Khianat kawan baik |||

Assalamualaikum terima kasih semua yang komen, semua saya baca, dan terima kasih yang mendoakan semoga doanya berbalik pada korang. Dan terima kasih juga pada admin yang tak terhingga semoga min dimurahkan rezeki dan segala urusan min dipermudahkan. Saya ada baca komen kata saya menipu, tak apa saya tak paksa untuk orang terima and percaya cerita saya. Tapi ingatlah dalam dunia ni tiada apa yang mustahil.. Tidakkah engkau fikir dalam dunia ini penuh dengan RAHSIA YANG TERSEMBUNYI yang kita tidak tahu. Ok lah panjang pulak mukadimahnya.jangan lupa baca part 1 dan part 2 ye.

Maaf kerana aku tak habiskan cerita ni sekaligus, sebab bagi aku cerita ini amat berat untuk aku kerana itu aku buat by part maaf laa ye. Aku akan cuba habiskan juga tapi panjang sedikit mungkin korang akan bosan.

Selepas berubat dengan ustaz izham semakin lama semakin pulih tetapi tidak lama, biasa lah apabila manusia menghantui dengan sifat dendam, semasa izham tengah berubat tiba-tiba izham kena rasuk dan izham ada kata “aku berdendam dengan keluarga ni sebabkan dia aku malu besar sekarang terima padahnya” ustaz ingin berunding dengan cara baik tetapi tidak boleh buat apa. mereka tetap mahukan keluarga izham hancur sehancurnya.
Ye dia berjaya menghancurkan keluarga izham tetapi di dunia kau terlepas tapi ingat di akhirat kelak kau takkan terlepas.

Dalam sebulan izham berubat dengan ustaz itu makin menampakkan hasil yang baik tetapi sayang tidak lama kemudian ustaz itu pula sakit-sakit dan menghembuskan nafas terakhir. Tolong sedekahkan al-fatihah pada mereka. Dalam setahun itu berbelas orang termasuk keluarga terdekat izham pergi menghadap ilahi.

Sampaikan izham merantau beberapa negeri untuk belajar kuatkan diri dan belajar cara mengubat supaya senang untuk merawat diri sendiri kerana izham tidak sanggup lagi mahu mengadaikan nyawa orang lain yang setiap kali cuba membantunya. orang itu pasti akan menghembuskan nafas terakhir, tetapi pernah dengar pepatah “perawat tidak boleh merawat diri sendiri,dia kena mencari perawat juga untuk merawat dirinya.

Pejam celik sudah hampir 4 tahun izham sakit. Cepatnya masa berlalu seperti baru 2 tahun.
Izham merantau dan terjumpa dengan bekas guru silatnya dahulu, apabila guru silat izham mengetahui yang izham sedang sakit dan dia pon menawarkan diri untuk membantu izham dan keluarga izham. Tetapi izham menolak dengan cara baik kerana izham amat takot jika gurunya pula tinggalkan dunia ini. Tetapi perancangan Allah itu amat baik. Guru silat izham menawarkan diri untuk merawat bonda izham di hospital.

Bondanya koma setahun 8 bulan sampaikan guru dan izham merawat bonda untuk membawa bonda ke alam dunia.kerana guru silat itu mengatakan bahawa roh bonda berlegar-legar kerana ada yang sekat untuk roh bonda masuk ke tubuhnya. Begitu laa lebih kurang, maaf aku tak berapa pandai nak explain.

Izham cuti tanpa gaji dan dia merantau ke serata negeri semata-mata untuk belajar cara perubatan islam dan ingin menyembuhkan dirinya sendiri dengan caranya sendiri tanpa melibatkan orang lagi. tetapi disebabkan itu hijab izham terbuka dan kali ini sampaikan orang membela atau memakai susuk pun dia boleh nampak. Sakit izham sudah berkurang tetapi masih ada. Sihir ini memang tidak bagi langsung izham jejak ke negeri aku. Jadi macam mana kami nak berkahwin? Itulah persoalan aku sekarang.

Adakah aku patut mengalah dan cari orang lain? Tapi mampukah aku? Hendak membuat begitu pada orang yang banyak berkorban demi aku? Orang sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku. Aku pun tidak tahu dimana silapnya. Cousin aku? Mak sedara. Entah lah aku pun tidak tahu kenapa.

