Kisah Abang Zul 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Sebuah lagi kisah yang abang Zul ceritakan kepada aku, yang menurut beliau, sukar untuk beliau terima dengan logik akal sepanjang semasa beliau masih bersama dengan jabatan bomba dan penyelamat.

Hari tu kata bang Zul, beliau bertugas untuk shift malam, dan di stesyen, ada 4-5 orang lagi anggota yang sama shift, dan beberapa rakan yang lain, di letakkan dalam mode ‘standby’.

Malam tu cuaca agak baik, dan bang Zul ni hebat bermain ping pong, kalau takde ‘duty call’ dia akan habiskan masa dengan membaca atau bermain ping pong.

Kata dia, ada satu ‘panggilan’ yang diterima selepas tengah malam, melibatkan kemalangan kereta di jalan utama bersempadan diantara dua daerah di selatan tanah air.

Aneh, sebab menurut bang Zul, ‘pemanggil’ buat panggilan dari daerah yang berbeza, bukan dari dalam daerah bang Zul! Pemanggil jugak terangkan, balai bomba terdekat tak dapat dihubungi.

Disebabkan anggota sentiasa menjunjung tinggi motto bomba iaitu ‘sedia menyelamat!’.

Maka bergeraklah bang Zul dengan satu jentera bersama 3 anggota lain terus ke lokasi kejadian. Waktu tu, jam dah pun pukul 4 pagi, insiden macam ni, bukanlah sesuatu yang pelik, sebab pengalaman dia kata kebanyakkan kemalangan pada waktu2 macam ni biasanya disebabkan pemandu mabuk.

Masa yang diambil dari balai ke lokasi jadi lebih singkat memandangkan jalan raya takde kenderaan, maklumlah mana ada jem pagi2 buta! Pun begitu masih memakan masa 15minit dari balai beliau.

Kata bang zul lagi. Belum pun dia bergerak, hati dia dah tak sedap. Tapi disebabkan tugas, nak ke taknak, tetap kena teruskan walaupun nyawa jadi cagaran! Begitulah dedikasinya pasukan bomba kita! Keutamaan sendiri jatuh tempat ke dua, tapi tugas menyelamat adalah perkara pertama yang perlu dilakukan! (al fatihah untuk 6 wira bomba yang gugur dalam usaha menyelamat mangsa lemas pada oktober 2018)

Mereka ni bergerak berdasarkan alamat yang diberi, dan jalan2 kampung yang mana rumahnya dibina atas tanah lot persendirian ni, tak heran lah kalo takde nombor rumah, yang ada hanya jalan berkilometer (contohnya kilometer 124, jalan ayer keroh).

Apabila sampai, di jalan dan lokasi dinyatakan…

Sepi….

Sunyi….

Takde tanda-tanda kemalangan.

Di Kiri jalan ada dusun buah-buahan, sebelah kanan pulak ada hutan! Lampu jalan berjarak 250meter sebatang! Yang ada hanya kereta bomba mereka di jalan yang sunyi!

Biasanya kata bang Zul, bila kena insiden macam ni, mungkin ‘pelapor’ kejadian tersalah bagi alamat yang betul, boleh jadi kilometer 120, tapi diberikan alamat kilometer 121.

Maka kereta bomba pun di pandu lagi beberapa kilometer kedepan…

Keadaan masih sama… Puas menyuluh kesana sini, mungkin kereta atau motor yang terbabas tu dah masuk longkang atau parit, tapi apa pun tak ada!

Kata dia lagi, selepas setengah jam berpusing pusing kat situ, kedepan beberapa kilometer dan berpatah balik beberapa kilometer, diorang rasa diorang dah kena ‘prank’ call. Kerap jugak mereka dapat prank call ni.

Jadi mereka mintak kebenaran dari balai untuk pulang ke stesyen menggunakan radio comm….

Masa berpusing balik ke jalan yang diorang datang mula-mula tadi, ada sebijik lagi kereta bomba yang lalu dari arah bertentangan. Diorang pun tahan lah suruh berhenti.

