KISAH AKU

Assalamualaikum
Angah Rose disini.

Terima kasih FS sudi siarkan…….

Terima kasih jugak buat semùa yg sudi baca ,like, komen dan share.
Salah dan silap dalam penulisan mohon dimaafi.

Aku baru sangat dalam dunia penulisan nie.

Hari nie aku nak cerita beberapa cerita pendek dari pengalaman aku. Aku bukannya dari golongan mudah nampak ,makhluk ghaib ka halus ka, tapi aku selalu ternampak atau terdengar mungkin sebab aku penakut seperti yang adik aku beritahu, dia siap gi jumpa ustaz cerita pasal aku.
Ustaz tu kata aku ‘hati kecik’ maksud dia penakut la…tu sebab mudah nampak dan dengar .
Tapi siapa aje yg berani kalau nampak dan dengar kan .
Ntah la.
Ok la .Aku mula kan cerita.

Kisah 1.

Tahun 2006.
Aku baru habis pantang anak kedua.
Aku tinggal sementara bersama mak dan 4 adik aku. 3 masih bersekolah.

Suami aku masa nie di sabah. Aku tak ikut suami memandangkan dia lama di laut.Oh ya anak sulung baru berusia 1 tahun lebih.
Anak aku yg kedua nie kerap menangis malam start dr maghrib ke tengah malam.menangis tanpa henti, bila penat tertidur sendiri.
Maka sentiasa la si kecil nie dalam buaian. Da bawa berubat banyak tempat.

Satu malam macam biasa la ,masukkan dia dalam buaian ,lepas menangis melalak tak henti2. Akhirnya tertidur.
Ada dua buaian, masa tu yg sulung da tidur dibuaian yg pasang kat besi , ada roda tu.
Si kecik nie di buaian yg dipasang di alang kayu rumah. Buaian nie betul- betul bertentangan dengan pintu masuk.

Malam tu adik aku yg kerja pasaraya bersama suami nya singgah rumah mak aku. Dia baru abis kerja. Diaorang tinggal di rumah lain. Masa tu da tengah malam, pukul 12 lebih gitu.
Macam biasa bagi salam…mak aku buka pintu, adik aku masuk , tak lama kemudian suami dia masuk tapi tak tutup pintu.

Aku tengah duduk sambil tangan henjut anak aku dalam buaian. Aku menghadap terus kepintu.
Dalam beberapa minit , bila aku pandang ke pintu ,aku nampak kain putih macam diseret. Panjang jugak kain tu.
Pelahan je suara aku cakap kat adik ipar, “man , tutup pintu, da malam…banyak nyamuk”
Nasib tak nampak tuan empunya kain tu dan nasib , dia tak berhenti kat depan pintu tu.\

Cerita kat mak ,mak pun bertanya la kat sorang ustaz nie…ustaz tu cakap depan rumah mak laluan makhluk tu.
.Masa tu ustaz tu siap offer siapa yg nak tengok makhluk tu bole tunggu lepas tengah malam nanti dia lalu. Tapi siapa la yg sanggup nak tunggu dia lalu kan.
Maka demi kebahagiaan sejagat , kami pon pagar la rumah dengan pagar yg tak nampak tu.

Kisah 2.

Masa nie ,aku masih tinggal dengan mak aku.

1 malam tu…perut aku mengelodak gara-gara makan mangga siang hari nya. Rasa nya makan sikit je.

Tengok jam da pukul 2 pagi. Nak tak nak terpaksa kejut mak aku , teman membuang .Tandas rumah bersambung dengan rumah. Nak ke tandas kena keluar rumah . Pintu tandas menghadap sebahagiaan halaman rumah. Kira tandas nie sederet dgn rumah dan paling hujung . Mak aku teman duduk luar pintu.
Selesai membuang .sekali aku tengok mak aku da tak de, da masuk dalam rumah rupanya.

Masa tu mata aku gatal lak pergi tengok sana sini, maka ter pandang la macam kepala orang rambut mengerbang celah pokok pisang , betul2 dekat rumah jiran . Aku tak pasti apa tu..aku pandang berulang kali. Aaiii..Aaiii…memang makhluk tu la , spesis tak de badan tu.
Ada lampu jalan tak jauh dari situ, tu yg nampak jelas jugak la.
Muka macam da tua, buruk nau dengan rambut mengerbang kerinting kasar. Perut yg jurai – jurai tu aku tak nampak mungkin terlindung balik daun dan batang pisang.
Cepat- cepat masuk rumah, kunci pintu.

Lepas tu rasa macam da dedau badan aku macam nak demam…mengigil badan…mak aku kata aku bentan…ya la baru lepas habis pantang kan…jenuh la mak aku panggil bidan kampung bagi penawar hilang kan bentan.
Mengigil sampai ke tulang rasa nya. Tapi aku tak pernah cerita kat mak aku, aku takut mak aku takut je nanti.Ya la.,Abah pon da lama meninggal.