Aku pernah luahkan apa yang aku rasa pada izham, tapi izham kata sabar dia sedang berusaha, Allah nampak apa dia buat jadi sabarlah lambat atau cepat Allah pasti akan bantu juga.pernah juga aku meminta putus kerana aku juga stress dengan orang sekeliling aku sana sini mengata aku macam-macam. jadi
satu hari izham membawa keretanya laju membelah jalan raya sampaikan dia accident kerana merempuh bahu jalan dan izham mengalami kaki patah, tengkuk retak dan tulang rusuknya retak keretanya hancur.memang tidak boleh dibaiki lagi

Aku tahu pun sebab aku call izham dan sepupunya yang menemani izham angkat panggilan dan beritahu aku semuanya. Dan semenjak tu aku tidak berani lagi untuk minta yang bukan-bukan. aku juga manusia, aku menunggunya lama sampai ramai kawan buang aku,cousin aku pandang aku begitu hina.aku tahu izham lagi banyak dugaan dia aku hanyalah secebis sahaja.

Dalam berapa minggu izham berada di hospital macam-macam jenis iblis, syaitan izham nampak.kadang tu izham rehat dekat taman mini di hospital. izham ada berborak dengan seorang pakcik itu dan pakcik itu berpesan “hati-hati apabila hendak berkawan bukan semua ikhlas dan suka pada kita”. Dan pakcik tu ada bagi satu ayat ni yang paling buat aku ingat sampai sekarang “izham dengan pasangan memang jodoh kuat dan dialah jodoh kamu yang Allah utuskan, jadi usaha lah sampai akhir jangan berhenti sekerat jalan” dan tiba-tiba pakcik itu hilang. Izham sangat terkejut kerana dia baru hendak membalas apa yang pakcik itu katakan tetapi tidak sempat kerana pakcik itu sudah pergi mungkin sudah naik ke wardnya. Tetapi begitu cepatnya pakcik itu berjalan. Kerana semasa pakcik itu bercakap dengan izham, izham hanya pandang depan kerana masih memakai collar cervical.

Dalam beberapa minit izham mahu kembali ke ward izham memasuki satu lift yang tiba-tiba sahaja terbuka, apabila izham masuk ke dalam lift tersebut datang pula dua orang doktor yang mengusung katil dan di katil itu ada mayat seseorang yang baru sahaja meninggal dunia. Sedang lift bergerak sorang doktor membetulkan selimut pada jenazah tersebut izham ternampak dan yang terbaring itu adalah pakcik yang sebentar tadi berborak dengannya. Izham sangat terkejut,dan izham bertanya kepada seorang doktor itu jenazah meninggal sebab apa dan doktor itu kata “kerana sakit jantung” dan mereka hendak ke bilik mayat untuk simpan jenazah ke dalam peti mayat sementara waris terdekat tuntut jenazah itu.

Dan izham rasa kasihan dan izham berkata “kalau dalam masa 24 jam tiada waris yang tuntut jenazah tersebut saya yang akan tuntut dan uruskannya” dan yahh tiada siapa yang menuntu jenazah tersebut. Jadi sebagai umat islam yang mampu izham cuba sehabis baik untuk membantu jenazah tersebut.

Semenjak kejadian itu betapa ramainya roh-roh yang datang untuk meminta pertolongan daripada izham. Tetapi izham buat tidak nampak kerana ustaz pernah berpesan manusia dengan alam ghaib berbeza alam dan jangan sesekali ada conversation dengan mereka.

Izham sudah keluar hospital dan terus menuju ke homestaynya, masuk sahaja ke homestay sepupu izham perkenalkan seorang ustaz ni untuk merawat izham.

Semenjak izham berubat dengan ustaz yang sepupunya recommendkan, badan izham begitu berat seperti beban yang besar izham pikul. Dan ustaz itu pula duduk sekali bersama izham dirumah itu, dan ustaz itu juga membawa anak bininya. Izham tidak kisah kerana homestay itu bilik ada 4. Dan setiap kali keluar pasti meminta duit kepada izham, izham tidak kisah dia bagi sahaja.

Lama ke lamaan izham bermimpi yang ustaz itu adalah scammer, dalam keadaan terdesak begini ada sahaja manusia yang suka mengambil kesempatan apabila orang dalam kesempitan.

Dan izham pun bagi bayaran pada ustaz scammer tu dan beritahu yang dia hendak mencari ustaz lain, hakikatnya tak pun, tetapi ada seorang jiran disitu melihat izham di pondok di tepi rumah, jiran itu datang kepada izham dan mengatakan banyak betul makhluk halus menumpang di badan izham sebab itulah izham terasa badannya tersangat berat umpama pikul beban yang besar.