Turun lah anggota dari dua jentera tu..

Rupanya kereta bomba yang lagi satu tu dari balai yang sama daerah dengan pemanggil! Dan mereka pun sebenarnya dah berpusing pusing beberapa kali kat laluan tu untuk cari lokasi kemalangan.

Aik? Mula dari sini diorang dah start rasa pelik dah! Pemanggil tadi kata balai sana tak dapat dihubungi? Boleh pulak diorang datang? Yang balai sana pun heran, kenapa sampai kena buat panggilan dari luar daerah?

Dan yang lebih ajaib, dari tadi diorang ke hulu ke hilir cari lokasi kemalangan, tak terserempak pulak dengan geng bomba dari daerah lain tu.

Aku dah rasa macam ‘twilight zone’ dah masa menaip ni! Meremang-remang bulu tengkuk ni, dah ler kat luar hujan malam ni…haish!

Bincang punya bincang, mereka setuju memang mereka kena prank call malam tu. So lepas ucap selamat tinggal, masing-masing pun bertolak lah, jentera dari daerah satu lagi tu, dah pun bergerak. Tinggallah bang Zul dengan kawan-kawan dia.

Kata dia lagi, masa dia panjat nak naik kereta bomba, dia dengar ada suara, jelas tapi jauh….

“Tolonggggg….. Tolonggggg….”

“Suara tu macam suara orang tengah tahan sakit. Bukan macam orang menjerit!” kata bang Zul pada aku.

Dia pun turun lah balik, dengar dengan teliti.

Memang betul ada suara orang! dia cakap. Datang dari sisi jalan sebelah hutan! Tak jadi bergerak, bang Zul arahkan kawan-kawan dia turun dan cari dari mana datang suara tu!

Cari punya cari…

“aku takkan lupa apa yang aku nampak malam tu rip!” kata bang Zul

“kepala manusia putus, dalam helmet polo takde ‘visor’ aku nampak ‘terletak’ elok je lepas longkang, betul-betul sebelum belukar hutan!!!” sambung bang Zul lagi

“muka macam muka melayu, ada parut kat pipi kiri, aku nampak dari bibir dia yang merekah, seolah macam tengah bercakap, tapi suara mintak tolong yang aku dengar dari tadi, datang dari tenggorok batang leher dia yang dah putus!!!”

“habistu ko tak tolong ke bang?” aku tanya pada dia

“nampaknya macam tulah! Kepala putus mana boleh bercakap rip?? Paling lama mengikut sejarah perubatan, bila kepala dah berpisah dari badan, 10 saat je dah habis dah! Sedangkan kalau betul-betul ‘member’ tu kemalangan sampai putus, takkanlah boleh bertahan sampai setengah jam? Sebab kita orang berpusing pusing je dah setengah jam! Hahaha” sambung dia sambil gelak

“lagipun, takkan kepala je??? Badannya mana??? Takde badan pun kat lokasi, hatta motor pun aku tak nampak!”

Tak tunggu lama, sebelum jadi insiden yang lebih tak elok, dan bang Zul kata dia dah pun meremang satu badan, diorang terus cabut time tu jugak!

Kesudahannya demam seminggu bang Zul, sampai mintak air penawar dari masjid tempat dia tinggal… Haha kesian…

Pengajaran yang aku dapat dari sini, tak kira lah kerja apa pun yang kita lakukan, kerjalah dengan ikhlas.. Semoga kerja itu, walaupun tak menggembirakan kita, akan jadi ibadah buat kita. Dan hentikanlah dua benda yang selama ni jadi ‘budaya’ masyarakat kita. Prank call dan rempit!!

Kesian brother2 yang kerja sungguh2 tapi rupanya kena prank! Dan untuk yang masih lagi merempit, takkan nak tunggu tinggal kepala je baru nak insaf?

Sekian cerita aku. Moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Kisah Abang Zul 2”

Leave a Comment