Aku ada tanya kenapa tak tunggu aku malam tu, mak aku gelak je cakap banyak nyamuk.

Kisah 3.
Masa nie suami aku da balik bertugas di negeri kami. Anak-anak aku baru 5 dan 4 tahun.
Adik aku baru pindah rumah baru. Maka kami adik beradik yg lain bersama mak pergi kerumah baru adik. Buat makan-makan dan bacaan doa selamat.

Selesai makan, tiba- tiba rasa nak buang air lalu aku pergi la ke bilik air yg terletak di dapur. Yg lain semua ada di ruang tamu depan. Sebaik saja keluar bilik air, tiba- tiba , aku disergah..”hoiii!”, kuat betul- betul kat telinga. Terkejut aku…sebab aku sorang kat dapur masa tu, bulu roma da meremang, toleh kiri kanan depan belakang tak de orang , cepat-cepat aku ke depan. Kemudian dengar macam bunyi pasir ditabur atas bumbung dan bunyi sesuatu berjalan atas bumbung.

Adik ipar kata,” Ah, musang tu atas bumbung”.
Bila aku cerita pasal kena sergah kat luar bilik air tadi ,dia cakap”mengarut la , ala kau tu penakut,” diam je la aku.
Yg lelaki gi kluar check apa ada atas bumbung .Diaorang cakap tak de apa-apa la.
Tapi lepas beberapa hari tu dengar adik ipar pagar rumah dengan pagar ghaib.
Nie adik ipar no 4 , yg kisah 1 ipar yg no 3.

Kisah 4

Kisah nie berlaku di rumah aku sendiri.
Setelah 3 hari tak balik sebab ada operasi, petang tu suami ku balik.
Dibawa balik sekali seketul batu, ala kecik macam batu cincin tu.
Cantik batu tu permukaannya licin je.Warna coklat , nampak dalamnya macam ada urat- urat .

Suami terus rendam dalam gelas isi air .Aku tanya kenapa rendam , dia cakap kawan dia suruh nak tahu batu cincin ke batu biasa tepi pantai.

Oh ya, dia jumpa batu tu sewaktu turun dari bot ke sebuah pulau untuk buat tinjauan.
Masa nie suami ku suka kumpul batu cincin.
Aku renung- renung batu tu.
Iskh, lain macam je , kata hati ku.

Malam tu setelah anak-anak tidur, aku pun nak lelap kan mata la.
Suamiku masih tengok televisyen.
Kami tidur depan televisyen di ruang tamu.Tidur berderet dengan anak-anakku yg berusia 3 dan 2 tahun.
Dalam pukul 10 malam rasa nya.

Aku pun baring nak pejam (tutup) je mata , ada perempuan tua rambut beruban paras bahu , muka keriput macam nak terkam kat aku.Terkejut aku, berdegup laju jantung macam nak gugur . Ya la, dia nak terkam betul – betul depan muka aku.
Muka macam tengah marah.
Aku ingat aku mimpi tapi aku belum tidur, baru nak pejam mata.
Aku buka mata, tengok suami aku masih tengok televisyen, suara televisyen perlahan .

Aku tutup mata semula , hah ! Nenak tua datang terkam lagi dengan muka marah.
Ya Allah apa nie.

Aku bangun duduk bersila.
Suami aku tanya kenapa, aku cakap , “ntah la.tak boleh tidur”.

Aku baring semula, dengan takut- takut aku pejam mata balik. Hawau la, dia datang terkam lagi.
Abis tu , kalau macam nie macam mana aku nak tidur.

Perlahan je aku cakap kat suami, “abg keluarkan batu tu dari dalam air , pastu balut dengan tisu letak dalam beg abg .(beg porch) .Spontan je aku cakap , aku pun tak tahu macam mana aku bole cakap macam tu.
“Kenapa”? dia tanya. Aku cakap je “ada yg marah la , tu la abg , sebarangan ambil batu kat tempat orang”.

Nasib suami macam menurut je buat seperti yg aku suruh tu .Lepas tu baru la boleh tidur pejam mata, kalau tak rasanya aku tak tidur malam tu atau tidur dengan mata terbuka kot.

Esoknya, baru aku cerita lebih lanjut pasal nenek tua nak terkam tu.
Balik dari kerja suami ku pergi ke rumah seorang pak cik tukang urut merangkap orang yang pandai mengubat, nak bertanya pasal batu tu.
Pak cik tu cakap batu tu ada penunggunya.Dia bagi pilihan kat suami aku nak pulangkan sendiri batu tu kat tempat asal atau serahkan kat dia.
Suami aku serahkan je kat pak cik tu.
Alhamdulillah tak ada apa yg pelik atau misteri berlaku selepas tu.

Banyak lagi kisah aku ternampak dan terdengar makhluk tak diundang. Ada masa , ada ketika jika diizinkan akan ku coretkan disini.

Terima kasih.
ANGAH ROSE

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ANGAH ROSE

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.