Dan jiran izham menolong izham untuk membuang makhluk-makhluk itu daripada izham,badan izham terasa sungguh ringgan tetapi jiran izham hanya membantu setakat itu sahaja kerana yang lain tidak mampu kerana bukan dalam bidangnya. Walaupun begitu izham amat berterima kasih kepada jirannya..

Izham semakin hari semakin sihat dan rupanya baru tahu yang kawan baik bonda yang menghantar sihir kepada izham itu meninggal dunia kerana accident dengan lori balak dan mati di tempat kejadian, keretanya bertembung dibelakang lori balak sehingga kayu balak itu masuk ke dalam cermin dan terkena kepalanya boleh bayang tak betapa tragisnya. Macam mana bonda boleh tahu kerana ada kawan bonda yang hebohkan di group persatuan mereka. Dan anaknya pula tiba-tiba seperti orang gila sampaikan tidak terurus diri sendiri jadi ayahnya menghantar dia ke rumah sakit jiwa.

Macam filem kan cerita aku ni haha.

Aku taktau nak cerita ke tidak benda ni. Benda ni aib aku yang paling-paling aku tak boleh nak lupakan sampai mati. Please don’t judge me. Benda ni juga aku hampir memb*n*h diri nak minum clorox tapi aku kuatkan juga hati aku,kalau aku mati cara ni nanti parents aku pula yang malu.

Izham makin hari makin pulih dan dia decide untuk datang ke rumah aku nak merisik dan bertunang sekaligus. Aku?? of course aku gembira ini yang aku nantikan selama ini dan aku memang betul-betul happy, ini yang aku nakkan dari dulu setelah berapa tahun lamanya akhirnya. Dan yah mungkin ini silap aku juga, terlalu happy sampaikan aku beritahu parent aku dan of course mom aku yang paling bahagia sekali. Niat di hati ingin buat kecil kecilan sahaja. Tetapi ye lah parent mana yang tak gembira anak hendak disunting oleh orang tersayang.

My mom terlalu excited sampaikan my mom jemput kawan-kawan dia datang ke majlis aku. But he not arrive, he not arrive. HE NOT ARRIVE!!!! . Family aku punya excited untuk sambut dia sampaikan papa aku tempah catring and siap khemah lagi dipasang depan rumah. Kawan-kawan my mom and dad datang untuk meriahkan suasana, ramai sangat datang ke kenduri tu but dia tak sampai, malu tu ya Allah 7 keturunan tak hilang.
Sampai ke maghrib kami tunggu. Setiap jam aku call dia, aku test dia beratus kali. Dan beratus kali aku call tapi nombor aku seperti di sekat. Sampai menggigil-gigil aku. Apa yang terjadi ni ya Allah. Aku menangis teresak-esak Seharian aku tak makan sebab terlalu terkejut sekelip mata begitu sahaja terjadi, aku dah malukan keluarga aku.

Ya Allah hati aku teramat sakit, sakit sangat-sangat dan kecewa, Aku dah jatuhkan maruah mom and dad aku. Dan maruah aku juga tercalar sebabkan ini. Aku anak yang jahat.
Dan berita ini heboh satu perumahan aku. Mak sedara aku kata aku sengaja nak malukan family aku??? Astagfirullah agak-agak lah. Padahal aku sendiri pun tidak tahu benda ni akan terjadi dalam hidup aku. Kalau aku tahu tidaknya aku nak buat semua ni. Tapi biasalah mulut orang tidak boleh tutup. Apa aku mampu buat sabar dan sabar sahaja.
Dan aku juga kemurungan bertahun untuk aku sembuh. Jujur aku kata benda ni susah betul aku nak redha. Jahat ke aku sebab tak redha?. Sebab aku tak pernah memalukan ibu-bapa aku. Ini lah first time dan yang paling down mak sedara sendiri menuduh aku sengaja nak malukan mak bapak aku. Jahat ke aku? sampai sekarang benda ni menghantui aku susah untuk aku redha.

Berbalik pada izham, secara tiba-tiba call tak dapat, media sosial dia semua offline seperti blocking aku. timbul perasaan benci terhadap dia sumpah aku benci dia. Tetapi pagi itu dia call aku menggunakan nombor telefon yang aku tidak kenal. Aku curious siapa yang call aku. Disebabkan aku rasa something aku jawab panggilan itu rupanya ia izham. Yang aku taknak dengar langsung suara dia. (ini dia guna number pakcik penoreh getah itu)

