Keturunan tersisa part II

 

PART 1

Keturunan tersisa part II

 

Hai Assalamualaikum buat semua reader Fiksyen Shasha. Terima kasih admin kerana published kisah aku bertajuk Jerangkung dan Keturunan tersisa. Okay kali ni aku nak sambung untuk cerita Keturunan tersisa part ll.
Selang setahun lebih selepas abah dirawat oleh seorang ustaz, abah meminta untuk duduk bilik berasingan daripada emak aku. Katanya lagi selesa. Mak pun turutkan ja memandangkan abah aku sakit dan inginkan ruang yang selesa untuk dia. Berat badan abah dari gemuk sekarang dah jadi kurus sangat2. Abah yang dulu boleh boleh berjalan menggunakan tongkat empat kaki sekarang hanya berkerusi roda. Dari sudut sains abah strok tapi dari segi perubatan Islam setahun yang lepas, ‘benda’ tu beri effect yang kuat dalam badan abah. Semoga abah cepat sembuh.
Gangguan yang terjadi dalam tahun 2016 ni bila aku selalu saja di tindih bila tidur. Walaupun tidur bukan dalam keadaan penat tapi masih kena tindih. Satu malam tu bila tidur, aku di tindih dan cuba untuk melawan tapi tak boleh. Dalam keadaan yang kaku, aku dengar seperti seseorang sedang selerakkan baju2 di dalam almari. Elok saja aku dapat menggerakkan badan, aku bangun dan pergi ke bilik mak aku. Angah aku dah duduk rumah sewa di Penang kerana kerja kat sana. Jadi yang ada tinggal di dalam rumah hanya kami bertiga iaitu emak, abah dan aku. Aku ada adik tapi tinggal di asrama dan seorang abang yang kerja di Perak. Okay melalut kejap. Aku ketuk pintu bilik,”mak, alang nak tidoq bilik mak boleh?” mak menjawab “kenapa?” Aku hanya menggeleng dan terus tidur. Keesokkannya aku masuk bilik aku semula dan sengaja buka pintu almari dan terkejutnya aku bila baju2 yang dilipat dan disusun rapi di dalam almari habis berselerak jatuh ke bawah. Nak tak nak aku lipat semula baju2 tu seperti sebelum ni. Mak masuk ke bilik dan bertanyakan hal semalam. Aku ceritakan tapi biasalah emak mana yang nak anak dia fikir yang bukan2. Mak cuma menjawab tiada apa2,mungkin hanya perasaan aku.
Malam tu aku study hingga lewat malam di dalam bilik tapi aku merasa seperti ada budak melompat2 di atas katil. Meja study aku membelakangi katil. Bila aku toleh ja ke belakang tiada apapun. Perasaan mengantuk pun menyinggah tak lama selepas tu, aku pun beranikan diri tidur di dalam bilik sendiri(ikutkan hati aku memang tak berani nak tidur sorang2 lepas kena tindih dan rasa ada budak dok lompat2 atas katil) tapi aku gagahkan juga untuk melelapkan mata. Lampu bilik sengaja di pasang untuk menghilangkan rasa takut. Akhirnya terlelap juga sehingga…pukul 3pagi aku sekali lagi di tindih. Perasaan lemas tu jangan cakap la,hanya Allah yang tahu bertapa struggle nya aku nak ‘melepaskan’ diri. Time tu juga la aku dengar ada suara seorang budak yang memanggil..”kakak…kakak…mai la sini main sekali..eheheheh…kakak…”. Surah apa semua aku tak ingat dah kecuali bacaan Bismillah. Alhamdulillah berjaya ‘melepaskan’ diri dan berlari keluar bilik dan tidur dengan mak aku. Kali ni aku tak minta izin untuk tidur sekali dah sebab aku rasa mak mungkin faham kenapa pagi2 buta aku masuk bilik tidur mak aku. Dan setiap kali selepas itu jugaklah bila aku di tindih aku akan terus masuk bilik mak aku tanpa segan silu. Setakat ini pengalaman aku di tindih hanya mendengar suara2 sahaja, syukur ‘benda’ itu tidak menampakkan rupanya.
Sehinggalah di suatu tahap aku tidak berani lagi tidur di bilik itu bersendirian. Aku tidur bersama mak aku setiap malam. Selang 2-3hari kemudian abang aku balik rumah. Tidur dalam 2-3hari macam tu. Abang aku ni dia tak boleh tidur dalam keadaan panas, panas sikit ja dia akan terjaga. Nak dijadikan cerita, malam kedua abang aku tidur rumah tu tiba2 rumah blackout. Dalam pukul 2-3pagi macam tu,abang aku terjaga dari tidur dan bangun untuk check suis rumah sebab masa tu hujan. Mungkin suis ditendang. Berbekalkan cahaya lampu dari smartphone, abang aku suluh sambil berjalan ke suis. Elok punya suluh tersuluh satu kelibat ‘budak’ duduk mencangkung di tengah ruang tamu tapi abang aku berani lagi sebab dia teruskan niat nak buka suis yang ditendang. Kedudukan ‘budak’ tu dengan suis utama hanya bersebelahan. “pap!!” bunyi suis dibuka, ruang tamu menjadi terang(sebab ruang tamu memang sengaja di pasangkan lampu) dan kelibat ‘budak’ tadi hilang. Tiba2 “pap!!” suis ditendang balik dan blackout semula. Tanpa banyak tanya abang aku masuk bilik tidur dalam keadaan berhuhu. Aku? Macam biasalah tidur tidak sedarkan diri sampai esok pagi.
Abang menceritakan hal semalam kepada mak.
Abang : Malam tadi rumah blackout, abang terjaga la pastu abang nak pi buka suis. Abang suluh
guna lampu handphone tapi abang tersuluh ‘budak’ pulak.
Mak : Nampak kat mana?
Abang : Nampak kat ruang tamu.
Aku : Tu la mak, alang habaq dah kat mak yang alang kena tindih dengaq suara budak dok
panggil2 ajak main sekali tapi mak tak percaya.
Mak hanya mendiamkan diri. Mak dan abah pun berjumpa la dengan ustaz menceritakan tentang gangguan yang ada. Ustaz cakap ni bukan ‘benda’ yang dulu tapi ‘benda’ yang lain. Bilik aku dan ruang tamu adalah laluan ‘dia’. Ustaz minta supaya bilik aku selalu dibacakan surah2(mengaji) dan solat di situ. Untuk pengetahuan hampa, aku memang mengaji dan solat di bilik lain sebab dah terbiasa dan tak expect pun benda ni akan jadi. Bilik yang dibiarkan ‘kosong’ walaupun ada yang tidur dalam bilik tu, ‘benda’ tu akan suka ‘menginap’ dan membuat kita jadi malas nak buat kerja apapun. Usai semua, barulah aku start mengaji dan solat dalam bilik aku sendiri. Memang bilik aku ada perubahan,sebelum ni nampak suram sekarang dah rasa bercahaya sikit. Hahaha..
So setakat ini saja lah yang mampu aku kongsikan. Thanks for reading. Tata…
#WARDA

10 thoughts on “Keturunan tersisa part II”

  1. ermmm……elok selalu alunkan alunan al quran dlm bilik an….walaupun hari2 kite tido dlm bilik tuu….okay…best perkongsian cerita ni…tq warda….

    Reply
  2. abah awak mcm mana skrg.. ok ke? sakit skrg yg duk atas wheelchair tu sbb benda tu lg ke.. huhu.. semoga family awak dan kita semua dilindungi ye.. amiiinnn

    Reply

Leave a Comment