalah seburuk2 manusia sifatnya, jika teringin untuk menyimpan keris… cari la keris yang cantik rupanya, keris yang baik akan tertera nama Allah bukan sebaliknya.

    Reply

Leave a Comment