Pukul 10 pagi izham pergi kedai telefon hendak membeli nombor baru dan telefon baru. Cause nombor lama dia aku block. Ok berbalik pada cerita Izham explain dan ini cerita dia.
Dia tak nampak jalan rumah aku seperti ada benda yang menghalang penglihatan dia untuk sampai ke kawasan perumahan aku,sampai dia tersesat masuk ke dalam jalan pokok kelapa sawit dan kawasan pokok getah dan kereta pula mati sebab kehabisan minyak disitu. Nasib ada seseorang lalu ke kawasan itu untuk menoreh getah dan izham meminta tolong untuk membawanya ke petronas atau Station minyak yang berdekatan kerana hendak membeli minyak keretanya. Dan selepas itu terus dia mencari hotel di negeri aku. Pasal telefon pula dia kata entah macam mana tiba-tiba rosak tak boleh buat apa nak membuat panggilan pada sesiapa pun tidak boleh. Telefon bondanya pun begitu jadi putih semua screen tekan macam mana pun tidak boleh juga tetap putih screen .Lepas dia explain pada aku, tetap juga tidak memuaskan hati aku dan aku meminta putus dengan dia mungkin kami tiada jodoh.
Sebab aku rasa dia menipu aku. Tapi apabila bonda turut explain benda yang sama 50/50 aku nak percaya. Sumpah susah untuk aku percaya sampaikan izham video call untuk menunjukkan bukti pada aku. Susah nak percaya tapi semua ni mesti berkaitan dengan sihir, kalau sihir memang tiada yang mustahil. Walaupun orang yang menghantar tu sudah meninggal dunia tetapi sihir itu masih ada pada izham cuma tidak seteruk yang lalu.

Berbalik pada aku meminta putus dengan izham. Tetapi tidak pada izham dia sehabis baik ingin menyelamatkan hubungan ini. Tetapi aku dah bencikan dia tapi perasaan sayang itu masih ada.
Dan aku mendapat satu panggilan yang izham cuba memb*n*h diri dengan mengelar nadi di pergelangan tangannya sampai dikerjakan ke hospital kerana kekurangan darah.

Aku marah dia “kenapa buat benda bodoh lagi” yang dia jawab “daripada kehilangan aku baik dia mati”.
Aku rasa marah betul dengan dia kadang rasa nak bunuh dia pun ada.

family aku bagi kata-kata semangat pada aku kerana bukan salah izham tetapi salah sihir itu. Maknanya sekarang sihir itu masih ada pada dia cuma dia tidak sedar kerana izham sudah tidak lagi sakit-sakit seperti dahulu itu lah tipu daya syaitan.

Dan aku dengan izham kembali bersama sampai sekarang tetapi aku tidak tahu bagaimana hendak akhiri semua ini. Tetapi izham dalam usaha hendak datang lagi ke rumah aku kali ni dengan bekas guru silatnya.tolong doakan ye.

Semasa dia berada di negeri aku, aku juga cuba untuk pergi dekat dia. Tapi begitu juga kereta aku tiba-tiba rosak tepi jalan. Orang tu memang tak bagi kami berjumpa langsung sungguh kejam kamu wahai manusia.

Aku pernah berdoa kepada Allah aku inginkan suami yang sangat penyabar dan bertanggungjawab, dan orang yang senang, kerja bagus dan sayangkan aku, cintakan aku sahaja dan yang paling aku nak sekali mak mertua yang sayangkan aku seperti anaknya sendiri. Yeeeee aku dapat, aku dapat semua yang aku minta apa yang aku doakan. tapi tengok lah bagaimana ujiannya?.. Allah tidak akan bagi semudah abc apa yang kita minta, Allah akan bagi 1 ujian dahulu pada kita antara kita lepas atau tidak sahaja.
Selepas hujan pasti ada pelangi.

Pengajarannya jangan pernah persekutukan Allah. Ingat lah balasannya amat dasyat sekali.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.
(surah an-nisa ayat 48)

Doakan aku . Dan terima kasih yang membaca. Aku taknak sambung dah hehe.
Tekalah berapa tahun aku dengan izham,mesti korang curious kan?

Yang tidak baik datang daripada aku dan yang baik datang daripada Allah.

Mintalah perkara yang kelihatan mustahil itu kepada Allah.
Kerana tiada yang mustahil di sisi-Nya. Apa yang kamu sangka tidak akan pernah terjadi, boleh menjadi nyata dengan izin dan kasih sayangnya. Kadang Allah hanya menunggu waktu yang tepat untuk menghadiahkan apa yang kamu doakan. Jangan berhenti berharap. Walau hatimu sudah penat. Sebab doa yang kamu titipkan hari ini mungkin sedang dalam perjalanan untuk menjadi kenyataan. Yakinlah Allah Maha Berkuasa atas segala kemungkinan.

Tamat

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kakngah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.