Kisah Abang Zul 3

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Kisah ni, kisah yang ketiga aku kutip dari abang zul seorang anggota bomba berkaliber, yang berjiran dengan aku semasa aku tinggal di melaka.

Kata bang zul malam tu, team dia dapat call betul-betul sebelum dinihari. Ada kawasan semak belukar berhampiran padang bola, di sebuah kampung terbakar.

Khabarnya kebakaran agak teruk, dah merebak ke separuh hutan nun jauh di belakang belukar tersebut. Lagipun kawasan ni memang kerap terbakar kalau musim kemarau berpanjangan, jadi bukan sesuatu yang pelik kalau ada laporan belukar ni terbakar lagi.

Abang zul bergegas dengan team nya, bawak jentera dengan kekuatan 4 anggota ke lokasi kejadian, lokasi kejadian pulak berjarak dalam 8-10 kilometer dari balai bang zul.

Jam betul-betul menunjukkan pukul 11.55 malam, saat abang zul mula bertolak dari balai. Dan jalan raya dah mula lenggang dari kenderaan kerana esok masih lagi hari bekerja, dan orang ramai mungkin sudah berada di rumah masing-masing, bersedia di perbaringan untuk beradu.

Dalam ‘route’ laluan tu, 10minit sebelum tiba di lokasi, abang zul bagitau aku, dia kena melalui sebuah kawasan ‘jalan panas’, kerana banyak kejadian maut yang berlaku di kawasan tersebut, dan lagenda tempatan di daerah berkenaan, sering kelihatan keranda yang kelihatan terbang dan terawang-awang diudara..

“ahhhh… Ini semua cabaran dalam tugas, setiap tugas ada cabarannya tersendiri, lebih besar gaji, maka lebih besarlah tanggungjawab!” fikir abang zul

Jentera pun bertolak meninggalkan balai bomba. Mereka ada berbual kecil, dan abang zul bagi taklimat ringkas untuk ‘things to do first’ sementara masih dalam jentera bomba.

Bang zul kata, saat melalui kawasan panas tu, jentera nya memasuki kabus raksasa!

Punyalah tebal kabus tu, sampaikan kereta bomba yang dah bukak ‘aircond’, kabus masuk ke dalam jentera ikut celahan ‘aircond blower’

Kabus ni terlalu besar sampai menutupi keseluruhan kawasan laluan tu dan hutan sekeliling..

Sebelum masuk masih nampak hutan dan lampu jalan di kiri kanan jalan, bila dah dalam kabus, jarak penglihatan turun ke 5 meter kehadapan je!

Betul-betul tak boleh nak nampak apa!

Kalau ada orang melintas jalan saat macam tu, ‘sure’ kena langgar, sebab jarak penglihatan yang rendah!

Kabus tu tak lama, dalam 5-10 minit perjalanan je, kemudian keadaan dah kembali normal…

Tapi bang zul kata, dia dah tak sedap hati, sebab telinga dia berdesing, macam dah memasuki dimensi yang lain. Serius dia tak selesa dengan keadaan yang dia hadap sekarang ni.

Bang zul kata, dari jalan tar, dia dah memasuki jalan tanah merah, menambahkan lagi rasa pelik dengan keadaan yang berlaku sekarang..

Setahu bang zul, kawasan padang ni, masih dalam kampung yang boleh dikira moden, kalau tak silap, jalan berturap sampai ke padang sebelum belukar kat situ!

Dan yang paling ‘captured his taught’, biasanya kebakaran sebelah malam ni..

Dari jauh korang dah boleh nampak api kalau terbakar time malam! Tu benda normal, sebab lampu jalan jaraknya jauh antara satu sama lain, gelap pulak tu, dan kawasan terbakar nun jauh di belukar belakang padang! Of course api kebakaran akan ‘visible’ time macam ni!

Tapi hampeh, gelap je sekeliling!

Jentera bomba berlabuh betul-betul atas padang. Abang zul pun turun dan usha sekeliling…

“pelik betul ni, mana kebakaran? Mana jalan raya? Kat sini kalau tak silap, ada perkampungan, mana kampung? Mana lampu jalan? Mana pergi orang semua? Aku salah lokasi ke?” gumam dia sendirian.

“man, cek GPS, kordinat lokasi betul tak?” kata bang zul pada buddy dia

“we are right on the location, bang!” balas man

Dia blur…

Dalam samar-samar bertemankan hanya cahaya lampu bomba, merah dan biru…

Siren dah dimatikan…

Bang zul kata dengar bunyi tapak berjalan..

KLEKAK! KLEKUK! KLEKAK! KLEKUK!!

makin lama makin dekat..

Bila dah dekat sangat, bang zul betul-betul terkejut dengan apa yang dia nampak!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada orang menunggang kereta kuda ditengah malam!

Kereta kuda lama, ada sekor kuda, dan dua seating untuk penumpang, dua roda besar, biasa kita tengok dalam movie-movie zaman inggeris lama…

Aduh….

Ni bukan kawasan pelancongan macam kat Terengganu, sesetengah kawasan, kita boleh nampak orang menaiki kuda di jalan raya. Siap ada jalan khusus untuk orang menaiki kuda di jalan..

Kereta kuda yang diorang naik, dengan kereta kuda yang didepan mata sekarang pulak, jauh betul bezanya.. Yang depan mata ni, betul-betul buruk dan ‘olskool’ macam late 20’s punya kereta kuda!

Bang zul cuba nak berentikan penunggang kereta kuda tu, tapi dia taknak berenti!

Dah la taknak berenti, dia LANGGAR je bang zul yang berdiri menghadang laluan dia!

Tembus!!

Macam asap!

Bang zul mengelupur naik balik trak!

“Lincah! Kita kena lincah keluar dari sini!” kata bang zul

“try comm dengan base, tanya exact location!” bang zul cuba solution lain..

“tak dapat bang, bunyi elektrik statik je” buddy dia reply lepas terkial-kial searching guna comm.

Gear dimasukkan dan jentera berpusing…

Melalui balik jalan diorang datang tadi..

Disebabkan tanah merah, takde jalan tar, terpusing-pusing mereka tak jumpa kabus masa datang tadi..

Yang best dalam pada terpusing-pusing tu, diorang mula nampak lebih banyak kereta kuda lagi..

Dari satu je tadi, dah jadi dua, tiga… Dan lebih dari dua puluh, sampai abang zul lost count sebab terlampau banyak!

Menariknya, semua kereta kuda tu, berlari melawan arus!

“Bila kita dalam jentera, dan nampak kereta kuda dalam jumlah yang sangat banyak menuju dengan laju pada kita! Sungguh saspen! Nampak macam diorang tengah kejar kita, tapi lalu sebelah kiri dan kanan je!”

Dah la gelap, takde lampu jalan, takde jalan raya!

“Aku siap nampak ada 3 ‘lancha’ lagi, rip!” kata bang zul

“lancha tu apa bang?” aku tanya

“alah macam dalam cerita mandrin lama tu, yang macam kereta kuda, tapi bukan kuda yang tarik, orang yang tarik kereta tu!” kata bang zul..

Diorang terlepas dari situ, bila bang zul turun dan azan ditepi trak!

Bang zul pun turun dari trak, bila semua kereta kuda tu, macam mana diorang tiba-tiba boleh datang, macam tu lah diorang tiba-tiba ghaib!!

Lepas tu bila bang zul sambung balik drive, dalam 5 minit je dah jumpa balik kabus raksasa tadi!

Terlepas je dari situ, radio comm hidup!

“base kepada trak, dah sampai lokasi belum? Dah ada dua tambahan panggilan kebakaran ni!” kata comm operator dari base!

“we are on our way!” balas bang zul

“apa? Dah sejam ni, takkan tak sampai lagi? We already dispatch another truck for your assistant!” balas operator tu lagi

Kata bang zul, dia suruh driver pusing balik, dan kata dia kalau kena redah kabus tu lagi, kita nekad!

Tapi nasib baik, tak jumpa lagi kabus tu!

Selang 10minit, diorang dah sampai lokasi!

Orang dah ramai yang tolong padamkan kebakaran, takut merebak lebih besar..

Maka bermulah kerja bang zul memadamkan kebakaran, selepas sejam melalui insiden mistik!

Begitulah cerita misteri yang disampaikan abang zul kepada aku..

Pengajaran yang aku kutip dari sini, kita ni hidup dalam dimensi manusia je, ada banyak lagi dimensi yang kita tak tahu, ada alam-alam lain yang terdapat lebih banyak mahluk yang Allah cipta dan rahsiakan dari pengetahuan kita..

So kemuncak segala sesuatu hidupan dan alam ni, masih lagi berjalan atas perintah Allah, mereka pun mahluk yang takut dihukum Allah. Berbaliklah kita kepada Allah dalam situasi sulit macam ni..

Sekian cerita misteri aku, moga terhibur..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Arif Yahya

3 thoughts on “Kisah Abang Zul 3”

  1. Karang lgi bro….best bce, duk dlm bilik, elok2 ttup lmpu, smpai part seram, trus bgun bukak lmpu blik😂😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.